Anda di halaman 1dari 8

Cenderabahasa Bil.

1 JPNPP
MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1.

Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2.

Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.

Bilangan penutur / pendengar:


a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)

4.

Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan

5.

Contoh Kata Ganti Nama Diri


a. Kata Ganti Nama Diri Pertama menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri
Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal)
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman
dahulu.
patik (tunggal)
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
sultan.
beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat.
kami (tunggal)
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal)
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang
kedua.
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri
Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal dan
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
jamak))
dengan kita.
awak (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
engkau (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika
(tunggal)
kata ganti diri pertama digunakan hamba mesti diikuti tuan
hamba sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal)
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


kamu (tunggal dan
jamak))

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya


dengan kita.

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga menggantikan nama diri orang yang diceritakan
halnya (orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri
Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal)
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal)
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan.
mereka (tunggal)
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang.
6.

Bentuk kesilapan:
SALAH
Kami tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula, kata Murthi
kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya
diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam
kes penipuan.
Hamba mohon maaf atas kesalahan
hamba, kata Paduka Ali kepada Sultan
Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong
engkau.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Mereka-mereka sedang bermain bola di
padang.

7.

BETUL
Kita tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula, kata Muthi
kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana
diimport dari Jepun.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
Patik mohon maaf atas kesalahan
patik, kata Paduka Ali kepada Sultan
Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong
anda.
Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka sedang bermain bola di
padang.

Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri
Diri Pertama (penutur)

Diri Kedua (pendengar)

Tunggal
aku
saya
patik
hamba
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari

Bilangan Banyak / Jamak


kami
kita

awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP

Diri Ketiga (orang yang


diceritakan halnya)

tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
Dia
Ia
Beliau
Baginda

puan-puan
anda semua
kalian

mereka

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru


menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang
wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan
pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh
itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah
bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang
teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.
Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
11- Kaedah terus
2Kaedah fonetik/ linguistik
3Kaedah eklektik
4Kaedah audio-lingual
5Kaedah komunikatif

KAEDAH TERUS
Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama
secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus
bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan
bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang
digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan
dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan
menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka).
Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah
diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk
mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah
berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.
Contoh ayat :

- Saya minum (ayat sebelumnya)

-Saya minum susu (ayat baru)


Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini
ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam
bahasa sasaran.

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK


Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan
bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini
kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan
biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak.
Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa
itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan.
Melalui kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang
didengar atau dibaca

KAEDAH EKLEKTIK
Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya.
Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada
pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran
bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca.
Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun
induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar
dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

KAEDAH AUDIO LINGUAL


Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan
kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar
berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam.
Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi
sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak,
dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak
daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan
berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya
secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan
rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah
mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan
cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna
terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat
tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan
guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui
aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna
dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan sebagainya.

TEKNIK- PENGENALAN
Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik
dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan
adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang
dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru
bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk muridmuridnya.
Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

Teknik soal jawab

Teknik main peranan

Teknik lakonan/drama

Teknik permainan bahasa

Teknik hafazan

Teknik latih tubi

Teknik perbincangan

Teknik penyelesaian masalah

TEKNIK SOAL JAWAB


Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu
memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :

- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis

-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar


Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK MAIN PERANAN

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan
skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu
situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan muridmurid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada
murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem,
televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid
akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid
murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

TEKNIK LAKONAN/DRAMA
Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa
khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi),
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang
murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang
dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.
*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik
ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan
konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat
beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu
iaitu :

Permainan menyampaikan pesanan

Permainan tekalah saya

Permainan memerhati dan mengingat

Permainan berpasangan

Permainan slip undian

TEKNIK HAFAZAN
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1
demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa
atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau
informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati
atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa
atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa
diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama
dan perbincangan.

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini
adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik
ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid
akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan
serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi
penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek kebolehan menggunakan bahasa


Huraian

Sebutan (accent)
menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna
dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam


situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan


maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

TEKNIK PERBINCANGAN

Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP


Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan
pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :
1Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
2Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang
ketua.
3Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama
mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut
supaya terarah.
4Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata
dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori
yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini
melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal
pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai,
dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat
beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini
:
1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu
pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.
2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas
murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid
memahami dan mengenal pasti masalah itu.
4Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.
5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah.
Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat
secara individu.

Anda mungkin juga menyukai