Anda di halaman 1dari 37

BAHASA MELAYU

KOMUNIKATIF 1
KESANTUNAN BAHASA
AHLI KUMPULAN

ZULAIKA BINTI ILIAS

NUR ARIFAH BINTI ZAINAL

MARDHIYAH BINTI MAIDIN @


SHAMSUDDIN
TAKRIF

SANTUN- halus (budi bahasa atau budi pekerti),


beradab, sopan

KESANTUNAN- perihal (sifat dsb) santun,


kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti)

KAMUS DEWAN EDISI KE-EMPAT


Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak
merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata
tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti
tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. 

Lakoff perlakuan yang mengurangkan


(1975) pergeseran dalam sesuatu interaksi. 

menyatakan bahawa kesantunan berlaku


Fraser dan apabila kontrak perbualan digunakan oleh
Nolan (1981) penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Brown dan
usaha mengurangkan Tindakan Ancaman
Levinson,
Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
1987
pendengar

BAHASA- sistem lambang bunyi suara yang


dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu
kelompok manusia

BERBAHASA- menggunakan bahasa, mempunyai


bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa
KAMUS DEWAN EDISI KE-EMPAT
KESANTUNAN BERBAHASA- kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa

mengaitkannya dengan penggunaan bahasa


Asmah Hj. sehari-hari yang tidak menimbulkan
Omar kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung
(2000)  daripada pihak pendengar.
KONSEP KESANTUNAN
Merujuk kepada cara penggunaan kata dan ujaran
secara sopan dan beradab

Bergantung kepada budaya masyarakat yang


mengamalkannya dan berbeza antara masyarakat-
masyarakat yang lain

Diamalkan untuk mengelakkan salah satu pihak


berasa tersinggung, dimalukan dan terpinggir.
Brown dan Levinson (1987) menyatakan terdapat dua jenis
kesantunan iaitu kesantunan positif dan kesantunan
negatif.

Kesantunan positif- keinginan untuk mengekalkan


hubungan baik dan menghargai kehendak orang lain
Kesantunan negatif- keinginan individu untuk
mempertahankan hak, tidak bergantung dan diganggu
orang lain

Kesantunan berbahasa tidak tertumpu hanya pada


perlakuan linguistik (percakapan/verbal) tapi turut
merangkumi perlakuan bukan linguistik (bukan verbal)
BAHASA BUKAN VERBAL
Bahasa bukan verbal adalah komunikasi
bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai
bahasa tubuh. Bahasa tubuh merupakan
proses pertukaran fikiran dan idea di mana
mesej yang disampaikan seperti melalui
isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata,
sentuhan, simbol lambang dan gerakan
tubuh.
FUNGSI BAHASA BUKAN VERBAL
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp adalah:

1. Pengulangan (repeating)
Mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara
verbal.

2. Penggantian (substituting)
Menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.

3. Kontradiksi (contrast/ regulating)


Menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain
menggunakan pesan nonverbal.
4. Pelengkap (complement)
 Melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.

5. Aksentuasi (accenting / moderating)


 Menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Seorang anggota polis trafik yang Penggunaan ekspresi wajah
menggunakan seragam merupakan merupakan salah satu komunikasi
salah satu bentuk komunikasi objek. bukan verbal.
Contoh perlakuan bukan verbal
(b) Bukan perlakuan bahasa

(i) Air muka/ raut wajah


…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya.
Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu
di sebalik senyumannya.

(ii) Menujukkan sikap bertanggungjawab


Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat
pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan
di atas lantai.

PETIKAN DARI SEHIJAU WARNA DAUN


BAHASA VERBAL
Bahasa verbal adalah komunikasi antara pemberi dan
penerima mesej dengan menggunakan simbol-simbol
verbal yang difahami oleh kedua-dua pihak. Bahasa
merupakan pencapaian manusia yang paling impresif
dalam simbol verbal.

Mempunyai peraturan bahasa seperti, fonetik dan


fonologi, semantik, morfologi, sintaksi dan
sebagainya.
(1) Fonetik dan FONOLOGI

 Fonetik berasal perkataan bahasa Greek iaitu phone


yang bermaksud bunyi atau suara. Fonetik ialah ilmu
lingustik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang-lambang penyebutannya.

 Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa berkaitan


senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta
peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi
tersebut berhubung antara satu sama lain.
(2) SEMATIK

 Semantik berasal daripada bahasa Yunani iaitu


semantikos, bermaksud memberikan tanda,
sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang
bermakna. Sematik menghubungkan makna
kalimat dengan wacana atau teks. Sematik bersifat
gramatis yang mematuhi peraturan dalam
menganalisis ayat. Sematik adalah cabang
linguistik yang menerangkan ciri-ciri linguistik
sesuatu wacana.
(3) MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,


bentuk dan golongan kata.

 Struktur kata : Satu susunan bentuk bunyi ujaran atau


lambang tulisan.
 Bentuk kata : Rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau terhasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
 Golongan kata : Proses mengkategorikan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.
(4) SINTAKSIS

 Sintaksis ialah mengkaji bentuk. stuktur, dan


binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
merupakan kaian tentang hukum atau rumus
tatabahasa berdasarkan kaedah penggabungan
dan penyusunan perkataan dan kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.
Contoh perlakuan verbal
a) Perlakuan bahasa

(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan


“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah
harta buatmu, nak.”

(ii) Kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”

(iii) Kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai
sebagai nama timang-timangan.

PETIKAN DARI SEHIJAU WARNA DAUN


PANGGILAN DALAM KELUARGA

Panggilan Kekeluargaan Panggilan Kekeluargaan


Pertalian Darah Ikatan Perkahwinan
Panggilan Kekeluargaan
Pertalian Darah
 

Gelaran Digunakan

Ayah/Papa/Bapa/Abi/ Gelaran yang digunakan oleh lelaki yang mempunyai


Walid anak (dipanggil oleh anak).

Mak/Mama/ibu/Ummi Gelaran yang digunakan oleh perempuan yang


/Mummy mempunyai anak (dipanggil oleh anak)

Datuk/atuk Digunakan oleh lelaki yang berusia

Nenek /nek Digunakan oleh prempuan yang berusia.

Abang Diberikan kepada lelaki yang lebih berusia dari diri


sendiri dan lebih muda dari ayah

Diberikan kepada perempuan yang lebih berusia dari


Kakak
diri sendiri dan lebih muda dari ibu

Diberikan kepada lelaki atau perempuan yang lebih


Adik
muda dari diri sendiri.
Gelaran Digunakan

Ayah Long/ Ayah


Ngah/ Ayah Cik/ Ayah Panggilan sapaan kepada adik-beradik lelaki ibu atau
Lang/ Ayah Teh/ Ayah ayah mengikut susunan mereka di dalam keluarga.
Lang/ Ayah Da/Ayah su

Mak Long/ Mak Ngah/ Panggilan sapaan kepada adik-beradik perempuan ibu
Mak Cik/ Mak Lang/ atau ayah mengikut susunan mereka di dalam keluarga.
Mak Teh/ Mak Da/ Mak
Su

Along, Angah, Acik,


Ateh, Alang Uda, Panggilan untuk adik beradik mengikut susunan di
Usu/Ucu dalam keluarga
Panggilan Kekeluargaan
Ikatan Perkahwinan
Orang Yang Disapa Digunakan

Ibu mertua Ibu kepada suami atau isteri

bapa mertua Bapa kepada suami atau isteri

Kakak kepada suami atau isteri


Kakak ipar

Abang ipar Abang kepada suami atau isteri

Adik ipar Adik kepada suami atau isteri


Kata Panggilan Dalam
Masyarakat
Gelaran Digunakan

Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan


Pak cik
ayah sendiri.

Digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya


Mak cik dengan emak sendiri

Cik Diberi kepada perempuan muda yang belum berkahwin

Puan Panggilan formal bagi perempuan yang sudah berkahwin


dan yang tinggi pangkatnya

Encik Panggilan formal bagi lelaki


digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya,
Tuan dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

digunakan untuk elaki yang seumur atau lebih muda,


Saudara dan hubungannya belum rapat serta digunakan dalam
rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan
dan sebagainya.

digunakan untuk perempuan yang seumur atau lebih


muda, dan hubungannya belum rapat serta digunakan
Saudari dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,
perbahasan dan sebagainya.
Panggilan Hormat Dalam
Majlis Rasmi
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku


Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Duli Yang Teramat Mulia atau


Raja Muda atau Tengku Mahkota
Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan


Perdana Menteri, Menteri Besar, Yang Amat Berhormat
Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli
Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat
(wakil rakyat)

Wakil Rakyat yang mempunyai


gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran


kurniaan kerajaan (selain Tun
dan Toh Puan) atau/dan Yang Berbahagia
gelaran ikhtisas yang formal

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif


Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha


PENUTUP
Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah
guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal

Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai
Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai
kematian
Kita mencintai kekayaan melupai
perhitungan.
Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk
hubungan, iaitu hubungan yang baik antara manusia dengan
manusia dan hubungan yang baik antara manusia dengan
Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik
antara manusia dengan manusia semata-mata tidak
bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika tidak
disertai oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan
Pencipta. 
RUJUKAN
• HAJI MOHD. SAMSUDDIN MAHMOD KETUA JABATAN KESUSASTERAAN INSTITUT
PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA, KUALA LUMPUR 
http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html

 http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm

Seri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu II, Siti Hajar Abdul Aziz

Anda mungkin juga menyukai