Anda di halaman 1dari 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,


PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
KEM MUTIARA GEMILANG
TAHUN 6
2016

TARIKH : 29 APRIL – 1 MEI 2016


HARI : JUMAAT - AHAD
TEMPAT : AL-BADRU TRAINING
CAMP
MASA : 2.30 PETANG (JUMAAT)
HINGGA
2.00 PETANG (ISNIN)

Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Muda dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBM
VISI

1
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan ke
tahap optima dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan


kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

1.0 Tujuan

2
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Kem Mutiara Gemilang
Tahun 6 2016 di Al-Badru Training Camp pada 29 April hingga 1 Mei 2016.

2.0 Latar Belakang dan Justifikasi Program

2.1 Isu pembangunan sahsiah dan kecemerlangan diri di kalangan pelajar sekolah,
perlu diperkasakan lagi selaras dengan perkembangan isu pendidikan dan
disiplin di kalangan remaja dewasa ini. Kewujudan generasi pelajar yang
cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani, sosial, dan intelektual pelajar
sekolah amnya dan bakal peneraju kepimpinan negara khususnya , dapat
menjadi pemangkin ke arah lahirnya generasi yang berkualiti tinggi .

2.2 Perancangan yang rapi dari aspek kerangka luaran seperti sokongan dari sudut
bimbingan serta latihan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang dan
lain-lain lagi elemen bagi mencetuskan generasi pelajar yang benar-benar
mantap, nampaknya tidak menunjukkan kesan yang agak memberangsangkan..
Elemen pembangunan sahsiah dari aspek rohani, jasmani, mental, sahsiah, jati
diri dan lain-lain lagi input dalaman dan luaran perlu ditingkatkan dari semasa ke
semasa ke arah melahirkan generasi pelajar yang dapat menonjol bukan sahaja
di peringkat sekolah malahan di peringkat yang lebih tinggi.

2.3 Kertas Kerja ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah , bagi merealisasikan
hasrat yang dinyatakan dalam peringkat awal pendahuluan kertas kerja ini. Untuk
itu pihak Peratuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Unit Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah turut mengambil inisiatif ke arah menggerakkan usaha
murni tersebut, maka dengan itu lahirlah kertas cadangan ini untuk perbincangan
dan tindakan bersama.

3.0 Matlamat Program

3
3.1 Menjelas dan membimbing para peserta untuk memupuk pembangunan sahsiah
diri yang unggul , disiplin diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri dari
sudut akedemik dan kerjaya masa depan.

3.2 Menterjemah dan menanamkan nilai keyakinan diri dari aspek mental dan
spiritual bagi meningkatkan kualiti di kalangan generasi masa depan.

3.3 Membentuk kerjasama antara sekolah, pelajar dan guru, bagi meneruskan
agenda kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat
yang lebih tinggi.

4.0 Tarikh /Hari /Tempat

4.1 Tarikh : 29 April – 1 Mei 2016


4.2 Hari : Jumaat hingga Ahad
4.3 Waktu : 2.30 petang (Jumaat) – 2.00 petang (Ahad)
4.4 Tempat : Al-Badru Training Camp, Hulu Langat, Selangor

5.0 Penyertaan
5.1 Murid Tahun 6 seramai 80 orang
5.2 AJK PIBG dan Ibu bapa Murid Tahun 6 seramai 8 orang (4 orang setiap bas)

6.0 Ahli Jawatan Kuasa Program

Ahli Jawatan Kuasa program ini adalah seperti di Lampiran 1

7.0 Metodologi / Perlaksanaan Kursus dan Lawatan Sambil Belajar


7.1 Ceramah .

7.2 Bengkel

7,2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

8.0 Aturcara

4
Tentatif Program Modul Kem Mutiara Gemilang

HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA


HARI / MASA 29 APRIL 2016 30 APRIL 2016 1 MEI 2016
JUMAAT SABTU AHAD

5.00 AM BANGUN/KHIDMAT DIRI BANGUN/ KHIDMAT DIRI


6.00 AM SOLAT SUBUH SOLAT SUBUH
6.00 AM KULIAH SUBUH KULIAH SUBUH

7.00 AM MALAYSIA CERGAS/ MALAYSIA CERGAS /


SARAPAN SARAPAN

9.00 AM PENGURUSAN MASA MINDA INTELEK:


MENGGAPAI MENARA
MINUM PAGI IMPIAN

10.30 AM BELAJAR CARA BELAJAR KHIDMAT DIRI


11.00 AM (KEMAHIRAN MENCATAT MASS BERSAMA COMITTEE
NOTA) MAKAN TENGAH HARI
MAJLIS PENUTUP

1.00 PM MAKAN TENGAHARI / SOLAT


ZOHOR
2.30 PM PENDAFTARAN PETA MINDA
TAKLIMAT

4.30 PMM SOLAT ASAR SOLAT ASAR


MINUM PETANG MINUM PETANG
5.00 PM PEMECAH BENDUNGAN TEAM BUILDING
(ICE BREAKING)
6.30 PM MAKAN MALAM MAKAN MALAM

7.30 PM SOLAT MAGHRIB/ BACAAN SOLAT MAGHRIB


YAASIN/MORAL/SOLAT KULIAH MAGHRIB/MORAL
ISYAK SOLAT ISYAK
9.00 PM
PROMO FASI LDK II

LDK I- CHARACTER
BUILDING

INNER JOURNEY

11.30 PM MINUM MALAM MINUM MALAM


KEMBARA SI BUTA

12.00 PM LELAP MATA LELAP MATA

9.0 Kewangan

5
Perancangan kewangan adalah seperti berikut:

9.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1 Bayaran Profesional 80 murid X RM100.00 RM 8000.00
Konsultan
(Pakej)
Termasuk makan dan
minum, penginapan,
alat tulis, modul,
fasilitator dan
penceramah

2 Pengangkutan 2 bas X RM800.00 RM 1600.00


(pergi dan balik Kem)
3 Alat Tulis 80 murid X RM3.00 RM 240.00
4 Hadiah 10 hamper X RM35.00 RM 350.00
5 Banner 1 banner X RM100.00 RM 100.00
6 Runcit dan Pelbagai RM 100.00
Jumlah Keseluruhan RM 10,390.00

9.1 Sumber Kewangan

Kutipan Murid (RM80 X 80) RM 6,400.00

Sumbangan PIBG (RM20 X 80) RM 1,600.00

Sumbangan Persendirian RM 1,700.00

PCG Kaunseling RM 690.00

JUMLAH RM 10,390.00

10.0 Kesimpulan

6
Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat
mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta
membentuk perubahan sikap pelajar ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang
unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid-murid untuk membentuk
jati diri yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.

Disediakan oleh,

SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA


Ajk PIBG / Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Batu Muda

Diluluskan oleh,

MOHD AIZAM BIN TALIB


Ydp PIBG
SK Batu Muda
PPR Batu Muda
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai