Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 3

Kelas : Tingkatan 3 Cerdas Tempoh : 80 Minit

Bilangan Pelajar : 30 orang Mata pelajaran : Sains

Tema : Pengurusan dan Kesinambungan Hidup Bidang Pembelajaran : Respirasi.

Objektif Pembelajaran : Menyedari Kepentingan Kesihatan Sistem Respirasi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran ini, murid dapat :


a) Menyenaraikan bahan-bahan yang memberi kesan buruk terhadap sistem respirasi.
b) Menerangkan kesan-kesan bahan pencemar terhadap sistem respirasi.
c) Menyenaraikan penyakit-penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi..
d) Mengamalkan tabiat yang baik untuk meningkatkan kualiti udara.

Sikap Saintifik dan


Nilai Murni : a) Bersyukur
b) Hormat menghormati dan bekerjasama
c) Menghargai dan mengamalkan kebersihan dan hidup yang sihat.
Pengetahuan
Perlu Ada : a) Pelajar perlu tahu bahaya bahan-bahan pencemar seperti asap rokok terhadap sistem respirasi manusia.
b) Pelajar perlu tahu kepentingan menjaga kebersihan dan pentingnya meningkatkan kualiti udara.

Keperluan Khas : a) Sebuah Laptop dan satu projektor LCD.


b) Bahan-bahan dan radas ujikaji untuk mengkaji kesan merokok keatas sistem respirasi manusia.

Persediaan Guru : a) Persembahan power point untuk menerang dan membincangkan mengenai ;
i. Bahan-bahan pencemar dan kesannya terhadap sistem respirasi manusia.
ii. Jenis-jenis penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi.
iii. Cara-cara meningkatkan kualiti udara.
b) Radas dan bahan eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas sistem respirasi.
Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Permulaan Guru dan pelajar membaca dan mengaminkan doa

Guru menyediakan peralatan pembelajaran dan pengajaran

Set Induksi Pengenalan kepada Menayangkan gambarajah sistem respirasi manusia Strategi P&P :
tajuk. Menggunakan laptop dan LCD. Pemerhatian
Kaedah : Kelas
Mengingat kembali Pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan berikut;
pelajaran 1) Namakan organ-organ yang terlibat dalam sistem respirasi Teknik : Soal jawab
Yang lalu mengenai Berdasarkan rajah yang dipaparkan.
struktur 2) Terangkan laluan udara melalui organ-organ respirasi. Alat : Laptop, LCD
sistem respirasi 3) Apakah yang akan berlaku jika kita terganggu.
manusia dan Kemahiran : Kritis &
laluan udara melalui Tajuk pelajaran hari ini diperkenalkan. Kreatif
saluran Nilai : Bersyukur atas
pernafasan. nikmat kesihatan
yang baik.

Langkah 1 Penerangan Menggunakan video untuk menayangkan gambar-gambar Strategi P&P :


mengenai bahan- Asap kilang, asap kenderaan, pembakaran sampah, asap merokok dan Pemerhatian
bahan dan punca kejadian jerubu. Kaedah : * Kelas
pencemaran yang * Individu
memberi kesan Pelajar diminta untuk memadankan bahan-bahan kimia yang diberikan dengan Teknik : Penerangan
terhadap sistem gambar-gambar yang ditayangkan, seperti nikotin, tar, sulfur dioksida, karbon Alat : Laptop, LCD
respirasi. dioksida, karbon monoksida, habuk dan debu. Kemahiran : Kritis &
Kreatif
Nilai : Menghargai
kebersihan dan
kesihatan.
Langkah 2 Penerangan Menggunakan laptop dan LCD untuk menunjukkan gambar jenis-jenis Strategi P&P :
mengenai jenis- penyakit yang melibatkan sistem respirasi. Pemerhatian
jenis penyakit yang Kaedah : * Kelas
melibatkan sistem Pelajar diminta untuk mengenalpasti jenis-jenis penyakit yang digambarkan * Individu
respirasi disebabkan seperti, asma, kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema peparu. Teknik : Penerangan
oleh bahan-bahan
pencemar dalam Pelajar diminta memberikan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kualiti Alat : Laptop, LCD
langkah 1 udara.
Kemahiran : Kritis &
Kreatif
Nilai : Menghargai
kesihatan.

Langkah 3 Menjalankan Guru menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas Strategi P&P :
eksperimen sistem respirasi. Pemerhatian

Pelajar dibekalkan dengan bahan cetakan yang mengandungi soalan-soalan Kaedah :


yang perlu dijawab berdasarkan eksperimen yang ditunjukkan. Mengeksperimen

Teknik : Tunjukcara

Alat : Radas dan bahan


kimia

Kemahiran : Kritis
& Kreatif

Nilai : Jujur dan yakin.


Langkah 4 Perbincangan dalam Pelajar membentuk enam kumpulan dan melantik seorang ketua. Strategi P&P :
kumpulan:
Setiap kumpulan diarahkan membincang dan menjawab soalan yang diberi
Kesan merokok ke berdasarkan eksperimen yang diperhatikan Kaedah : Kumpulan
atas sistem
respirasi. a) Apakah tujuan eksperimen itu? Teknik : * Perbincangan
* Bimbingan
-------------------------------------------------------------------------------------
-------- Alat : Bahan cetak
b) Apabila rokok dinyalakan, nyatakan pemerhatian-pemerhatian
berikut, Kemahiran : Kritis
& Kreatif
i) Suhu :
_______________________________________________ Nilai : Tolong menolong

ii) Kapas putih :


_______________________________________________
iii) Penunjuk hidrogen bikarbonat :
_______________________________________________

c)Nyatakan kandungan dalam asap rokok yang menyebabkan


perubahan pada
i) Termometer :______________________________________
ii) Kapas putih :______________________________________
iii) Penunjuk hidrogen karbonat:_________________________

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen itu


______________________________________________________

Guru bertindak sebagai fasillitator.


Strategi P&P :
Langkah 5 Pembentangan Hipotesis
Kaedah : Kelas
Minta ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan yang Teknik : * Penerangan
dijalankan. *
Sumbangsaran
Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan
Alat : Bahan cetak
Contoh : Kemahiran : Kritis
Apakah yang diwakili oleh kapas putih dalam eksperimen itu? & Kreatif
Apakah yang akan berlaku keatas organ respirasi tersebut? Nilai : Hormat
menghormati.

Rumusan Kesimpulan Edarkan soalan dan minta pelajar menjawab soalan berkaitan keseluruhan Strategi P&P :
tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru.
Kaedah : Kelas
Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini. Teknik : Bimbinngan
Alat : Bahan cetak

Kemahiran : Kritis
& Kreatif

Nilai : Bersyukur.

Penutup Membina Buku Murid diarah membuat buku skrap dengan mengumpulkan gambar dari
Skrap akhbar atau majalah mengenai kesan buruk bahan-bahan pencemar ke atas
sistem respirasi sebagai kerja rumah.

Minta seorang murid memimpin membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.
Refleksi

Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 26 Februari 2017 bersamaan hari
Khamis. Murid-murid yang terlibat adalah dari tingkatan 3 Cerdas seramai 30 orang. Murid-murid tingkatan 3 Cerdas adalah murid yang boleh
dikatakan dalam kategori sederhana.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah pengurusan dan kesinambungan hidup, yang
mana ianya termasuk dalam tajuk sistem respirasi dibawah objektif pembelajaran menyedari kepentingan sistem respirasi. Semasa menjalankan
set induksi, saya dapati murid-murid agak teruja melihat sistem respirasi manusia dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon di
mana mereka bersama-sama bertanyakan berkenaan organ-organ dalam sistem respirasi
Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama dan kedua yang mana
penggunaan contoh-contoh dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan penerangan mengenai
bahan-bahan dan punca pencemaran yang memberi kesan terhadap sistem respirasi. Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran
yang jelas dan lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-
contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, bentuk metafora
dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat menerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang
diberikan. Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji
pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi
perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika itu cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan
memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.
Bagi aktiviti perkembangan langkah ketiga, saya menggunakan kaedah demostrasi dalam membantu saya menerangkan kesan merokok
kepada sistem respirasi. Murid-murid kelihatan sangat teruja terutama apabila rokok mula dinyalakan dan memberi kesan keatas kapas putih.
Saya turut memberi peluang kepada salah seorang pelajar untuk mengulang aktiviti yang sama bagi tujuan peneguhan. Melalu kaedah ini saya
dapati, murid-murid sangat berminat dan memberi tumpuan yang baik.
Untuk perkembangan langkah keempat, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri
dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang
memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid
yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat
dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti menjawab soalan secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang
sangat aktif memberi idea dan jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka
di papan tulis dan semak bersama-sama jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing. Dari jawapan yang diberi, saya dapati
mereka faham dan tahu berkenaan topik yang dipelajari. Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam membuat kesimpulan, namun
selepas diberi kefahaman yang mendalam murid dapat membuat kesimpulan sepertimana yang diinginkan.
Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah semasa sesi demostrasi dijalankan ada segelintir
murid tidak dapat melihat dengan baik disebabkan keadaan yang agak terbatas. Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan
murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka
pada pembelajaran. Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat
mencapai objektif yang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja
latihan bertulis secara individu yang telah diberi. Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul
sekurang-kurangnya tujuh dari sepuluh soalan yang diberi. Tugasan membina buku skrap diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah
bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kefahaman berkenaan kepentingan kesihatan sistem respirasi.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid
menglibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan
dengan lebih jelas. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi
ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan
teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang
lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara
mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek,
emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

Anda mungkin juga menyukai