Anda di halaman 1dari 6

1.

0 TUJUAN

Kertas cadangan ini merupakan panduan awal ke arah merealisasikan Seminar


Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah
Rendah bagi Zon Sentul tahun 2014.

2.0 LATAR BELAKANG

Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling


Sekolah Rendah bagi Zon Sentul 2014 merupakan satu usaha bersepadu Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JWPKL) bersama Guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling Zon Sentul untuk memartabatkan lagi profesion ini dari
semasa ke semasa. Program ini dirangka untuk meningkatkan kemahiran dan
kemampuan guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Zon Sentul khususnya bagi
melaksanakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dengan lebih
efektif dan berintegriti sejajar dengan keperluan tranformasi pendidikan negara.

3.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

Program pada kali ini akan memfokuskan kepada pemantapan dan penyaluran
informasi yang tepat berkaitan dengan keperluan semasa Perkhidmatan Bimbangan
dan Kaunseling supaya dapat dilaksanakan secara total. Antara aktiviti yang akan
dilaksanakan adalah merangkumi bidang tugas bimbingan dan kaunseling,
penulisan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Pembinaan
Laman web VLE Frog Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu turut dicadangkan
supaya diadakan satu bengkel penyediaan modul bimbingan dan kaunseling agar
dapat memberikan variasi kepada guru-guru sewaktu mengendalikan program di
sekolah mahupun sewaktu mengadakan bimbingan di dalam bilik darjah.

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini bermatlamatkan:

4.1 Memberikan garis panduan dan ilmu tambahan berkaitan pelaksanaan


bidang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan indikator yang
dinilai dalam perkhidmatan.

4.2 Memperkasakan ilmu berkaitan ICT melalui bengkel membina laman


web ”VLE Frog” Bimbingan dan Kaunseling.

4.3 Memberikan variasi ilmu berkaitan dengan penyediaan Modul


Bimbingan dan Kaunseling.

4.4 Sebagai jalinan silaturrahim dan ukhuwah di antara guru-guru


bimbingan dan kaunseling zon sentul.

1
5.0 TEMA

” PROFESIONALISME TRANFORMASI GBK BERKUALITI ”

6.0 TARIKH / HARI / TEMPAT

Tarikh :
Hari :
Tempat :
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Ptg

7.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan adalah kepada semua Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah


Rendah Zon Sentul iaitu seramai 67 orang.

Berikut disertakan maklumat / butiran diri peserta seperti di Lampiran 1.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Ahli Jawatan Kuasa program ini adalah seperti di Lampiran 2

9.0 PELAKSANAAN KURSUS

Pengisian program dan kaedah perlaksanaan (Methodology) kursus ini akan dibuat
melalui;

9.1 Ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan


mengenai keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
masa kini.

9.2 Bengkel penyediaan laman web ”VLE Frog” Bimbingan dan


Kaunseling.

9.3 Perbentangan hasil kerja bengkel VLE Frog secara berkumpulan.

9.4 Bengkel dan simulasi penyediaan modul kaunseling.

9.5 Sesi Soal Jawab.

2
10.0 ATURCARA PROGRAM

Cadangan Aturcara majlis ini adalah seperti di berikut :

Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling


Sekolah Rendah Zon Sentul 2014

HARI PERTAMA – DEWAN


08 Mei 2014 – SABTU

MASA PERKARA

7.30 Pagi Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia , Lagu Wilayah


8.05 Pagi
Persekutuan.

8.10 Pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.15 Pagi Bacaan Doa

Ucapan Perasmian
 Pn. Nor Ayu bt. Adni
8.20 Pagi
( Penolong Pegawai Pelajaran ).
Penyampaian Cenderamata
Slot 1
 CERAMAH CABARAN DAN TUNTUTAN SEMASA
GBKSR.
8.30 Pagi
Penceramah

10.30 Pagi REHAT

Slot 2
 BENGKEL PENULISAN BUKU REKOD
PERKHIDMATAN.
11.00 Pagi Penceramah

3
1.00 Petang MAKAN TENGAHHARI DAN SOLAT ZOHOR

2.00 Petang Slot 3


 BENGKEL PENYEDIAAN LAMAN WEB VLE Frog.
Penceramah

4.00 petang MINUM PETANG / BERSURAI

HARI KE-2 - DEWAN


09 Mei 2014 – AHAD

MASA PERKARA

7.30 Pagi Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi

8.30 Pagi Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Slot 4
 PERBENTANGAN HASIL VLE Frog
8.35 Pagi Penceramah

10.45 Pagi REHAT

Slot 5
 BENGKEL DAN SIMULASI PENYEDIAAN
MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
11.00 Pagi
Penceramah

Ucapan Perasmian Penutup


 Pn. Nor Ayu bt. Adni
( Penolong Pegawai Pelajaran )
Penyampaian Cenderamata

4
Penilaian Program

1.30 Petang MAKAN TENGAHHARI / BERSURAI

11.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Bayaran daripada PIBG Sekolah sebanyak RM 35.00 daripada 59 buah


sekolah rendah zon Sentul.

= RM 35.00 x 59 buah sekolah


= RM2065.00

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perancangan kewangan adalah seperti berikut:

Makanan Sarapan
RM 3.00 x 68 orang guru x 2 hari = RM 408.00
Makan Tengah hari
RM 6.00 x 68 orang guru x 2 hari = RM 816.00
Minum Petang
RM 3.00 x 68 orang guru x 1 hari = RM 204.00
Penceramah RM 240 x 1 orang (guru B&K) = RM 240.00
RM 240 x 1 orang (MCPF) = RM 240.00
RM 240 x 1 orang (JKM) = RM 240.00
RM 240 x 1 orang = RM 240.00
Alat Tulis RM 3.00 x 68 orang = RM 204.00
Cenderahati kepada RM 50.00 x 2 = RM 100.00
Perasmi Majlis dan
Tuan Rumah
Lain-lain
Jumlah Keseluruhan = RM 2800.00

5
13.0 KESIMPULAN

Diharapkan seminar ini dapat menjadi satu platform terbaik yang bertindak sebagai
medan perkongsian pintar guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
Zon Sentul dalam menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap dan professional
bagi melahirkan guru-guru bimbingan dan Kaunseling Zon Sentul yang proaktif,
berkebolehan dan berkaliber.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Mohd Fadzil Bin Khosin Pn. Manjula a/p Thiruvengadam


Penyelaras, Penerusi
Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling (R)
Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling (R) Zon Sentul
Zon Sentul Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh,

Pn. Nor Ayu bt Adni


Penolong Pegawai Pelajaran
Pejabat Pelajaran Sentul
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai