Anda di halaman 1dari 27

KAEDAH &

TEKNIK
MENGAJAR
KEMAHIRAN
BERTUTUR
Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar
 Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan
sosial murid, psikologi dan pengalaman murid.
 Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian.
Sebaliknya kemahiran mendengar hendaklah diajar secara
bergabungjalin dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu bertutur,
membaca dan menulis.
 Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar
mestilah dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid
untuk belajar.
 Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar
untuk mendorong murid menguasai kemahiran ini.
Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar
 Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar
dengan betul dan aktiviti ini perlu dijalankan secara berterusan.
 Memupuk keinginan mendengar dan mengajar
tabiat
mendengar yang baik.
 Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.
 Melatih membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang
didengar, sama ada secara mental atau bertulis.
 Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat (perkara yang
‘tersurat’) tentang apa yang dikatakan oleh seorang penutur, murid perlu
juga diajar memahami sikap dan emosi seseorang dan maksud
yang tersirat dalam sesuatu ucapan.
Mendengar Interaktif dan Tak
Interaktif
• Melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar.
• Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan.
• Semasa aktiviti mendengar secara interaktif, seseorang boleh mencelah
Mendengar dengan mengemukakan soalan untuk mencari penjelasan, pengulangan
atau mengucapkan semula. Pelajar akan berpeluang untuk
Interaktif mempraktikkan mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas
biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran ini.

• Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons


secara verbal terhadap mesej yang didengar.
• Untuk mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik,
pendengar perlu bersedia dengan situasi tersebut.
Mendengar Tak • Pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan
soalan atau untuk mendapatkan penjelasan.
Interaktif • Pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam
mewujudkan hubungan dua hala seperti mendengar kuliah, radio,
menonton televisyen, filem atau siaran langsung.
Pendekatan Pengajaran Tiga Peringkat

Sebelum
Mendengar

Semasa
Mendengar
Diulang
Selepas
Mendengar
Langkah 1: Sebelum Mendengar
 Mengenal pasti tujuan mendengar – murid menentukan matlamat,
merancang dan memberi tumpuan sejajar dengan matlamat.
 Menggunakan pengetahuan sedia ada – membuat inferens dan
ramalan.
 Fokus kepada kosa kata dan perkataan penting –
menggunakan
klu konteks.
 Memberi sinonim (sama maksud) atau antonim (maksud lawan)
perkataan-perkataan yang di dengar.
 Gunakan imaginasi – membentuk grafik atau gambar
dalam minda semasa mendengar.
 Kaitkan dengan pengalaman perbadi yang telah dilalui.
Langkah 2: Semasa-Mendengar
 Menggunakan pengetahuan tatabahasa dan klu linguistic.
 Memantau tumpuan mereka kepada apa yang didengar.
 Bertanya diri sendiri jika yang didengar itu tepat.
 Bertumpu kepada nada dan intonasi penutur.
 Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami
apa yang didengar.
 Bertumpu kepada yang penting sahaja.
 Membuat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat
yang
didengar.
 Menghuraikan apa yang didengar untuk
memperkukuhkan kefahaman.
Langkah 3: Selepas Mendengar
 Memastikan sama ada apa yang diramalkan adalah betul.
 Meringkaskan maklumat yang didengar.
 Menilai kejayaan.
 Mencatatkan apa yang diingat.
 Mengulang apa yang didengar.
 Menyusun kosa kata baharu.
 Menilai strategi mendengar yang digunakan.
Contoh:
Penggunaan Pendekatan Tiga
Peringkat
Contoh 1: Mengikuti Arahan
 Pengenalan: Aktiviti ini mudah digunakan dan adalah
sangat berkesan dalam pengajaran kemahiran mendengar..
 Objectif: Murid mendengar dan mengikuti arahan yang
diberi
dengan terperinci.
 Kata Kunci: mengikuti arahan, mendengar.
 Bahan: sehalai kertas untuk murid dan pensel.
 Rancangan Pelajaran:
Aktiviti ini boleh digunakan bila-bila sahaja. Berikan setiap murid
sehelai kertas dan beritahu mereka iaitu aktiviti yang mereka akan
buat akan membuktikan sama ada mereka dapat mengikuti arahan yang
disampaikan secara lisan. Beritahu mereka, iaitu guru akan membaca
sesuatu arahan dan mengulangnya sekali sahaja. Oleh itu mereka
hendaklah mendengar dengan teliti.
Guru Membaca Arahan-Arahan:-
1. Tulis nama anda pada hujung kertas disebalah kanan.
2. Pada garisan kedua tulis nombor 1 hingga 9, Pastikan
anda
mengadakan ruang di antara setiap nombor.
3. Bulatkan nombor 6. Dan gariskan nombor 3.
4. Lukis satu bintang di hujung kertas disebelah kiri.
5. Gunakan pensel anda dan tebuk satu lubang ditengah-tengah kertas.
6. Lukis bentuk hati menglilingi lubang tersebut.
7. Pada garisan yang akhir tulis perkataan ini “Terima Kasih”
8. Lipat kertas anda ditengah-tengah kertas sekali.
9. Lukis satu bulatan ditengah-tengah lipatan tersebut.
 Aktiviti adalah mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan murid memberi
tumpuan sepenuhnya. Walau pun demikian ramai akan dapati aktiviti ini
sukar.
[sumber Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com]
Contoh 2: Dialog
 Bahan: Pita rakam
 Objektif: Murid akan dapat:
- Menunjuk kefahaman tentang beberapa perkataan
- Mendengar dan membuat nota
- Menulis satu perenggan tentang topik dialog
 Langkah-Lankah Pelajaran:
 Aktiviti Sebelum Mendengar
- Memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar
di sebelah.
- Kosa Kata Utama: memelihara, rumah sebelah.
- Soalan: Cuba teka dialog ini berkenaan dengan
apa.
HAIWAN
Shalini: Kucing ini sangat comel. Siapakah yang
punya kucing ini?.

Zalina: Ia kepunyaan Puan Rina. Dia tinggal di


rumah sebelah. Dia mempunyai lebih kurang
sepuluh ekor kucing.

Shalini: Amboi, begitu banyak kucing. Sudah


tentu dia penyayang haiwan.

Zalina: Agaknya. Tanya Puan Rina.

Shalini: Kamu tak suka kucingkah?


Aktiviti Semasa Mendengar:
 Murid mendengar dilaog dan semak sama ada tekaan mereka tepat.
 Murid mendengar dialog buat kali kedua dan jawab soalan: Siapakah
mempunyai banyak kucing?

Aktiviti Selapas Mendengar:


 Murid membincang tentang pengalaman mereka sendiri dengan haiwan
perliharaan.
 Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah?
 Terangkan sedikit tentang haiwan peliharaan anda (jika ada).
 Apakah anda perlu buat untuk menjaga haiwan anda?
 Apakah jenis haiwan anda ingin pelihara? Mengapa?
 Adakah penting mempunyai haiwan peliharaan? Mengapa?
Mengapakah tidak?
 Murid menulis satu perenggan tentang haiwan peliharaan.

[Sumber: Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA.


Washington.]
Contoh 3: Naratif
Objektif: Diakhir pelajaran murid akan boleh:
 Meringkaskan naratif yang didengar
 Mengenal beberapa perkataan penting
 Memilih jawapan yang betul
 Menjawab secara lisan

Bahan:
 Pita rakaman
 Kertas edaran
Langkah-Langkah Pelajaran: Aktiviti Sebelum
Mendengar:
 Persiapan sebelum aktiviti pendengaran
 Perkataan penting ditulis pada papan tulis.
 Soalan-soalan diedarkan kepada murid-murid.
Transkrip:
 En. Chong memandu bas pada hujung minggu dan cuti am. Dia bekerja
sebagai pemandu bas secara separuh masa untuk sebuah syarikat bas
besar di Kuala Lumpur. Pada hari biasa dia bekerja sebagai mekanik
kereta. Dia bekerja separuh masa sebagai pemandu bas untuk
mendapatkan lebih banyak wang kerana dia ingin untuk membeli
sebuah rumah. Dia membawa pelancong melawat ke tempat-tempat
peranginan dan bersejarah.
Aktiviti Semasa Mendengar:
 Murid mendengar naratif berkenaan En. Chong.
 Murid menjawab soalan-soalan berikut:

1. En. Chong ialah seorang ................................


a) pemandu teksi b) pemandu pelancong
c) pemandu bas d) penjual kereta
2. En. Chong ingin membeli ................................
a) kereta b) kamera c) bas d) rumah
3. Ke manakah En. Chong membawa pelancong?
Aktiviti Selepas Mendengar:

 Seorang murid berlakon sebagai pemandu bas.


Murid-murid lain bertanya soalan-soalan seperti
berikut:
 Siapakah nama kamu?
 Apakah pekerjaan kamu?
 Apakah yang kamu buat pada hujung minggu?
 Apakah yang kamu ingin beli?
 Siapakah yang menaiki bas kamu?

[Sumber: Dean Curry (1994). East Does It. USIA.


Washington. P.3]
Contoh 4:
Mengesan Perkataan yang Berbunyi Hampir
Sama
Tujuan: Pelajar belajar mengenal perkataan yang
mempunyai sebutan yang hampir sama.
 Ayat Pemintal Lidah
 pandang tandan depan padang
 dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah
 berat beras dua belas kilo
 tulang temulang di atas belulang
 Langkah- Muri diber kertas edaran yang
Langkah:
mengandungi beberapa d perkataan
i yang mempunyai
perbezaan
sedikit bunyi serta gambar-gambar.
 Guru menyebut tiga perkataan berikut [DUKU, KUKU & BUKU]
dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan.
Pemilihan Bahan Untuk Aktiviti
Pendengaran
Bahan
yang
Sesuai

Bahan yang
Tahap
Kepayahan
Pemiliha Boleh
n Bahan Menggembira
yang Betul
kan

Bahan
Autentik
Bahan yang Sesuai
 Penggunaan bahan pengajaran sangat penting dalam mewujudkan
pemahaman bahasa.
 Kesesuaian bahan banyak mempengaruhi sama ada kepada penutur
mahupun pendengar.
 Bagi kebanyakan orang, cara termudah untuk memulakan penguasaan
mendengar ialah dalam keadaan situasi mendengar interaktif bersemuka,
sebab pendengar boleh secara bersungguh-sungguh menguasai
pertuturan penutur.
 Jika pendengar tidak mempunyai peluang atau tidak selesa dengan
cara itu, carilah bahan yang khusus disediakan untuk mengajar
mendengar bagi tujuan pemahaman.
 Kini terdapat banyak bahan audio daripada internet. Juga alat
perakam digital sungguh mudah digunakan untuk merakam
suara guru.
Bahan yang Boleh Menggembirakan (Didik
Hibur)
 Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika bahan yang digunakan
boleh menggembirakan pelajar.
 Ini disebabkan manusia mendengar untuk tujuan mendapatkan
maklumat dan hiburan.
 Pilihlah bahan yang difikirkan akan memberikan maklumat serta dapat
menghiburkan mereka.
 Perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin akan lebih
memahaminya dengan mudah.
 Secara ringkasnya, jika pelajar meminati sukan, tontonlah rancangan
sukan di televisyen atau mendengar laporan di media yang lain.
Tahap Kepayahan yang Betul
 Dalam pembelajaran bahasa melalui kemahiran
bahan yang digunakan perlulah selaras dengan
mendengar, objektif
pembelajaran serta tahap pembelajaran pelajar.
 Jika penguasaan bahasa pelajar berada pada tahap permulaan atau
pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan video terlebih
dahulu sebelum menggunakan bahan audio.
 Tujuannya agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk
yang akan dipelajari.
 Sementara bahan yang memasukkan bahan visual
akan
memudahkan pelajar mengikuti perkara yang diucapkan.
Bahan
 Bahan autentik Autentik
untuk kemahiran mendengar banyak terdapat di
sekeliling kita, termasuklah program radio dan televisyen, syarahan,
ucapan, filem, dan drama.
 Bahan tersebut senang diperoleh dan penutur boleh mendapatkannya
dalam susunan yang senang kepada yang agak susah.
 Guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen
televisyen yang pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang
dibantu dengan visual.
 Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di
sampaikan dengan berkesan.
 Contohnya penggunaan rakaman iklan, pengumuman, laporan cuaca,
temu bual atau berita ringkas.
 Jika pelajar telah mahir, mereka boleh mendengar bahan yang lebih
kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi profesional, filem, dan apa
sahaja program radio atau televisyen.
Strategi Meningkatkan Kemahiran
 Mendengar
Sentiasa melihat ke arah guru semasa guru sedang mengajar.
 Boleh memahami pengajaran guru walau pun tidak dapat melihatnya.
 Boleh memahami pengajaran guru walau tanpa bantuan buku teks
atau bahan lain.
 Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru hingga akhir.
 Mengenal pasti isi-isi penting semasa pengajaran guru.
 Menegur murid yang membuat bising semasa guru mengajar.
 Cuba mengelak terganggu dengan bunyi-bunyi lain (seperti bunyi
kereta, murid bermain di luar kelas).
 Elak daripada mendengar secara sambil lewa.
 Beri perhatian terhadap intonasi dan nada suara.
 Fokuskan kepada kata tanya.
 Menganggap perbualan sebagai relevan.
Perbualan Terlalu Cepat

 Bertanya nyatakan yang anda tidak memahami


dan
percakapannya.
 Minta diulang.
 Minta bercakap dengan perlahan sedikit.
 Dapatkan penjelasan.
 Menyebutkan semula frasa.
 Mengulang ayat yang tidak difahami.

Anda mungkin juga menyukai