Anda di halaman 1dari 9

SMK TAMAN KOSAS, 68000 AMPANG SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA BIOLOGI SMK TAMAN KOSAS TAHUN 2012

DISEDIAKAN OLEH: PUAN NOOR AIMIE OTHMAN KETUA PANITIA BIOLOGI SMK TAMAN KOSAS
1

LAPORAN PANITIA BIOLOGI SESI 2012

PENDAHULUAN Panitia BIOLOGI bertanggungjawab terhadap pengurusan dan hal ehwal berkaitan matapelajaran Biologi. Panitia Biologi SMK Taman Kosas dipimpin oleh seorang ketua di bawah Bidang Sains dan Matematik. Seramai 3 orang guru yang mengajar Biologi di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prestasi guru-guru yang baik dan mudah memberikan komitmen telah berjaya menggerakkan panitia ini dengan berkesan. Pelbagai aktiviti dan Program Peningkatan Akademik telah dirancang dan difailkan dalam Pelan Strategik Panitia Sains 2012. Terdapat aktiviti yang berjaya dan tidak berjaya dilaksanakan. Namun, secara keseluruhannya kebanyakan aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan baik dan memberi impak terhadap peningkatan akademik pelajar. PERNYATAAN VISI BIOLOGI SMK TAMAN KOSAS CEMERLANG DI DAERAH HULU LANGAT 2014

MATLAMAT Kurikulum Sains Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran saintifik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Sains dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan Sains dan Teknologi.

OBJEKTIF PANITIA BIOLOGI Panitia Biologi bertanggungjawab terhadap Kurikulum Sains sekolah menengah yang membolehkan pelajar : -

1. Memperolehi pengetahuan dalan Sains dan Teknologi dalam konteks fenomena alam semulajadi dan kehidupuan seharian. 2. Memahami pembangunan dalam bidang Sains dan Teknologi. 3. Memperoleh kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 4. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kreatif dan kritikal bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 5. Menghubungkaitkan ilmu Sains dan bidang ilmu yang lain. 6. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu Sains. 7. Berhadapan dengan cabaran dalam dunia Sains dan Teknologi dan berupaya memberi sumbangan terhadap pembangunan Sains dan Teknologi 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran Sains secara berkesan dan bertanggungjawab 9. Mengamalkan dan menerapkan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan seharian. 10. Peka terhadap kepentingan kasih sayang dan perhatian pada alam sekitar dan memainkan peranan secara aktif dalam penjagaan dan pemulihannya.

MASALAH MASALAH YANG DIHADAPI Masalah pelajar a. Pelajar-pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran Biologi disebabkan sikap dan latar belakang pelajar. Pelajar menganggap Biologi adalah suatu bidang yang sukar untuk dipelajari. b. Lemah asas Biologi kerana pelajar kurang memahami topik-topik tingkatan 4. Kebanyakan mereka juga kurang penekanan terhadap asas Sains khusunya di rumah. c. Terdapat terminologi Biologi yang agak mengelirukan dan keadaan ini menyebabkan salah maksud soalan yang dikemukakan. d. Kurang kemahiran menjawab soalan-soalan subjektif iaitu menulis langkah kerja. e. Kurang pendedahan terhadap aplikasi Biologi dalam kehidupan seharian.

Masalah guru a. Latihan yang tidak mencukupi kerana pelajar tidak menyiapkan latih tubi yang diberikan oleh guru. b. Guru kurang pengalaman kerana kebanyakan guru Biologi adalah guru baru. c. Guru menggunakan teknik pengajaran yang lemah dan tidak menarik. d. Pengajaran di kelas tidak berorientasikan pelajar. e. Guru kurang menekankan aspek pengaplikasian dan amali kepada pelajar. FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Memastikan pengurusan panitia Biologi berfungsi sebagai penggerak kecemerlangan Sains dan Teknologi Meningkatkan kualiti guru dari segi pengetahuan kandungan matapelajaran dan bahasa pengantar. Meningkatkan kemahiran guru dalam pengoperasian radas dan bahan makmal. Menekankan aspek aplikasi sains dalam kehidupan seharian dan menekankan kepentingan membuat latihan amali. Menentukan pelunjuran SPM dalam Perancangan Peningkatan Prestasi. Melaksanakan program yang telah dirancang mengikut kumpulan sasaran. Memperbanyakkan bengkel-bengkel dan kursus-kursus penguasaan asas Biologi. Menambah baik pendekatan soalan peperiksaan dan pencerapan kepada latihan pelajar. Menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sistematik dan kondusif. Memberikan banyak latihan bertulis untuk pelajar Menyedarkan pelajar kepentingan Sains dan Biologi dalam bidang kerjaya Mengubah persepsi pelajar terhadap matapelajaran Sains dengan menerapkan pemikiran bahawa Sains itu mudah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2012. BIL 1 AKTIVITI Mesyuarat Panitia Bil. 1/2012 Mesyuarat Panitia Bil. 2/2012 Mesyuarat Panitia Bil. 3/2012 Mesyuarat Panitia Bil. 4/2012 2 Perkembangan Staf Bilangan 1 (Penggunaan Mikroskop Elektronik) 3 -Makmal Biologi Perkembangan Staf Bilangan 2 (Penyediaan Alat Bantu Mengajar Biologi) 4 Pencerapan September Semua guru Biologi dan GKMP Sains dan Matematik 5 Taklimat/bengkel Mac-Jun Semua pelajar SPM biologi, 12 Mac 100 Semua guru Biologi dan pembantu makmal 23 Jan Semua guru Biologi dan pembantu makmal .Meningkatkan kemahiran guru dan pembantu makamal dalam pengunaan BBM . Semua guru dan pembantu makmal dapat mennggunakan Alat Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik subjek Biologi. Meningkatakan kualiati p&p guru dalam kelas. Memastikan semua Ketua Bidang Sains dan Matematik memberikan komitmen yang tinggi. Guru-guru yang Berjaya dilaksanakan dan semua hadir. Berjaya dilaksanakan 15 Okt 13 Sept 8 Mac TARIKH 25 Jan KOS (RM) SASARAN Semua guru Biologi dan GKMP Sains dan Matematik OBJEKTIF Membincangkan isu panitia dan merancang langkah-langkah penyelesaian CATATAN Semua guru memberikan komitmen yang cukup baik dalam setiap mesyuarat yang diadakan.

PEKA - Taklimat PEKA Biologi

guru Biologi.

laporan PEKA dipantau dan evidens pelajar disimpan dengan baik

menghadiri kursus segera menyampaikan maklumat kepada guruguru lain melalui Inhouse Training Kehadiran pelajar adalah memuaskan.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan

20 April

50

Semua pelajar SPM Biologi

Memberi pendedahan terhadap teknik menjawab soalan SPM Kertas 3. Memberi pendedahan dan menyemai minat pelajar terhadap subjek Biologi.

Minggu Sains dan Matematik - Pertandingan Disecting Frog - Pameran Biologi

April

100

Semua guru Biologi dan pelajar SPM Biologi.

Seramai 11 kumpulan (48 orang pelajar) menyertai pertandingan Disecting Frog.

Kursus Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan (di SMK Jalan 4 bangi) Mesyuarat 2Q (Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat)

April

Ketua Panitia Biologi

Makluman aktiviti panitia Biologi peringkat daerah.

Guru yang menghadiri mesyuarat memberikan maklumat kepada guru lain dan pelajar-pelajar. Guru yang menghadiri mesyuarat memberikan maklumat kepada guru lain dan pelajar-pelajar SPM Biologi Hanya separuh dari keseluruhan pelajar SPM

21 Mei

Ketua Panitia Biologi

Memberi makluman dan pendedahan terbaru tentang teknik menjawab soalan.

Kelas Tambahan Semasa Cuti Sekolah

Mei

Semua pelajar SPM Biologi dan Guru Biologi

Meningkatakan prestasi kecemerlangan pelajar

10.

bagi Subjek Biologi Perkembangan Staf Bilangan 3 (Teknik pemarkahan SPM)

30 Ogos

100

Semua guru Biologi

dalam SPM 2012 Mendedahkan teknik pemarkahan SPM dan penandaan kertas yang tepat kepada semua guru Pendedahan teknik menjawab soalan Biologi SPM Kertas 2 dan 3. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan memberi tips SPM. Pendedahan teknik menjawab soalan Biologi SPM Kertas 2 dan 3. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan memberi tips SPM. Pendedahan teknik menjawab soalan Biologi SPM Kertas 2 dan 3. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan memberi tips

biologi hadir. Semua guru Biologi hadir

11.

Benkel Menjawab Soalan SPM Biologi di Dewan SMKTK Penceramah Dr. Uthamaraj

25 Sept

Semua Guru Biologi dan Pelajar SPM Biologi

Mendapat sambutan yang sangat baik dari semua pelajar.

12

Seminar Biologi SPM anjuran pihak luar di UIA Gombak

6 Okt

Yuran pelajar : RM80 seorang

Semua pelajar Biologi SPM

Seramai 35 orang pelajar hadir.

13

Bengkel Biologi SPM anjuran pihak luar dengan kerjasama Panitia Biologi SMKTK di Universiti Malaya

7 Okt

Yuran Pelajar : RM110 seorang

Semua pelajar Biologi SPM

Seramai 31 orang pelajar hadir

14.

Kelas Tambahan Biologi (1.00 2.30 pm)

29 okt 2 Nov

Semua pelajar SPM Biologi

SPM. Memberi pecutan terakhir kepada pelajar agar dapat menimba sebanyak mungkin input sebagai bekalan menjawab SPM Memberi pecutan terakhir kepada pelajar agar dapat menimba sebanyak mungkin input sebagai bekalan menjawab SPM

29 Okt ; 32 orang hadir 30 Okt : 20 rang hadir 2 Nov :16 orang hadir

15.

Pecutan Terakhir SPM Biologi 2012

22 Nov & 23 Nov ( 8.3011.00pg)

Semua guru Biologi dan pelajar SPM Biologi

RUMUSAN: Semoga segala usaha yang telah pihak Panitia Biologi lakukan demi mencapai kecemerlangan akademik pelajar khususnya dalam subjek Biologi membuahkan hasil yang cukup baik. Semua guru Biologi sentiasa berusaha gigih demi meningkatkan kualiti pelajar Biologi SPM dari tahun ke tahun.

Anda mungkin juga menyukai