Anda di halaman 1dari 22

GSB1062

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

•Kesantunan Verbal
•Kesantunan Bukan Verbal

Abdul Latib Abd Rahman


Jabatan Pengajian melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Kesantunan Verbal
•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara
sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau
tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat
penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi,
kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Kesantunan Verbal
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu
sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan
sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.

"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.

"Assalamualaikum".

Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.


KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Kesantunan Verbal
• Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik
dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
• Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi
bahasa
• Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
• Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan
kata
• Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-aspek Kesantunan Verbal


1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan
dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah
laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah
patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung
kasih, bercemar duli dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:
Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah
sendiri.
Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan
emak kendiri
Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya
dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan
juga tidak sebaya .
Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri
dan juga tidak semuda sendiri.
Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda
daripada kendiri.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak
Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya
terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang
Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
 (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau
isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak
long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan
Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli
dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


 Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang
sama dengan penggunaan gelaran saudara.
 Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada
para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat
guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


9. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang,
Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak),
Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak);
Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti
syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah
pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga
tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau),
Teuku dan Teungku (Aceh).
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


10. Gelaran Kurniaan
 Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk
Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran
yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri
kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan
seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-asper Kesantunan Verbal


11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Agong Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Duli Yang Maha Mulia
Permaisuri
Balu Raja Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat
Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat


Menteri Besar, Ketua Menteri
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undang
Yang Berhormat
an Negeri (wakil rakyat)

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Teng
Yang Berhormat Mulia
ku atau Raja

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan 
(selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelara Yang Berbahagia
n ikhtisas yang formal

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Kesantunan Non Verbal


 Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau
dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan
 Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana
mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah
disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

NonVerbal
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Kesantunan Non Verbal


iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah
pesan verbal dengan memberikan makna lain
menggunakan pesan nonverbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan
menyatukan bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan
mengukuhkan bahasa bukan verbal.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal


i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi
tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan
mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
· Isyarat gerakan tangan
· Isyarat air muka
· Bahasa tubuh
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal


ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam
komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
· Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan
tidak berminat
· Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi
tidak percaya
· Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan
dia berdusta
· Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi
malu/ tidak tenteram perasaannya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal


iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan
orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
· Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.
· Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut
yang bermakna diam/ tolong senyap
· Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya
adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
· Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan
menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya
itu.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

 Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal

iv. Mimik Muka


• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan
maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas
terhadap seseorang.
•Contohnya:
· Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
· Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan
fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang
· Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang
dengan mengamati air mukanya.
· Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang
dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah
air muka yang jernih.

Anda mungkin juga menyukai