Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM TVET PILIHANKU

ANJURAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BI PERKARA CATATAN
L
1. KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sehebat

Yang berusaha
_____ Encik Matnoor bin Hj Sima, Pengetua Cemerlang SMK Balung
_____ Pn. Zanaliza Jamaludin, Penolong Kanan Pentadbiran
_____ En Abdul Wahap Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
_____ Pn Julita Pandu, Penolong Kanan Kokurikulum
_____ En Mohd Siri Palile, Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang berusaha
_____ En Musri Kadir, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

Yang dihormat
_____ En Ghazali Sulaiman, Pensyarah IPGM Kampus Tawau
_____ Pn Zainoriah Hussein, Majlis Lathan Pertanian Kebangsaan, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani
_____ En mohd Syukri Selamat, Majlis Lathan Pertanian Kebangsaan,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
_____ En Abdul Khalid Latuwo, Kolej Agritech Tawau

Guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama di Dewan Seri Cemara untuk mendengar Ceramah Program TVET
Pilihanku bersempena Minggu Teknik dan Vokasinal dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMK Balung.

Antara objektf utama ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
kepada para pelajar tentang peluang-peluang untuk menyambung pelajaran
dalam bidang kemahiran dan hala tuju program TVET (Technical Vocatonal
Educaton and Training).

2. Doa

Bagi memberkat majlis kita pagi ini, dijemput ___________________________


untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Amin-amin ya rabbal alamin.

3. Sidang hadirin sekalian,

Berikut merupakan tentatve program pada hari ini iaitu


Slot 1 En Ghazali Sulaiman dari IPGM Kampus Tawau

Rehat

Slot 2: Pn Zainoriah Hussein, Majlis Lathan Pertanian Kebangsaan, Kementerian


Pertanian dan Industri Asas Tani
En mohd Syukri Selamat, Majlis Lathan Pertanian Kebangsaan, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani

Slot 3: En Abdul Khalid Latuwo, Kolej Agritech Tawau

4. Sidang hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, dijemput penceramah bagi slot yang pertama, En


Ghazali Sulaiman, Pensyarah IPGM Kampus Tawau untuk menyampaikan
ceramah beliau.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ceramah sebentar tadi. Semoga
ilmu yang disampaikan dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang
Program TVET di Malaysia.

5. Rehat

Pelajar dibenarkan untuk rehat dan diminta untuk berkumpul kembali ke dalam
dewan pada jam 9.20 pagi.

6. Slot 2.

Alhamdulillah berkumpul kembali kita di Dewan Seri Cemara untuk mendengar


tentang Program TVET Pilihanku bersempena Minggu Teknik dan Vokasional
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tanpa melengahkan masa, dijemput penceramah yang didatangkan khas


daripada Kuala Lumpur untuk bersama-sama kita pagi ini bagi berkongsi ilmu
berkaitan TVET dan apakah pilihan yang boleh pelajar buat selepas habis
Tingkatan 5 atau habis PAV di SMK Balung.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


. dari Majlis
Lathan Kemahiran Kebangsaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
untuk menyampaikan ceramah beliau.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah itu tadi.


7. SLOT 3

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar taklimat daripada En Abdul Khalid


Latuwo, dari Kolej Agritech Tawau.

Majlis dengan segala hormanya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah itu tadi.

8. Penutup

Berakhirnya ceramah itu tadi, maka berakhirlah ceramah kita pada hari ini.
Semoga program pada hari ini dapat membuka minda para pelajar berkenaan
peluang dalam bidang kemahiran dan hala tuju TVET. Pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kesudian penceramah jemputan untuk berkongsi idea
dan pendapat berkaitan Program Kemahiran.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai