Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMI

PERTANDINGAN AKHIR DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


NATIONAL SPACE CHALLENGE 2015
(NSC 2015)

OLEH

YBHG DR NOORDIN AHMAD


KETUA PENGARAH
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA

PADA

RABU, 21 OKTOBER 2015

DI

PLANETARIUM NEGARA, KUALA LUMPUR

m/surat 1 dari 5
Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Puan Norhayati Mustafa


Penolong Pembantu Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Puan Noraini Hj Mohd Johan


Pengarah Perniagaan BSN Cawangan Kuala Lumpur
Bank Simpanan Nasional (BSN)

En Shah Al Zefflee Rosli


Pensyarah Kanan
Jabatan Rekaan Grafik
Saito College

Wakil-wakil Jabatan Pelajaran Negeri;

Para Hakim,

Dif-Dif Jemputan,

Rakan-Rakan media.

Tuan-tuan, puan-puan dan para peserta NSC 2015 yang saya hormati sekalian,

m/surat 2 dari 5
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Pertandingan Akhir
dan Majlis Perasmian Penutup Program National Space Challenge Prime
Minister’s Trophy 2015 (NSC 2015) Peringkat Kebangsaan di Planetarium
Negara, pada hari ini.

2. Sekalung tahniah kepada Planetarium Negara kerana berjaya menganjurkan


NSC 2015 dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada guru-guru pengiring yang
bertungkus lumus membimbing para peserta dari peringkat awal hingga ke
peringkat Kebangsaan dan juga para peserta pertandingan kerana telah
berjaya ke peringkat akhir dan kebangsaan hari ini.

3. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian


Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian yang
saban tahun menyokong program-program anjuran ANGKASA dan MOSTI
amnya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan strategik NSC 2015, Bank
Simpanan Nasional, NIKON Malaysia dan Saito College yang telah bersama-
sama kami menjayakan program tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan.

Tuan-tuan, puan-puan dan para peserta yang saya hormati sekalian,

4. Sebagai makluman, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah


banyak mengadakan program-program berbentuk pertandingan dan ilmiah
kepada rakyat Malaysia. Melalui program-program ini, MOSTI berharap
rakyat Malaysia akan dapat membudayakan sains, teknologi dan inovasi
dalam kehidupan harian kita.

5. Kita sebagai rakyat telah banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi yang
telah membantu kita menjalankan kehidupan harian. Sebagai contoh, pada
tahun 2015, pihak Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi melalui agensi-
agensi di bawahnya telah banyak menganjurkan pelbagai program berbentuk
inovasi dan pameran bergerak ke seluruh negara untuk memperkenalkan STI
kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Menerusi program-program ini,
aktiviti-aktiviti berkonsepkan pembelajaran sains secara tidak
formaldiperkenalkan melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains secara hand’s
on dan mind’s on secara santai kepada masyarakat. Kami percaya melalui
pendekatan ini, kami akan dapat menggalakkan masyarakat untuk lebih
mendekati dan mencintai STI. Pendekatan ini akan , seterusnya memberikan
persepsi positif mengenai sains dan diharapkan dapat menarik minat mereka
untuk menyertai STI sebagai pilihan masa depan.

m/surat 3 dari 5
Tuan-tuan, puan-puan dan para peserta yang saya hormati sekalian,

6. Seperti yang telah digariskan di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi
Negara (DSTIN) untuk tempoh 2013 hingga 2020 di bawah Teras Kedua
iaitu, untuk Membangun, Memanfaat dan Menggilap Kepakaran Sumber
Manusia di negara ini, program seumpama National Space Challenge ini
sudah pasti berupaya untuk membangunkan keupayaan kognitif tahap tinggi,
kemahiran analitikal, menanam sifat kreatif dan inovatif di kalangan para
pelajar dan juga guru-guru sekolah seperti yang telah digariskan di bawah
teras tersebut.

7. Sehubungan dengan itu, ANGKASA akan terus mengajurkan program-


program pendidikan dan pembudayaan melalui program-program seumpama
pada masa hadapan dan diharapkan ianya dapat membantu untuk
memberikan impak kepada masyarakat amnya dalam usaha kerajaan untuk
meningkatkan pencapaian sekurang-kurangnya 70 orang penyelidik bagi
setiap 10,000 penduduk Malaysia menjelang tahun 2020 sebagai salah satu
matlamat yang telah juga digariskan di bawah DSTIN 2013-2020.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Kepada anak-anak yang berjaya hari ini, tahniah diucapkan dan kepada yang
tidak berjaya tingkatkan usaha anda pada masa hadapan. Perlu diingatkan,
pertandingan hari ini bukan semata-mata untuk menjadi juara, yang paling
penting adalah ilmu yang akan dibawa pulang ke sekolah nanti. Semoga
pengalaman anda di sini akan dipratikkan di sekolah dan anda akan menjadi
duta kepada pihak MOSTI dalam mempromosikan sains, tekonologi dan
inovasi negara.

9. Akhirnya bagi pihak MOSTI khususnya ANGKASA, sekali lagi saya ingin
mengucapkan tahniah kepada warga Planetarium Negara dan rakan-rakan
strategik NSC2015 di atas penganjuran program sebegini yang menyokong
kepada usaha mewujudkan kesedaran dan mempromosikan Dasar Sains,
Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan setinggi-tinggi penghargaan serta
jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Bank Simpanan Nasional, NIKON Malaysia dan Saito
College di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam
menjayakan program ini.

m/surat 4 dari 5
10. Akhir kata, dengan lafaz :

‘BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM’


SAYA DENGAN SUKACITANYA
MERASMIKAN PERTANDINGAN AKHIR DAN MAJLIS PENUTUP
PROGRAM NATIONAL SPACE CHALLENGE PRIME MINISTER’S
TROPHY 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN PADA KALI INI.

Wabillah hitawfik walhidayah wasalammuaalaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

m/surat 5 dari 5

Anda mungkin juga menyukai