Anda di halaman 1dari 41

KESANTUNAN

DALAM
C

KOMUNIKASI
PERATURAN
BERBAHASA
TN. HJ. HAMDAN BIN YAAKUB
Asmah Haji Omar (2007) berpendapat bahawa santun bahasa
ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan
yang tertentu.

Asas kepada kesantunan bahasa adalah bertitik tolak daripada


kepatuhan anggota masyarakat penggunaan bahasa itu dalam
mematuhi peraturan berbahasa.
TERDIRI DARIPADA TIGA ASPEK

PERATUR PERATUR PERATUR


AN AN AN
LINGUISTI SOSIOLIN PRAGMAT
K GUISTIK IK
PERATURAN
LINGUISTIK
Menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa
seperti sebutan, intonasi dan tatabahasa

Peraturan ini sangat ditekankan khususnya dalam urusan


dan majlis rasmi
PERATURAN
SOSIOLINGUISTIK
 Penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan
atau interaksi sosial antara pembicara dengan
pendengar, iaitu dalam konteks komunikasi lisan; dan
antara penulis dengan pembaca dalam konteks
komunikasi tulisan
PERATURAN
 Mencapai matlamatPRAGMATIK
dan tujuan interaksi secara sopan dan berkesan

 Aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata sesuatu ungkapan


atau wacana yang selari dengan tujuan pembicara

 Beberapa perkara yang perlu diambil kira :

 Bercakap perkara penting dahulu


 Menilai perkara yang hendak disampaikan
 Tidak mencelah percakapan orang lain
 Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali
 Tidak memuji secara berlebihan
JARAK
Jarak sosial merupakan satu pemisahan sosial yang benar-benar
wujud antara individu-individu, individu dengan kelompak atau
kelompak dengan kelompak

Cara berbual berdasarkan jarak sosial bergantung kepada status


seseorang individu
JENIS JARAK SOSIAL DAN
SITUASI
JARAK NAMA JARAK SITUASI
0-6 inci Jarak Intim (Fasa Dekat) Bisikan halus dan sangat rahsia

6-18 inci Jarak Intim (Fasa Jauh) Bisikan yang dapat didengar dengan sangat rahsia

1.5-2.5 kaki Jarak Peribadi (Fasa Dekat) Suara halus. Perbincangan masalah peribadi

2.5-4 kaki Jarak Peribadi (Fasa Jauh) Suara perlahan. Perbincangan masalah peribadi

4-7 kaki Jarak Sosial (Fasa Dekat) Suara penuh. Informasi tidak bersifat peribadi

7-12 kaki Jarak Sosial (Fasa Jauh) Suara penuh tetapi agak nyaring. Informasi boleh
didengar oleh orang lain
12-25 kaki Jarak Awam (Fasa Dekat) Suara kuat yang boleh didengar audien. Informasi
bersifat umum
>25 kaki Jarak Awam (Fasa Jauh) Suara paling nyaring dengan tujuan memanggil
PERBEZAAN STATUS
USIA

FAKTOR-
DARJAH KEAKRABAN FAKTOR
YANG JANTINA
MENENTUK
AN JARAK
SOSIAL

TAHAP PENDIDIKAN
ETNIK
KELAS PEKERJAAN
KONTEKS
PERCAKAPA
Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan
berbahasa

Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka


penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”

Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan


bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara

Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa
berkomunikasi

Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat
dipatuhi
PEMILIHAN KATA, PERBUATAN
DAN TINGKAH LAKU

Berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan,


tetapi juga berkaitan dengan perbuatan.

Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan


perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka
perkataan itu dikatakan tidak santun. 
SITUASI

o Perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada


keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu
mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan
yang lain mungkin dianggap tidak santun. 
TUJUAN PERCAKAPAN

 Aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan
percakapan
 Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan
isteri dengan mengatakan ‘Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun
oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam
konteks suami menyindir isterinya yang tidak pandai memasak.  
Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian :

i.Menghargai pembicara dengan tidak mengambil kira status sosial


mereka
ii.Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada keraguan
iii.Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang dengan tujuan
mengejek
iv.Tidak bercakap mengenai orang lain dengan tujuan memburuk-
burukkan imej seseorang
v.Tidak memanggil orang lain yang lebih tua daripada kita dengan
panggilan nama
TUJUAN/
MATLAMAT
◦ Tujuannya bukan semata-mata untuk memancarkan peribadi mulia dan mempamerkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.

◦ Amalan ini juga merupakan penanda keimanan seseorang. Tanda aras bagi orang-orang yang beriman
ialah mereka menggunakan kesantunan bahasa yang baik untuk tujuan dan matlamat yang baik.

SANGAT PENTING • Perkhabaran buruk dan kecemasan


• Perkara yang perlu diambil tindakan
segera
PENTING TETAPI TIDAK SEGERA • Mesti disampaikan dalam waktu yang
sesuai

TIDAK PENTING • Pada bila-bila masa yang sesuai


SANGAT PENTING
◦ Peraturan berbahasa mesti mengambil pendekatan untuk
menitikberatkan hal-hal yang penting terlebih dahulu. Tujuan
mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain.
Contohnya, kita mahu memberitahu seseorang bahawa ada
sesuatu yang buruk telah berlaku. (Kecemasan)
PENTING TETAPI TIDAK SEGERA

◦ Kita perlu mencari waktu yang sesuai untuk


memaklumkannya,walaupun bukan segera tetapi kita mesti
menyampaikan hal tersebut kepada orang yang berkenaan sebab hal
itu turut melibatkan dirinya. Contohnya, kita hendak memberitahu
kepada seseorang bahawa video aktiviti Hari Keluarga yang
dilakukan bersama-sama telah siap disunting
TIDAK PENTING

◦ Jika hal itu tidak penting, kita boleh memberitahu pada bila-bila
masa disebabkan tujuan kita hanyalah untuk berkongsi cerita
dengannya. Kita perlu memilih waktu dalam keadaan kedua-dua
penutur dan pendengar berada dalam keadaan santai dan tidak
melakukan perkara-perkara lain yang lebih penting.
GILIRAN BERCAKAP
◦ Masyarakat Malaysia kebiasaannya akan mendahulukan golongan tua semasa dalam perbualan. Orang-
orang muda hendaklah berbicara selepas selesai orang-orang tua bercakap.

◦ Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang yang lebih tua, golongan yang lebih muda
mestilah memastikan orang tua telah selesai bercakap. Orang yang lebih muda mestilah memulakan
bicara dengan mengucap kata-kata seperti “maafkan saya, bolehkah saya membeeikan pendapat?”.
Perkataan maaf yang digunakan bukan menunjukkan perasaan bersalah melakukan sesuatu tetapi sebagai
pernyataan sopan untuk memohon ruang memberikan pandangan peribadi.

◦ Begitu juga seorang anak dianggap biadap sekiranya memintas/menyampuk percakapan ibu baoanya
yang berbual terutama melibatkan hal-hal serius.
Penerapan pola giliran bercakap

SITUASI FORMAL SITUASI FORMAL SITUASI TIDAK FORMAL

- Mungkin ada yang mahu - Bagaimana menurut pendapat - Pandanganmu macam mana?
memberikan pendapat yang tuan?
lain?
◦ Walaubagaimanapun, jika mahu mengalihkan topik, ungkapan yang halus diperlukan

SITUASI FORMAL: Maaf, saya dengar tuan juga suka dengan rancangan pihak syarikat

Situasi formal: Apa pendapat saudara jika kita membuat tujuan dari sisi yang lain?

Situasi tidak formal: Boleh aku tahu apa pandanganmu tentang hal itu
KESIMPULAN
a) Tetapkan pola giliran metika berkomunikasi dengan menggunakan bentuk kata, memilih ayat dan
ungkapan yang sesuai serta tidak sensitif
b) Nyatakan cadangan pendapat dan gagasan idea dengan jelas supaya tidak timbul kekeliruan dan
ketidakselesaan dalam komunikasi
c) Jangan menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain untuk memberikan pendapat. Sikap
mendominasi perbualan menyebabkan wujudnya bentuk komunikasi yang berat sebelah
d) Tunggu sehingga orang yang berbicara menyelesaikan pandangannya sekalipun kita tidak setuju. Jika
mahu menyampuk, pilih ungkapan yang sesuai dan santun agar orang itu tidak berasa dimalukan dan
menganggap pendapatnya tidak dihormati.
MEMULAKAN DAN
MENGAKHIRI
C

PERCAKAPAN
Memulakan percakapan

• Cara paling efektif untuk memulakan percakapan ialah dengan


ucapan salam.
• Selain itu, permulaan percakapan juga boleh dimulakan dengan
pertanyaan soalan.
• Apabila kita memberi ucapan selamat, kita sebenarnya telah
membuka seluas-luasnya ruang untuk kelancaran komunikasi.
Contoh ucapan salam

Assalamualaikum Salam sejahtera

Selamat pagi Selamat petang


Contoh pertanyaan soalan

Eh, awak nak ke mana? Hai, apa awak buat di


sini?
Mengakhiri percakapan
• Sebarang percakapan biasanya diakhiri dengan ucapan penghargaan seperti ucapan
“terima kasih” dan diikuti dengan ucapan salam.
• Jika percakapan berlaku antara individu dengan individu biasanya diakhiri dengan
bersalaman tangan. Walau bagaimanapun, dalam konteks yang berlainan jantina
perbuatan bersalaman tangan tidak semestinya dilakukan.
• Di samping itu, permohonan maaf juga biasa dilakukan di akhir percakapan.
• Terdapat juga percakapan yang diakhiri dengan penyataan harapan.
Ungkapan lain yang digunakan untuk mengakhiri
percakapan

Sekian sahaja pertemuan kita


FORMAL
SITUASI

Sebagai rumusan, kita


pada hari ini… simpulkan bahawa…
SITUASI TIDAK
FORMAL

Sudah dulu ya hari ini, esok Jadinya, esok kita ingin


kita bincang lain… berkumpul di mana
PEMILIHAN KATA
C
Pemilihan Kata
• Pemilihan kata amat penting supaya dapat menyesuaikannya
dengan keadaan situasi.

• Terdapat beberapa jenis gelaran yang sering digunakan. Contohnya,


gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan, gelaran warisan dan
gelaran gabungan.
Contoh Gelaran Kekeluargaan
• Terdapat dua jenis gelaran kekeluargaan iaitu, kekeluargaan pertalian darah dan kekeluargaan ikatan
perkahwinan

• Kekeluargaan pertalian darah:


- Pak/Mak
- Abang/Kakak
- Tok/Atok

• Kekeluargaan ikatan perkahwinan:


- Pak/Mak mentua
- Ipar (selain daripada mentua), contoh: abang ipar, kakak ipar.
Contoh Gelaran Pergaulan
• Cik - Biasanya digunakan untuk perempuan yag belum berkahwin.

• Tuan/Puan
Haji/Hajah Digunakan untuk orang yang berkelayakan.
Doktor
Profesor

• Saudara Digunakan untuk lelaki atau perempuan yang sebaya atau lebih muda.
Saudari
Contoh Gelaran Warisan
• Gelaran Nik (Kelantan), gelaran Wan (Terengganu, Kelantan)

• Gelaran kurniaan kerajaan negeri, contohnya:


- Datuk
- Dato’ Seri
- Tan Sri
Contoh Gelaran Gabungan
• Kekeluargaan + keagamaan – Pak Haji

• Pergaulan + keagamaan – Tuan Haji

• Kekeluargaan + warisan – Pak Wan


• Dr. Farridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin, Faizah binti Shamsudin (2014).
Kesantunan Masyarakat Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai