Anda di halaman 1dari 25

KESANTUNAN DALAM KOMUNIKASI

MINGGU 9 & 10
Disediakan oleh: Connie C. Ah gang
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Gaya
Konsep kesantunan
• adab /tertib/kebiasaan yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat dalam memelihara hubungan sesama
manusia dan menjaga tatasusila dalam
berkomunikasi/berinteraksi.
• Asmah Hj Omar(2002): santun bahasa ialah bahasa
berpandukan peraturan-peraturan tertentu yang secara
amnya ada 3 jenis peraturan bahasa iaitu:
• i. peraturan linguistik
• ii. peraturan sosiolinguistik
• iii. peraturan pragmatik.
Konsep Kesantunan
• ...cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh
seseorang dengan penuh sopan, tidak biadap. (Abdull
Sukor Shaari et.al, 2003)
• perihal santun, kesopanan kehalusan (budi bahasa dan
budi pekerti. (Noresah Baharom et.al,2000)
• penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada lawan berbicara.(Awang
Sariyan,2007)
Bentuk
Terdapat 3 bentuk kesantunan:
• Kesantunan verbal
• kesantunan nonverbal
• kesantunan tulisan
Kesantunan Verbal
• sesuatu yang diucapkan dan tidak bertulis.
• kesopanan dan kehalusan berbahasa berbahasa semasa
melaksanakan komunikasi lisan.
• Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan
dan protokol.
Jenis komunikasi verbal (lisan)
(a) Perbincangan dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian
masalah sama ada secara formal atau tidak formal
(b) Pembentangan untuk menerangkan laporan atau hasil kajian
sesuatu aktiviti.
(c) Ucapan satu cara penyampaian maklumat secara lisan yang
berkesan
(d) Mesyuarat sesi pertemuan dua atau lebih orang untuk
membuat perancangan atau berkongsi idea dalam
membuat keputusan sesuatu perkara/aktiviti
(e) perbualan komunikasi lisan yang popular dan sering digunakan
seperti perbualan telefon,kaunter,pintu masuk dll.
Ciri-ciri kesantunan verbal
• Terdapat 2 ciri utama :
1. Penggunaan bahasa halus dan kata ganti nama
2. bentuk sapaan dan gelaran
Penggunaan bahasa halus
• meliputi bahasa Diraja(bahasa istana), ungkapan yang
menerima kata daripada bahasa Arab dan ungkapan
bertatasusila.
• Bahasa Diraja; untuk kerabat diraja
• Contoh: “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik
harap diampun”
Penggunaan Kata Ganti nama
• i. Kata ganti nama diri pertama;
- saya, kita, hamba, patik, dan beta
• ii. Kata ganti nama diri kedua;
- awak, kamu, anda, tuan hamba,
iii. Kata ganti nama diri ketiga
- dia, mereka , beliau, baginda
Kata Ganti Nama Bahasa Diraja
• i. Kata Kekeluargaan: ayahanda, bonda, anakanda,
kakanda, adinda
• ii.Kata ganti nama diri : beta, patik, tuanku,patik, baginda,
Duli tuanku, Duli Yang Maha Mulia.
Peraturan berbahasa
• Jarak sosial
• Konteks percakapan
• Tujuan/matlamat
• Giliran bercakap
• Kemahiran mendengar dengan berkesan
• Adab memulakan dan mengakhiri percakapan
• Pemilihan kata
Kesantunan Bukan Verbal
• Istilah bukan verbal ialah istilah popular untuk beberapa
istilah lain seperti nonverbal, body language, bahasa
badan dan bahasa tubuh.
• Komunikasi tanpa berkata-kata, bercakap, bercakap dan
bertutur.
• melibatkan pergerakan anggota badan, ekspresi wajah
dan postur badan dengan tujuan untuk menerangkan
secara lebih mendalam tentang sesuatu konsep yang
hendak disampaikan.
Fungsi Komunikasi Bukan Verbal
• mengulangi mesej verbal
• sebagai pengganti komunikasi verbal
• menegaskan komunikasi verbal
• menunjukkan maksud atau keadaan sebenar
• sebagai pelengkap komunikasi verbal
• kawal interaksi
Jenis Kesantunan Bukan Verbal
• pergerakan anggota badan (kepala, gerakan tangan,
gerakan kaki)
• Ekspresi wajah (air muka,pergerakan mata,senyuman)
• Postur badan (menundukkan badan,cara berjalan, berdiri
dengan tangan di poket seluar, duduk dengan
menyilangkan kaki
Kesantunan Tulisan
• Merujuk kepada kehalusan ketika menggunakan bahasa
yang melibatkan penggunaan dan pemilihan kata, frasa,
ayat dan ungkapan dalam penulisan.
• Ciri-ciri kesantunan Tulisan:
- pemilihan kata
- Nada
- Gaya dan ragam
- Format yang betul
Kebiadapan Bahasa
1. Terlalu ringkas:masuk, makan, sudah
2. Sindiran: “rajin nampak”
3. Ungkapan berbentuk pura-pura: Seperti yang anda
ketahui...
4. Nada kemarahan: Sepatutnya bersikap sabar
5. Nada kecurigaan: Sepatutnya bersikap ikhlas
6. Penghinaan - ‘Di larang masuk tanpa urusan’ (x)
‘Sila masuk jika ada urusan’ (√)
samb...
7. Kesilapan panggilan nama/kata ganti nama
8. Terlalu merendah diri - “Ilmu saya yang cetek..”
9. Kata-kata pujian yang melampau - “Tanpa tuan siapalah
kami”
Strategi kesantunan
• Strategi kesantunan verbal
• Strategi kesantunan nonverbal
• Strategi kesantunan tulisan
Strategi kesantunan Verbal
• Kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan
bertulis.
• bahasa halus digunakan secara meluas dalam ungkapan
bertatasusila
• dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau
rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
Strategi Kesantunan Verbal dalam
kehidupan masyarakat Malaysia
• Strategi toleransi
• Strategi bertimbang rasa
• strategi memberi salam
• strategi ramah mesra
• strategi berterima kasih.
Strategi kesantunan Bukan Verbal
• melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
• mampu menggambarkan personaliti, tujuan dan status
sosial seseorang individu.
Contoh strategi kesantunan bukan verbal
• Strategi toleransi
• strategi bertimbang rasa
• strategi memberi salam
• strategi bersopan santun
• strategi merendah diri
• strategi berterima kasih
PENUTUP
• Pengetahuan tentang kesantunan berbahasa amat
penting diketahui.
• dapat meningkatkan keyakinan diri dalam komunikasi.
• pengetahuan ini bukan kemahiran yang diwarisi tetapi
boleh dipelajari.
• kesantunan boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti
sekolah/ tempat pengajian atau dalam masyarakat.
Tutorial 1
1. Kesalahan penggunaan kata sapaan boleh menimbulkan
hubungan yang tidak harmoni antara penutur dan
pendengar. Hal ini disebabkan kata-kata ini membawa
implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi
yang berlainan. Sebagai guru, bincangkan bagaimana anda
boleh mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku di
tempat anda bertugas?
Tutorial 2
2. Berikan satu contoh panggilan hormat dan susunan
gelaran untuk seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
(a) Dua gelaran kurniaan kerajaan : Tan Sri dan Datuk Seri
(b) Gelaran akademik - Doktor Falsafah
(c) Gelaran profesor Madya
(d) Gelaran Haji

Anda mungkin juga menyukai