Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
MOTIVASI TAHUN 5 - UPSR, JAUHKAH LAGI??

TARIKH : 8.11.2013

HARI : JUMAAT

TEMPAT : DEWAN TERBUKA


SK BATU MUDA, KL

MASA : 8.00 - 10.00 PAGI

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda


dengan kerjasama Aliran Tahun 5

VISI
-1-
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan.

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga Sekolah Kebangsaan Batu Muda dengan penuh kesedaran berikrar untuk
mencapai kecemerlangan ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
diri berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

i) Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti.


ii) Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu dalam aktiviti kokurikulum
dan kurikulum.
iii) Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan cintakan sekolah.
iv) Mewujudkan iklim sekolah yang Kondusif, Harmoni, Selamat dan Selesa.
v) Melayani Ibubapa/ Penjaga dengan penuh hormat dan tangungjawab.

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program Motivasi


Tahun 5 – UPSR, Jauhkah Lagi?? sebagai salah satu langkah awal dalam menyedarkan
murid-murid Tahun 5 yang mereka bakal menghadapi UPSR pada tahun hadapan.
Disamping itu juga, murid didedahkan dengan perancangan awal yang boleh mereka
amalkan sepanjang cuti sekolah untuk memperbaiki kelemahan akademik mereka dan
membuat persiapan UPSR dengan lebih awal.

2.0 LATAR BELAKANG

Pelajar Tahun 5 perlu didedahkan dari awal kepentingan menduduki UPSR. Musim
cuti sekolah yang akan datang ini merupakan platfom terbaik untuk para pelajar Tahun 5
menyediakan diri dari awal lagi untuk menghadapi peperiksaan yang penting ini. Dari
pengalaman dan pengamatan guru-guru sekolah, didapati pelajar mudah lupa dengan
pelajaran yang telah dipelajari sepanjang setahun apabila tiba cuti sekolah yang panjang
terutama cuti sekolah pada akhir tahun. Oleh itu, dengan memberi mereka pendedahan
awal dan persediaan awal sebelum cuti sekolah bermula, para pelajar akan menjadi lebih
peka dan perihatin akan peperiksaan UPSR yang akan mereka tempuhi.

3.0 RASIONAL

i. Pelajar mudah lupa akan pelajaran apabila tiba musim cuti persekolahan.
ii. Musim cuti sekolah perlu di isi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
iii. Pelajar perlu diberi peringatan akan peperiksaan yang bakal menjelang.

-2-
iv. Mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan sewaktu cuti sekolah adalah
satu cara berkesan untuk meningkatkan keputusan akademik.
v. Pelajar perlu tahu kepentingan sesuatu peperiksaan bagi masa depan mereka.

4.0 OBJEKTIF

i. Pelajar didedahkan dengan kepentingan UPSR untuk masa depan mereka.


ii. Pelajar diberi kesedaran harapan ibubapa dan keluarga untuk kejayaan
mereka.
iii. Pelajar dapat membuat persediaan awal dalam menghadapi UPSR dengan
menggunakan cuti sekolah akhir tahun dengan lebih berkesan.
iv. Pelajar dapat membuat persediaan yang sewajarnya sebelum persekolahan
bermula pada tahun hadapan.
v. Menanamkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran dan dapat
membuat perancangan untuk kejayaan.

5.0 ANJURAN

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda dengan kerjasama Aliran Tahun 5.

6.0 SASARAN

Semua pelajar Tahun 5.

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh : 8 November 2013


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 – 10.00 pagi

8.0 METODOLOGI

i. Ceramah
ii. Sesi aktiviti latihan
iii. Sesi soal jawab

9.0 TEMPAT

Dewan Terbuka SK Batu Muda

-3-
10.0 PENCERAMAH

En Irman Shah bin Azhar


Syarikat : Pusat Bimbingan Wirajaya
No Akaun : CIMB 14220070524523 (Irman Shah bin Azhar)

11.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

Penasihat : Pn. Hjh Nor Aishah Asadur Rahman

Pengerusi : Pn. Hashafa Husin (PK HEM)

Penyelaras / SU : Pn Sharifah Maizatul Zuraida (GBKSM)

Kawalan Pelajar : En Mohd Faizul Abdul Malek


Semua guru kelas Tahun 5

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA SESI HARGA 1 JUMLAH
SESI
1. Sumbangan penceramah 1 RM 200.00 RM 200.00
(Ceramah Motivasi Tahun
5-UPSR, Jauhkan
Lagi??)

JUMLAH BESAR RM200.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan PCG Unit Bimbingan & Kaunseling RM200.00

JUMLAH RM200.00

13.0 PERALATAN
13.1 Mikrofon
13.2 LCD
13.3 Laptop

-4-
13.4 Layar putih

14.0 PENUTUP

Semoga dengan program motivasi ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar
Tahun 5 kepentingan UPSR dan menyedarkan mereka peperiksaan itu hanya beberapa
bulan sahaja lagi. Pelajar juga dapat menyelami perasaan dan harapan ibubapa dan
keluarga akan kejayaan mereka. Mereka juga dapat mempelajari cara-cara persediaan yang
boleh dilakukan sepanjang cuti sekolah bagi mencapai kejayaan yang lebih baik, seterusnya
dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah keseluruhannya.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

Puan Sharifah Maizatul Zuraida Puan Hjh Nor Aishah bt Asadur Rahman
Penyelaras / Setiausaha, Guru Besar,
Program Motivasi Tahun 5 SK Batu Muda
– UPSR, Jauhkah Lagi?? PPR Batu Muda
51200 Kuala Lumpur

-5-

Anda mungkin juga menyukai