Anda di halaman 1dari 5

(Teks ucapan KJ JPPI)

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN PERTANDINGAN
INOVASI (NCERiC) PERINGKAT KEBANGSAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

YBrs. Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Yang berbahagia barisan perucap utama:

Ucap utama 1 Prof Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman


Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS

Ucap Utama 2 Prof Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya


Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia,
Universiti Sains Malaysia.

Ucap Utama 3 Prof Dato’ Wan Ahmad Sabri Wan Yusof


TNC Akademik & hal Ehwal Pelajar
Universiti Sultan Azlan Shah.

Ucap Utama 4 Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin


Pengarah Pusat Komuniti dan Kelstarian
(UMCares).
Yang berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Unit IPG Kampus Kota

Bharu, para pensyarah IPG dan seterusnya para peserta seminar

penyelidikan dan inovasi yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu


Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita semua dapat hadir dalam Majlis
Perasmian Penutup seminar NCERiC 2021. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik, Pengarah
IPGKKB kerana menyokong penuh seminar ini sehingga berlangsung
dengan jayanya.

Sekalong penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan Ketua
Jabatan yang menjadi penyelaras tugas masing-masing dalam memastikan
kerja buat seminar menjadi kenyataan. Syabas dan tahniah untuk semua
warga IPG KKB.

Para hadirin sekalian,

Seminar NCERiC ini merupakan satu platform untuk mengenengahkan


kegiatan dan sumbangan para pendidik yang terdiri daripada pensyarah
dan pelajar di IPTA dan IPG, serta guru peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah yang terlibat secara aktif dalam bidang penyelidikan
dan inovasi. Semua warga pendidik sudah sedia maklum bahawa
matlamat pendidikan adalah melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai
matlamat tersebut antaranya adalah membudayakan penulisan,
penyelidikan dan inovasi. Melalui kemahiran penulisan penyelidikan dan
inovasi banyak hasil dan penemuan baharu dapat dihasilkan dari semasa
ke semasa. Penganjuran seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi
merupakan salah satu medan para ilmuan dan para sarjana khususnya
warga pendidik menyumbang idea dari segi penyelidikan dan inovasi
seterusnya menghasilkan penerbitan jurnal yang berimpak tinggi.

Para hadirin yang dimuliakan,

Dalam menghadapi perkembangan arus pendidikan yang semakin hari

semakin mencabar, ditambah pula dengan penularan wabak Corona

Virus 19 atau COVID-19, seluruh cara hidup masyarakat berubah

kepada normal baharu. Hal yang sama dengan Seminar NCERiC 2021

yang berlangsung secara virtual.

Antara objektif seminar ini ialah:

i. Memperkasakan fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu


(IPG KKB) dalam merealisasikan aspirasi pembudayaan penyelidikan
dan inovasi dalam kalangan warga IPG KKB.
ii. Berkongsi pengalaman dan penerokaan dapatan kajian terkini dalam
pelbagai sub-bidang pendidikan melalui penganjuran seminar.
iii. Meningkatkan sumber rujukan keilmuan dalam bidang pendidikan
pada peringkat global.
iv. Menyebarluaskan penemuan amalan terbaik dan inovasi dalam
bidang pendidikan.
v. Membina jaringan perkongsian pintar dalam kalangan penyelidik
pada peringkat kebangsaan.
vi. Menerbitkan hasil dalam prosiding kajian dan seterusnya jurnal untuk
rujukan khalayak.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terdapat 30 kertas penyelidikan dan 81 inovasi yang telah berjaya

dibentangkan dalam seminar kali ini. Penyelidikan dan inovasi ini datang

daripada pelbagai institusi pendidikan seperti IPTA, IPG, sekolah rendah

dan sekolah menengah. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada

para pembentang penyelidikan pendidikan dan para peserta pertandingan

inovasi yang sama-sama berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing

dalam bidang pendidikan.

Harapan saya agar semua pemegang taruh dalam bidang pendidikan

iaitu pihak universiti awam dan swasta, IPGM dan Jabatan Pendidikan

Negeri sentiasa memberi ruang dan peluang serta menyokong aktiviti

penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan.


Para hadirin sekalian,

Saya berharap seminar ini dapat membentuk minda para pendidik


mahupun pelajar agar menjadikan budaya penyelidikan dan inovasi
sebagai budaya hidup yang baharu. Diharapkan seminar NCERiC ini
dapat memberi perangsang kepada semua warga pendidik khususnya
warga IPG KKB untuk terus menyelidik dan menghasilkan inovasi yang
mampu diangkat hingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan rasa penuh


kesyukuran merasmikan penangguhan Seminar Penyelidikan
Pendidikan dan Pertandingan Inovasi (NCERiC 2021).

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa


barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai