Anda di halaman 1dari 9

TUTORIAL 5

Memperincikan perbezaan antara Altruisme , Keadilan dan Autonomi (3 prinsip asas kemoralan)
Disediakan oleh: Siti Zulaikha Nabila binti Yaakob Norlis binti Mornie

Prinsip-prinsip Asas Kemoralan

Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et al., 1992) kerana ia:

Dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes-kes tertentu
Menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan Memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan moral

Membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum sesuatu keputusan moral diambil
Mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh sesama manusia

Prinsip Asas Kemoralan Aspek Perbezaan

Altruisme

Keadilan

Autonomi

DEFINISI

Perkataan "altruisme" berasal daripada bahasa Perancis, autrui iaitu orang lain.
Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri.

Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Prinsip keadilan melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan.

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.


Pertimbangan dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Prinsip Asas Kemoralan Aspek Perbezaan

Altruisme

Keadilan

Autonomi

Melibatkan orang lain

Melibatkan diri sendiri dan orang lain

Melibatkan diri sendiri

Prinsip

Altruisme

Keadilan

Autonomi

Asas Kemoralan
Aspek Perbezaan
Contoh Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa. Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut. Zulkifli memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun

RUMUSAN

lndividu yang dikatakan bermoral merupakan seorang yang bertanggungjawab dan memahami akan keperluan peraturanperaturan tertentu dalam masyarakat. Individu tersebut berfikir terlebih dahulu sebelum mengikut sesuatu peraturan. Individu berkenaan juga mempunyai sifat-sifat murni yang boleh dipuji, iaitu seorang yang berwatak altruistik-autonomous.

Apabila berhadapan dengan isu dan dilema moral, individu ini dapat membuat tanggapan tentang keadaan situasi yang mengemukakan masalah itu, pertimbangan dan keputusan yang diambilnya secara sengaja dan bebas mestilah akhirnya ditentukan oleh prinsip-prinsip moral seperti autonomi, keadilan dan altruisme.

Anda mungkin juga menyukai