Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 2

JALAN SULTAN YAHYA PETRA


51400 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2015


KERTAS CADANGAN BENGKEL KECEMERLANGAN UPSR

1.0 PENDAHULUAN
Dalam meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik, kita perlu sedar
bahawa para pelajar adalah golongan yang mempunyai peranan yang besar
dalam mencorakkan masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing sebaik-
baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi dan
jasmani seperti yang terhasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bengkel menjawab kertas peperiksaan UPSR ini adalah merupakan satu bentuk
kursus yang mengumpulkan pelajar-pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Padang Tembak 2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015
ini.

Program ini adalah merupakan satu program usahasama antara Jawatankuasa


Peningkatan UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan
Padang Tembak 2

Berdasarkan keputusan peperiksaan dan ujian yang telah diadakan, kualiti


pencapaian pelajar adalah berada pada tahap yang sederhana khususnya dalam
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Justeru itu, satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang perlu
segera diambil pada peringkat awal ini bagi memberi peluang kepada para
pelajar meningkatkan lagi potensi dan keazaman diri dan seterusnya membantu
pelajar meningkatkan keazaman dan kesungguhan bagi berusaha mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2015 ini.

Atas dasar itu maka Bengkel Menjawab Kertas Peperiksaan UPSR ini perlu
diadakan dan insyaAllah semoga lebih ramai lagi pelajar berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang
berkesan dan efektif.

2.2 Setiap pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab dengan cara


yang betul dan efektif.

2.3 Meningkatkan cara pengurusan sebagai calon UPSR .


3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 6 , 7 , 8 dan 10 April 2015
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Tembak 2

4.0 SASARAN
27 orang murid Tahun 6
Guru matapelajaran yang berkaitan

5.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 dengan teknik yang
betul untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
2. Melatih murid-murid untuk mencapai sasaran lulus 100% dalam semua mata
pelajaran.
3. Membantu guru-guru mata pelajaran meningkatkan pengetahuan dengan
kaedah pengajaran berkesan.

6.0 KPI
6.1 Output
a) 27 orang murid Tahun 6
b) Murid berpotensi A dan murid berpotensi lulus bagi matapelajaran UPSR

6.2 Outcome
a) meningkatkan peratus lulus dan peratus A dalam mata pelajaran UPSR
b) Peningkatan GPMP mata pelajaran UPSR
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah


1 Bayaran penceramah ( 4 x RM240) RM960.00
2 Makanan penceramah RM40.00
Jumlah Keseluruhan RM1000.00

Sumber Kewangan
1. Pihak Sekolah
2. PIBG Sekolah

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Puan Normila binti Musa (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Hamidah binti A Rahman (GPK Tadbir dan Akademik)
N. Pengerusi : Encik Azlan bin Desa (GPK HEM)
Setiausaha : Puan Yanti binti Mat Isa
Bendahari : Puan Suzana binti Jasruni

Ahli Jawatankuasa :
1. Puan Rohani binti Kassim
2. Puan Norliana binti A.Bakar
3. Puan Nur Suhailah binti Salim

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


1. Pihak sekolah bermesyuarat untuk memutuskan penceramah yang bakal
dijemput untuk mengisi slot Bengkel Kecemerlangan UPSR.
2. Setiap murid akan dibekalkan dengan fail poket untuk menyimpan modul
dan catatan maklumat yang diperolehi sepanjang mengikuti Bengkel
Menjawab Soalan tersebut.
3. Bengkel ini akan diadakan selama seminggu pada waktu petang bagi setiap
mata pelajaran.
9.1 PENCERAMAH
Bahasa Malaysia : Puan Sharifah Musalmah binti Syed Hashim
Bahasa Inggeris : Puan Shanta A/P V.Muthusamy
Matematik : Puan Yusniza binti Mohd Yusof
Sains : Encik Zamri bin Hasim

9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


Jadual perlaksanaan bengkel ini akan diadakan pada bulan Jun seperti di bawah;

Tarikh Masa Mata Pelajaran

8/4/2015 10.00 a.m. - 12.00p.m. Bahasa Melayu


6/4/2015 1.30 – 3.30 p.m. Bahasa Inggeris
7/4/2015 10.00 a.m – 12.00 p.m. Matematik
10/4/2015 10.00 a.m – 12.00 p.m. Sains

4. Guru mata pelajaran Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada hari bengkel
dijalankan dan berperanan untuk membantu penceramah untuk
mengendalikan LCD sekiranya diperlukan sewaktu bengkel tersebut
berlangsung.
5. Semua guru mata pelajaran yang berkaitan adalah digalakkan untuk hadir
bersama sewaktu bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran guru
dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Kejayaan program ini dinilai dari :

10.1 Kelancaran perjalanan kursus melalui kerjasama antara pentadbir-


pentadbir dan guru-guru sekolah.

10.2 Maklum balas pelajar-pelajar sepanjang bengkel dijalankan.

10.3 Maklum balas dari ahli jawatankuasa yang terlibat.

10.4 Peningkatan dalam pencapaian akademik peserta-peserta dalam


peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar UPSR 2015.
Disediakan oleh,
…………………………………
( Puan Yanti binti Mat Isa )
Guru Penyelaras Tahun 6

Tarikh : 3 April 2015

Ulasan :

_________________________________________________________________________________________________
* Diluluskan / Tidak diluluskan

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai