Anda di halaman 1dari 40

SMB41002

BAHASA MELAYU UNIVERSITI

TOPIK 3
KESANTUNAN BAHASA DAN LARAS BAHASA

PUSAT SAINS LIBERAL (PSL),


FAKULTI SAINS GUNAAN & KEMANUSIAAN (FSGM)
Kesantunan berbahasa
• kesantunan membawa maksud kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan.

• Dalam pengertian bahasa dan budaya Melayu, kesantunan berbahasa


membawa maksud kehalusan budi bahasa ketika berkomunikasi
dengan individu lain atau khalayak.
• Menurut Awang Sariyan (2007:1), kesantunan berbahasa, merujuk
kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri
penting kepada bangsa yang bertamadun.

• Istilah ‘santun’ secara literal membawa maksud halus budi bahasa


atau budi pekerti, beradab, sopan.Kesantunan merupakan perihal
santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti (Kamus
Dewan) .
• Kesopanan bahasa dalam masyarakat Melayu merangkumi beberapa
dimensi, baik yang bersifat verbal (bahasa bersuara) mahupun yang
bukan verbal (bahasa tanpa ucap).

• Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa yang halus,


sopan, baik dan bersesuaian mengikut konteks dan situasi
penggunaannya.

• Ini dapat dilihat dalam penggunaan sistem panggilan yang pelbagai,


mengikut umur/jantina seseorang, cara memberi dan menerima
salam, penggunaan bahasa badan (gerak-geri badan, tangan, mimik
muka, lirikan mata, nada suara, dan lain-lain).
Faktor yang mempengaruhi penggunaan
kesantunan bahasa dalam komunikasi:

a) Tahap pendidikan
b) Dengan siapa kita bercakap
c) Konteks rasmi atau tidak rasmi
d) Taraf sosial orang yang dilawan bercakap
e) Jawatan dan gelaran penutur, pendengar atau penulis
Kesantunan berbahasa merangkumi:-
1) Pemilihan kata
2) Prosodi/ Intonasi
3) Bahasa Badan
4) Gaya dan laras bahasa
Pemilihan kata
• Menurut Amat Juhari Moain, (1992), pemilihan kata penting
dalam memelihara kesantunan berbahasa kerana setiap kata
mempunyai nilai rasanya yang tersendiri, sama ada nilai
kehalusan, kekasaran atau kekesatan.
• Pemilihan kata amat penting semasa berkomunikasi.
• Perlu sesuai mengikut konteks dan situasi.
• Pemilihan kata yang baik merujuk kepada penggunaan kata
dan ayat, sebutan, bahasa badan, intonasi (nada) dan tanda
bacaan.
Prosodi/ intonasi
• Prosodi merupakan aspek yang berkaitan dengan intonasi suara.
Prosodi mempunyai cakupan yang lebih luas berbanding intonasi yang
analisisnya hanya tertumpu kepada 3 aspek, iaitu:

a. kelangsingan (pitch)
b. kelantangan suara (intensity)
c. durasi ( duration)
• Dalam kemahiran bertutur, keupayaan menggunakan aspek prosodi
dengan baik akan membantu dalam menghasilkan komunikasi yang
berkesan.
• Bahasa dalam pertuturan melibatkan pelbagai aspek suprasegmental
seperti:

1. Intonasi
2. Tekanan
3. Jeda
4. Kadar/ Mora
5. Kualiti serta kualifier suara
Bahasa badan
• digunakan dalam komunikasi bagi menyampaikan sikap / utusan yang
sukar disampaikan secara lisan / tulisan.
• menggambarkan emosi, personaliti tujuan dan status sosial
seseorang.
• mengukuhkan hujah dan menilai maklum balas penerima
• bahasa badan melibatkan:
 gerakan anggota badan: tangan, kepala dan lain-lain
 gerakan mata
 mimik muka
Gerakan anggota badan
Gerakan yang melibatkan anggota badan ini
kebiasaaanya akan dipengaruhi oleh budaya sesuatu bangsa dan
berbeza gerakan mengikut budaya hidup sesebuah masyarakat
tersebut:
i. Emblems
• Isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
sesuatu maksud
• Dipengaruhi oleh sesuatu budaya sesuatu bangsa: contoh; bunuh diri
• Ada yang mempunyai maksud sejagat: V atau Thumbs up
• Maksudnya tepat & difahami penerima
• Untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tidak mahu diucapkan
ii. Ilustrators
• Isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama
dengan ucapan untuk membantu / mengukuhkan
pemahaman.
• Secara umum, illustrator boleh disamakan dengan
cara“bercakap dengan tangan”.
Gerakan mata
• Melibatkan pergerakan mata si penutur, sama ada melihat,
merenung, terkebil-kebil dan lain-lain.
• Kadar kerlipan mata juga boleh menyampaikan mesej dalam
sesebuah komunikasi.
• Gerakan mata selalunya akan dapat menunjukkan pelbagai
emosi, termasuk permusuhan atau benci, berminat dan
tarikan.
• Melalui gerakan mata juga personaliti seseorang dapat dikenal pasti,
contoh:

• Anak mata seseorang melihat ke atas sebelah kanan, bermaksud


seseorang itu sedang cuba mengingati sesuatu perkara (Recall
memory).

• Anak mata seseorang melihat ke atas sebelah kiri, bermaksud


seseorang itu sedang cuba mengingat dan membayangkan dalam
bentuk visual/maya.
Mimik muka

• menggambarkan perasaan dan peribadi seseorang

• komunikasi akan lebih berkesan sekiranya komunikator


faham mimik muka yang terpancar pada wajah orang yang
dilawan bertutur.
Gaya dan laras bahasa
I. Gaya Bahasa

• Cara kita memilih dan menyusun kata-kata dalam ayat.


• Melibatkan komunikasi secara lisan atau bertulis.
• Terdapat beberapa prinsip yang perlu ditekankan:
a. Kejelasan
b. Elakkan Klise
c. Penggunaan Kiasan
d. Elakkan pengulangan
e Mudah
a. Kejelasan
• Sesuatu komunikasi lisan memerlukan suara dan sebutan
jelas, dan dapat didengar sehingga ke barisan belakang.

• Setiap perkataan yang diucapkan perlulah disebut dengan


jelas, tepat dan betul

• Bahasa dan pemilihan kata juga perlu sesuai dengan tahap


hadirin dan juga pembaca
b. Elakkan klise
• Pernyataan yang stereotaip, terlalu kerap diulang sehingga hilang
kekuatan dan kesegaran

• Menimbulkan kebosanan kepada khalayak pendengar dan penutur

• Komunikasi akan jadi lebih indah dan menarik apabila berjaya


menimbulkan ekspresi-ekspresi kata dan ungkapan yang baru dan
merangsang minat menggantikan ekspresi kata dan ungkapan yang
sudah lapuk.
c. Penggunaan kiasan
• Antara bahasa kiasan yang paling kerap digunakan adalah
seperti peribahasa, bidalan, metafora, simpulan bahasa,
perbilangan, perumpaan, personafikasi
• Penggunaan bahasa kiasan yang indah juga akan
mengundang perubahan sikap dan dapat memberi
pengajaran kepada pembaca dan pendengar
• Gunakan perkataan-perkataan seperti, bagai, macam, bak,
laksana, umpama
d. Elakkan pengulangan
• sesuatu komunikasi atau tulisan akan membosankan jika penulis atau
penutur mengulangi perkataan atau bunyi yang sama berkali-kali
seperti ermmm, ehhh, okey, so, jadi, maka dan sebagainya.

• Bunyi-bunyi ini bukan sahaja jelek dan membosankan malahan jika


selalu digunakan akan menjadikan pengaliran idea dan proses
pembentukan ayat tidak lancar.
e. Mudah
• Penggunaan kata yang ringkas tetapi padat adalah perlu dan
digalakkan bagi memudahkan maklumat yang hendak
disampaikan dapat diterima dan difahami oleh pendengar
dan pembaca.

• Penggunaan ayat yang ringkas, padat dan mudah digalakkan


dalam bentuk penulisan ilmiah.
II. Laras Bahasa
• Asmah Haji Omar (1987:2), menjelaskan laras bahasa sebagai
ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang
digunakan mengikut disiplin ilmu yang berbeza-beza.

• Laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi dan konteks.

• Secara umum, laras merupakan gaya atau cara penyampaian


sesuatu bahasa
Jenis-jenis laras bahasa
Laras Bahasa Berformat

• Laras undang-undang (akta)


• Laras ucapan (sapaan)
• Laras iklan (tender)
• Laras laporan berita dan akhbar
Laras Undang-undang (Akta)
• Laras bahasa undang-undang
yang berbentuk akta terbahagi
kepada bahagian dan seksyen.

• Terdapat juga judul ringkas bagi


setiap akta.
Laras ucapan (Sapaan)
Saudara Pengerusi Majlis
Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,

• Sesuatu ucapan Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan,
dimulakan dengan Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

bentuk sapaan. Tuan-Tuan, Puan-Puan,


Seterusnya Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera


dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama

• Salutasi dan protokol memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis

perlu dipatuhi dalam bersejarah yang menandakan permulaan transformasi kemahiran


selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan

laras bahasa ucapan. Malaysia Ke-10 (RMKe-10), iaitu Mengarusperdana Pendidikan


Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT).
Laras iklan (tender)
• Muncul dalam pelbagai bentuk.

• Ada iklan yang hanya mengguna


perkataan sahaja, tetapi ada
yang turut dimuatkan dengan
format-format tertentu
bergantung kepada syarikat.
Laras laporan berita dan akhbar
• Terdapat maklumat khusus yang Taiping – Kementerian Pertanian
digunakan seperti tempat, masa dan Industri Asas Tani
dan tarikh berita tersebut mengisytiharkan penularan
dilaporkan. wabak anjing gila di tiga negeri,
iaitu di Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang (Sinar Harian, Jumaat 18
• Sumber berita juga akan September 2015)
dicatatkan jika sesuatu berita itu
memetik sumber-sumber
daripada agensi luar.
Jenis-jenis Laras Bahasa
● Laras bahasa sains
● Laras bahasa undang-undang
● Laras bahasa agama
● Laras bahasa himbauan (doa)
● Laras bahasa klasik
● Laras bahasa kreatif
● Laras bahasa iklan
● Larasa bahasa ekonomi
Laras Bahasa Sains
• Merupakan laras bahasa ilmiah
dan bersifat formal. (Einstein membuat kesimpulan
• Tidak menggunakan bahasa bahawa kuantum tenaga yang
kiasan. terkandung dalam gelombang
• Bersifat intelektual dan spesifik. cahaya dipindahkan seolah-olah
seperti zarah dan kuantum tenaga
• Maklumat berdasarkan kajian
itu akan dipindahkan kepada
dan fakta. elektron…)
• Banyak menggunakan istilah
yang bersesuaian dengan
bidang.
Laras bahasa undang-undang
• Tidak mengandungi gambar,
gambar rajah, graf, jadual dan
(Dasar umum hak cipta yang
sebagainya.
berkaitan dengan Pusat
• Struktur ayat terdiri daripada Penerbitan UniMAP adalah
prinsip undang-undang, diikuti termaktub dalam Akta Hak Cipta
dengan syarat, dan diakhiri 1987 dan sebarang pindaan-
dengan keputusan undang- pindaan yang dibuat selepas itu.
undang. Walau bagaimanapun, dasar ini
• Terdapat bentuk frasa sendir memperakui dasar khas yang
nama yang tidak digunakan termaktub…)
dalam teks teknikal yang lain.
Laras bahasa ekonomi
• Berbentuk ilmiah berkaitan isu
ekonomi. (Nilai inventori atau stok barang
• Menggunakan istilah teknikal niaga yang dikeluarkan pada
ekonomi. jangka masa sebelumnya mungkin
• Tidak mengutamakan struktur tidak menggambarkan nilai
ayat. sebenarnya apabila dihitung
berdasarkan harga semasa.)
• Fakta berdasarkan bukti dan
statistik.
• (Daripada Abu Hurairah Abdul
Laras bahasa agama Rahman ibn Sokhirin r.a berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah
• Terdapat unsur bahasa klasik. SWA bersabda: Apa-apa yang aku
larang kamu melakukannya, maka
hendaklah kamu menjauhinya, dan
• Terdapat istilah agama khusus apa-apa yang aku perintahkan
mengikut agama yang kamu melakukannya, maka
dibicarakan. lakukanlah seberapa daya kamu.
Sesungguhnya umat yang terdahulu
daripada kamu telah binasa
• Banyak mengandungi cerita, kias lantaran banyak persoalan dan
dan ibarat. banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka: Hadis
Riwayat Iman Al-Bukhari dan
Muslim)
Laras bahasa klasik
• Teks asal ditulis dalam tulisan
Jawi.
(Hatta berapa antaranya maka
• Tiada penggunaan tanda baca rangga dan Raden Aria pun
dan sistem perenggan. datanglah dari benua Keling itu.
• Banyak menggunakan ayat pasif. Maka dipersembahkan oranglah
• Penggunaan kata praklausa atau kepada Seri Betara mengatakan
pembuka kata. Raden Aria dan Rangga sudah
datang (Hikayat Hang)
• Menggunakan bahasa istana.
• Tidak terdapat imbuhan asing dan
istilah teknikal.
Laras bahasa himbauan (Doa)
Ya Allah! Jauhilah kami daripada
• Banyak menggunakan perkataan bala’ bencana, wabak penyakit,
yang membawa maksud ajak taun, pelbagai perlakuan keji dan
atau larangan. mungkar, segala kepayahan dan
dugaan yang zahir dan yang
• Menggunakan contoh, kes, cerita tersembunyi. Ya Allah!
yang selaras dengan tajuk. Selamatkanlah negeri kami ini
khususnya, dan negara umat
• Mengemukakan faedahatau Islam amnya daripada segala
akibat daripada perbuatan bencana tersebut. Sesungguhnya
tersebut. Engkau Maha Berkuasa ke atas
segala-galanya dan Engkaulah
yang selayaknya memberi
perkenan.
Laras bahasa kreatif
• Menggunakan struktur ayat aktif dan
pasif.
• Menggunakan bentuk dialog atau kata
bual.
• Menggunakan Bahasa perlambangan
dan kiasan.
• Bersifat kreatif, imaginatif.
• Terdapat unsur ketaksaan.
• Terdapat penyimpangan (deviasi)
• Menggunakan alat stailistik untuk
tujuan menimbulkan kesan.
Laras bahasa iklan
• Terdapat penggunaan unsur grafik, ilustrasi yang sangat ketara pada
iklan bercetak.
• Penggunaan video dan audio dalam iklan audiovisual.
• Penggunaan warna dan teknik kesan khususnya pada iklan bercetak
dan audiovisual.
• Struktur ayat pendek dan menggunakan ayat tunggal.
• Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa.
• Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’.
• Menggunakan pelbagai kaedah pemujukan.
Kaedah laras iklan
● Umpan (Beli 1 Percuma 1 , Diskaun…)
● Pengisytiharan (Kini…)
● Perincian ciri (Baju sarat dengan sulaman manik..)
● Perintisan (….ternyata no. 1 di Jepun.)
● Suruhan (Datanglah…Kunjungilah…)
● Perbandingan (Bandingkan produk kami dengan…)
● Doa (agar, supaya)
Dalam sistem computer peribadi ,
Laras bahasa komputer bahagian CPUnya disebut
sebagai pemproses mikro. Ini
kerana pemproses mikro
• Penggunaan bahasanya lebih
dibentuk daripada litar-litar
berbentuk bahasa mesin digital yang amat halus
(komputer) yang berkaitan
dengan perisian.
• Antara istilah atau kosa kata <!DOCTYPE HTMLPUBLIC
yang digunakan dalam laras “-//W3C//DTD HTML 3.2 Final/
bahasa komputer ialah seperti, /EN”/
cakera liut, aksara, tetikus, skrin, <html>
monitor, CPU, penggodam, dan
lain-lain lagi

Anda mungkin juga menyukai