Anda di halaman 1dari 1

1. Dimensi moral terdiri daripada tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

2. Dalam penaakulan moral, pertimbangan secara rasional dan bebas berasaskan prinsip moral
diamalkan. Prinsip keadilan diutamakan dan penaakulan moral merupakan faktor utama dalam
perkembangan moral pelajar

3. Ciri-ciri perasaan moral ialah kehalusan emosi individu, wewujudkan perlakuan prososial, memiliki
sifat kepedulian, mendorong kepada tindakan yang bermora dan kawal perlakuan Sebagai pembekal
tenaga.

4. Perlakuan moral merupakan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan
penuh tanggungjawab dan merupakan hasil daripada penaakulan dan perasaan moral.

5. Prinsip-prinsip insan yang bermoral

 Prinsip Autonomi bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat
apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada
melakukan apa yang dirasakannya baik.

Contoh : Habib memilih belajar dengan bersungguh- sungguh di samping membuat kerja rumah
yang diberi oleh cikgu dan menghantar pada masa tetapnya. Selain itu, dia juga membuat
ulangkaji setiap malam selepas habis makan malam. Habib membuat demikian bukan
disebabkan dia takut didenda atau dimarahi oleh guru atau ibu bapanya. Dia sedar bahawa
sebagai seorang murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba mendapat keputusan yang
baik.

 Prinsip Keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri
dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara
yang saksama.

Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah.
Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat
ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan
salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru
tersebut.

 Prinsip Altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan
melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai