Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MODERATOR

** Perhatian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, mohon kepada semua yang hadir untuk
memastikan mic di matikan dan kamera boleh di aktifkan ( on ).

Bismillahirrahmanirahi. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Yang Berusaha Ts. Hajah Rohani


Pengarah Cemerlang Kolej Vokasional Kluang,
Barisan Pihak Pengurusan KV Kluang,

Yang Berusaha , En. Zulkifli Bin Yusof, Timbalan Pengarah Akademik Kv Kluang
Yang Berusaha , Puan Saa’diah Binti Samingan, Timbaln Pengarah Sokongan Akademik Kv Kluang
Yang Berusaha , Puan Azlina Binti Abd. Aziz Ketua Jaminan Kualiti Kv Kluang

Yang Dihormati Ts. Dr. Siti Suhana Jamaian


Panel 1
Jabatan Matematik dan Statistik,
Fakulti Sains Gunaan, UTHM.

Yang Dihormati Prof.Madya Dr.Norizah binti Hj. Redzuan.


Panel 2
Sekolah Kejuruteraan Mekanikal
UTM, Skudai.

Pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri, Pensyarah Panatia Matematik , dan Para pelajar
Teknologi Pemesinan Industri yang dikasihi sekalian.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan En.Syaripudin bin Syaid untuk mempimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….. ( Bacaan Doa )

Alhamdulillah , Terima Kasih Diucapkan Kepada En. Syaripudin bin Syaid atas bacaan doa itu tadi.
Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu ilahi.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalukan kehadiran Puan TPSA Kolej
Vokasional Kluang, Puan Saa’diah Binti Samingan ke Majlis Perasmian Kepentingan Matematik
Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM bagi tahun 2021.

Majlis juga mengucapkan selamat datang kepda semua pelajar, ibu bapa pelajar dan pensyarah yang
menyertai program ini secara live di platform Youtube live KV Kluang.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Untuk Makluman semua ,program ini adalah program Bersama anjuran Program Teknologi
Pemesinan Industri dan panitia matematik kv kluang. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah
untuk menyediakan pelajar agar meminati matapelajaran matematik dari awal agar mudah untuk
mereka mengikuti pembelajaran kursus teknologi yang mereka ambil pada waktu ini. Selain itu,
pelajar juga dapat mengetahui tip2 yang perlu diamalkan untuk mereka mudah memahami
pembelajaran kursus matematik dan teknologi ini.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput YANG DIHORMATI Puan Saa’diah Binti Samingan Timbaln
Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Kluang untuk ucapan aluan dan seterusnya
merasmikan Program Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan
Industri Kolej Vokasional KPM bagi tahun 2021. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Saa’diah Binti
Samingan Timbaln Pengarah Sokongan Akademik atas ucapan dan kesudian merasmikan Program
Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional
KPM bagi tahun 2021 sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya menjemput ahli panel untuk memulakan langkah mengatur bicara. Sukacitanya saya
ingin memaklumkan tentang perjalanan Slot Program Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran
Kursus Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM ini.

 Saya akan menjalankan slot ini dalam 2 bahagian.


 Bahagian pertama– pembentangan dan perkongian daripada kedua-dua panel. ( 20 min
setiap panel )
 Bahagian kedua – buka untuk sesi soal jawab. Peserta bolehla bertanya sama ada secar terus
ataupon di ruang chat kepada kedua- dua panel ini. Boleh jgk jika ada persoalan semasa
panel membentang untuk bertanya.
Pelajar-pelajr yang dihormati sekalian,

Sukacita saya ingin memperkenalkan 2 orang tetamu yang akan membuat perkongsian kepada kita
mengenai Program Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan
Industri Kolej Vokasional KPM ini. Tetamu yang pertama Ts. Dr. Siti Suhana Jamaian. Tetamu yang
kedua Prof.Madya Dr.Norizah binti Hj. Redzuan.

Saya akan terangkan serba sedikit biodata :

Panel 1 – Saya nak details

Panel 2 – Saya nak details

Adik pelajar sekalian,

Untuk tidak membuang masa, saya mempersilakan panel 1 Ts. Dr. Siti Suhana Jamaian untuk
menyampaikan perkongsian Ilmu Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi
Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM ini. Dipersilakan……

Terima kasih kepada Ts. Dr. Siti Suhana Jamaian atas perkongsian beliau. Semoga apa yang dikatakn
itu dapat dijadikan panduan oleh semua pelajar teknologi pemesinan industry.

Seterusnya saya mempersilakan panel kedua kita Prof.Madya Dr.Norizah binti Hj. Redzuan untuk
berkongsi kepada pelajar mengenai Kepentingan Matematik Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi
Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM ini. Dipersilakan……

Terima kasih kepada Prof.Madya Dr.Norizah binti Hj. Redzuan atas perkongsian beliau. Semoga apa
yang dikatakn itu dapat dijadikan panduan oleh semua pelajar teknologi pemesinan industry.

Terima kasih kepada kedua – dua panel kita pada hari ini. Banyak ilmu yang ditaburkan, terpulanglah
kepada adik pelajar sekalian untuk mengutip dan menyimpannya atau membiarkan ilmu bertebaran
dan hilang dalam lipatan minda anda.
Adik pelajar sekalian,

Saya percaya ramai di antara peserta tidak sabra-sabar nak bertanya soalan. Untuk itu, saya buka
majlis ini untuk sesi soal jawab..

Untuk soalan pertama ( incase kalua xde yang volunteer, tanya soalan di ruang chat )

@ cg2 ada soalan x nk tanya ?

Soalan akhir … tutup soalan.

Hadirin yang budiman,

Nampaknya sampai disini sahaja dapat kita bersama dalam slot Kepentingan Matematik Dalam
Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM ini. Pihak Kolej Vokasional
kluang selaku pihak penganjur pada program kali ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
2 orang ahli panel yang telah merungkai dan mengupas secar jelas tentang Kepentingan Matematik
Dalam Pembelajaran Kursus Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional KPM ini. Semoga apa
yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Sebelum berundur, saya memohon ribuan kemaafan jika saya mengendalikan slot ini, terdapat
tuturkata dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya segala kelemahan itu adalah
atas kesilapan saya dan segala kebaikkan itu adalah dari Allah Subhanallah Ta Ala..

Daun selasih permainan budak,

Bunga melur berbau wangi,

Bertaut kasih bercerai tidak,

Panjang umur berjumpa lagi.

Saya sudahi dengan kalam mulia.. Wabbilahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum warahmatullahi Wabaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai