Anda di halaman 1dari 2

Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan

1. Menentukan objektif sukan tercapai


2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang
3. Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan.
4. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin
8. keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Guru Permainan Sekolah

1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara


melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa lain
dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak
permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-
sekolah berdekatan.
2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui
Setiausaha Sukan.
i Peraturan/Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan
3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan
MSSD dan MSSK.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam
permainan.
5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.
6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.
7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.
8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran
selepas tamat perjumpaan.
9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan
memungut balik disimpan tempat yang selamat.
10.Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan
mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.
11.Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan
dan sebagainya.
12.Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi
disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.
13.Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan
sempurna dan selamat digunakan.
14.Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.
15.Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai