Anda di halaman 1dari 31

GPMK1012

MINGGU 11
TOPIK 5: Kesantunan Dalam Komunikasi
• Strategi kesantunan
- Strategi kesantunan verbal
- Strategi kesantunan nonverbal
- Strategi kesantunan tulisan
STRATEGI KESANTUNAN VERBAL
Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan
bertatasusila
Kesantunan bahasa dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan
kehormat yang betul dan sesuai

Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan
bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan
penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.

Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal dalam kehidupan masyarakat Malaysia :


a.    Strategi toleransi
b.    Strategi bertimbang rasa
c.    Strategi memberi salam
d.    Strategi bersopan santun
e.    Strategi ramah mesra
f.     Strategi berterima kasih
Strategi Toleransi

 Toleransi ialah sikap saling menghargai tanpa wujudnya


diskriminasi dalam sesuatu kelompok atau golongan yang berbeza
 Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk
memulakan sesuatu mesyuarat.
 Contoh:
Kita dah banyak memberikan cadangan, apa kata kalua kita
dengar pula pandangan orang lama dalam kampung ni iaitu Pak
Ali untuk memberikan pendapat
Strategi Bertimbang Rasa
 Bertimbang rasa ialah mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
apabila membuat sesuatu tindakan.

 Contoh:
“Saya rasa lebih baik jika kamu berehat
dahulu memandangkan kesihatan
kamu kurang baik”
Strategi Bertimbang Rasa

 Memberi salam sebenarnya merupakan doa dan harapan bagi


keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain.

 Contoh kata sapaan/salam


- Assalamualaikum
- Selamat Sejahtera
- Selamat Pagi
- Selamat Petang
Strategi Bersopan Santun
 Sopan santun memnberi erti  Dari segi strategi kesantunan
perlakuan – tingkah laku atau verbal, sopan santun ialah
adab yang halus penggunaan system panggilan
yang betul dan sesuai
Strategi Ramah Mesra
o Contoh:
o Ramah mesra merupakan - Mengalu-alukan
seseorang yang suka kedatangan tetamu ke
berkawan atau pandai rumah
bergaul. - “Silalah datang ke rumah
saya apabila ada
kelapangan”
Strategi Berterima Kasih
o Terima kasih menjadi satu o Terima kasih juga
tanda penghargaan bagi melambangkan
sesuatu pemberian penerimaan sesuatu yang
diberikan.

o Contoh: Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah


memberi bantuan
o Contoh : “Terima kasih atas segala-galanya. Jasa tuan tidak
akan saya lupakan”
Strategi Tidak Strategi Merendahkan
Mementingkan Diri Diri Sendiri
Sendiri
Faktor-Faktor Mempengaruhi Kesantunan Verbal

01 Faktor Kualiti Hidup Faktor Pendidikan 02


Ross dan Willigen (1997) berpendapat darjah Orang yg mempunyai ilmu yang banyak
kesejahteraan yang dinikmati atau dirasai mampu menggunakan pembendaharaan kata
oleh individu dikenali sebagai kualiti hidup yang sopan santun dan lemah lembut dan
menguasai hal-hal yang berkaitan dengan
pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan
dalam perbualan harian

03 Faktor Budaya Faktor Gender


Wanita menggunakan kata-kata yang sopan
04
Malaysia adalah negara berbilang kaum. Bagi
dan lemah lembut berbanding lelaki yang rata-
masyarakat Melayu, agama Islam memdominasi
rata bahasa yg jelas dan dilihat kurang sopan.
pembinaan budaya yang bertamadun.
Faktor-Faktor Mempengaruhi Kesantunan Verbal

05 Faktor Personaliti
Orang pemalu biasanya kurang selesa berkomunikasi dengan khalayak.
Biasanya mereka mempunyai personaliti yg baik, sopan, bertolenransi dan
menggunakan bahasa yg enak didengar.

06 Faktor Kerjaya
Seseorang yg berkerjaya biasanya memiliki nilai kesantunan yg lebih
bersistematik dan terancang.
Contoh Kesantunan Verbal
Pengetahuan tentang kesantunan verbal ini dapat memberikan keyakinan yg tinggi terutamanya
jika pihak yg dijadikan teman berbicara atau bertutur ialah ibu bapa dan penjaga murid.

Perbualan Telefon Kaunter Perkhidmatan Pintu Masuk Utama


Kesantunan bahasa semasa Petugas di kaunter perlu memberikan
Pejabat Kerajaan
menggunakan telefon diperlukan layanan yg baik seperti sentiasa Setiap petugas perlu diajar untuk bertutur dengan
semasa menjawab panggilan telefon senyum dan bersopan santun ketika penuh kesantunan supaya mereka mampu
dan semasa membuat panggilan berinteraksi dengan pelanggan menjalankan tugas dengan baik dan menjaga imej
telefon. organisasi.

Tempat Letak Kereta Bilik Pensyarah Kantin dan Kafeteria


Guru selalu menggunakan khidmat ahli Sebelum masuk ke bilik pensyarah utk Semasa berurusan dengan pengusaha
pengakap dsb utk menjaga lalu lintas sebarang urusan, perhatikan dahulu atau pekerja kafeteria, anda juga perlu
dan menyusun kenderaan di tempat papan tanda di pintu bilik tersebut yg mengambil kira kesantunan berbahasa
letak kereta. Guru perlu membimbing memaklumkan bahawa pensyarah
mereka sebelum mereka menjalankan sedang bermesyuarat dan tidak mahu
tugas. diganggu
STRATEGI KESANTUNAN
NONVERBAL
Kesantunan Nonverbal merupakan bahasa
komunikasi bukan lisan yang melibatkan
Kesantunan Nonverbal mampu menggambarkan
personaliti, tujuan dan status sosial seseorang
individu
isyarat tangan, air muka dan gerakan badan
Interaksi ini menggunakan gerak isyarat, bahasa Interaksi non-verbal merupakan proses interaksi di
wajah, ekspresi wajah, kontak mata dan mana maklumat yg disampaikan tidak
penggunaan objek. menggunakan sebarang kata-kata yg bermakna.

• Komunikatif lisan yang disepadukan dengan Contoh-contoh penggunaan strategi


bahasa tubuh akan lebih berkesan dan kesantunan nonverbal dalam kehidupan
maksud yang disampaikan lebih jelas. masyarakat Malaysia :
  Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat a.    Strategi toleransi
Melayu, interaksi tidak selalu bergantung b.    Strategi bertimbang rasa
kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat. c.    Strategi memberi salam
     Ucapan meminta izin boleh digantikan dengan d.    Strategi bersopan santun
perlakuan bukan verbal, antaranya e.    Strategi merendah diri
menundukkan kepala dan membongkokkan f.     Strategi berterima kasih
badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan
tangan kanan ke bawah.
Pergerakan Angota Badan

Kepala Gerakan Tangan Gerakan Kaki


Murid-murid sering Genggaman kedua-dua belah Merendahkan lutut
mengelengkan kepala tangan bermaksud padu, sebanyak sekali
untuk maksud tidak mahu mantap dan utuh. Manakala adalah bertujuan
atau tidak berminat. mengangkat tangan sambil menzahirkan rasa
Perbuatan mengangguk menunjukkan jari telunjuk ke hormat kepada
kepala bermaksud setuju. arah khalayak bermaksud tetamu.
ketegasan dan amaran.
Ekspresi Wajah
Merupakan salah satu bentuk kesantunan non-verbal yang bersifat universal
dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang
yang mengamatinya dengan berkesan.

1. Air muka 3. Senyuman


Ekspresi muka mampu menyampaikan Menunjukkan rasa geli hati, suka gembira, setuju
keadaan emosi seseorang kpd seseorang lain. dsb.

2. Pergerakan mata 4. Mengetap bibir atau menyanggit gigi


Menggunakan pandangan mata ketika Menunjukkan kemarahan yg melampau kpd
berinteraksi bererti orang yg terlibat amat orang lain atas hal-hal tertentu. Jika kita
menghargai teman berbicara. Mata merupakan berhadapan dgn orang sebegini layanlah secara
bahagian angota manusia yg paling banyak imej yg bertentangan supaya emosi kembali
memberikan makna. stabil.
STRATEGI KESANTUNAN LISAN
Bahasa atau tindakan yang Strategi berinteraksi
Konsep air muka
mengancam kehormatan mengutamakan air muka
bermaksud imej diri dan
orang lain haruslah positif dan negatif.
penutur di tempat awam.
dihindari

 i.        Strategi Langsung    ii.    Strategi Kesantunan Negatif / Formal


– melakukan FTA (perilaku bahasa – Penutur menjaga air muka negatif
yang lawan tutur untuk mempertahankan
mengancam air muka ) untuk kebebasan tindakannya.
menyatakan sesuatu dengan jelas.
   iii.        Strategi Kesantunan Positif / Keakraban iv. Strategi tidak Langsung
– Penutur melakukan FTA dengan cara – Penutur melakukan FTA secara tidak
menjaga muka positif pendengar. langsung dengan membiarkan lawan tutur
mentafsirkan tuturannya.
1. Strategi Langsung
Contoh: “Ambilkan benda itu.”
              “ Berikan satu kepada saya.”

- Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat.


- Biasanya digunakan antara individu yang sangat rapat dengan kita seperti
teman akrab dan anggota keluarga.

2. Strategi Kesantunan Negatif/Formal:


-Penutur ingin menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan
kebebasan tindakannya.
-Biasanya berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali
Contoh: “Bolehkah kamu bukakan pintu tu?”
3. Strategi Kesantunan Positif/Keakraban
- Lazimnya digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-
pihak yang berhubungan akrab.
Contoh: “Padamkan tulisan tu, sayang.”

4. Strategi Tidak Langsung


- Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap
air muka lawan tutur.
Contoh: “ Saya tidak suka sangan bercakap dengan kau.”
Strategi kesantunan yang digunakan oleh orang Melayu semasa
berinteraksi :

1. Strategi ikhlas
2. Strategi merendah diri
3. Strategi maaf
4. Strategi penyelesaian
5. Strategi memberi peluang
6. Strategi penghargaan dan pujian
7. Strategi berterima kasih
8. Strategi kiasan
9. Strategi berhemah dan lemah-lembut
10. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
11. Strategi ungkapan Rabbani
12. Strategi kecindan
13. Strategi menyapa/ menegur
1. Strategi ikhlas
Contoh: “Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni, tak
elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan.”
2. Strategi merendah diri
Contoh: “Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong.”
3. Strategi maaf
Contoh: “Minta maaf kerana datang lambat.”
4. Strategi penyelesaian
Contoh: “Saya rasa untuk menjimatkan masa, kita hendaklah membahagikan tugas tu.”
5. Strategi memberi peluang
Contoh: “ Kita dah banyak memberikan cadangan, marilah dengar pendapat orang-orang
tua.”
6. Strategi penghargaan dan pujian
Contoh: “Tahniah kepada Pak Samad kerana telah menjayakan program ini.”
7. Strategi berterima kasih
Contoh: “ Terima kasih kerana sudi hulurkan bantuan kepada saya.”
8. Strategi kiasan
Contoh: “Kalau kamu nak dapat keputusan yang baik, kamu mestilah belajar bersungguh-
sungguh, janganlah hangat-hangat tahi ayam.”
9. Strategi berhemah dan lemah lembut
Contoh: “Tak apalah, benda sudah berlaku, jadikannya sebagai pengajaran.”
10. Strategi kecindan
Contoh: “Ha! Jangan marah Pak Mat,nanti lekas tua…”
11. Strategi menyapa/ menegur
Contoh: “ Selamat pagi, pak cik.”
12. Strategi ungkapan Rabani
Contoh: “ Bismillahiirrahmanirrahim, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana
dengan izinnya dapat kita berjumpa dalam majlis ini.”
STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN

Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan


penulisan melibatkan :

  Membuat andaian bahawa setiap individu mempunyai


air muka dan menyedari bahawa individu yang lain
mempunyai air muka.

  Air muka terbahagi kepada air muka positif dan


negatif
a. air muka positif : keinginan individu untuk merasakan
bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
b. air muka negatif : keinginan individu untuk merasakan hak,
kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya
Contoh- contoh Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan
Dalam Artikel
Memperkenalkan tokoh-tokoh
Kritikan disampaikan
ternama yang menyampaikan Penulisan mematuhi dengan sifat sederhana
pandangan mereka terhadap hukum tatabahasa tetapi berkesan
tajuk, iaitu Budi Bahasa Yang
Semakin Terhakis.

Memberi nasihat dan


Penulisan secara formal
Tiada bahasa kasar atau cadangan kepada
dan sesuai dengan
bahasa pasar pembaca dan
format penulisan
digunakan. masyarakat secara
bersopan

Penulisan yang jelas dan Penulis ikhlas dalam


mudah difahami. menyampaikan idea
sendiri
4 Strategi Kesantunan Penulisan
(Brown & Levinson)

Strategi Langsung – Biasanya dalam bentuk


Melakukan FTA untuk perintah dan digunakan antara
menyatakan sesuatu dengan pihak yang saling mengenal
jelas. dan rapat, seperti teman/
anggota keluarga.

Strategi Kesantunan Positif / Biasa digunakan antara dua


Keakraban – Penutur orang teman, kenalan atau
melakukan FTA dengan cara pihak-pihak yang
menjaga muka positif berhubungan akrab.
pendengar.
4 Strategi Kesantunan Penulisan
(Brown & Levinson)

Strategi Kesantunan Biasa berlaku dalam kalangan


Negatif / Formal – Penutur orang yang belum dikenali,
menjaga air muka negatif antara atasan dengan bawahan
lawan tutur untuk dan antara orang muda dengan
mempertahankan orang yang lebih tua.
kebebasan tindakannya.

Strategi tidak langsung – Digunakan terutama apabila


penutur melakukan FTA ada ancaman yang lebih
secara tidak lansung dengan serius terhadap air muka
membiarkan lawan tutur lawan tutur.
mentafsir tuturannya.
Empat strategi kesantunan penulisan Brown & Levinson

1. Strategi Langsung
Contoh: “Keluar. Saya ada perkara nak bagi tahu mak.”
- Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan tutur.

2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal


Contoh: “Tenang. Jangan marah.” 
- Penutur berusaha agar tidak memberikan ancaman terhadap air muka lawan tutur melalui
penawaran yang dilakukan.

3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban


Contoh: “Silakan tunggu sebentar, Asha.”
- Penutur berusaha menciptakan interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur.

4. Strategi Tidak Langsung


Contoh: “Tak tahukah ruangan ini kecil?”
- Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai