Anda di halaman 1dari 7

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 3

KESANTUNAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS
Tajuk 3 menjelaskan kesantunan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu konsep
kesantunan, kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa tubuh).

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

menjelaskan konsep kesantunan;

2.

menyatakan takrif kesantunan verbal dan bukan verbal.

3.

memberi contoh kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa


tubuh).

KERANGKA TAJUK-TAJUK
KK
EOS
SNN
ASU
NEA
TPB
UKK
NEN
ASV
NAR
VNBA
ETA
RUH
BNA
AS
LNA

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

E
A

T
N
N
U
A
B

E
L

Kesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis
dalam bahasa Melayu. Cara sapaan tersebut diucap atau ditulis dengan sopan santun
supaya pengucap atau penulis berkenaan tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa. Dalam erti kata lain kesantunan bermaksud kehalusan budi bahasa
dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan
bahasa.

15

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,
rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa juga mempunyai ciri-ciri yang
tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam
kesantunan agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di
dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, mencemar duli dan sebagainya. Kata
dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban
hubungan.

Konsep Kesantunan
Kesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan
sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa berkomunikasi. Tatabahasa
atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat yang
menggunakan bahasa tersebut. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali
dipenuhi oleh norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja
mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang
akan diguna pakai.
Selain itu, terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan konsep dan takrif
kesantunan;
(a)

Abdull Sukor Shaari et al. (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan
bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak
biadap atau kurang ajar. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata
yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan
gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

(b)

Noresah Baharom et al. (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai perihal


santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti).

(c)

Amat Juhari Moain (1992), pula berpendapat kesantunan berbahasa adalah


kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan
adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

(d)

Menurut Asmah Hj. Omar (2000) pula, kesantunan melibatkan kesedaran


peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan

16

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah dan martabat itu berbeza
dengan bahasa tubuh berasaskan keinginan mencapai sesuatu.
(e)

Noriati A. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan katakata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, dan sentiasa menjaga air muka
pendengar.

Oleh itu, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa ketika
berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Kesantunan juga merujuk kepada
maksud timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar perkara yang
diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis. Sehubungan dengan kesantunan orang
Melayu, mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa,
berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang
tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan tidak sopan dianggap berperangai rendah.

Layari laman web berkaitan. Dengan sokongan bahan


grafik, senaraikan ciri-ciri kesantunan bahasa.

Kesantunan Verbal
Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Berkomunikasi jenis ini banyak
digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa
berhubung dengan orang lain samada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau
perasaan kita. Perhubungan antara kita dengan orang lain itu melalui proses komunikasi
secara verbal. Dengan ini dapatlah kita berkongsi atau bertukar-tukar fikiran, idea,
maklumat dan perasaan dengan orang lain.
Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan penyampaian dan
penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila
kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan
berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan,
dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Kesantunan verbal berkait
rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Kedua-dua tajuk ini akan dihuraikan dalam
tajuk empat nanti.

Kesantunan Verbal dan Persekitaran Guru


o

Kesantunan Menggunakan Telefon

Semasa menjawab telefon

17

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi,
nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja
anda mengangkat gagang telefon. Contohnya:
(a)

Hello ... Selamat pagi, Unit Stor IPG Kampus Raja Melewar. Puan Nadia bercakap. Boleh
saya bantu?

(b)

Hello ... Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar. Puan Masitah
bercakap. Boleh saya bantu?

(c)

Hello ... Selamat Petang, Unit LDP JPNS. Puan Normala pegawai bertugas sedia
membantu.

Semasa membuat penggilan


Selepas ungkapan hello, mulakan dengan buat semakan untuk mempastikan
tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul. Kemudian perkenalkan diri
dan organisasi yang diwakili. Contoh:
(a) Hello Unit Stor, Puan Masita dari Pusat Sumber. Boleh saya bercakap
dengan Puan Nadia? . Terima kasih.
(b) Hello Unit Pentadbiran. Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa Inggeris.
Izinkan saya bercakap dengan Puan Faezah ? . Terima kasih.

Kesantunan bahasa di kaunter


Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk
mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan
bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Contoh:

Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu?

Terima kasih, jumpa lagi.

Kesantunan bahasa di pintu masuk


Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok
pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah mereka untuk bertutur dengan
penuh kesantunan. Contoh:

(a)

Selamat pagi encik, boleh saya bantu?

(b)

Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.

(c)

Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk.

(d)

Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan. Selamat jalan..
o

Kesantunan bahasa di tempat letak kereta


Contoh:

18

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


(a)

Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

(b)

Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.

(c)

Maaf

Encik/Puan,

hanya

kereta

berpelekat

sahaja

dibenarkan

masuk.

Buat rujukan di perpustakaan. Dapatkan seberapa banyak maklumat


tentang kesantunan verbal. Kemudian buat peta minda untuk
memudahkan pemahaman.

Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)


Istilah bukan verbal ialah istilah popular untuk beberapa istilah lain seperti nonverbal,
BL (body language), bahasa badan dan bahasa tubuh. Bahasa tubuh ialah bahasa
komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.
Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan
melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu
menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain
itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan
kerana dapat menterjemah maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. Menurut
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa
tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman
(rupa) muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.
Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada mesej yang
diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. Ada empat jenis
pergerakan anggota badan manusia yang menyumbang kepada pelaksanaan bahasa
tubuh, iaitu:
o

Gerak Anggota Badan


Peranan gerak anggota badan penting dalam komunikasi tanpa lisan. Oleh itu,
pergerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej secara lebih berkesan
semasa proses berkomunikasi berlaku. Biasanya pergerakan anggota badan
perlulah sejagat dan boleh difahami oleh semua orang sebelum berkomunikasi.
Contohnya:

Menggelengkan kepala bermaksud tidak setuju atau berminat.

Membesarkan kelopak mata bermaksud geram atau marah.

Hentak kaki untuk maksud penegasan, larangan dan lain-lain.

19

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya:

Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat

Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya

Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta

Tidak memandang mata semasa bercakap, menunjukkan berminat tetapi malu


atau tidak tenteram perasaannya.

Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang
tanpa mengira latar belakang budaya. Gerak tangan yang digunakan bersama-sama
bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Contohnya:

Isyarat gerakan tangan yang digunakan menggunakan gaya tersendiri semasa


berpidato untuk menyampaikan maksud tertentu.

Meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermaksud diam.

Menggenggam tangan menunjukkan maksud geram atau amaran.

Semasa

bercakap,

seseorang

gemar

menggunakan

tangan

untuk

menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan.


o

Memek Muka
Memek muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemah maknanya
dalam komunikasi tanpa lisan. Memek muka dapat menyatakan emosi, kehendak
dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk
bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:

Berdasarkan memek muka orang yang sedang berinteraksi dengan kita,


lazimnya kita akan mengetahui maklumat tersurat dan tersirat.

Memek muka juga menggambarkan keperibadian seseorang seperti lemahlembut, bengis atau penyayang.

Memek muka juga menggambarkan perasaan sebenar penutur semasa


berinteraksi seperti sedih atau gembira.

20

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana


kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat
memberikan pemahaman yang
lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan


seterusnya.

Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan pelbagai


jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan
verbal.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan:
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Bentong: PTS Publications.
Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan
Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam masyarakat
Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

21

Anda mungkin juga menyukai