Anda di halaman 1dari 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan MSSD, MSS(P) dan MSSM
sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut rumah sukan.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru rumah sukan serta
membahagikan tugas sukan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah supaya sesuai
dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan
oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki
oleh sekolah mengikut keutamaan.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB
dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan
antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah
,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti oleh unit
masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang
baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan
beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran
sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki
oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai