Anda di halaman 1dari 4

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera dan Salam Harapan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang telah berjaya menganjurkan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Andalas
Indonesia. Kita sedia maklum bahawa aktiviti penyelidikan merupakan sebahagian daripada
tugas hakiki yang perlu dilaksanakan oleh setiap warga pendidik dalam meningkatkan tahap
profesionalisme. Hal ini penting kerana institusi pendidikan bukan sahaja menjadi medan
penyebaran ilmu tetapi juga menjadi medan penjanaan pengetahuan dalam kalangan pencinta
ilmu.
Penyelidikan yang baik tidak hanya bermanfaat kepada mereka yang berada dalam sistem
pendidikan semata-mata tetapi dapat memberi manfaat kepada masyarakat glokal dan global.
Bagi pihak kerajaan negeri, saya menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh IPG Kampus
Raja Melewar bersama-sama rakan penganjurnya bagi menjayakan seminar kali ini. Semoga
penganjuran Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa yang julung kalinya di Negeri
Sembilan tidak terhenti setakat ini sahaja, sebaliknya dapat diteruskan sebagai acara tahunan.
Hal ini demikian kerana seminar penyelidikan ini menjadi wadah perbincangan intelektual
dalam kalangan para cendikiawan yang pastinya memberi impak tinggi dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti.
Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
menjayakan seminar kali ini. Kepada para peserta seminar, saya ucapkan “Selamat
Berseminar”
Sekian, terima kasih.

YAB TUAN HAJI AMINUDDIN BIN HARUN


Menteri Besar Negeri Sembilan

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 4

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN REKTOR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Seminar Penyelidikan Pendidikan
Antarabangsa 2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dengan kerjasama
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Universitas Andalas, Indonesia dapat dilaksanakan.
Seminar ini sangat sesuai dilaksanakan untuk mempertingkatkan bidang profesionalisme
masing-masing.

Seminar sebegini sememangnya bagus untuk memberi pengalaman baru kepada


guru-guru yang berpeluang membentangkan kajian mereka. Semua siswa dan siswi dari IPG
juga telah dilatih untuk membuat penyelidikan dan ada sebahagian daripada mereka telahpun
belajar membentang kertas kerja daripada pensyarah masing-masing. Kursus Kajian
Tindakan dapat mendedahkan mereka cara dan kaedah untuk membuat penyelidikan dalam
pelbagai isu.

Untuk itu, siswa dan siswi yang tamat pengajian akan menggunakan peluang dalam
seminar ini. Hal ini penting kerana cabaran dalam dunia perguruan sekarang memerlukan
komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam menangani pelbagai permasalahan global.
Mereka juga boleh turut menyumbangkan bakti kepada masyarakat dengan melibatkan diri
secara aktif sebagai ahli aIumni untuk memastikan hasrat dan impian Kementerian Pelajaran
Malaysia dapat dicapai menerusi pelbagai saluran.

Kepimpinan kita pada hari ini sentiasa berusaha untuk memastikan pelajar mendapat
bimbingan yang sama untuk menjadikan mereka sebagai seorang guru yang kompeten.
Hanya ilmu yang lebih jitu serta relevan mengikut arus perdana sahaja yang mampu
menyediakan mereka sebagai seorang guru yang boleh menghadapi pelbagai cabaran dunia
semasa. Bukan itu sahaja, kreativiti dan inovasi juga penting untuk mengatasi cabaran
kemahiran teknologi maklumat yang begitu pantas diterima dunia. Siswa dan siswi
seharusnya mengambil peluang sepanjang tempoh masa pembelajaran mereka menimba ilmu
di semua IPG di seluruh Malaysia.
Sekian terima kasih.

Dr. HJH. RUSMINI BINTI KU AHMAD


Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 5

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN PENGARAH


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Buah salak di dalam kantung,


Kulitnya keras isinya kelat;

Bulat air kerana pembetung,


Bulat manusia kerana muafakat.

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) atas inisiatif yang amat terpuji
dengan mengadakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa bagi tahun 2018.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti Teknologi MARA
(UiTM) Seremban, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan (JPNS) dan Alumni Perguruan Raja Melewar atas kerjasama menganjurkan
Seminar Pendidikan Penyelidikan Antarabangsa ini yang bertemakan ”Penyelidikan dan
Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia”.
IPGKRM telah menyahut cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tentang kepentingan penyelidikan dan inovasi
dilaksanakan secara koheren dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berhampiran
selaras dengan kehendak Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia. Bertepatan
dengan tema seminar ini iaitu ‘Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf
Dunia’ telah menunjukkan bahawa isu inovasi memberi kesan yang besar dalam sesebuah
tamadun manusia khasnya dalam sistem pendidikan sesebuah negara.
Semoga perancangan yang telah dibuat dengan teliti ini, akan mendapat hasil dan impak
yang maksimum dan menjadi amalan yang berterusan dalam profesion perguruan demi
memartabatkan warga pendidik secara global.
Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 6

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN REKTOR


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan penganjuran


Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (SPPA) 2018 bertempat di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan selamat datang kepada
tetamu dan penyelidik ke Negeri Sembilan dalam usaha menyebarluas dan berkongsi ilmu
dalam kalangan pendidik yang bertema “penyelidikan dan inovasi memacu pendidikan bertaraf
dunia”. Revolusi perindustrian 4.0 yang melibatkan sektor pendidikan memerlukan pensyarah
mengadaptasikan pembudayaan kaedah-kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan pendidikan abad ke-21.
Pensyarah juga perlu sentiasa bersedia dengan kaedah-kaedah yang berkesan dalam
mendidik anak bangsa. Penyampaian pendidikan tanpa sempadan pada masa kini
memerlukan mereka menguasai teknologi yang pantas dengan melakukan pelbagai
penyelidikan dalam usaha menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 khususnya dalam sektor
pendidikan.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pembentang dan peserta SPPA 2018
yang telah memberi sokongan yang sangat baik dalam seminar ini. Diharapkan perjumpaan
dalam seminar ini dapat menguatkan silaturrahim antara semua. Setinggi-tinggi tahniah
kepada ahli jawatankuasa penganjur SPPA 2018 atas tenaga dan usaha yang penuh dedikasi
dalam menjayakan SPPA 2018 kali ini. Semoga usaha mereka mendapat keberkatan oleh
Allah swt.
Selamat maju jaya.

PROFESOR DR. NASRUDIN BIN MOHAMMED


Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 7

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izinNya dapat saya menukilkan kata alu-aluan sempena Seminar Penyelidikan Pendidikan
Antarabangsa 2018 (SPPA) yang julung kali diadakan ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada warga Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) selaku penganjur utama serta rakan
institusi kerjasama yang lain kerana telah bertungkus-lumus secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan program SPPA ini.
Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan jantung kepada perkembangan ekonomi
dan pembangunan ummah sesebuah negara. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan
insan yang boleh meningkatkan kualiti diri dan memberi sumbangan yang positif kepada
komuniti, masyarakat dan negara. Melalui pendidikan yang holistik, generasi muda mampu
dipupuk dan dibimbing agar mencapai kecemerlangan, berdaya saing dan mempunyai nilai
pasaran yang tinggi seiring dengan kehendak pendidikan global.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan dokumen rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dihasilkan secara teliti dan profesional bagi mencapai
taraf pendidikan yang unggul dan terbaik bagi Malaysia. Salah satu peranan pendidikan yang
perlu diterap dan ditekankan adalah untuk menyelesaikan masalah melalui kaedah
penyelidikan dan penciptaan inovasi baharu. Bagi menghadapi persaingan ekonomi global
pada masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada pendidikan melalui ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya.
Akhir kata, saya mendoakan semoga kejayaan program SPPA kali ini menjadi titik positif
kepada permulaan kerjasama semua pihak dalam membantu memartabatkan pendidikan
negara. Bagi pihak USIM saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah dan syabas serta ucapan terima kasih buat penganjur utama atas jemputan
berkolaborasi dalam SPPA 2018 ini.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 8

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN PENGARAH


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

Salam Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya diberikan
kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan dalam buku buku program ini. Terlebih dahulu,
saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar dan semua institutsi gabungannya kerana telah berjaya menganjurkan Seminar
Pendidikan Penyelidikan Antarabangsa 2018 (SPPA 2018) yang bertemakan “Penyelidikan
dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia”.
Dalam usaha memperkasakan pendidikan negara selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, budaya penyelidikan perlulah sebati dengan jiwa para guru
di semua peringkat pendidikan bermula dari peringkat akar umbi iaitu di sekolah lagi. Justeru,
saya ingin menyarankan kepada semua guru di Negeri Sembilan agar memilki pengetahuan
dan kemahiran menjalankan penyelidikan terutama dalam pedagogi. Hasil kajian
kemudiannya disebarluaskan dalam mana-mana seminar untuk rujukan umum.
Aktiviti penyelidikan amat penting kepada guru-guru bagi menjadikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) lebih bermakna. Melalui penyelidikan, pelbagai isu dan cabaran dalam
dunia pendidikan dapat ditangani. Jika masalah ini berjaya ditangani segera, tidak mustahil
matlamat untuk melahirkan “Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)” akan tercapai, malahan
aspirasi pendidikan negara turut menjadi kenyataan.
Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, saya menyokong penuh penganjuran SPPA
2018 dan berharap penganjurannya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi
memberi ruang dan peluang kepada guru untuk berkongsi ilmu dan kreativiti bagi
meningkatkan kualiti PdP di dalam bilik darjah.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 9

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA


MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Seminar Penyelidikan
Pendidikan Antarabangsa 2018 telah dapat direalisasikan. Tahniah dan syabas diucapkan
atas kejayaan penganjuran program ini. Penganjuran seminar ini secara tidak langsung dapat
membantu pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan
termasuk dengan perubahan dan kemajuan dinamis dalam bidang pembangunan tenaga
manusia, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, kecemerlangan budaya intelektual dan
kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Ilmu dan penyelidikan tidak dapat dipisahkan. Dalam memberi kupasan terhadap kepentingan
ilmu dan penyelidikan, Dr. Yusof Qardawi menyatakan jatuh bangunnya tamadun Islam
bergantung kepada dua terma utama iaitu jihad dan ijtihad. Jika jihad diperlukan untuk
membangunkan tamadun dan mempertahankannya daripada ancaman musuh, ijtihad atau
penyelidikan dalam bidang intelektual pula merupakan syarat utama bagi memastikan sesuatu
tamadun itu dapat bertahan lama.
Terutamanya, kita sebagai pendokong pendidikan perlulah memahami kepentingan
penyelidikan ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah di samping perlu berubah
daripada zon selesa ke arah mempersiap dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran
melakukan penyelidikan ilmiah yang bermutu tinggi. Aktiviti ijtihad atau penyelidikan dan
inovasi adalah roh gerakan dalam pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia yang perlu
sentiasa dihidupkan bahkan dikembangkan dari semasa ke semasa. Usaha ini bagi
mengembangsuburkan aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan pendidikan dan sekaligus
membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan manusia.
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa atas penganjuran
seminar ini. Sesungguhnya penyelidikan dan inovasi adalah amat penting bagi mendepani
pelbagai cabaran dalam proses menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan yang bertaraf
dunia.
Sekian. Terima kasih.
DATO’ HJ. KAMAL AMRAN BIN KAMARUDN
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 10

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Anda mungkin juga menyukai