Anda di halaman 1dari 18

UP 1

Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran


Perhubungan Interpersonal

Fakulti Bahasa dan Komunikasi


Universiti Malaysia Sarawak
Pengenalan
Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat
kehidupan manusia dan ketiadaannya boleh merencatkan
perhubungan sesama manusia..

Proses berkomunikasi boleh mewujudkan kesan seperti yang


berikut:

 membebas/mengongkong kegiatan manusia


 merapat/merenggangkan perhubungan manusia
 mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan
sejagat
 mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan.
 mengangkat/merosakkan martabat hidup serta
ketamadunan manusia
Konsep Kesantunan Bahasa

Kata santun merujuk kepada “halus budi bahasa dan


budi pekerti; beradab dan sopan”.

Kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi


bahasa atau budi pekerti atau kesopanan.

Kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan


bahasa yang baik, sopan dan beradab.

(Awang Sariyan, 2015)


Peraturan Asas Berbahasa
Objektif: mengurangkan sikap saling tidak mengenali
dan tidak mempercayai antara sesama
manusia.

Ketika berkomunikasi, beberapa peraturan berbahasa perlu


dipatuhi supaya tidak menyebabkan sesiapa berasa
tersinggung dan seterusnya merencatkan suasana
perhubungan.

Antara peraturan asas yang perlu diketahui dan diamalkan


adalah seperti yang berikut:
Kesantunan Berbahasa Dan
Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Peraturan Asas Berbahasa

1. Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab

2. Komunikasi Mata

3. Kedudukan Tubuh dan Pergerakan Badan

4. Mimik Muka/Ekspresi Muka

5. Sifat Suara

6. Menimbulkan Minat Orang Lain

7. Memberi Perhatian
-dapat memberi dorongan kepada teman bicara untuk terus berkomunikasi
Kesantunan Berbahasa Dan
Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Peraturan Asas Berbahasa

8.Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan


Ada 3 jenis soalan/gaya mengemukakan soalan;
Soalan tertutup/ringkas
Soalan terpimpin untuk mempengaruhi pendapat/perasaan
Soalan terbuka

9. Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit


10. Memahami Tabu/Larangan dalam Berbahasa
i-Eufemisme/Kiasan Halus
merupakan bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk menggantikan perkataan asal yang
dianggap kasar/kesat.
Ii- Sirkumlokusi (berbelit dan berkias)
Sirkumlokusi merupakan perbahasan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk melembutkan
suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara.

11. Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain


12. Bijak Memilih Perlakuan/Tindakan yang Sesuai dengan Matlamat
Dalam komunikasi, terdapat tiga perlakuan/tindakan yang wajar diperlihatkan kepada teman bicara,
iaitu; Agresif -Pasif -Asertif

13.Mewujudkan Komunikasi Berkesan


Sistem Sapaan

Sistem Sapaan: Panggilan Hormat


Gelaran atau darjat merupakan unsur budaya warisan yang masih
dipentingkan dalam pembentukan keperibadian bangsa. Setiap gelaran/darjat
diberi panggilan hormat mengikut Sistem Protokol Negara. Berikut
disenaraikan beberapa kata ganti nama yang digunakan sebagai panggilan
hormat yang sesuai dengan gelaran/darjat/jawatan, khususnya dalam urusan
rasmi/formal.

Sistem Protokol (Panggilan Hormat)

Gelaran/Pangkat/Darjat Rujukan/Panggilan Hormat

Yang di-Pertuan Agong  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
 Tuanku

Raja Permaisuri Agong  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri


Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
 Tuanku
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku  Duli Yang Maha Mulia
Ampuan, Raja Permaisuri  Tuanku

Balu Raja  Yang Maha Mulia

Raja Muda, Tengku Mahkota,  Duli Yang Teramat Mulia Tuanku


Raja Di-Hilir Perak  Yang Teramat Mulia Tuanku

1. Yang Dipertua Negeri


(Melaka, Sabah, Sarawak,
Pulau Pinang) Tuan Yang Terutama
2. Duta Besar, Duta,
Pesuruhjaya Tinggi &
Perwakilan Negara-negara
Asing

 Yang Amat Berhormat (Rakyat biasa)


Perdana Menteri, Timbalan
 Yang Amat Berhormat Mulia (Kerabat
Perdana Menteri, Menteri Besar, Diraja)

Ketua Menteri
Menteri, Timbalan Menteri, Ahli  Yang Berhormat (Rakyat Biasa)
Parlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri (wakil rakyat)  Yang Berhormat Mulia (Kerabat Diraja)

Bekas Perdana Menteri, Isteri


Perdana Menteri, Tun, Toh (tidak Yang Amat Berbahagia
menjadi wakil rakyat/senator)

Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan


Negeri:
1. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Pegawai Kewangan Negeri Yang Berhormat
3. Penasihat Undang-undang
Negeri

Gelaran Kurniaan Kerajaan:


Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri,
Datin Seri, Datuk Patinggi, Datin Yang Berbahagia
Patinggi, Datuk Amar, Datin
Paduka, Datuk, Datin (tidak
menjadi wakil rakyat/senator)

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif


Hakim Besar atau Hakim Yang Arif
Ketua Polis Negara  Yang Amat Setia
 Yang Berbahagia Ketua Polis Negara
Mufti  Yang Berbahagia Tuan Mufti
 Sahibul Samahah
Kadi  Yang Arif Tuan Kadi
 Sahibul Fadilah Tuan Kadi
Ketua-ketua Jabatan, Pengarah,
Ketua Pengarah, Setiausaha,  Yang Berbahagia
Pengurus Besar, Pengurus,  Yang Berusaha
Pegawai Daerah, Prof., Prof
Madya, Dekan, Pemangku Ketua,
Penghulu
Ustaz, Ustazah , Imam  Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah
 Yang Berbahagia Tuan Imam
1. Pengerusi Majlis  Yang Mulia Tuan/Puan/Saudara/Saudari
Pengerusi Majlis
2. Haji, Hajah  Yang Mulia Tuan Haji/Puan Hajah
Peraturan Berbahasa

Asmah Hj. Omar (2002) merumuskan bahawa terdapat 3


peraturan berbahasa, iaitu:

1. Peraturan Linguistik
i. menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa
ii. bentuk dan binaan tersebut termasuklah sebutan,
intonasi dan tatabahasa
iii. kepatuhan tentang peraturan-peraturan bahasa yang
bertujuan menjaga kejelasan dan kesempurnaan mesej
atau maklumat yang disampaikan, demi mencapai
persefahaman pada tahap paling tinggi (terutamanya
dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan
urusan dan majlis rasmi)
2. Peraturan Sosiolinguistik
i. menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara
dengan pendengar (konteks lisan), dan antara penulis
dengan pembaca (konteks tulisan)
ii. contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul,
yakni kata ganti diri atau kata panggilan hormat
menurut sistem dalam masyarakat
iii. dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu
disesuaikan dengan faktor hubungan (antara pembicara
dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak
rasmi), faktor bidang dan faktor media (lisan atau
bukan lisan).
iii Peraturan Pragmatik
i. menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan
dengan tujuan komunikasi
ii. peraturan ini berkait rapat dengan penggunaan bahasa
yang sopan dan berkesan
iii. dalam penggunaan bahasa, misalnya konteks
perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan lain-lain
memerlukan peraturan pragmatik agar tujuan atau
matlamat komunikasi tercapai dan pada masa yang sama,
kesopanan berbahasa terjaga. Penutur juga tidak
menyakiti perasaan orang lain ketika berbicara.
iv. Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkait dengan
peraturan pragmatik disebut retorik. Gaya bahasa retorik
biasanya ditemui dalam wacana politik dan perniagaan.
Kesantunan Berbahasa dari Perspektif Agama
Sebagai haiwan natiq (rational animal), manusia dikaitkan dengan ciri
insan yang berakal dan berbahasa, yang memungkinkan manusia
berkomunikasi untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan
bekerjasama ke arah kebaikan sejagat.

Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan ketamadunan


manusia dapat diringkaskan sebagai:
 media pemerolehan dan pengembangan ilmu
 alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi)
 pengikat persefahaman dan perpaduan.

Kesantunan Berbahasa menjadi prasyarat yang amat penting untuk


difahami dan diamalkan demi membolehkan pelaksanaan dua peranan
utama manusia di muka bumi, iaitu
 menyeru ke arah kebaikan (amar makruf)
 mencegah kemungkaran (nahi mungkar).
Lingkungan Penggunaan Kesantunan Berbahasa
a. Suasana dan Urusan Rasmi (majlis dan urusan rasmi)
Bahasa standard (High Culture Language) digunakan dengan
ragam bahasa yang memaksimumkan pematuhan kepada
peraturan-peraturan bahasa dari sudut linguistik, sosiolinguistik
dan pragmatik.

• Majlis perasmian (pembukaan/penutupan)


• Majlis pelancaran
• Majlis menandatangani perjanjian
• Majlis pengisytiharan
• Majlis konvokesyen
• Surat-menyurat rasmi
• Pemakluman dan taklimat
• Seminar dan persidangan
• Ceramah/dialog
• Mesyuarat
• Kuliah
b. Suasana dan Urusan Tidak Rasmi
Dialek/bahasa daerah (Low Culture Language) digunakan kerana
mudah difahami dan lazimnya boleh menimbulkan suasana mesra
dan intim. Aktiviti perbahasaan lebih bersifat persendirian,
peribadi/persahabatan. Oleh itu, situasi ini tidak tertakluk pada
peraturan linguistik. Walau bagaimanapun, peraturan
sosiolinguistik dan pragmatik masih perlu dipatuhi.

• Perbincangan biasa dalam keluarga/sesama rakan


• Perbualan (bersemuka/melalui telefon)
• Majlis pertunangan dan perkahwinan
• Promosi produk
• Jual beli biasa
• Gurau senda
• Catatan peribadi
Konsep Budi Bahasa Dalam Kesantunan Berbahasa
Terdapat pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan
tingkah laku yang diingini oleh masyarakat, khususnya semasa berbicara.
Antaranya ialah;
• Budi Bahasa
- adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi
gerak laku, penggunaan bahasa yang sopan dan situasi mental
semasa berbicara
• Adab Tertib
- merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang
baik dan terpuji
• Budi Pekerti
- merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan
peraturan dan norma yang dipandang mulia oleh masyarakat
• Sopan santun
- membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku
• Etika
- berkaitan dengan kepatuhan tentang/mengenai prinsip moral
atau akhlak dalam hubungan interpersonal
• Etiket
- menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa
menampilkan diri dalam hubungan interpersonal
Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai