Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA

09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
BENGKEL PECUTAN AKHIR MATEMATIK
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2015
TARIKH: 23 APRIL 2015 (KHAMIS)

1 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras yang penting bagi pelajar Tingkatan
empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan pelajar memahami
bidang sains daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.
Pemerolehan dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan sains
menyediakan pelajar untuk menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan diri dan
alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup manusia.
2

RASIONAL

Perlunya program teknik menjawab ini adalah bagi membolehkan pelajar menguasai teknik
menjawab soalan mata pelajaran Sains. Program ini dirancang untuk meningkatkan prestasi
pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2015 yang mengambil kertas sains 1511/2.
Sehubungan dengan itu, para guru mempunyai peranan dan tanggungjawab secara kolektif untuk
meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains.Justeru, semua pelajar Tingkatan 5
perlu diberi pendedahan tentang soalan-soalan SPM yang perlu difokuskan seiring dengan usaha
pihak sekolah untuk menaikkan peratus lulus SPM serta kualitinya.
3 MATLAMAT
Bengkel ini akan dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang soalan-soalan Kertas 2
Sains dalam peperiksaan SPM yang perlu mereka fokuskan mengikut kebolehan mereka.
Dengan adanya program pemantapan seperti teknik menjawab soalan yang dianjurkan bersama
Panitia Sains SMKTP dapat mendedahkan pelajar akan teknik-teknik dan tatacara belajar
matapelajaran Sains yang diambil untuk peperiksaan.
4. OBJEKTIF
Di akhir program ini, pelajar akan dapat:
4.1
4.2
4.3
4.4

Menjawab soalan Kertas 2 Sains 1511/2 mengikut skema jawapan SPM terkini.
Pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan.
Pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan
Pendedahan awal berkaitan format soalan SAINS kepada pelajar Tingkatan 4

5 SASARAN
Pelajar Cemerlang Tingkatan Tingkatan 5 Cempaka, 5 Dahlia, 5 Kemboja, 4 Cempaka dan 4
Dahlia.
6

FORMAT PELAKSANAAN
Semua pelajar Tingkatan Tingkatan 5 Cempaka, 5 Dahlia, 5 Kemboja, 4 Cempaka dan 4
Dahlia dikumpulkan bersama dalam bengkel teknik menjawab soalan Sains SPM.

7. PENCERAMAH JEMPUTAN
Pn. Roslaini binti Harun (Guru Cemerlang Sains) -SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah Darul
Aman.
8 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
8.1

Program Teknik Menjawab Soalan Sains SPM 2015

Tarikh

: 23 April 2015 (Rabu)

Masa

: 1130 pagi-0130 tengahari

Tempat

: Dewan Makan Asrama SMKTP

8.2

Tentatif Program Teknik Menjawab Soalan Sains SPM 2015


MASA

1130 pagi
-0130 tengahari

AGENDA
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains SPM
Oleh : Pn. Roslaini bt. Harun

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

: Tn Haji Khadri bin Mohd Salleh (Pengetua SMK. Tunku Putera, Baling)

Timbalan Pengerusi : En. Rosli bin Shafie (Penolong. Kanan Pentadbiran)


Naib Pengerusi I

: En. Azizan Abbo (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi II

: Encik Wee Pau Sung (Guru Kanan Sains dan Matematik)

Penyelaras

: Cik Joriah binti Sobri (Ketua Panitia Sains)

AJK Pelaksana

: Guru-guru mata pelajaran Sains Tingkatan 5


1. Pn.Fatimah bt Shahabudin
(AJK PERALATAN)
2. Pn. Nurul Huriyah bt. Husnudin
(AJK DOKUMENTASI)

10 PENGIRAAN KOS
BIL
1.

PERKARA
Bayaran Saguhati untuk penceramah
JUMLAH

JUMLAH (RM)
RM 200
RM200

11 STRATEGI PELAKSANAAN
Bengkel (Memfokuskan kepada tajuk-tajuk utama dan cara menjawab soalan)
Kertas 2 Bahagian C (ESEI)

12

PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu
memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang
baik membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak
bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea
dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan
dalam diri peserta untuk membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam peperiksaan
terutama dalam mata pelajaran Sains. Kerjasama semua pihak didahului dengan jutaan terima
kasih.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

..
(JORIAH BINTI SOBRI)
Ketua Panitia Sains,
SMK.Tunku Putera,
Baling, Kedah.

....................................................
(WEE PAU SUNG)
Guru Kanan Sains dan Matematik
SMK.Tunku Putera,
Baling, Kedah.

Diluluskan Oleh,

(KHADRI BIN MOHD SALLEH)


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera,
Baling, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai