Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA 

PROGRAM  ZOOM:
GALAKAN MURID HADIR DAN
ANUGERAH KEHADIRAN PENUH KE SEKOLAH 2022

1.0     PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2022.
Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke
sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari
sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan
usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. Antara program yang dirancang oleh
Unit Bimbingan Kaunseling ialah program Zoom Kelas, Hati Ke Hati dan Talian
Kasih.

2.0     Objektif :
1)    Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran
pelajar yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2)    Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas
tersebut untuk hadir ke sekolah
3)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai
peratus kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 90% setiap bulan dan
pada Hari Anugerah Kecemerlangan pada bulan Oktober.
4)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai
perubahan peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.
5)    Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke sekolah
yang lebih baik untuk disampaikan anugerah

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SMK Maran 2 (259 orang)

4.0     TARIKH
               Sepanjang tahun (Julai-Februari)

5.0     AHLI JAWATANKUASA


          Pengerusi               : Encik Mohd Ariffin Bin Ab Rahman
                                             (Pengetua SMK Maran 2)
          Timbalan Pengerusi : Puan Saadah Binti Awang Hitam
                                             (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
          Setiausaha              : Puan Umi Kelsum Binti Che Rus
         Penyelaras program  : Encik Mohd Azri Bin Abd Rahman
          AJK Data Ponteng     : Pn. Jamatul akidah Binti Mat Ali
          AJK Dokumentasi      : Puan Umi Kelsum Binti Che Rus
          AJK Sijil                      : Cik Siti Zaitun Binti Makhtar
          AJK Pemilihan Anugerah : Puan Jamatul Akidah Binti Mat Ali
                                                   

1
        

6.0     TENTATIF PROGRAM

1)    NAMA PROGRAM: ZOOM KELAS

BIL PROSES TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/


KERJA  PELAN
KONTIGENSI
1 Mesyuarat PK HEM 1 Hari AJK Disiplin
Jawatankuasa Guru kaunseling

2 Mengenalpasti Guru Kaunseling Setiap Guru Kelas


kelas yang bulan Guru Data
terlibat melalui
buku kehadiran
pelajar atau
data

3 Merekodkan Guru kaunseling 3 kali Guru


kelas yang setahun Kaunseling
terlibat untuk
dijalankan sesi
motivasi

4 Menyampaikan GPK HEM 6 kali Anugerah


anugerah Guru kelas bulanan
galakan bagi Guru kaunseling
kelas yang
terlibat setiap
bulan
5 Menyampaikan GPK HEM 6 kali Anugerah
anugerah Guru Kaunseling bulanan
kepada pelajar
yang berpotensi
-peratus
kehadiran yang
baik
- peratus
kehadiran yang
lebih baik

2
7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KOS JUMLAH

1 Anugerah Galakan Kelas  2  kelas  x  6 bulan x RM 45  RM    540


(Alat Tulis)       

2 Anugerah Galakan Pelajar 5 pelajar  x 6 bulan x RM 15      RM   450


(Plak Penghargaan +
Sijil)       

JUMLAH RM 990

8.0 SUMBER KEWANGAN


BIL BUTIRAN JUMLAH

1 Bimbingan Dan Kaunseling RM 990

3
9.0     PENUTUP

Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang


dirancangkan dan menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya
meningkatkan peratus kehadiran sekolah yang baik.

Disediakan oleh,                                                             Disemak oleh,

--------------------------------------- ------------------------------------------------
(Umi Kelsum Binti Che Rus)                                    (Saadah Binti Awang Hitam)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling                             GPK HEM
SMK Maran 2 SMK Maran 2

Disahkan oleh,

------------------------------------------------------------
(Mohd Ariffin Bin Hj.Ab. Rahman, SAP.)
Pengetua
SMK Maran 2

Anda mungkin juga menyukai