Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM KERTAS 2

DAERAH LIPIS
SMJK CHUNG HWA, KUALA LIPIS
TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Sebagaimana yang telah diketahui, matapelajaran Biologi merupakan subjek yang penting
bagi peperiksaan SPM di mana ianya adalah salah satu daripada subjek yang menyumbang
kepada Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah dan daerah. Oleh yang demikian adalah besar
harapan para pelajar, guru-guru dan ibubapa untuk mempastikan calon-calon yang
menduduki peperiksaan SPM untuk lulus dalam matapelajaran Biologi dan lebih-lebih lagi
mendapat A+. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan program sedang giat dijalankan
bagi mencapai tujuan ini. Salah satu usahanya adalah dengan mempastikan calon-calon yang
bakal menduduki SPM, tahu, faham dan mahir mengenai teknik menjawab soalan Biologi
SPM mengikut format peperiksaan yang diterima dan membolehkan mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Biologi SPM.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi pendedahan kepada calon-calon SPM tentang teknik menjawab soalan
Biologi bagi kertas 2.

2.2 Usaha untuk mempastikan semua pelajar lulus mata pelajaran Biologi.

2.3 Untuk mempastikan pelajar bersedia dan tidak gugup ketika menghadapi kertas
peperiksaan SPM yang sebenar.

2.4 Meningkatkan bilangan pelajar yang berpotensi mendapat A.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

3.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan


peperiksaan.

3.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.

3.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.0 SASARAN

Pelajar tingkatan 5.

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh : 11 Mac 2018 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

6.0 TEMPAT

SMK Clifford, Kuala Lipis.

7.0 TENTATIF

Slot pertama : Teknik menjawab soalan kertas 2 dan kemahiran KBKK

Slot kedua : Pelajar menjawab soalan

8.0 PENGANJUR

Panitia Biologi Daerah Lipis.

9.0 PENCERAMAH

En. Rakesh Bin Sala (Pemeriksa Kertas SPM, Penulis Modul/Buku, Pakar Motivasi)

10.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN BAJET JUMLAH (RM)

1. Yuran pendaftaran 9 orang RM 30.00 x 8 orang RM 240.00


pelajar

JUMLAH RM 240.00
11.0 PENUTUP.

Kesimpulannya, kerjasama dan usaha murid dalam menjayakan visi dan misi SMJK
Chung Hwa dalam peningkatan akademik amatlah diperlukan. Selain itu, peranan komuniti
seperti ibu bapa dan PIBG juga dilihat berperanan penting dalam membantu inisiatif pihak
sekolah meningkatkan lagi pencapaian aktiviti kurikulum di sekolah.

Melalui bengkel seperti ini, diharap dapat memperkembang dan meningkatkan


kemahiran-kemahiran pelajar dalam mata pelajaran yang terlibat. Selain itu aktiviti bengkel ini
juga bermatlamat untuk melatih murid supaya dapat memahirkan diri menjawab soalan SPM
dengan jayanya.

Di harapkan bila berakhirnya bengkel ini, para pelajar dapat menggunakan semua
kemahiran yang dipelajari demi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan SPM kelak. Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi nama sekolah di mata
warga masyarakat, PPD dan JPN.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………. …………………….……
(MOHD ZAMRI BIN MD ZIN) (YEOH LIAN HEONG)
Ketua Panitia Biologi, GPK Kurikulum,
SMJK Chung Hwa SMJK Chung Hwa,
Kuala Lipis. Kuala Lipis.

Anda mungkin juga menyukai