Anda di halaman 1dari 3

Tanggungjawab sebagai Setiausaha Sukan

1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-


pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
2. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
3. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSK/MSSN/MSSM.
4. Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum  dalam pengagihan tugas kepada guru-
guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam sukan dan permainan.
5. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan.
6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan
sukan dan permainan.
7. Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
sukan di luar sekolah.
8. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan permainan
dipatuhi.
9. Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.
10. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
11. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
12. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
13. Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
14. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.
15. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan  GPK Kokurikulum untuk kepentingan
sukan sekolah.
16. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.
17. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan
mengadakan latihan dengan mereka.
18. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.
Tanggung jawab sebagai Penyelaras 1M1S

1. Membantu GPK Kokurikulum :


2. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling
yang berkaitan dengan kokurikulum.
3. Mengatur dan menyelia perjalanan badan beruniform / Persatuan serta sukan dan
permainan.
4. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
5. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
6. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai badan
beruniform / Persatuan serta sukan dan permainan.
7. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
8. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.
9. Menguruskan dan mengagihkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru penasihat.
10. Menguruskan dan mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum daripada guru
penasihat untuk tujuan semakan oleh Guru Besar.
11. Mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum pada akhir tahun untuk simpanan
dan rekod bilik kokurikulum.
12. Menguruskan dan menyediakan borang-borang  yang berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum dan sukan.
13. Mengumpulkan rancangan tahunan daripada guru penasihat  untuk edaran, rujukan
dan rekod.
14. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum
sekolah.
15. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab sebagai Guru Penasihat Kelab/Persatuan/Unit Beruniform

1.    Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2.    Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

3.    Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4.    Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

5.    Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6.    Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7.    Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab


Persatuan dan Sukan/Permainan.

8.    Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9.    Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

10.  Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.

11.  Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12.  Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/ daerah dalam
lawatan atau projek yang dijalankan.

13.  Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

14.  Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

15.  Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

16.  Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

17.  Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

18.  Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.

19.  Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

20.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai