Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan

Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah dijejaskan dari segi moral dan akhlak dan
keadaan ini menyebabkan gejala sosial dan isu remaja semakin merebak. Justeru,
Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting untuk membetulkan tingkah laku
remaja yang tidak tepat. Dalam esei ini, maksud moral dan akhlak, faktor-faktor yang
mempengaruhi aliran pemikiran moral, jenis-jenis nilai, dan sebagai seorang guru, peranan
guru dan cara membentuk ciri ciri pelajar yang bermoral tinggi akan diterangkan.

2.0 Maksud Moral dan Akhlak

2.1 Moral

Perkataan moral berasal daripada bahasa Latin iaitu moralis yang bermaksud tingkah laku
yang sesuai dengan tatasusila dan peraturan masyarakat (Abdullah Zhidi Omar, Mahdi
Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, & Roslina Suratnu, 2016, p. 18). Moral merujuk
kepada tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di
mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada
suasana dan keadaan yang membentuk individu seperti sistem sosial, kelas sosial dan
kepercayaan. Kesedaran moral mempunyai hubungan kait dengan hati nurani pada
seseorang. Kesedaran ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan unutk melakukan
tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara
umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga muncul dalam bentuk kebebasan.

Dengan adanya pengetahuan tentang moral, masyarakat dapat hidup dengan harmoni dan
progresif. Hal ini dikatakan demikian, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri
masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong. Setiap
individu yang mempunyai moral dapat membantu dalam melahirkan sebuah negara yang
aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera
dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.

2.2 Akhlak

Manakala, akhlak bermaksud gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah
sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan
pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam
membentuk tingkah laku manusia. Apa sahaja yang lahir dari manusia atau segala tindak-
tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.
Akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan
kepada ajaran Islam. Kelakuan ini boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu (Tam,
Y. K., 2006). Akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni
yang mesti dilakukan oleh setiap individu.

3.0 Faktor-faktor mempngaruhi aliran pemikiran moral seseorang individu

3.1 Konsep Aliran Pemikiran Moral

Pertama sekali, saya akan menerangkan tentang konsep aliran pemikiran moral. Konsep
aliran pemikiran moral bermaksud kesedaran tentang pentinnya moral dalam kehidupan
akan menjadikan seseorang individu itu mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai moral.
Keadaan ini dapat merujuk apabila seseorang menangani dan menghadapi masalah,
individu yang bermoral dapat meyelesaikan masalah dengan baik dengan mengaplikasinya
amalan nilai moralnya.

Aliran pemikiran moral terbahagi kepada lima iaitu naturalisme, emotivis, intuitionis,
rasionalis dan juga naturalis.

Pertama sekali, naturalisme. Naturalisme merujuk kepada menerima apa sahaja yang ada
dan tidak akan fikir tentang sebab dan akibatnya. Seseorang itu akan menerima sahaja
takdir yang ditentukan ke atasnya. Sifat-sifat seseorang naturalis iaitu mereka ini sentiasa
rendah diri dan tida suka untuk berinteraksi. Keadaan ini menyebabkan pendapat mereka
jarang didengari sebab sifat naturalis yang suka memencil diri. Sifat naturalis yang
cendorong untuk menerima apa sahaja yang ada membantah mereka daripada mencapai
sasaran dan tujuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang individu itu akan
menerima apa sahaja yang berlaku dan tidak akan memikirkan tentang cara untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi demi mencapai sasarannya.

Seterusnya, emotivis. Emotivis ini berasal dari kata ‘emosi’ dan emosi ini merujuk kepada
perasaan seseorang individu. Emotivis melakukan perlakuan berdasarkan emosi diri
terhadapnya. Pertimbangan moral dalam emotivis sangat subjektif, dan tidak memerlukan
sebarang teori asa yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Golongan
emotivis cuba menganalisis “apa yang betul dan apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau
perasaan seseorang individu. Emotivis akan bertindak berdasarkan emosi dan perasaan
sendiri terhadap orangnya. Sebagai contoh, sekiranya mereka gembira, mereka akan
berasa berpuas hati dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat. Sebaliknya,
kalau mereka marah, atau sedih, mereka tidak akan mempedulikan orang lain dan
melakukan tindakan yang boleh melepaskan geram mereka.
Bagi pemikiran intuisionisme, ia merupakan sebuah fahaman atau pengertian langsung. Ia
merupakan suatu process intelektual. Tindakan yang dibuat oleh seseorang individu tanpa
memikirkan akibat, kualiti dan kesanya. Pemikir intuisionisme mempunyai sejenis
pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada orang lain. Ia dikaitakan dengan
pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba
dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini menyebabkan mereka
bertindak dengan cepat dan tanpa memikir tentang kesannya.

Bagi individu rasionalisme, mereka mempunyai ciri-ciri penaakulan atau pemikiran sebagai
faktor utama dalam pengetahuan. Mereka sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran dalam
sesuatu perkara. Mereka akan sentiasa berfikir untuk memperbaiki kerja dan rajin untuk
mencapai kejayaan dan matlamat diri sendiri. Golongan rasionalis mempunyai pandangan
bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita, dan fikiran itulah yang
membuat kita berupaya untuk menemui kebenaran dengan diri sendiri.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi aliran pemikiran moral


pada seseorang individu. Faktor-faktor tersebut termasuklah didikan ibubapa, pengaruh
rakan sebaya, dan juga tahap pendidikan.

3.2 Faktor-faktor mempengaruhi aliran pemikiran moral

Pertama sekali, didikan ibubapa. Menurut Rohaty (2003), peranan keterlibatan ibubapa
dalam membentuk anak-anak yang berpendidikan adalah amat penting bagi melahirkan
generasi yang mempunyai matlamat dan merebut peluang pendidikan yang diberikan untuk
membina masa depan yang cemerlang.

Ibu bapa yang menerima pendidikan akan tahu tentang kepentingan pendidikan kepada
perkembangan seorang anak. Bak kata pepatah “Anak diibaratkan sebagai kain putih, ibu
bapa yang mencorakkannya.” Ibu bapa membawa pengaruh yang sangat besar pada
seseorang anak-anak. Masalah dan kekangan utama anak-anak jalanan ini untuk
mendapatkan pendidikan sempurna bukan disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang
cukup tetapi disebabkan oleh kurangnya penglibatan dan perhatian ibubapa mereka dalam
aktiviti pembelajaran serta aktiviti sosial mereka di rumah (Zukina, 2003).

Sebagai contoh, seorang bapa yang emotivis, bertindak berdasarkan emosinya. Apabila
bapa marah, bapa akan marah dan memukul anaknya. Tindakan ini akan menyebabkan
anak itu menjadi seorang yang ganas juga. Anak itu akan mengikut jejak tingkah laku
bapanya yang tidak betul. Sebaliknya, sekiranya didikan ibu bapa yang betul, ia akan
membawa kesan dan pengaruh yang sangat berpositif kepada anak itu. Sebagai contoh,
seorang ibu yang rasionalis, yang sentiasa berusaha dan gigih untuk membuat
penambaikan. Anak juga akan mengikut tingkah laku dan sifat ibu yang betul itu. Sekirannya
anak ini gagal dalam pelajaran, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari
punca yang menyebabkan anak itu gagal dalam pelajaran. Bukan sahaja daripada itu, anak
akan berusaha bersungguh--sungguh unntuk mencapai matlamatnya. Justerunya, pemikiran
seseorang ibu bapa membawa kesan dan pengaruh yang amat besar kepada anaknya
kerana anak akan mengikut tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapanya.

Bukan sahaja daripada itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi aliran pemikiran moral seseorang individu. Hal ini dikatakan demikian
kerana, remaja yang setahun jagung belum mempunyai pemikiran yang matang akan ikut
sahaja tingkah laku rakan mereka. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka
mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang
mempunyai masalah di rumah. Keadaan ini kemudiannya menyebabkan remaja mudah
terjebak dalam gejala isu dan terlibat dalam perlakuan yang negatif kerana para remaja ini
akan percaya pada rakan-rakan mereka yang dapat memberikan dorongan dan motivasi
kepadanya apabila remaja kekurangan kasih sayang dan prihatin daripada keluarganya.

3.3 Impak kepada diri, keluarga dan masyarakat

Aliran pemikiran moral yang terpengaruh akan membawa impak kepada diri, keluarga dan
juga masyarakat. Aliran pemikiran moral yang terpengaruh akan menyebabkan seseorang
individu kehilangan nilai moral yang tepat dan juga menyebabkan jati diri seseorang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, seseorang individu tidak mempunyai kepercayaan dan prinsip
moral diri. Jadi, sesorang individu cendorong untuk melakukan perlakuan negatif dan mudah
dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang negatif. Sebagai contoh, pengambilan dadah,
gensterisme, seks bebas dan lain-lain. Seseorang yang melakukan gejala dan tindakan
yang negatif akan menjejaskan imej diri sendiri dan juga imej keluarga. Orang lain yang lihat
tentang tingkah laku yang negatif, pastinya, nilai moral sesoerang individu itu akan
dipersoalkan. Keadaan ini akan membawa kait tentang imej keluarga. Keluarga merupakan
pengaruh kepada seseorang individu. Didikan dan ajaran sesebuah keluarga dapat
ditunjukkan melalui akhlak dan moral seseorang individu. Justerunya, seseorang remaja
yang terlibat dalam gejala merompak, mestinya masyarakat akan tanya tentang didikan dan
ajaran sesebuah keluarga tersebut. Keadaan ini menyebabkan imej keluarga dijejaskan.
Bukan sahaja daripada itu, pandangan terhadap masyarakat juga akan terjejas. Masyarakat
akan berasa risau tentang masyarakat. Gejala sosial yang berlaku akan menyebabkan
masyarakat berasa tidak selamat dan bimbang tentang keselamatan diri. Keruntuhan akhlak
yang berlaku pada remaja sekarang akan membawa impak yang besar kepada diri sendiri,
keluarga dan juga kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja
merupakan tunggak negara, mereka adalah individu yang akan membina dan menjaga
masa depan negara kita.

4.0 Jenis-jenis nilai

Terdapat beberapa jenis nilai yang akan diterangkan termaksulah nilai instrumental, nilai
intrinsik dan nilai relatif.

Pertama sekali, nilai instrumnetal (ektrinsik). Nilai instrumental adalah nilai yang
memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlmat. Tindakan yang diambil
merupakn alat untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, seorang guru yang
mengadakan kelas tuisyen dan pelajar yang menghadiri ke kelas tuisyen akan mendapatkan
tips peperiksaan dan juga akan mendapat keputusan yang lebih baik. Matlamat cikgu adalah
untuk mendapat rezeki yang banyak. Dengan tindakan ini, pastinya ramai pelajar yang akan
menghadiri kelas tuisyen cikgu tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan seorang ibu
mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ke pusat tuisyen supaya anaknya
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan dapat mengambil hati
cikgunya. Tindakan tersebut mengandungi nilai ekstrinsik demi mencapai matlamat iaitu
cikgu mendapat rezeki yang lebih dan memastikan anaknya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaannya.

Nilai yang seterusnya, nilai instrinsik. Nilai ini merupakan nilai yang tidak perlu bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat
akhir. Kuailiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata berniat baik atau buruk dan tanpa
mengira kesannya. Merujuk kepada contoh yang sama, cikgu mengadakan kelas tuisyen.
Cikgu itu masih memainkan peranan dan tanggungjawab dengan adil dan saksama. Cikgu
tidak berat sebelah dengan memberikan markah yang sepatutnya kepada pelajarnya di
kelas dan matlamat cikgu itu adalah untuk memastikan pelajar yang hadir ke kelas tuisyen
mendapat keputusan yang baik dan meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Keadaan ini
bertentangan dengan nilai intrinsik. Cikgu itu masih mengikut hati dan nilai moral cikgu
tersebut untuk memastikan pelajarnya dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

Nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan
peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini bersifat tidak
tertentu, tidak sempurna dan berbeza daripada sestiap masyarakat kerana berdasarkan
matlamat yang ingin dicapaikan. Jadi, nilai relatif ini berubah mengikut keperluan dan
fahaman seseorang individu. Tindakan setiap individu berbeza dan berlainan kerana
berdasarkan matlamat sendiri dan juga berdasarkan fahaman persendirian. Merujuk juga
kepada contoh yang sama, cikgu yang mengadakan kelas tuisyen. Keadaan ini juga
mengandungi nilai relatif. Terdapat sesebahagian masyarakat yang boleh menerima cikgu
mengadakan kelas tuisyen tetapi ada juga sesetengah masyarakat yang berpendapat
bahawa mengadakan kelas tuisyen merupakan tindakan dan etika yang tidak sepatutnya.
Persepsi terhadap sesuatu tindakan berdasarkan fahaman persendirian. Bagi persepsi ibu
bapa juga, ada sebahagian ibu bapa yang berasa cikgu yang mengadakan kelas tuisyen
merupakan perlakuan yang tidak sepatutnya, jadi, ibu bapa tersebut tidak akan hantar
anaknya ke pusat tuisyen tersebut manakala ada juga sebahagian ibu bapa yang berasa
menghantar anak ke pusat tuisyen cikgu merupakan tindakan yang sepatutnya. Natijahnya,
tindakan yang diambil berdasarkan matlamat diri sendiri dan juga berdasarkan persepsi dan
fahaman setiap individu.

Tegasnya, ketiga-tiga nilai ini iaitu nilai instrumental, nilai intrinsik dan juga nilai relatif
merujuk kepada tindakan yang diambil adalah untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Untuk nilai instrumental, setiap tindakan yang diambil demi mencapai manfaat persendirian
dan juga matlamatnya tanpa mengira betul atau salah. Bagi nilai intrinsik, nilai ini merujuk
kepada konsep moral diri sendiri dan akan membawa kepada tingkah lakunya manakala
nilai relatif merujuk kepada persepsi masayarakat tentang tindakan adalah berdasarkan
fahaman dan pengalaman diri sendiri.

5.0 Peranan seorang guru Pendidikan Moral dalam membentuk ciri-ciri pelajar yang
bermoral tinggi

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).

Pendidikan Moral di Malaysia bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi insan
yang berakhlak mulia dengan menekankann aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral. Untuk merealisasikan hasrat ini, guru
perlulah berjaya menghidupkan iklim moral dalam bilik darjah supaya pelajar dapat
mengaplikasikan nilai murni yang diterap dalam program kurikulum sekolah dan
seterusnya menjadikannya sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Peranan
guru dalam menghidupkan iklim sekolah merupakan wadah utama yang mampu
menjadi batu loncatan bagi memberi kesan kepada tingkah laku pelajar(Tan, Mahadir
Naidu, & Jamil@Osman, n.d., p. 89)

Pertama sekali, guru mestilah menjadikan peranan dan teladan kepada pelajar. Guru mesti
mempratikkan prinsip dan nilai moral yang berpositif supaya pelajar dapat belajar daripada
contoh guru tersebut. Guru mesti menunjukkan cara yang betul dan memberikan nasihat
yang sepatutnya sekiranya ada pelajar yang mendekati guru untuk mendapat nasihat. Guru
mesti mengamalkan sikap bermoral yang tinggi dengan menyelesaikan masalah dari segi
neutral dan tidak berat sebelah. Guru juga haru mengajar pelajar untuk membezakan
tingkah laku yang betul atau salah berdasarkan hati nurani diri sendiri. Guru haruslah
bersikap amanah, bertanggungjawab, dan berkasih sayang kepada pelajarnya. Bukan
sahaka daripada itu, guru juga harus menunjukkan nilai professionalisme diri sendiri dengan
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik dan mengajar pelajarnya dengan penuh
kasih sayang dan dedikasi. Tingkah laku seorang guru yang baik akan membawa pengaruh
yang positif kepada pelajarnya untuk mengambil guru itu sebagai teladan. Guru juga
haruslah mengeratkan hubungan diri sendiri dengan pelajar. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pelajar akan dengar nasihat dan percakapan guru yang pelajar minati. Oleh itu, guru
haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar supaya pelajar akan mengikuti
nasihat yang diberikan oleh gurunya. Sebagai contoh, seorang pelajar yang terlibat dengan
gengsterisme. Guru yang cuba untuk memahami keadaan pelajar tersebut dengan
mendengar pelajar tersebut. Dalam keadaan ini, guru memainkan peranan yang sangat
penting. Guru haruslah memberikan nasihat dan didikan yang betul kepada pelajar dengan
mengukuhkan jati diri seseorang pelajar supaya tidak mudah dipengaruhi oleh unsur negatif
yang lain.

Bukan sahaja daripada itu, guru menerangkan tentang pembentukan individu bermoral
berasal dari dimensi moral iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Apabila konsep diterangkan kepada pelajar, pelajar dapat memahami tingkah laku mereka
dengan jelas. Penaakulan moral merujuk kepada pemikiran dan pertimbangan moral. Niat
yang ada pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang akan membawa kait
kepada perasaan moral. Perasaan yang timbul seperti gembira, berani, sedih atau kecewa
yang semuanya terdiri daripada penaakulan moral. Seterusnya, perasaan moral akan
membawa kepada perlakuan moral. Sebagai contoh, saya terlihat kawan saya meniru dalam
peperiksaan. Pada ketika itu, saya ada niat untuk melaporkan kepada cikgu tetapi emosi
yang timbul, iaitu ketakutan dan kejujuran. “ Haruskah saya berasa takut atau bersifat jujur
pada diri sendiri?” Emosi yang timbul pada masa itu akan menjejaskan tingkah laku saya.
Iaitu, pada akhirnya, saya mengambil keputusan untuk melaporkan kepada cikgu. Guru
haruslah menerangkan konsep dimensi moral kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar
dapat memahami dan dapat memikirkan tingkah laku mereka dengan cara yang betul. Hal
ini dikatakan demikian kerana, pelajar akan fikir dulu sebelum bertindak. Ataupun, sekiranya
pelajar itu mengalami masalah, dimensi moral ini dapat digunakan sebagai cara untuk
menyelesaikan masalah. Keadaan ini dapat membina pelajar yang bermoral tinggi kerana
pelajar akan fikir tentang kewajarannya untuk melakukan tingkah laku tersebut.

Yang penting sekali, guru haruslah menekankan bahawa nilai dan prinsip-prinsip moral yang
telah dipelajari haruslah diamalkan dalam kehidupan. Nilai moral ada pada setiap individu,
dan haruslah diaplikasikan dengan untuk menyelesaiakan dan sebagai teladan dan
panduan hidup. Pendidikan Moral bukan untuk peperiksaan sahaja, manakala pendidikan
Moral bertujuan untuk melahirkan individu yang dapat mengaplikasikan dan menerapkan
nilai yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pendidikan moral memainkan peranan yang penting kerana nilai moral yang
ada pada diri seseorang, yang akan menjejaskan dan membawa kepada tingkah laku
seseorang individu. Pendidikan Moral digunakan sebagai teladan dan panduan arah hidup
terutamanya semasa menghadapi masalah. Pengetahuan yang ada pada pendidikan moral
dalam diaplikasinya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan dan memberikan ajaran yang betul kepada
pelajar supaya pendidikan Moral yang belajar dalam kurikulum dapat diterapkan dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

(2669 patah perkataan)


Rujukan

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, & Roslina Suratnu.
(2016). Pengantar pendidikan moral. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran.


Retrieved from
https://www.moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20PEN
DIDIKAN%20MORAL%20SK%20Tahun%206.pdf

Rohaty M. M. 2003. Pendidikan Prasekolah: (Cabaran Kualiti). Syarahan Perdana. Bangi:

Penerbitan Malindo Sdn Bhd.20

Tam, Y. K. (2006). Pendidikan moral: konsep dan pedagogi pendidikan guru. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tan, B. P., Mahadir Naidu, N. B., & Jamil@Osman, Z. (n.d.). Peranan Guru dalam Membina
Iklim Moral dalam Bilik Darjah, 87-95. Retrieved from
http://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=e56e05e6-8a10-47fd-8a47-
7f76defd6324.pdf

Zukina. Y. 2003. Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar Melayu Dalam PMR.Tesis Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan ) Universiti

Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai