Anda di halaman 1dari 26

PKUK 3013

NAMA PENSYARAH : TN HAJI MUSTAFA BIN JANTAN


PN ZALEHA
NAMA AHLI : NURUL MARDIANA BINTI NIZAM HISHAMUDDIN
NURFADHILA NADIA AIN BINTI AZMAN
NUR AINAA NAJIHAH BINTI MOHD ZAWAWI
CIRI-CIRI KOMUNIKASI
BERKESAN

1. Menggunakan bahasa yang positif


2. Bersifat empati
3. Menjadi pendengar yang baik
4. Menguasai teknik menyoal untuk
mendapatkan maklumat
5. Menjaga air muka orang lain
6. Bersikap terbuka
7. Bahasa tubuh yang berkesan
KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi sebagai satu proses pemindahan
makna yang terdapat dalam maklumat , idea atau
perasaan melalui penggunaan simbol sama ada
berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau
simbol lain daripada pihak penerima dengan
harapan akan menghasilkan maklum balas atau
respon yang dihajati

(Abdul Mua’ti, 2006)


Komunikasi berkesan atau komunikasi efektif ialah
komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat
dengan jelas daripada penyampai kepada penerima
dalam usaha mencapai matlamat organisasi.
Komunikasi berkesan ialah proses dua hala melalui
penghantaran mesej yang betul, diterima dan difahami
oleh orang lain.
Bagi menjadikan komunikasi itu berkesan adalah
penting untuk memahami bagaimana manusia
berinteraksi dan menginterpretasikan sesuatu mesej.
1. MENGGUNAKAN BAHASA YANG
POSITIF

Bahasa ialah alat yang sangat berkesan untuk


menguasai orang lain

Contoh : Guru-guru boleh mengawal tingkah laku


murid-murid di dalam bilik darjah dengan cara
berkata-kata secara positif kepada mereka.
BAHASA POSITIF
Bahasa positif merupakan gaya bahasa yang sangat

digemari orang dan gaya ini sangat berpengaruh.

Maksudnya, jika seseorang itu hendak membuat

individu-individu lain suka bercakap dan berbual

dengannya supaya mereka dapat dipengaruhi, maka

gaya bahasa yang positif dapat membantunya untuk

mempengaruhi mereka.
2. MENJADI PENDENGAR YANG
BAIK
 Tujuan mendengar adalah untuk memahami
maklumat sebagaimana yang difahami oleh
penyampai.

Menguasai kemahiran mendengar akan dapat


membantu pengumpulan maklumat atau mesej
dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan
orang lain.
2. MENJADI PENDENGAR YANG
BAIK
 Mendengar ialah proses yang aktif

Keterampilan mendengar dengan baik dapat :


 Membantu meningkatkan hubungan
 Memahami orang lain dengan lebih baik
 Meraih keselesaan dalam pekerjaan dan
kehidupan
MENJADI PENDENGAR YANG
BAIK
Mendengar secara aktif melibatkan beberapa
deria utama iaitu telinga, mulut dan mata.
 Fungsi deria utama tersebut ialah seperti
berikut:

(a) Telinga
Telinga digunakan untuk mendengar dengan
aktif mesej yang cuba disampaikan dan
mengenal pasti nada suara yang
menggambarkan perasaan.
(b) Mata : Mata pula digunakan untuk melihat
komunikasi lisan yang nyata atau tidak nyata.

(c) Mulut : Mulut digunakan untuk bersuara dan


mengajukan pertanyaan.
TINDAKAN PENDENGAR
YANG BAIK
• Dengar dengan teliti apa yang sedang
diperkatakan
• Berikan perhatian sepenuhnya
• Lihat tepat ke dalam anak matanya
• Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas
•Ikuti perbualannya dengan berkata, “ya…ya…”
•Cuba selami perasaan orang yang sedang
bercakap dan hayati ceritanya
3. BERSIFAT EMPATI

 Kamus Dewan Edisi Keempat :


daya menyelami dan memahami perasaan atau
emosi orang lain
 kemampuan kita untuk menempatkan diri kita
pada situasi atau keadaan yang dihadapi oleh
orang lain
 kebolehan untuk memahami dan menyokong
orang lain dengan perasaan belas kasihan dan
sensitiviti
komunikasi dalam membangun kerjasama
kumpulan.
i. saling memahami situasi orang lain
ii. menimbulkan sikap saling menghormati,
iii. membangun kepercayaan

Cara memupuk sikap empati dalam


komunikasi :
iv. sabar dan tidak memotong pembicaraan. 
v. tenang
vi. berprasangka baik
vii. memahami
Faktor yang mempengaruhi proses
empati :

i. Sosialisasi
ii. Perkembangan kognitif
iii. Perasaan
iv. Situasi dan tempat
v. komunikasi
4. MENGUASAI TEKNIK MENYOAL
UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

Soalan boleh digunakan bagi mendapatkan maklum


balas dan memberi maklum balas
 Merupakan penjelasan atau penerangan yang lebih
lanjut mengenai mesej atau perasaan di sebalik mesej
Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan
maklum balas yang tepat.
Soalan yang tepat akan membawa kepada pengetahuan
dan kefahaman
5. MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN

Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah,


2001). Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud :
rupa iaitu wajah seseorang
maruah seseorang

Penjagaan muka semasa berkomunikasi bermaksud menjaga wajah


diri ataupun menjaga maruah diri serta maruah orang lain semasa
berkomunikasi dengan orang lain.

Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi


asas didikan anak-anak. Malu itu bukan sahaja perasaan sendiri bahkan
sesuatu tindakan kita yang boleh memalukan keluarga dan masyarakat.

Mulut merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga


memandangkan mulut adalah bahagian anggota yang mengungkapkan
kata dan anggota yang paling hampir dengan muka
PENJAGAAN MUKA DIRI SENDIRI
PENJAGAAN MARUAH DIRI :
Menjaga maruah diri semasa berkomunikasi dengan orang
lain, serta tidak melakukan perbuatan yang boleh
memalukan diri sendiri dan menggunakan cara yang sopan

Menggunakan perkataan atau ayat yang tidak


mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri semasa
bertutur.
Bertutur dengan lemah lembut, tidak meninggikan suara
semasa bercakap untuk menjaga muka sendiri (maruah
diri). 
Tidak bercakap bohong kerana hal ini boleh menjejaskan
kepercayaan orang lain terhadap kita.
Bersifat merendah diri dan tidak sombong semasa
menjalankan perbualan dengan orang lain supaya tidak
dibenci oleh orang lain.
PENJAGAAN WAJAH :
 Menjaga mimik muka sendiri semasa berkomunikasi dengan
orang lain.
 Kita tidak sepatutnya menunjukkan emosi yang negatif seperti
murung, sedih dan sebagainya apabila berkomunikasi dengan
orang lain. 
 Kita sepatutnya senyum apabila berkomunikasi dengan orang
lain.
 Semasa dimarahi oleh orang lain, terutamanya orang yang
lebih tua daripada kita, kita seharusnya pandai menjaga mimik
muka kita dengan tidak menunjukkan muka yang gembira
atau seronok. Hal ini adalah untuk menghormati orang lain.
Sebaliknya, kita haruslah menunjukkan muka yang serius.
PENJAGAAN MUKA ORANG LAIN
Selain menjaga maruah diri, kita juga haruslah menjaga
maruah orang lain semasa berkomunikasi supaya hati orang
lain tidak tersinggung dan mereka merasa diri mereka
dihormati.
Mengelakkan diri daripada menghina dan merendah-
rendahkan peribadi seseorang untuk menghormati orang
lain.

Memanggil seseorang itu dengan gelaran yang sesuai


dan tepat.

Kita haruslah bertegur sapa sama ada mereka yang di


kenali atau tidak di kenali supaya  mereka berasa diri
mereka dihormati.
Kita haruslah menjadi pendengar yang baik dengan
memberi perhatian terhadap percakapan orang lain
untuk menghormati penutur.

Memberi salam dahulu kepada orang lain sebelum


memulakan sesuatu perbualan terutamanya apabila
kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada
kita.

Kita haruslah mengambil kira sama ada percakapan


kita akan menyinggung perasaan orang lain atau
tidak. Dengan cara demikian, kita dapat menjaga air
muka orang lain.
6. BERSIKAP TERBUKA

• Bersikap terbuka ialah rela untuk menerima idea-


idea baharu.
• Sikap terbuka merupakan sikap yang secara
dalamannya menunjukkan keinginan untuk
memahami perkara yang berlaku dalam
masyarakat.
Bersikap terbuka begitu sinonim dalam
kehidupan bermasyarakat.
Sikap keterbukaan dapat dilakukan oleh masyarakat
sekiranya:

i) dapat menerima kritikan dan teguran orang lain;


ii) memberi peluang kepada orang lain memberikan
pendapat;
iii) saling mengingati jika melakukan kesalahan
iv) tidak marah apabila ditegur secara terbuka.
7. BAHASA TUBUH YANG
BERKESAN
Dr. Albert Mehrabian dalam bukunya yang
bertajuk Silent Messages menyatakan bahawa
kepercayaan pada apa-apa yang kita
komunikasikan dipengaruhi oleh :

7% oleh kata-kata

38% oleh nada suara

55% oleh bahasa tubuh


PENGERTIAN BAHASA
TUBUH
Bahasa tubuh merupakan komunikasi secara
nonverbal (tanpa kata-kata). Bahasa tubuh
merupakan proses pertukaran fikiran apabila
mesej yang hendak disampaikan menggunakan
isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata,
sentuhan, artifak (lambang yang digunakan),
diam, waktu, suara, serta postur dan gerakan
tubuh (Richard E. Potter dan Larry A. Samoval,
2006).
Knapp, M.L. dalam Nonverbal Communication in Human
Interaction menyatakan bahasa tubuh memiliki lima fungsi:

Repetisi - Mengulang kembali gagasan yang sudah


disampaikan secara verbal.
Subtitusi - Menggantikan lambang verbal.
Kontradiksi - Menolak sebuah pesan verbal dengan
memberikan makna lain menggunakan pesan
nonverbal.
Pelengkap - Melengkapi dan memperkaya pesan nonverbal.
Aksentuasi - Menegaskan pesan nonverbal.
CONTOH BAHASA BADAN YANG
MENJADIKAN KOMUNIKASI
SESEORANG LEBIH BERKESAN
Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Lakukan eyes contact, namun bukan menatapnya.
Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Santaikan bahu anda.
Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.
Tersenyum dan tertawa.
Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan terburu-buru.
Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahawa
anda gelisah.
Jangan berdiri terlalu dekat.

Anda mungkin juga menyukai