Anda di halaman 1dari 1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT KOKURIKULUM

1. Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui isi
kandungannya.
2. Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan
dijalankan.
3. Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
4. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai.
5. Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini.
6. Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan, yang perlu
dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan. Walaubagaimanapun pelajar berkenaan adalah
digalak melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
7. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui pelajar.
8. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dilengkapkan dan dikumpulkan
semula sebelum aktiviti dijalankan.
9. Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan
mengawasi pelajar sepanjang masa.
10. Memastikan kehadiran pelajar dicatat, direkod dan didokumenkan.
11. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar khususnya
pelajar berkeperluan khas.
12. Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan maklum
balas.
13. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai ( mengikut peraturan ) semasa aktiviti sukan dijalankan.

Senarai Tugas Guru Bertugas Pertandingan Luar Sekolah


1. Memilih, membentuk dan melatih ahli pasukan.( Jika ada jurulatih luar , sila rujuk
kepada jurulatih ).
2. Menetapkan masa latihan .
3. Merancang aktiviti latihan tahunan dan strategi pertandingan.
4. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk mengambil bahagian.
5. Menguruskan pengangkutan murid.
6. Mengisi borang penyertaan serta merekodkan keputusan pertandingan.
7. Menghadiri mesyuarat pertandingan.
8. Memastikan bahan-bahan disimpan dengan baik.
9. Memastikan keselamatan murid sentiasa dijaga.
10.Menyimpan sekeping salinan sijil peserta. ( untuk bukti pencapaian murid ).

KK 14

Anda mungkin juga menyukai