Anda di halaman 1dari 12

NAMA GURU SALMA HAYANI BINTI KHAIRUL SALLEH

MINGGU 36 HARI ISNIN TARIKH 20 SEPTEMBER

KELAS 4 ABRAHAM MASA 8.10 AM – 10.10 AM


MATA KIMIA Nilai Moral
PELAJARAN
TAJUK BAB 7 – KADAR TINDAK BALAS  Kerjasama
SUB TAJUK 7.2 – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS  Keberanian
 Bertanggungjawab
 Tekun
 Yakin
 Kepimpinan

STANDARD Pada akhir PdPc, pelajar akan dapat: ABM


KANDUNGAN  Gula melaka
7.2.1 Mengeksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kadar tindak balas:  Bikar

(i) saiz bahan tindak balas  Pisau

(ii) kepekatan  Air


(iii) suhu dan  Sudu
(iv) kehadiran mangkin.
 Buku teks
 Slide powerpoint
 LCD
 Papan putih

KRITERIA Pelajar akan berjaya jika dapat: PENTAKSIRAN / PBS


KEJAYAAN Domain Kognitif  Kuiz subtopik 7.2

 Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dengan


tepat.
 Mengira kadar tindak balas bagi jumlah luas yang berbeza saiz dengan
betul dan tepat.
 Mengenal pasti kesan kepekatan, saiz bahan, suhu dan magkin ke atas kadar
tindak balas.

Domain Psikomotor
 Membina radas eksperiment seperti gambar rajah eksperiment yang
ditunjukkan oleh guru dengan betul.

Domain Afektif
 Menunjukkan semangat berkumpulan semasa eksperimen dijalankan.
SET INDUKSI Fasa Orientasi (5 minit) :
(5 minit)
1) Guru mengarahkan pelajar untuk memotong gula melaka kepada ketulan-
ketulan kecil dan besar.(kedua-duanya mempunyai saiz yang sama).

Rajah 1: Gula melaka

2) Guru meminta murid untuk menyatakan apakah perbezaan luas permukaan


gula melaka antara ketulan besar & kecil.(ketulan kecil mempunyai luas
permukaan yang lebih kecil bagi setiap ketulan ,tetapi mempunyai jumlah luas
permukaan yang lebih besar berbanding sebiji ketulan besar gula melaka).
3) Kemudian,sediakan dua bikar dan isikan air pada jumlah yang sama untuk
dipanaskan menggunakan suhu yang sama.

Rajah 2: Dua bikar berisi air


4) Setelah air panas,masukkan gula melaka ke dalam 2 buah bikar yang berisi
air.Kacau kedua-dua bikar.Perhatikan gula melaka dalam bikar yang mana
yang paling cepat larut.

Fasa Pencungkilan Idea ( 5 minit)

1) Murid disoal oleh guru tentang pemerhatian yang dilihat oleh mereka.
(ketulan kecil gula melaka lebih cepat larut & lebih cepat bertindak balas)

2) Serang murid telah dipilih untuk berkongsi tentang pemerhatian yang


diperhatikan dan dicatat.
3) Soalan guru:
 Apakah rumusan/kesimpulan yang dapat anda simpulkan berdasarkan
pemerhatian di atas?

4) Jangkaan jawapan murid :


 Semakin kecil saiz bahan tindak balas,semakin besar jumlah luas
permukaan bahan yang terdedah,semakin tinggi kadar tindak balas.

5) Selain itu, aktiviti ini akan berjaya jika murid dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian contohnya memasak makanan yang bersaiz kecil
lebih cepat berbanding makanan yang bersaiz besar.
AKTIVITI Fasa Penstrukturan Idea (15 minit): Kemahiran Berfikir :
Mencipta /
Menilai /
Menganalisis /
1) Guru membuka slaid Power Point. Mengaplikasi /
Memahami /
2) Pelajar akan diberikan salinan nota berdasarkan slaid Power Point guru. Mengingat /
3) Penerangan akan dilakukan oleh guru berkenaan subtopik 7.2 Faktor yang
Strategi / teknik pengajaran :
pengaruhi kadar tindak balas.  Berpusatkan pelajar
4) Pelajar memberi tumpuan kepada guru dan mencatat nota yang dirasakan  Koperatif
penting bagi mereka.
5) Slaid Power Point boleh didapati di bahagian lampiran

AKTIVITI 1 : EXPERIMENT

*Masa yang diperuntukan untuk empat experimen ialah 75 minit

Kumpulan Ahli kumpulan


1 Afiq, Hayani, Athirah, Surini
2 Faris, Abu, Aminah, Zulkifle
3 Muaz, Fahdah, Afiqah, Anisah
4 Khairil, Hasanah, Amir, Siti

Setiap pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan melakukan
eksperimen secara berpasangan

Experiment 7.1: Mengkaji kesan saiz bahan tindak balas ke atas kadar tindak balas
1. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan eksperimen 7.1.
2. Bagi menjimatkan masa pelajar akan diminta untuk menghantar seorang wakil bagi
mengambil radas dan bahan untuk eksperiment.

Bahan Radas

Asid hidroklorik, HCl 0.1 mol dm- Kelalang kon 250 cm3, kaki retort
-3
, ketulan besar marmar CaCO 3 dan pengapit, buret, besen,
dan ketulan kecil marmar CaCO3 silinder penyukat 100 cm3,
penyumbat getah, salur
penghantar, penimbang elektronik
dan jam randik

3. Selepas pelajar mengambil bahan dan radas pelajar diminta untuk memulakan
eksperimen dengan merujuk prosedur eksperimen dalam buku teks.
4. Dalam eksperimen ini pelajar akan memerhatikan kesan saiz bahan terhadap kadar
tindak balas.

*rujuk buku teks tingkatan 4 muka surat 230 dan 231

Eksperimen 7.2: Mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas ke atas kadar
tindak balas

1. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan eksperimen 7.2.
2. Bagi menjimatkan masa pelajar akan diminta untuk menghantar seorang wakil bagi
mengambil radas dan bahan untuk eksperimen.
Bahan Radas
Asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm Kelalang kon 150 cm3,
-
jam
3
, larutan natrium tiosulfat, randik, silinder penyukat 10 cm3
Na2S2O3 0.2 mol dm-3, air suling dan 50 cm3
dan kertas putih dengan tanda ‘X’
di tengah

3. Selepas pelajar mengambil bahan dan radas pelajar diminta untuk memulakan
eksperimen dengan merujuk prosedur eksperimen dalam buku teks.
4. Dalam eksperimen ini pelajar akan memerhatikan kesan kepekatan bahan terhadap
masa yang diambil untuk kadar tindak balas berlaku.

*rujuk buku teks muka surat 232 dan 233

Eksperimen 7.3: Mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas

1. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan eksperimen 7.3.
2. Bagi menjimatkan masa pelajar akan diminta untuk menghantar seorang wakil bagi
mengambil radas dan bahan eksperimen

Bahan Radas
Asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm- Kelalang kon 150 cm3, silinder
3
, larutan natrium tiosulfat, penyukat 10 cm3 dan 50 cm3jam
Na2S2O3 0.2 mol dm-3 dan kertas randik, termometer, penunu
putih dengan tanda ‘X’ di tengah Bunsen, kasa dawai dan tungku
kaki tiga

3. Selepas pelajar mengambil bahan dan radas pelajar diminta untuk memulakan
eksperimen dengan merujuk prosedur eksperimen dalam buku teks.
4. Dalam eksperimen ini pelajar akan memerhatikan kesan suhu bahan tindak balas
terhadap masa yang diambil untuk kadar tindak balas berlaku.

*rujuk buku teks tingkatan 4 muka surat 234

Eksperimen 7.4: Mengkaji kesan kehadiran mangkin ke atas tindak balas

1. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan eksperimen 7.4.
2. Bagi menjimatkan masa pelajar akan diminta untuk menghantar seorang wakil bagi
mengambil radas dan bahan eksperimen

Bahan Radas
20-isi padu larutan hydrogen Silinder penyukat 10 cm3, tabung
peroksida, H2O2, serbuk mangan uji, rak tabung uji berbara, corong
(VI) oksida MnO2, dan air suling turas, kertas turas, bikar 150 cm 3,
spatula dan penimbang elektronik

3. Selepas pelajar mengambil bahan dan radas pelajar diminta untuk memulakan
eksperimen dengan merujuk prosedur eksperimen dalam buku teks.
4. Dalam eksperimen ini pelajar akan memerkatikan kesan kehadiran mangkin terhadap
peningkatan kadar tindak balas.

*rujuk buku teks tingkatan 4 muka surat 235

1. Pelajar dimintak untuk menulis laporan secara berasingan untuk kesemua eksperimen
yang dilakukan dengan menyatakan:
 adakan hipotesis untuk kesemua eksperimen ini dapat diterima?
 apakah kesimpulan bagi kesemua eksperimen yang telah dilakukan?

Pelajar diminta untuk menghantar laporan mereka pada waktu kelas yang berikutnya.

AKTIVITI 2 : Pentaksiran melalui tic-tac-toe. (15 minit)

1) Pelajar diminta untuk duduk secara berpasangan untuk memulakan


permainan tic-tac-toe.

2) Guru mengedarkan 10 kad soalan mengenai subtopik 7.2 dan kertas


lembaran tic-tac-toe kepada setiap pasangan.

Kertas lembaran tic-tac- toe

3) Guru memberi murid masa selama 15 minit untuk bermain permainan


tersebut sambil menjadi fasilitator agar murid tidak membuat kerja lain
daripada topik.

4) 10 keping kad soalan tic-tac-toe mengandungi soalan mudah untuk menguji


ingatan para pelajar tentang apa yang telah dipelajarinya di dalam kelas
sebentar tadi. Setiap kad soalan mempunyai soalan yang berbeza tetapi aras
kognitif yang sama.
Contoh kad soalan tic-tac-toe

5) Pelajar diarah untuk meletakkan kad soalan di bahagian tengah meja


dengan bahagian bertulis menghadap kebawah.

6) Semasa permainan tic-tac-toe dijalankan, pemain pertama akan


mengambil sekeping kad soalan dan membacakan soalan pada kad
soalan kepada pemain kedua. Pemain kedua akan mencatatkan
maklumat penting dan menyelesaikan soalan seterusnya menunjukkan
jawapannya kepada pemain pertama.

7) Jika jawapan pemain kedua betul, pemain kedua dibenarkan untuk


membuat tanda pada kerta lembaran tic-tac-toe. Jika sebaliknya, pemain
kedua akan kehilangan peluang untuk membuat tanda pada kertas
lembaran tic-tac-toe.

8) Permainan ini akan berlangsung sehingga salah satu pemain berjaya


menanda sederet baris menegak, mendatar atau menyerong pada kertas
lembaran tic-tac-toe.
Selepas 15 minit, guru akan meminta para pelajar untuk berhenti bermain dan guru
mengumumkan pemenang bagi pertandingan tersebut. (Pemenang akan diambil kira
berdasarkan jumlah tandaan baris menegak,menyerong atau mendatar dan juga masa
bagi permainan berlangsung)

AKTIVITI 3: Refleksi (5 minit)


1) Pelajar diminta untuk mencari kumpulan masing-masing.
2) Mereka berkongsi tentang refleksi yang diperolehi dan menyatakan semula
faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
3) Dua orang dipilih untuk berkongsi tentang refleksi yang diperolehi
Pemilihan
KERJA SUSULAN 1)Guru memberi latihan kepada pelajar pada muka surat 239 untuk mengukuhkan Pengukuhan /
UNTUK MURID Pengayaan
lagi kefahaman pelajar dalam subtopik 7.2.
2)Guru meminta pelajar untuk melakukan persedian untuk kuiz subtopik 7.2.
3)Guru meminta pelajar untuk menyiapkan laporan terhadap eksperiment yang
dijalankan.

REFLEKSI
LAMPIRAN
 Slaid Power Point 7.2 Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas boleh didapati di link di bawah ini:
https://drive.google.com/file/d/14TZEZYMSOkonSKrCpOZ4IAsdfKDzBf9B/view?usp=sharing

 Salinan nota (berdasarkan slaid Power Point) yang akan diedarkan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai