Anda di halaman 1dari 41

1.

PENGHARGAAN

Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman; Kalungan budi junjungan kasih, Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan rasa syukur yang tidak terhingga atas pimpinan Tuhan sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu 3104 buat kali ini. Sesungguhnya terdapat pelbagai rintangan dan cabaran yang telah saya tempuhi demi usaha menyiapkan tugasan ini. Contohnya kekangan masa kerana banyak aktiviti di institut yang harus dihadiri. Tambahan lagi tempoh penghantaran tugasan adalah pada masa yang sama. Namun dengan hikmat dan kesabaran yang dianugerahkan oleh Tuhan, syukur semuanya dapat ditempuhi dan segala halangan dijadikan sebagai cabaran yang membangun.

Seterusnya ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing kursus ini iaitu Dr. Hasnalee atas tunjuk ajar serta bimbingan beliau yang menyampaikan

maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Maklumat yang saya perolehi semasa kuliah sangat membantu dan memudahkan proses ke arah menyiapkan tugasan ini. Dan akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut sudi dalam berkongsi maklumat dan saya berharap agar kolaborasi ini akan mengeratkan juga hubungan sesama kekitaan .Harapan saya semoga saya mampu menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kursus lain seperti tugasan ini juga. Saya akan sentiasa memberi komitmen yang seratus peratus dalam menghasilkan tugasan yang terbaik.

2.0

PENGENALAN

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, membaca, serta menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Keduadua kemahiran ini mempunyai intergrasinya yang tersendiri contohnya semasa komunikasi berlaku, kedua-dua kemahiran ini terlibat. Walaupun demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang berbeza dan sebagai seorang guru, kita haruslah mengajar kemahiran-kemahiran ini secara berasingan.

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas dan perlu dikuasai semasa peringkat penerimaan (receptive level) kerana ia adalah permulaan untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Amnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sekiranya seseorang murid yang telah menguasai kemahiran lisan dengan baik, murid tersebut dapat mendengar, mengecam dan memahami serta mentafsir konteks pertuturan yang dibincangkan.

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar melibatkan proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurut beliau lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.

Yahya Othman (1998) menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran membaca ialah satu proses yang kompleks kerana memerlukan beberapa kemahiran yang tertentu. Pendidik bahasa dan bacaan khususnya bersetuju bahawa membaca ialah kebolehan menginterprestasi simbol grafik. Pendapat disokong oleh E.V.Dechant dan Smith (1997) menyatakan bahawa pembacaan memerlukan identifikasi dan pemahaman.

Manakala Gibson (1997) berpendapat bahawa membaca ialah penerimaan komunikasi, tindak balas terhadap simbol-simbol grafik, tafsiran simbol-simbol grafik kepada pertuturan dan mendapatkan maksud daripada bahan-bahan bercetak. Justeru membaca adalah satu kemahiran memindahkan tulisan kepada suara dan melatih memahami maksud sesuatu bahan bacaan.

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis simbol-simbol grafik iaitu huruf-huruf atau gabungan huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa

dalam pertuturan lisan. Melalui pengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Kali ini saya telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan subjek Elektif iaitu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu 3104 (BMM 3104). Hasil pembelajaran tugasan ini adalah seperti berikut ;

1. Menghuraikan

tentang kemahiran bahasa , pendekatan,kaedah dan teknik

pengajaran kemahiran-kemahiran. 2. Menyediakan rancangan bahasa. 3. Membina bahasa. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan. dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran pengajaran untuk mengajar kemahiran-kemahiran

3.0

SOALAN TUGASAN : Anda telah didedahkan tentang kemahiran-kemhairan bahasa termasuk

pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penggunaan bahan bantu yang relevan dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa amat penting dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penggabungjalinan beberapa ada proses

kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca dab kemahiran menulis.

Soalan Tugasan : 1. Kemahiran Huraian Pembelajaran berikut, cadangkan empat aktiviti yang sesuai untuk mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur bagi murid Tahun 3.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. Aras 1 i. ii. Mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan. memaklumkan arahan serta pesanan yang diterima secara jelas, tepat dan tersusun. Aras 3 i. ii. Melaksanakan arahan serta pesanan dengancepat dan betul. Menjelaskan cara membuat sesuatu dengan mengikut arahan.

Aktiviti 1: Tajuk Langkah-langkah i. ii. iii. : : Pertandingan Siapa Tepat.

Guru membahagikan murid murid kepada 2 kumpulan. Murid menamakan kumpulan mereka dengan tema jenis tarian. Guru meminta seorang wakil untuk tampil ke hadapan untuk mendengar

pesanan atau amanat yang dibaca oleh guru. iv. Murid pertama dihendaki untuk mendengar dengan teliti pesanan lain. Murid dan

disampaikan kepada ahli kumpulan yang

yang terakhir akan

menyebut arahan atau pesanan yang diterima di hadapan kelas. v. Contoh Pesanan 1 : Cikgu Yong menyuruh Amirahni memberitahu rakan-rakannya supaya tidak bising ketika berada di dalam bilik perpustakaan. Ikmal meminta Halim memberitahu Dewita agar hadir ke sekolah untuk latihan bercerita di kelas 3 Masturi petang ini. Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan pesanan yang dinyatakan.

Melalui aktiviti 1 ini kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dapat dilaksanakan. Buktinya pelaksanaan aktiviti ini dapat melatih murid untuk mendengar arahan yang diberi dengan teliti dan bertindak balas terhadapnya Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dengan cepat dan dapat bertindak terhadapnya dengan segera. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Aktiviti ini dapat melatih murid-murid untuk mendengar secara berhati-hati dan mendengar dengan pengamatan.

Aktiviti 2 Tajuk Langkah-langkah : Sang Bulan Yang Sombong. :

i. Guru menyampaikan arahan kepada murid murid supaya mendengar cerita yang akan dibaca oleh rakan.

ii. Kemukakan soalan soalan yang hendak disoal berdasarkan petikan terlebih dahulu.

iii. Guru meminta seorang murid datang ke hadapan untuk membaca cerita secara bacaan mekanis.

iv. Ulang bacaan sebanyak 2 kali.

v. Murid-murid yang lain mendengar cerita dengan teliti.

Soalan guru : - Ceritakan kisah " Sang Bulan yang sombong" semula. - Jawab soalan berikut: a) Bagaimanakah watak Sang Bulan? b)Apakah yang akan berlaku jika Matahari tidak menegur Sang Bulan? c) Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita " Sang BUlan yang sombong "?

SANG BULAN YANG SOMBONG

Di dalam cakerawala, bulan sangat sombong kerana kecantikannya. Pada suatu hari, Bintang bertanya kepada Bulan, " Bulan...Bulan... Mengapakah kamu merasa begitu cantik dan terkenal?

Bulan menjawab, "Tidakkah pernah kamu mendengar orang mengatakan bagai bulan dipagari bintang?" Sememangnya, burung pungguk merindukan Bulan. Selain daripada itu, Bulan berasa bangga tatkala tiba bulan purnama yang menyinari malam.

Akibat tidak tanhan dengan perangai Bulan, sekumpulan bintang bertemu dengan Sang Matahari iaitu penghulu cakerawala. Mereka menceritakan kisah keangkuhan Bulan. Matahari mendengar dengan teliti, lalu berkata, "Janganlah kamu semua bimbang. Aku pasti akan fikirkan cara bagaimana untuk menyedarkan Bulan." Mendengar kata-kata itu, semua bintang menjadi tenang dan berkelip-kelip.

Keesokan harinya Matahari pun memanggil Bulan. "Engkau memang disanjung orang kerana kehebatanmu. Inginkah engkau berbuat sesuatu untukku?" kata Matahari. Matahari menyuruh Bulan agar memancarkan cahayanya selama satu bulan tanpa berubah wajah. Bulan yang sudah alpa itu menjawab, "Baiklah saya akan lakukan." Mulalah Bulan memancarkan purnamanya ke segenap alam. Bulan telah lupa akan pusingan alam dan peredaran cakerawala.

Pada malam kedua, Bulan masih tidak menyedari akan perubahan dirinya. Suatu malam seorang kanak-kanak bertanya, "Mak, mengapakah bulan tidak bulat lagi? Bulan

terkejut mendengar soalan itu. Dia menyedari dirinya semakin hari semakin berubah sehingga dia mengecil menjadi seperti sabit. Bulan mendengar penjelasan ibu kanakkanak itu, "Bulan hanya memancarkan purnamanya di pertengahan bulan, dan cahayanya itu adalah pantulan cahaya daripada matahari.

Bulan berasa sangat sedih dan malu. Bulan memohon maaf kepada bintangbintang dan berterima kasih kepada Matahari yang telah menginsafkannya. Mereka semua menjawab, "Janganlah bersedih Bulan, kita tetap akan memagari kamu seperti yang sepatutnya Bulan pun insaf dan berjanji untuk tidak sombong lagi.

Melalui aktiviti 2 di atas, pengabungjalinan kemahiran dalam satu matapelajaran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca. Kita mendapati bahawa aktiviti 2 mengutamakan lisan dan kemahiran membaca adalah kemahiran

sampingan yang dijalankan untuk menjayakan proses menerima maklumat yang dibaca. Hal ini dapat dilihat dari segi peruntukkan masa bagi setiap kemahiran yang diajar. Contohnya guru meminta seorang murid untuk tampil ke hadapan untuk membaca cerita Sang Bulan yang sombong dengan bacaan mekanis secara berulang agar

murid-murid lain dapat menerima maklumat serta memahami kandungan cerita.

Menurut Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987), konsep penggabungjalinan tidaklah semestinya bahawa semua kemahiran dan isi pelajaran digabungkan semuanya dalam satu masa. Justeru guru hendaklah menentukan kemahiran utama yang hendak diberi penekanan yang lebih dalam ssesuatu pengajaran dan kemahiran sampingan yang bersesuaian. Model 2 berikut menunjukkan model pengajaraan aktiviti 2 berdasarkan keutamaan kemahiran. Jadual menunjukkan model pengajaran aktiviti 2.1. (2) AKTIVITI 2 Membaca 30% Lisan 60% Tatabahasa 10%

Berdasarkan model di atas, kita mendapati bahawa pengajaran ini mengutamakan kemahiran lisan sebanyak (60%). Manakala fokus sampingan ialah tatabahasa (10%) dan membaca (30%) Lampiran 3

Pencari Kayu Api

Pada masa dahulu, ada seorang pencari kayu api yang baik hati bernama Adam. Dia suka menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Pada suatu hari, Adam pergi ke hutan. Tiba-tiba, dia terdengar suara meminta tolong. Tolong! Tolong! Tolong! Wahai Adam, tolonglah lepaskan aku! rayu sang rusa. Adam dengan segera cuba untuk melepaskan rusa yang tersepit. Jikalau engkau memerlukan bantuan aku, panggilah nama aku. Aku pasti akan datang membantu kamu Adam, kata rusa. Kemudian, Adam meneruskan perjalanannya mencari kayu api di dalam hutan. Dia ternampak semut yang terapung-apung di atas permukaan air. Adam dengan pantas menolong semut itu. Kata semut, Terima kasih, Adam. Kalau kamu memerlukan pertolongan, panggillah aku. Semasa menyusuri sebatang sungai, Adam ternampak seorang perawan yang sangat cantik. Dia terpikat akan perawan itu.Perawan itu bersetuju, tetapi Adam harus menunaikan permintaannya. Saya mahu kamu menghauskan tapak kasut besi ini. Saya akan berikan tempoh sehingga malam ini, kata perawan itu. Adam berfikir sejenak. Adam teringat akan pesanan rusa lalu memanggilnya. Tolonglah saya menghauskan tapak kasut ini. Rusa pun menyarungkan kasut itu lalu berlari ke dalam hutan. Menjelang malam, rusa memulangkan kasut yang telah haus tapaknya kepada Adam. Adam berjaya menunaikan permintaan perawan itu. Kemudian, Adam diminta pula mengutip beras yang ditabur di sepanjang jalan. Adam meminta pertolongan semut untuk membantunya. Wahai semut kawanku, tolonglah kutip beras di sepanjang jalan ini. Beberapa saat kemudian, beribu-ribu ekor semut berkumpul lalu mengutip semua beras itu.

10

Menjelang malam itu juga, beras berjaya dikumpulkan oleh semut semua. Akhirnya, perawan itu pun bersetuju untuk mengahwini Adam kerana berjaya menunaikan permintaannya. Mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Jawab soalan berikut. a) b) c) Apakah sifat-sifat yang ada pada pencari kayu api? Bagaimanakah Adam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh perawan itu? Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita Pencari Kayu Api ?

Aktiviti 3 Tajuk : Pencari Kayu Api

11

Langkah-langkah :

Guru menyediakan satu teks cerita rakyat yang bertajuk " Pencari Kayu Api"

Guru membaca cerita dengan intonasi dan jeda yang betul terlebih dahulu sementara murid-murid mendengar dengan teliti. ( Rujuk lampiran 3 )

Guru menanyakan soalan kepada murid mengenai cerita yang telah didengar sebentar tadi. (Rujuk lampiran 3) Guru meminta setiap kumpulan untuk memilih rakan yang terbaik dalam kumpulan terbabit. 4 orang murid untuk ke hadapan sebagai ; -Pembaca - Adam - Rusa - Perawan - Semut

Lakonkan cerita " Pencari Kayu Api ".

Menurut Geddes (1981) berpendapat guru hanya mampu untuk membantu muridmurid berlatih dan belajar mendengar dengan baik dan bukannya mengajar mendengar. Justeru guru membacakan cerita Pencari Kayu Api kepada murid-murid dengan intonasi dan jeda yang betul agar dapat melatih murid mendengar dengan baik. Aktiviti pembelajaran ini menyelitkan kemahiran mendengar pada bahagian permulaan, iaitu murid mendengar guru bercerita, bertutur semasa soalan berkaitan cerita dijawab dan digabungkan kemahiran tersebut dalam satu sesi menggunakan teknik lakonan. Teknik menjawab dan berlakon ini dapat menarik minat murid-murid serta membantu mereka untuk mendengar, memahami dan bergerak balas dengan cepat dan betul. Manakala dari segi kemahiran pertuturan murid dapat menyebut sebutan-sebutan baku, nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur semasa berlakon. Aktiviti 4 Tajuk : Membuat Origami Baju.

Langkah-langkah :

12

1. Guru menyoal murid dengan soalan-soalan mudah. i. ii. iii. Apakah jenis baju kesukaan kamu? Mengapakah kamu meminati baju kamu itu? Siapakah yang mempunyai pengalaman membuat origami? Nyatakan.

2. Pada pendapat anda, apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan origami baju.Nyatakan. 3. Cikgu memberikan jawapan yang betul kepada murid sambil mengeluarkan bahanbahan dari Kotak Ajaib.

Gambar 4 menunjukkan Bahan-bahan dalam Kotak Ajaib.

13

Gambar rajah 4 (a) menunjukkan cara-cara membuat origami baju. 4. Berikan penerangan tentang cara-cara membuat origami baju di hadapan kelas. 5. Murid-murid yang lain mendengar dengan teliti untuk membuat penerangan sambil menyenaraikan kata kerja yang digunakan. 6. Bina ayat mudah menggunakan kata kerja yang digunakan semasa penerangan rakan. Melalui aktiviti ini kemahiran lisan digunakan oleh guru dengan mengemukakan beberapa soalan mudah mengenai pengalaman membuat origami. Aktiviti ini dapat mengalakkan murid bertutur dengan menjawab soalan guru. Selain daripada itu guru juga meransang gerak balas murid dengan menayangkan bahan-bahan yang terdapat dalam Kotak Ajaib.Dengan cara ini murid akan terus mencuba untuk memberi jawapan. Manakala aktiviti mendengar diterapkan pada aktiviti di mana murid dikehendaki untuk mendengar kata kerja yang digunakan semasa demontrasi oleh rakan di hadapan kelas.Seterusnya murid diminta untuk membuat ayat berdasarkan kata kerja yang telah dikenal pasti.

14

2. Kemahiran Membaca Definisi membaca Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Biasanya kemahiran membaca diberikan setelah kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur diterapkan kepada muridmurid. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman- pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang- lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak.

Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajarpelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

15

Takrifan Membaca

Harris dan Sipay, (1980) menyatakan membaca adalah proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis.selaindaridapa itu, proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.

Membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca merupakan tafsiran daripada Smith dan Johnson (1980). Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan mengamati serta memahami kandungan tulisan.

Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui 16rose situ wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

16

Soalan 2 Kemahiran Membaca.

Kelebihan Dan Kekurangan Pendekatan dan Kaedah Kemahiran Membaca

Kaedah Pandang Sebut

Kaedah Abjad

Pendekatan Binaan

Pendekatan Cerakinan

Rajah 5 Kelebihan dan kekurangan Pendekatan dan Kaedah Kemahiran Membaca .

2 (i) Kaedah Pandang Sebut


Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Konsep Kaedah Pandang Sebut

Rajah 6 Konsep Kaedah Pandang Sebut

17

Konsep: Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Kelebihan Kaedah Pandang Sebut :

Murid dapat mempelajari sesuatu secara keseluruhan.

Menarik minat murid

Jimat masa

Murid memahami yang dibaca dan dilihat.

Rajah 6 (a) kelebihan Pandang Sebut Dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Pandang Sebut digunakan oleh guru untuk melatih murid-murid mengecam dan mengenal perkataan beserta gambar

bukannya huruf atau suku kata. Pada peringkat kanak-kanak , kaedah ini amatlah sesuai dengan tahap mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas tetapi secara menyeluruh. Murid dapat mempelajari bagaimana perkataan dan juga rupa perkataan. Contohnya guru menayangkan kad gambar haiwan kepada murid-murid serta perkataan. Setelah proses mengecam, perkataan tidak dibunyikan, dan tidak dieja, perkataan yang ada terus dilafazkan.

18

Contoh 1

Gambar ular

ULAR
Contohnya :

Kad Perkataan Ular

a) Murid ditunjukkan gambar ular. Murid-murid diminta menyebut perkataan Ular. b) Kad perkataan meminta ular ditayangkan dan digandingkan dengan gambar ular. Guru murid menyebut ular. Kedua-dua objek iaitu gambar ular dan kad

perkataan ular menghasilkan bunyi yang sama . c) Kemudian kad perkataan ular sahaja ditayangkan tanpa gambar. Murid diminta menyebut ular. d) Setelah murid dapat menyebut perkataan ular, barulah diperkenalkan huruf-huruf yang membentuk perkataan ular.

Pengaplikasian kaedah ini untuk mengajar kemahiran membaca dapat menarik minat murid-murid melalui penggabungjalinan kemahiran bertutur dan kemahiran mengesan rangsangan berbentuk gambar dalam satu masa. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan wau ditulis di tepi atau di bawah gambar wau. Tambahan pula jika imej yang digunakan adalah berwarna-warni pasti membuatkan kanak-kanak teransang dengan bahan ransangan yang disediakan oleh guru.

19

Wau
Gambar rajah yang berwarna-warni menarik minat murid-murid sekali gus mengelakkan rasa bosan. Kaedah ini juga menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan

kemahiran membaca.Ini kerana kanak-kanak diminta terus mngecam perkataan mahupun ayat-ayat pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terdapat dalamnya.Tatkala dapat mengecam, proses membaca terus dijalankan. Kaedah awal ini mementingkan makna berbanding ejaan. Dengan cara ini, muridmurid dari permulaan mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka. Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya.

Kelemahan Pandang Sebut :

Bacaan murid terhad.

Murid tidak mengenal huruf secara formal.

Gambar yang mengelirukan.

Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Tiada asas untuk bacaan kendiri.

Rajah 6(b) kelemahan Pandang Sebut Bacaan murid terhad kerana hanya perlu menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis.Murid hanya menghafal perkataan-perkataan berdasarkan gambar daripada mengenal perkataan-perkataan, dan sukar untuk mereka mengenal perkataan bahar. Kaedah ini tidak membolehkan murid-murid mengenal huruf secara formal. Akibatnya

20

murid lambat mengenal bunyi dan suku kata. Gambar rajah mahupun warna gambar tidak jelas menimbulkan kesulitan bagi murid mengecam dan membunyikan. Murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca secara personal. Dalam kaedah Pandang dan Sebut ini murid-murid cuba untuk mengecam keseluruhan lambang-lambang itu untuk boleh membaca. Mereka harus mengenal keseluruhan lambang sebelum boleh membaca. Kemudian baharulah diajar mengeja setiap perkataan.Sistem bahasa Melayu adalah bersifat fonemik misalnya satu huruf boleh melambangkan satu bunyi maka didapati kaedah ini tidak begitu munasabah digunakan di peringkat permulaan mengajar membaca.

2 (ii) Kaedah Abjad

Konsep Kaedah Abjad

Dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja .

KONSEP

Tumpuan : - Hafalan abjad - Pembentukan suku kata -Mengeja Boleh diajar dalam bentuk nyanyian.

Kenal pasti nama huruf, latih dan hafal.

Rajah 7 konsep kaedah Abjad

21

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib, (2000) dan Khairuddin Mohamad, (2011) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya. Justeru untuk memupuk kefahaman ini, seseorang hendaklah bermula dari peringkat awal iaitu dengan memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu dan diikuti huruf kecil. Berlainan pula pendapat Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), kedua dua bentuk huruf besar dan kecil boleh didedahkan secara serentak keada murid-murid. Setelah murid dapat menguasai hafalan nama huruf, pengajaran difokuskan kepada bidang nama huruf dan bunyi huruf vokal a,e,i,o,dan u dan nama yang terdapat dalam dalam sistem ejaan seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan. Seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan iaitu menyebut nama huruf terlebih dahulu kemudian penyebutan suku kata dan membaca ayat-ayat pendek.

Kelebihan Kaedah Abjad Murid menguasai kemahiran membaca.

Asas kukuh untuk membaca.

Kelebihan Kaedah Abjad


Cara mengeja suku kata tetap.

Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu

Rajah 7 (b) kelebihan Kaedah Abjad

22

Murid menguasai kemahiran membaca. Murid-murid dapat membaca secara meluas bahan bacaan yang pelbagai kerana mempunyai penguasaan menghafal nama huruf, membunyikan huruf dan suku kata ditekankan. Selain daripada itu, murid dapat membaca perkataan-perkataan baharu walaupun belum diajar kerana murid sudah terbiasa melihat bentuk-bentuk huruf dan membunyikan vokal dan konsanan dengan baik. Murid juga sudah dapat mengagak bunyi-bunyi yang terhasil setelah melihat suku kata yang terpapar. Ini berlaku kerana langkah-langkah seperti yang dibawah dipraktikkan kepada murid oleh guru.

Langkah 1 Mengenal dan menyebut huruf besar A-Z. Langkah 2

Mengenal dan menyebut huruf besar vokal.


Langkah 3 Menyebut huruf kecil a-z. Langkah 4 Menyebut huruf kecil vokal.

Langkah 5
Menyebut suku kata KV

23

Asas kukuh untuk membaca Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

Cara mengeja suku kata tetap. Cara mengeja suku katanya tetap. Contohnya ; Contoh 1: Ejaan perkataan Murid eja Murid bunyikan : rambutan : ram + buttan : rammbutan

Contoh 2 : Ejaan perkatan Murid mengeja Murid menyebut : khabar : ka + bar : Apa kabar awak ?

Buktinya kita dapat lihat membunyikan perkataan

pada contoh yang diberikan di atas. Ejaan dan cara tidak akan berubah walaupun

rambutan dan khabar

kedengaran bunyi perkataan apabila disebut adalah rambuttan dan kabar. Justeru cara mengeja suku kata adalah tetap dan bukannya berdasarkan sebutan

Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada

suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Dan kaedah ini berpadanan dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi.

24

Kelemahan Kaedah Abjad

Menghafal huruf yang abstrak.

Terlalu bergantung dengan amalan mengeja.

Tidak memahami maksud yang dibaca.

Kelemahan Kaedah Abjad

Membosankan murid.

Rajah 7 (c) kelemahan Kaedah Abjab

Membaca menggunakan kaedah Abjad ini sesungguhnya membolehkan murid-murid dapat membaca bahan bacaan dengan meluas dan lancar tetapi kualiti pembacaan yang diperoleh adalah rendah kerana hanya membaca tanpa memahami apa yang dibaca. Tambahan lagi, kaedah ini hanya mementingkan sebutan nama huruf dan penyebutan suku kata semata-mata. Keadaan ini dapat diumpamakan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Jika murid terlalu bergantung dengan proses mengeja, tabiat ini akan menjadi satu kelaziman dalam diri mereka dan akan menyebabkan murid terbiasa membaca dengan perlahan dan tersangkut-sangkut. Kesannya buruk ini akan memberi impak kepada prestasi murid dalam membuat latihan berbentuk kefahaman malah peperiksaan sekalipun kerana masa yang diperuntukkan tidak mencukupi kerana lebih banyak masa dibuang semasa proses membaca.

25

Menurut Isahak Haron, (1970), daripada mula murid-murid diajar mengetahui nama-nama huruf sehingga tahu membaca ayat, mereka mengambil masa tiga empat bulan atau lebih. Kaedah abjad yang begini nyatalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi murid-murid. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf menimbulkan kebosanan terhadap muridmurid kerana mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid merasa gembira atau puas.

i.

Pendekatan Binaan.

Konsep : Pendekatan Binaan adalah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina serta menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Dalam bidang bahasa pendekatan ini merangkumi pembinaan daripada elemen-elemen kecil iaitu huruf (abjad dieja), bunyi (kaedah bunyi sintetik), suku kata ( kaedah suku kata), huruf, bunyi atau suku kata dicantumkan. Misalnya dalam ayat di bawah; Adik jemur kain. perkenalkan huruf perkenalkan suku kata perkenalkan rangkai kata perkenalkan ayat :a, d, e, i, j, k, m, n, u, r :a, je, dik, ka, mur, in :jemur kain, Adik : Adik jemur kain.

Pada keseluruhannya, cara ini adalah gabungan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata. Kelebihan Pendekatan Binaan Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Secara amnya pada awal, kanakkanak hanya dapat memperoleh sesuatu input secara pemeringkatan agar murid mudah untuk memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam erti kata lain, seseorang murid dapat menguasai sesuatu kemahiran pada satu tahap tertentu sebelum berganjak ke tahap yang lebih tinggi. Maksudnya, pendekatan binaan ini sangat mementingkan kualiti membaca murid-murid kerana faktor masa yang lama

26

diperlukan untuk sesi pengecaman dan pengulangan sehingga mencapai matlamat pengajaran kemahiran membaca. Menurut B.F. Skinner pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah proses pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.

Pendapat ini disokong oleh Kamarudin Hj. Husin (1993), iaitu perkembangan kognitif mengenal huruf berlaku secara berperingkat-peringkat. Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif murid-murid berlaku secara berperingkat-peringkat.. Menurut prinsip ini, mengajar seseorang murid-murid tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Justeru, pendekatan binaan ini amat bersesuaian dengan faktor umur kanak-kanak yang

memerlukan masa yang lebih untuk benar-benar menguasai kemahiran membaca.

Selain daripada

itu, pendekatan binaan ini menambahkan kefahaman murid

bagaimana terbinaanya sesuatu perkataan dari kecil sehingga menjadi perkataan dan seterusnya membunyikannya. Seterusnya faedah ini dapat diperoleh apabila guru mengajar murid membunyikan huruf. Lambang terus dibunyikan misalnya; a= aa, t=teh, s=ss, u= uuu dan z= zzz. Setelah tahu perkaitan setiap huruf dengan bunyinya suku kata dibina. Misalnya ba, da, tu, ka, lu, mi, dan sebagainya. Kemudian perkataan terhasil seperti batu, balu dan sebagainya dan sebagainya.

Kelemahan Pendekatan Binaan: Kelemahan pendekatan ini adalah masih memerlukan murid murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada mulanya. Dan biasanyanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal bunyi semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan dan ayat bermakna. Guru perlu menyediakan banyak kad-kad sebagai bahan bantu mengajar untuk

membantu murid-murid melihat huruf-hur dan perkataan yang terbina jika menggunakan huruf-huruf.

27

Pendekatan Cerakinan Konsep Cara ini adalah satu cara yang berlawanan dengan prinsip pendekatan sintesis. Prinsip Cerakinan ini berfokus kepada prinsip analisa atau menceraikan-ceraikan satu bahagian besar kepada bahagian bahagaian yang kecil. Contohnya ayat yang berikut;

perkenalkan ayat perkenalkan rangkai kata perkenalkan perkataan perkenalkan suku kata perkenalkan huruf Kesimpulannya pendekatan

- Adik jemur kain - Adik, jemur kain - Adik, jemur, kain - a, dik, mur, je, in, ka - a, d, e, i, j, k, m, n, u, r cerakinan ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah

rangkai kata, kaedah ayat yang keseluruhannya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Kelebihan Pendekatan Cerakinan Murid dapat membaca dengan mudah. Daripada beberapa perkataan, guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya

memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Pendekatan cerakinan ini berguna kepada guru-guru bahasa kerana analisis ini membolehkan murid melihat perkataan dari segi lapisan struktur. Pola-pola perkataan yang dihasilkan daripada analisa ini boleh juga digunakan oleh guru sebagai bahan latihan dan latih tubi pola yang diingini. Contohnya ;
Cerakinan Cerakinkan

Bakul perkataan

Ba, kul suku kata

a, b, k,l , u huruf

Kelemahan Pendekatan Cerakinan

28

Walau bagaimanapun pendekatan analisa ini tetap mempunyai kelemahankelemahan- kelemahannya tersendiri. Dalam bahagian cerakinan ayat atau perkataan, ia mungkin dapat dilaksanakan untuk unit-unit yang lebih kecil iaitu ayat ayat yang tidak begitu kompleks strukturnya. Tetapi harus diingat bahawa pendekatan ini semakin sukar untuk digunakan apabila unit-unit ayat-ayat menjadi bertambah panjang dan rumit. Muridmurid akan mengalami kerumitan ini tatkala menghadapi kosa kata, klausa dan pemerengganan dalam bahan bacaan mereka.

Soalan 3 : Kemahiran Menulis Kaedah Proses Kaedah Proses

Persediaan

Penyusunan

Penyemakan

Beri tajuk karangan Nyata tujuan menulis

Kaji tajuk

Draf pertama

Fokus cara mulakan karangan

- Perbincangan - Semakan - Draf kedua

Rajah 8 langkah-langkah dalam Kaedah Proses

29

4. Definisi Keh (1990), penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an. Menurut

Schwartz (1990) pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan karangan kerana murid dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Pengajaran dan pembelajaran karangan semasa telah berubah daripada memberikan pemusatan untuk menghasilkan karangan kepada memberikan penekanan kepada proses penulisan. Dalam tahun 1990, Ramidah Hj. Sabrab menyatakan; Sejak akhir-akhir ini guru lebih mengutamakan pendekatan proses bagi pengajaran penulisan. Penekanan pendekatan ini bukan terhadap hasil penulisan tetapi kepada proses penulisan. Apabila seseorang penulis hendak menulis tentang sesuatu tajuk, penulis tersebut perlu memikirkan tujuan dan khalayak tetapi dia juga perlu memikirkan bagaimana cara untuk memulakan karangan tersebut .

Justeru, dengan pandangan cendiakawan ini menjelaskan bahawa kaedah proses ini adalah berkaitan langkah-langkah menghasilan sesuatu karangan dengan

menitikberatkan tujuan karangan yang ingin dihasilkan dan seterusnya menjana idea untuk memulakan sesuatu karangan. Contohnya guru meminta murid membuat karangan mengenai pentinganya memelihara keindahan alam semula jadi. Langkah pertama yang murid perlu lakukan adalah mengetahui tujuan karangan ini ditulis. Mengapakah saya perlu menulis karangan? Persoalan ini harus ada dalam minda murid-murid terlebih dahulu. Adakah untuk menyertai pertandingan menulis sempena Bulan Bahasa di sekolah, sebagai peringkatan dan kesedaran kepada generasi baharu untuk menghargai khazanah alam, atau sebagai latihan pengukuhan oleh guru?

Setelah mengetahui

tujuan penulisan, murid akan memikirkan cara

menulis

karangan tersebut samada karangan jenis naratif,argumentative, deskriptif,krestif, dan imaginatif. Dalam langkah kedua ini, murid-murid diberi masa untuk mengetahui apa yang boleh mereka tulis berkenaan pengalaman mereka lalui itu.

30

Selesai proses persediaan, murid akan membuat rangka karangan dengan mencatatkan isi-isi penting melalui pembacaan, sumbang saran, dan perbahasan untuk draf pertama karangan mereka. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat inilah yang akan membantu murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan mereka. Draf yang mengandungi maklumat seperti isi penting tersebut akan dibaca oleh pembacanya samada guru mahupun rakan sebaya. Draf ini tidak akan diubah mahupun dinilai tetapi hanya memberikan tindak balas terhadap idea yang dihasilkan.

Selepas langkah ini murid sekali lagi menulis semula dengan mengambil kira ideaidea baharu yang diberikan oleh pembacanya. Antara idea baharu yang dapat diterapkan dalam tajuk Menjaga dan Memelihara Khazanah Alam adalah seperti punca -punca berlakunya berlakunya kepupusan dan kemusnahan khazanah alam,jenis-jenis

kemusnahan, kesan-kesan, dan langkah-langkah mengatasi, penggunaan kata yang tepat dan ejaan. Kemudian dalam tahap penyemakan ini, murid akan sekali lagi membuat

perbincangan dengan guru dan penyemakan idea serta penambahbaikan akan berlaku dan ini merupakan draf kedua karangan murid-murid.

Kesimpulannya, murid-murid perlu melaksanakan beberapa proses terlebih dahulu dan memberi masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu tajuk karangan sebelum diserahkan kepada penyemak.

31

Pengaplikasian Kaedah Proses

Langkah ini adalah sebagai persediaan saya untuk menarik perhatian murid-murid untuk pengajaran pada hari tersebut. Pertama saya akan memberi masa kepada murid-murid mendengar lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin dan menghayatinya. Lagu ini akan dimainkan sebanyak 2 kali kepada murid-murid. Kemudian saya akan mengajukan beberapa soalan mengenai lirik lagu. Murid akan menjawab soalan berkenaan. Saya memaklumkan bahawa lagu Hijau mempunyai kaitan dengan karangan yang akan ditulis pada hari tersebut.

Soalan : i. ii. iii. Apakah yang telah terjadi kepada bumi dalam lagu ini? Bagaimanakah kemusnahan alam sekitar dapat dikawal? Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan alam sekitar pada masa akan datang sekiranya tidak terkawal? Jawapan : i. ii. iii. Bumi telah mengalami kemusnahannya. Menyemai kesedaran diri untuk menyayangi alam sekitar melalui kempen dll. Sebarang jawapan bernas diterima.

Masa pramenulis karangan diberi untuk perbincangan isi karangan. Penerangan tentang kehendak dan bentuk karangan adalah ringkas. Begitu juga dengan arahan yang diberikan kepada murid sebelum mereka memulakan karangan. Arahan guru, lazimnya berbentuk peringatan kepada pelajar tentang jumlah perkataan dan penulisan tajuk karangan. Melalui sesi soal jawab dan lagu Hijau sebentar tadi, murid sudah mempunyai gambaran kasar dan mengetahui tujuan karangan ini ditulis. Mengapakah saya perlu menulis karangan? Murid menulis karangan kerana ia adalah tugasan yang diberikan oleh guru di samping memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda betapa penting memelihara dan memulihara alam sekitar serta bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

32

Bahan ransangan yang saya gunakan untuk membuka minda murid adalah menggunakan bahan-bahan buangan seperti tin alimunium yang diguna semula menjadi kraf tangan yang menarik. Bahan bantu mengajar ini merupakan antara contoh cara memelihara alam sekitar. Langkah ini sudah membuktikan bagaimana saya mengaplikasikan langkah pertama dalam kaedah proses. Kemudian, dalam langkah ke-2 kaedah proses, murid akan berusaha untuk menggunakan pengalaman diri sendiri mengolah karangan dalam pelbagai genre. Karangan yang bertajuk Kepentingan memulihara dan memelihara Bumi kita merupakan karangan yang akan saya minta murid-murid menulis karangan jenis argumentatif yang melibatkan perbincangan, kritikan, dan perbahasan mengenai mengapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Selesai langkah tersebut, murid-murid harus bersikap proaktif dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan tajuk karangan melalui pelbagai cara seperti melalui pembacaan, sumbang saran, perbahasan dan sebagainya untuk draf pertama karangan mereka. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat inilah yang akan membantu murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan mereka. Draf pertama yang dilakar ini mengandungi maklumat yang bernas mengenai tajuk karangan oleh pembaca mahupun rakan sekelas mereka. Tindak balas yang saya lakukan adalah hanya akan meresponi karangan yang ditulis oleh murid-murid tanpa mengubah dan menilai isi-isi dan pengeluaran isi mindanya.

Setelah prosedur demikian, saya akan terus memberi peluang kepada murid-murid untuk terus mengarang karangan untuk memperbaiki prestasi dari segi ejaan, kosa kata, pemeringkatan menyusun isi-isi penting dan aspek kemahiran menulis yang lain. Contohnya muid-murid haruslah memikirkan hal apa yang ingin disebutkan dalam karangan, manakah isi yang dijadikan pendahuluan dan dikemudiankan. Kemudian dalam tahap penyemakan ini, murid akan sekali lagi membuat perbincangan dengan guru dan penyemakan idea serta penambahbaikan akan berlaku dan ini merupakan draf yang kedua karangan murid-murid.

Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pengajaran yang diterangkan di atas, kemahiran menulis murid-murid dapat diperbaiki dari masa ke masa walaupun mengambil masa yang lama namun apa yang pasti sebagai seorang guru masa dan waktu bukanlah satu titik persoalan bagi kita namun fokus matlamat kita sebagai pendidik adalah untuk

33

melihat satu perubahan tingkah laku daripada

tidak tahu

kepada tahu. Penelitian

terhadap kandungan pengajaran yang diberikan kepada pelajar dalam bentuk penerangan menunjukkan bahawa guru hanya membekalkan penulis dengan input isi, sedangkan input prosedural tidak diberi. Dalam perkataan lain, penumpuan pengajaran adalah pada "apa" atau hasil karangan dan bukan pada bagaimana" atau proses mengarang. LIRIK LAGU HIJAU

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

34

35

REFLEKSI : Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan atas segala kekuatan, kebijaksaan yang diberikan dan pimpinanNya sepanjang saya

menyiapkan tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104 untuk kali ini. Tanpa hikmat daripadaNya mustahil rasanya untuk menyempurnakan tugasan ilmiah ini. Saya berasa sangat gembira kerana telah berjaya melakukan tugasan ini dan saya telah bertungkus lumus untuk mencari bahan, memeras otak dan Sepanjang proses pelaksanaan menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan kekurangan yang saya telah hadapi sehingga terkadang mematahkan semangat untuk terus menyempurnakan tugasan. Namun pepatah; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih menjadi pegangan saya untuk meneruskan matlamat ini. Antaranya kesukaran yang saya hadapi adalah mengalami keterbatasan untuk mendapatkan bahan rujukan seperti buku rujukan dan jurnal. Dengan berpandukan bahan rujukan di Perpustakaan yang terhad, sumber yang diperolehi amatlah tidak mencukupi dan kebanyakkan bahan rujukan adalah buku lama. Untuk mendapatkan maklumat tamabahan, saya berusaha mencari alternatif iaitu secara lisan dengan menemu bual beberapa orang senior pengajian Bahasa Melayu. Dengan bantuan dan penjelasan yang tepat, saya dapat memahami dan berkeyakinan serta bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini kerana sudah membuat draf pelaksanaan tugasan sebelum pelaksanaan. Tambahan lagi, kerja adalah dijalankan secara individu, maka saya harus kursus ini

melaksanakan

tanggungjawab dan berdikari mendapatkan maklumat walau apapun caranya .

Pengetahuan baharu yang telah saya perolehi melalui usaha menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat mempelajari format penulisan ilmiah seperti jurnal semasa sesi kolaborasi bersama dengan guru pensyarah iaitu Dr.Hasnalee. Pengetahuan baharu ini pasti akan dapat membantu saya untuk membuat penyelidikan semasa tahun terakhir pengajian kelak. Inilah persediaan awal yang perlu saya ketahui untuk membiasakan diri dengan format penulisan agar tidak mengalami masalah kelak. Walaupun sebelum ini kami pernah ditekankan dengan

36

cara penulisan yang baik namun timbul kesedaran untuk mempelajarinya untuk manfaat di masa depan.

Selain daripada itu, pengetahuan yang saya perolehi daripada tugasan kali ini adalah saya harus kreatif dan bijak dalam memilih aktiviti yang akan memberikan manfaat kepada pelajar di samping memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melalui soalan 1 di mana saya harus mencadangkan empat aktiviti yang sesuai untuk murid Tahun 3 mengenai kemahiran mendengar dan bertutur. Walaupun kelihatan mudah tetapi apabila diamati sukar sebenarnya untuk memilih aktiviti yang sesuai untuk murid dalam kategori umur begini seperti aspek umur, tahap dan kecenderungan serta latar belakang murid. Ini kerana saya perlu memastikan dan mendalami kecenderungan murid-murid dan menyesuaikannya cadangan aktiviti tersebut dengan tahap penerimaan mereka. Justeru itu, saya secara rambang membuat kaji selidik buku teks untuk memastikan bahawa aktiviti yang saya cadangkan kelak menepati aras mereka. Dengan kaedah ini, saya percaya bahawa aktiviti yang saya telah cadangkan adalah aktiviti yang sesuai dan menepati sukatan pelajaran.

Selain daripada itu, satu kejayaan untuk diri sendiri apabila saya mampu menghasilkan cerita pendek untuk dijadikan bahan ransangan semasa aktiviti dijalankan dan gambar proses membuat origami baju dengan sendiri. Saya mengaplikasikan kemahiran fotografi yang dipelajari pada semester lepas untuk menghasilkan mutu gambar yang berkualiti. Sebelum ini saya tidak pernah membuat bentuk origami yang lain selain daripada origami kapal terbang, perahu dan bunga. Namun kali ini secara tidak langsung penggabungjalinan kemahiran telah dilakukan melalui tugasan ini.

Dalam usaha menyiapkan tugasan soalan kemahiran membaca pula, pelbagai ilmu telah saya perolehi. Buktinya semasa menerangkan mengenai Pendekatan Binaan dan Cerakinan, saya mendapati bahawa terhasilnya pendekatan ini adalah melalui gabungan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata. Sebelum saya dapat menyatakan kelebihan pendekatan binaan ini, saya harus memahami terlebih dahulu intipati ketiga-tiga kaedah yang digabungkan. Inilah pengetahuan yang sangat bermanfaat yang telah saya dapat kerana saya dapat menemui kebaikan dan

37

kelemahan apabila ketiga-tiga kaedah ini digabungkan menjadi satu pendekatan iaitu pendekatan Binaan. Begitu juga halnya dengan pendekatan cerakinan. Melalui tugasan kali ini, saya menyedari bahawa Kaedah proses sudah sekian lama telah diaplikasikan dalam penulisan sejak di bangku sekolah lagi namun tidak disedari. Setelah membaca beberapa buah buku mengenai kaedah proses, saya dapat menyimpulan bahawa kaedah proses adalah langkah-langkah menulis karangan dan ia terbahagi kepada tiga tahap iaitu penyediaan, penyusunan dan penyemakan hasil karangan. Saya juga berpendapat bahawa sesungguhnya kaedah ini amat

membimbing murid untuk belajar langkah-langkah menulis karangan yang betul. Inilah hasil yang telah saya perolehi setelah mencari dan membaca serta menaakul inputinput daripada beberapa buku dan mengambil beberapa buah fikiran ahli-ahli cendiakawan untuk memperkukuhkan lagi hujah yang telah tuliskan dalam tugasan ini.

Tiada hal yang sangat sempurna dalam dunia ini, begitu juga halnya apabila saya berusaha menjawab soalan kemahiran membaca ini timbul juga masalah yang menjejaskan kelancaran tugasan apabila saya mengambil masa yang amat lama untuk menaakul penerangan yang terdapat dalam buku-buku rujukan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Selain

daripada

itu,

keadah-kaedah

membaca

yang

telah

dihasilkan

sesungguhnya sangat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran tersebut namun hal ini akan membebankan guru-guru untuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dan menyebabkan guru keliru dengan kewujudan kaedah-kaedah yang lain. Kemudian, kaedah-kaedah kemahiran membaca yang diwujudkan hanya dapat digunakan untuk membaca teks yang menggunakan bahasa Melayu semata-mata. Persoalannya bagaimanakah murid-murid mengamalkan budaya membaca dalam diri jika timbul had untuk membaca bahan bacaan bukan Bahasa Melayu? Jadi bagi saya kaedah membaca ini hendaklah diluaskan dan dikaji agar kita dapat menggunakan satu kaedah yang global untuk bahasa bahasa yang lain.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa guru hendaklah memastikan murid-murid menguasai terlebih dahulu sesuatu kemahiran sebelum beranjak ke kemahiran yang lain iaitu mengaplikasikan kaedah pembelajaran

38

masteri. Justeru gurulah yang amat berpengaruh untuk membentuk kanak-kanak daripada tidak mengenal kepada mengenal serta menguasai sesuatu kemahiran.

BIBLIOGRAFI Laman Web http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/menulis-karangan-secaraproses.html

http://nyaringnora.blogspot.com/2011/07/pendekatan-pengajaran-bahasa.html http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html http://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/nota-penting-4-konsep-kaedahpandang.html

Buku : Kamarudin Hj. Husin (1999). Pedagogi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Melayu. Ipoh: Penerbitan Multimedia. Kamarudin Haji Husin (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Hulu Klang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Hilmi Haji Ismail (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Sekolah-sekolah Rendah. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Marzhukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Kurikulum Sdn.Bhd. Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid: 1 Perkaedahan. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengajaran Bahasa Melayu

Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

39

Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin (2010). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

7.0 BORANG KOLABORASI BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS IPG NAMA PELAJAR NO MATRIK KUMPULAN : IPG KAMPUS BATU LINTANG : CRISYANTI KULING ANGKI : 200907201 : PISMP PKBM AMBILAN JAN 2012. SEMESTER: 5

MATA PELAJARAN: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) PENSYARAH PEMBIMBING: DR. HASNALEE B.TUBAH TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan Penerangan tugasan KOMEN T/TANGAN

28/01/ 13

29-12/02/ 13

Mencari maklumat berkaitan dengan kemahiran bahasa

12-14/02/13

Membuat draf tugasan

15-25/02/13

Menyusun atur segala maklumat secara sistematik.

28/02/13

Meyediakan ABM berkaitan.

1/03/13

Memurnikan lagi tugasan yang

2/03/13 4/03/13

Menjilid tugasan Menghantar tugasan

40

8.0 LAMPIRAN

41

Anda mungkin juga menyukai