Anda di halaman 1dari 7

1.

1 Huraikan maksud moral dan akhlak dan faktor-faktor yang mempengaruhi aliran
pemikiran moral seseorang individu.

Definisi moral amatlah besar skopnya, ia sering kali dikaitankan dengan beberapa ahli
falsafah dalam bidang yang berkaitan moral. Hal ini menunjukkan setiap ahli mempunyai
pegangan dan kepercayaan yang berbeza. Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin
“moralitas”” yang mempunyai maksud adat, kebiasaan, sopan, tradisi, budi pekerti,dan
sebagainya yang mempunyai kaitan dengan peraturan dan piawaian dalam sesebuah
masyarakat. Menurut xxx, moral juga membawa maksud tingkah laku atau amalan yang sejajar
dengan tatasusila dan undang undang masyarakat di mana sesuatu tingkah laku itu dinilai baik
atau buruk melalui suara majoriti. Sebagai contoh, dalam sesebuah masyarakat wanita yang
tidak memakai tudung akan diberi hukuman malah akan menghancurkan imej keluarga. Tetapi,
terdapat juga masyarakat yang lebih terbuka tidak menitik beratkan kes seperti ini. Oleh itu, nilai
moral adalah berdasarkan standard yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat kerana setiap
individu mempunyai tahap metakognitif yang berbeza dalam menilai sesuatu tingkah laku. Bagi
menyokong pernyataan ini, Emmet (1979) menyatakan pemahaman mengenai moral ini tidak
spesifik dan bersifat dinamik mengikut sejarah dan tatacara hidup sesebuah masyarakat
berkenaan. Moral boleh dibahagikan kepada dua kefahaman iaitu “baik” dan “buruk”. Jika kita
melihat daripada perspektif XXX, “baik” merujuk kepada tingkah laku yang dikenal pasti oleh
etika sebagai baik, di mana ia tidak memudaratkan seseorang individu dan juga masyarakat di
sekelilingnya. Manakala “buruk” pula merujuk kepada suatu tingkah laku yang dikenal pasti oleh
etika sebagai tidak baik dan memberi kemudaratan kepada diri dan juga orang di sekelilingnya.
Seterus itu, sesuatu perbuatan atau tingkah laku itu juga dinilai dengan ajaran, peraturan, adat
dan juga agama bagi menentukan bagaimana manusia harus hidup dan membentuk nilai
kemanusiaan. Ia menjadi satu tunjuk arah bagi manusia dalam membentuk individu yang
menyeluruh dengan nilai kemanusiaan. Hobbes (XX) menggambarkan kepentingan hidup
bermoral dengan menyatakan “Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan
konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia
menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”. Oleh itu, definisi atau kefahaman moral tertakluk
kepada norma masyarakat dan kefahaman yang mereka praktikkan.

Bagi akhlak, akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitu bahasa dan istilah.
Dari sudut bahasa, ia berasal daripada perkataan arab, ‘khuluq’ yang bermaksud budi pekerti
(citation). Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri
manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat
besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Segala perbuatan atau sikap seseoran
manuasia itu berkaitan dengan sifat yang ada pada dirinya, di mana ia juga boleh dikatakan
sifat semula jadi yang ada ada pada diri seseoran individu tersebut. Dari sudut istilah pula,
Islam memberi maksud akhlak kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri.
Merujuk Ibnu Miskawih (w. 421 H/1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak
menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang
mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan. Ibnu Miskawih menyatakan bahawa jiwa seseorang itu terbahagi kepada dua,
iaitu tabii yang bermaksud semuala jadi dan dan keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan
yang sentiasa dipraktikkan seterusnya menjadi satu kebiasaan. Manakala menurut Imam Al-
Ghazali (1015-1111 M) telah mentakrifkan akhlak sebagai suatu sifat yang tertanam dalam jiwa
yang daripada perancangan dan ditanam. Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, akhlak ialah
kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan. Selain itu,
perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Tingkah
laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan
dalam hatinya. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok
dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik
apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika
rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya. Sehubungan dengan itu, kita dapat
merumuskan bahawa satu tingkah laku yang sudah sebati menjadi satu dalam diri seseorang
dan dilakukan secara berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan yang tidak perlu berfikir
terlebih dahulu.
Jika dibanding moral dengan akhlak, akhlak merupakan satu tingkah laku yang sudah
sedia kala dalam diri seseorang individu di mana individu tersebut melakukan sesuatu tindakan
tanpa ada proses pemikiran yang berlaku di tahap kognitif. Ia boleh dikatakan sebagai satu
refleksi yang semula jadi yang ada pada manusia. Namun, jika kita lihat pada moral, ia
bersumberkan daya pemikiran akal manusia (Haron Din, 1988). Ia merupakan ciptaan manusia
yang diselaraskan dengan keinginan dan pemahaman mereka terhadap kehidupan. Menurut
Abd. Rahman Aroff (1986), taakulan diberi keutamaan dalam kemoralan kemanusiaan.
Penilaian terhadap “baik” dan “jahat” dibuat berdasarkan taakulan manakala nilai moral
manusia dan tingkah laku mengikut akal.
Sehubungan dengan itu, melalui pemahaman terhadap kemoralan dan akhlak maka
wujudlah empat aliran pemikiran moral.
1.2 Bandingkan jenis-jenis nilai beserta contoh.
1.3 Sebagai seorang Guru Pendidikan Moral, perincikan peranan anda dalam membentuk
ciri-ciri pelajar yang bermoral tinggi.

Vocab
Keberhasilan murid

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan
kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Pelaksanaan KSSR
yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah
melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam
dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan
merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan
hubungan baik sesama insan.

MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI ▪ Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam


dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman
yang erat antara murid

Aspirasi murid
Etika dan kerohanian Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani
menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan
yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.
Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai
bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:
▪ Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas
hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi;

aktiviti main peranan, simulasi, perbincangan di dalam bilik darjah, dan tugasan dalam
kumpulan kecil.

Prinsip-prinsip Pendidikan Moral (https://www.academia.edu/20239824/4B-


PERANAN_PENDIDIKAN)
Terdapat beberapa prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan
insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosials ebagaimana hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui ungkapan “ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan”.Prinsip-prinsip tersebut adalah :i.

Bertanggungjawab pada diri, keluarga, dan orang lain.ii.

Berpegang teguh pada ajaran agama.iii.

Prihatin kepada alam sekitar.iv.

Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.v.

Bersemangat patriotik.vi.

Menghormati hak asasi manusia.vii.

Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Peranan seorang guru:


Rujukan
Ibn Maskawayh. 1966. Tahzib al-Akhlaq. Beirut. American University of Beirut
Mohd. Nasir Omar. 1986. Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Antara Islam dan Barat.
Kuala Lumpur. Bheis. Jabatan Perdana Menteri.

Anda mungkin juga menyukai