Anda di halaman 1dari 11

Amir Aizuddin bin Mahmud Muhammad bin Abas 1 PISMP BI SK 1

Konsep Kesantunan Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik.

Kesantunan berbahasa diertikan sebagai kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. Dalam masyarakat Melayu,kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kahalusan budi, kesopanan,dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.

Kesantunan Verbal VERBAL? Secara lisan (bukan tertulis)

Penggunaan Bahasa Halus Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.

Contoh: Terima kasih, Selamat datang, Sila masuk, Jemput duduk, Tolong hulurkan bantuan, Minta kerjasama. Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan orang lain.

Penggunaan Kata Ganti Nama Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikankepada tiga jenis,iaitu: a) Kata ganti nama diri pertama seperti saya, kita, hamba, patik, dan beta. b) Kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, tuan hamba dan kalian c) Kata ganti nama diri ketiga seperti dia, mereka, beliau, dan sebagainya. Dalam Bahasa Melayu,penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.

Kesantunan Bukan Verbal Bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. Mampu mengambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas.

Gerakan Anggota Badan Mempunyai makna tertentu. Penggerak anggota dapat menyampaikan mesej melalui gerakan yang dihasilkan. Membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang.

Gerakan Mata Contoh: Gerakan mata ke sana ke mari: tidak berminat. Mata dan dahi berkerut: minat tetapi tidak percaya. Mata berkelip lebih laju dari biasa: berdusta. Tidak pandang mata orang dihadapan:

Gerakan Tangan Sesetengah isyarat tangan berbeza dari segi maksud mengikut agama dan budaya. Isyarat tangan bersama ucapan lisan mengukuhkan maksud yang ingin disampaikan. Secara sedar atau tidak, setiap kali kita bercakap, tangan dengan sendirinya bergerak bagi mengambarkan sesebuah situasi.

Mimik Muka Mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka boleh mengambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang. Jalinan komunikatif yang mesra bermula dengan air muka yang jernih.

Anda mungkin juga menyukai