Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 3

Kelas : Tingkatan 3 Anatomi Tempoh : 80 Minit



Bilangan Pelajar : 27 orang Mata pelajaran : Sains

Tema : Pengurusan dan Kesinambungan Hidup Bidang Pembelajaran : Respirasi.

Objektif Pembelajaran : Menyedari Kepentingan Kesihatan Sistem Respirasi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran ini, murid dapat :
a) Menyenaraikan bahan-bahan yang memberi kesan buruk terhadap sistem respirasi.
b) Menerangkan kesan-kesan bahan pencemar terhadap sistem respirasi.
c) Menyenaraikan penyakit-penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi..
d) Mengamalkan tabiat yang baik untuk meningkatkan kualiti udara.



Sikap Saintifik dan
Nilai Murni : a) Bersyukur
b) Hormat menghormati dan bekerjasama
c) Menghargai dan mengamalkan kebersihan dan hidup yang sihat.
Pengetahuan
Perlu Ada : a) Pelajar perlu tahu bahaya bahan-bahan pencemar seperti asap rokok terhadap sistem respirasi manusia.
b) Pelajar perlu tahu kepentingan menjaga kebersihan dan pentingnya meningkatkan kualiti udara.

Keperluan Khas : a) Sebuah Laptop dan satu projektor LCD.
b) Bahan-bahan dan radas ujikaji untuk mengkaji kesan merokok keatas sistem respirasi manusia.

Persediaan Guru : a) Persembahan power point untuk menerang dan membincangkan mengenai ;
i. Bahan-bahan pencemar dan kesannya terhadap sistem respirasi manusia.
ii. Jenis-jenis penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi.
iii. Cara-cara meningkatkan kualiti udara.
b) Radas dan bahan eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas sistem respirasi.

Pendekatan : inkuiri terbimbing
Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Permulaan Guru dan pelajar membaca dan mengaminkan doa

Guru menyediakan peralatan pembelajaran dan pengajaran


Set Induksi Pengenalan kepada
tajuk.

Mengingat kembali
pelajaran
Yang lalu mengenai
struktur
sistem respirasi
manusia dan
laluan udara melalui
saluran
pernafasan.

Menayangkan gambarajah sistem respirasi manusia
Menggunakan laptop dan LCD.

Pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan berikut;
1) Namakan organ-organ yang terlibat dalam sistem respirasi
Berdasarkan rajah yang dipaparkan.
2) Terangkan laluan udara melalui organ-organ respirasi.
3) Apakah yang akan berlaku jika kita terganggu.

Tajuk pelajaran hari ini diperkenalkan.

Strategi P&P :
Pemerhatian
Kaedah : Kelas

Teknik : Soal jawab

Alat : Laptop, LCD

Kemahiran : Kritis &
Kreatif
Nilai : Bersyukur atas
nikmat kesihatan
yang baik.

Langkah 1 Penerangan
mengenai bahan-
bahan dan punca
pencemaran yang
memberi kesan
terhadap sistem
respirasi.
Menggunakan video untuk menayangkan gambar-gambar
Asap kilang, asap kenderaan, pembakaran sampah, asap merokok dan
kejadian jerubu.

Pelajar diminta untuk memadankan bahan-bahan kimia yang diberikan dengan
gambar-gambar yang ditayangkan, seperti nikotin, tar, sulfur dioksida, karbon
dioksida, karbon monoksida, habuk dan debu.
Strategi P&P :
Pemerhatian
Kaedah : * Kelas
* Individu
Teknik : Penerangan
Alat : Laptop, LCD
Kemahiran : Kritis &
Kreatif
Nilai : Menghargai
kebersihan dan
kesihatan.





Langkah 2

Penerangan
mengenai jenis-
jenis penyakit yang
melibatkan sistem
respirasi disebabkan
oleh bahan-bahan
pencemar dalam
langkah 1


Menggunakan laptop dan LCD untuk menunjukkan gambar jenis-jenis
penyakit yang melibatkan sistem respirasi.

Pelajar diminta untuk mengenalpasti jenis-jenis penyakit yang digambarkan
seperti, asma, kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema peparu.

Pelajar diminta memberikan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kualiti
udara.


Strategi P&P :
Pemerhatian
Kaedah : * Kelas
* Individu
Teknik : Penerangan

Alat : Laptop, LCD

Kemahiran : Kritis &
Kreatif
Nilai : Menghargai
kesihatan.


Langkah 3

Menjalankan
eksperimen

Guru menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas
sistem respirasi.

Pelajar dibekalkan dengan bahan cetakan yang mengandungi soalan-soalan
yang perlu dijawab berdasarkan eksperimen yang ditunjukkan.





Strategi P&P :
Pemerhatian

Kaedah :
Mengeksperimen

Teknik : Tunjukcara

Alat : Radas dan bahan
kimia

Kemahiran : Kritis
& Kreatif

Nilai : Jujur dan yakin.






Langkah 4


































Perbincangan dalam
kumpulan:

Kesan merokok ke
atas sistem
respirasi.





























Pelajar membentuk enam kumpulan dan melantik seorang ketua.

Setiap kumpulan diarahkan membincang dan menjawab soalan yang diberi
berdasarkan eksperimen yang diperhatikan

a) Apakah tujuan eksperimen itu?

---------------------------------------------------------------------------------------------
b) Apabila rokok dinyalakan, nyatakan pemerhatian-pemerhatian
berikut,

i) Suhu :
_______________________________________________

ii) Kapas putih :
_______________________________________________
iii) Penunjuk hidrogen bikarbonat :
_______________________________________________

c)Nyatakan kandungan dalam asap rokok yang menyebabkan
perubahan pada
i) Termometer :______________________________________
ii) Kapas putih :______________________________________
iii) Penunjuk hidrogen karbonat:_________________________

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen itu
______________________________________________________

Guru bertindak sebagai fasillitator.







Strategi P&P :


Kaedah : Kumpulan

Teknik : * Perbincangan
* Bimbingan

Alat : Bahan cetak

Kemahiran : Kritis
& Kreatif

Nilai : Tolong
menolong



















Langkah 5 Pembentangan Minta ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan yang
dijalankan.

Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan

Contoh :
Apakah yang diwakili oleh kapas putih dalam eksperimen itu?
Apakah yang akan berlaku keatas organ respirasi tersebut?

Strategi P&P :
Hipotesis
Kaedah : Kelas
Teknik : * Penerangan
* Sumbangsaran

Alat : Bahan cetak
Kemahiran : Kritis
& Kreatif
Nilai : Hormat
menghormati.

Rumusan Kesimpulan Edarkan soalan dan minta pelajar menjawab soalan berkaitan keseluruhan
tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.
Strategi P&P :

Kaedah : Kelas
Teknik : Bimbinngan
Alat : Bahan cetak

Kemahiran : Kritis
& Kreatif

Nilai : Bersyukur.

Penutup

Membina Buku
Skrap

Murid diarah membuat buku skrap dengan mengumpulkan gambar dari
akhbar atau majalah mengenai kesan buruk bahan-bahan pencemar ke atas
sistem respirasi sebagai kerja rumah.

Minta seorang murid memimpin membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.

Anda mungkin juga menyukai