Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
MENTOR MANTEE TAHUN 6 2015

TARIKH : FEB – SEPT 2015


HARI : JUMAAT
TEMPAT : SK BATU MUDA,
KUALA LUMPUR
MASA : 12.05 – 12.05 T/HARI

Anjuran Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling


dan Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6

VISI

1
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan ke tahap
optima dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan .

Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .


 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan
kurikulum .
 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .
 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .
 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

MENTOR MANTEE TAHUN 6 2015

2
1.0 PENGENALAN

Program Mentor Mentee ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun enam, murid
Harapan Lulus (HALUS) dan Pasca LINUS Tahun 6 mendapat dorongan dan panduan
daripada semua guru-guru SKBM. Selain dari itu, program ini juga dapat memberi semangat
serta bimbingan yang berterusan kepada murid-murid Tahun 6 agar mereka berjaya di dalam
UPSR 2015 ini. .Dengan adanya program seperti, murid-murid Tahun ini akan sentiasa diberi
perhatian daripada Mentor-mentor mereka yang juga boleh dianggap sebagai ibu-ibu dan bapa-
bapa mereka di sekolah. Mereka juga digalakkan dan disarankan berkongsi masalah mereka
khususnya di dalam bidang pelajaran. Selain daripada itu juga mereka juga boleh berkongsi di
dalam sebarang masalah yang mereka hadapi seterusnya membantu mereka lebih tenang dan
dapat fokus di dalam peperiksaan nanti. Guru-guru yang bertindak sebagai mentor akan
berusaha sebaik yang mungkin membantu mentee-mentee agar mereka dapat memperbaiki
setiap kelemahan yang ada pada mereka dan berusaha lebih maju dan berjaya di dalam
pelajaran.

2.0 OBJEKTIF

1. Untuk memberi semangat serta bimbingan kepada murid-murid agar mereka berjaya
di dalam kehidupan terutamanya di dalam pelajaran .
2. Untuk memberi keyakinan kepada murid-murid agar mereka sentiasa berusaha demi
kejayaan di masa hadapan.
3. Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya ilmu pengetahuan
kepada setiap individu.
4. Untuk membantu murid-murid agar mereka sentiasa mendapat tunjuk ajar yang
sewajarnya demi mengejar kejayaan.
5. Sebagai satu langkah perkongsian pintar antara mentor dan mentee di dalam usaha
meningkatkan prestasi pembelajaran.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN

Feb hingga September 2015 (10 kali) seperti berikut :

1. 27 Februari 2015
2. 27 Mac 2015
3. 3 April 2015
4. 24 April 2015
5. 15 Mei 2015
6. 26 Jun 2015
7. 31 Julai 2015
8. 7 Ogos 2015
9. 21 Ogos 2015
10. 4 September 2015

4.0 MASA

12.05 hingga 12.35 Tengah hari

5.0 HARI

3
Jumaat

6.0 KUMPULAN SASARAN

1. Semua murid Tahun Enam


2. Murid Tahun 6 dalam kategori Murid Harapan Lulus (HALUS)
3. Murid Tahun 6 Pasca LINUS
4. Semua guru sebagai Mentor

7.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Tuan Kamariah Binti Nik Sin (Guru Besar )


Pengerusi : En Mohd Razif B. Mohd Tahir (GPK Tadbir & Kurikulum )
Setiausaha : Pn Sharifah Maizatul Zuraida (Guru Bimbingan Sepenuh Masa )
Naib Setiausaha : Pn Rohainih Binti Ajun (Guru B&K Lantikan Dalaman)
Dokumentasi : Pn Norhasnida bt Mat Zin (Guru Pemulihan)
AJK : Guru-guruTahun 6

8.0 KEWANGAN

8.1 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Jumlah


Seunit
1. Hadiah 5 Mantee Terbaik RM 10 RM 50
(mengikut peningkatan dalam pencapaian akademik)
(Mug Bercetak)

2. Hadiah 5 Mentor Terbaik RM 10 RM 50


(5 Mentor yang Manteenya mendapat peningkatan
pencapaian akademik)
(Mug Bercetak)

3. Hadiah 4 Mantee Terbaik Kumpulan HALUS RM 10 RM 40


(4 Mata Pelajaran UPSR : BM, BI, Mate dan Sains)
(mengikut peningkatan dalam pencapaian akademik)
(Mug Bercetak)

4. Hadiah Mentor Terbaik (4 Mentor HALUS) RM 10 RM 40


(Mug Bercetak)

5. Hadiah Mantee Terbaik Pasca LINUS RM 10 RM 10


(1 Mantee LINUS)
(mengikut peningkatan dalam pencapaian akademik)
(Mug Bercetak)

6. Hadiah Mentor Terbaik (1 Mentor Pasca LINUS) RM 10 RM 10


(Mug Bercetak)

JUMLAH BESAR RM200


8.1 Sumber Kewangan

PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 200.00


4
9.0 JADUAL PERJUMPAAN

SETIAP HARI JUMAAT YANG TERPILIH SEPERTI BERIKUT : MASA: 12.05 – 12.35 T.HARI

BIL TARIKH TOPIK PERBINCANGAN

1 27 FEB 2015 SESI BERKENALAN MENTOR BERSAMA MENTEE


GRAF PRESTASI DIRI

2 27 MAC 2015 TOPIK BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN (SOALAN 1-25)

3 3 APRIL 2015 GRAF HAYAT HIDUPKU

4 24 APRIL 2015 BAHASA INGGERIS (SIMPLE PAST TENSE)


5 15 MEI 2015 KAWAL DIRI

6 26 JUN 2015 BIJAK MATEMATIK SET D

7 31 JULAI 2015 MASIH ADA YANG SAYANG

8 7 OGOS 2015 SAINS TOPIK PENGAWETAN MAKANAN

9 21 OGOS 2015 ORIENTASI KE ALAM SEKOLAH MENENGAH

10 4 SEP 2015 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK


(PAGI SELEPAS MENTEE-MENTEE CEMERLANG
BACAAN YASIN)

11.00 KESIMPULAN

Diharapkan Program Mentor-Mentee Tahun 6 2015 ini dapat memberikan manfaat yang
berguna kepada semua Murid Tahun Enam, murid HALUS dan murid Pasca Linus agar wujud
satu kerjasama erat di antara Mentor dan Mentee yang boleh membawa satu gelombang
perubahan terhadap pencapaian prestasi akademik mereka. Semoga perjumpaan di antara
mereka akan membuahkan persefahaman erat sekaligus meningkatkan tahap akademik dan
penguasaan murid dalam mata pelajaran UPSR dan meningkatkan sahsiah dan keperibadian
murid ke arah yang lebih baik dan positif.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

TUAN KAMARIAH BT NIK SIN


SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA
Guru Besar
BT SYED MUSTAPHANIN
SK Batu Muda
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai