Anda di halaman 1dari 24

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

TOPIK 7 KONSEP AKHLAK DAN MORAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan serta menyatakan perbezaan antara akhlak dan moral


dalam kehidupan.
2. Menghurai dan mengkategorikan sifat-sifat mahmudah serta
mazmumah.
3. Menghurai konsep ummah dan ukhuwwah dari sudut kepimpinan dan
adab-adab perjuangan.
4. Menganalisis isu-isu semasa yang berlaku dalam bidang pendidikan,
sosial, ekonomi dan politik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Akhlak

Konsep Ummah dan


Ukhuwwah
Konsep Akhlak
dan Moral

Isu-isu semasa
Sifat-sifat Mahmudah dan
Mazmumah

JAPIM Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

PENGENALAN

Perbahasan tentang keperluan berakhlak sangat mendesak memandangkan realiti krisis


akhlak yang amat membimbangkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Seharusnya
manusia perlu sedar dan komited dalam mengembalikan umat kepada akhlak Nabi S.A.W.
Islam sangat prihatin terhadap pembentukan akhlak mulia di kalangan setiap individu
umatnya. Rujukan yang paling utama dalam hal ini sudah pasti Rasulullah S.A.W kerana
akhlak baginda menggabungkan segala hal yang berkait dengan perkataan serta perbuatan. Ini
dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Mahmud al-Misri (2014: 6) menggariskan skop akhlak mulia terbahagi kepada
berikut:
a) Akhlak kepada Allah s.w.t
b) Akhlak kepada Rasulullah s.a.w
c) Akhlak kepada Kitab Allah
d) Akhlak kepada malaikat
e) Akhlak kepada semua manusia

Kesimpulannya akhlak yang mulia terhadap Allah s.w.t sudah pasti dapat
direalisasikan dengan beribadah kepadaNya dengan penuh amanah dan ikhlas. Manakala
akhlak yang mulia terhadap Rasulullah s.a.w. pula merujuk kepada penerimaan umat terhadap
dakwah yang disampaikan oleh baginda; akhlak yang mulia terhadap kitab Allah pula lahir
daripada penghayatan setiap ayatnya, mengaplikasikan isi kandungan al-Quran dalam
kehidupan serta menjadikan kitab Allah ini sebagai bahan rujukan bagi setiap perkara.
Akhlak yang mulia terhadap malaikat adalah menunjukkan keyakinan bahawa
makhluk Allah ini tidak pernah ingkar dan ‘asi terhadap segala perintah Allah s.w.t.
Keyakinan sebegini akan melahirkan perasaan malu untuk melakukan dosa, kerana dia
berasakan bahawa sentiasa berada dalam pengawasan Allah. Akhlak yang mulia terhadap
manusia adalah dengan menunjukkan wajah berseri, penuh bertimbang rasa, lemah lembut
dan sopan santun ketika bertemu dengan mereka. Selain itu, sentiasa prihatin terhadap sesama
manusia dengan menyeru ke arah kebaikan dan menahan dari melakukan kemungkaran
terhadap Allah s.w.t.

JAPIM Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

1. 0 DEFINISI DAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

Al-akhlaq merupakan jamak daripada al-khuluq. Al-akhlaq adalah satu frasa bagi perangai
dan tabiat manusia yang diciptakan atasnya. Ar-Raghib al-Asfahani menyatakan: “ pada
asasnya, kata al-khalqu, al-khulqu dan al-khuluq memiliki makna yang sama. Namun al-
khalqu lebih dikhususkan untuk bentuk, sesuatu atau gambar yang dapat dikesan oleh mata
kasar, sedangkan al-khuluqu dikhususkan untuk kekuatan dan perangai yang dapat dirasa
oleh mata hati. Firman Allah s.w.t

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang baik”


(Al-Qalam 68:4)
Abdul Ghani Shamsuddin (1989) berpendapat bahawa akhlak ialah sifat semulajadi
yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi amalan dan direalisasikan dalam bentuk kelakuan.
Akhlak juga merupakan prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu
Allah s.w.t. untuk mengatur perlakuan, menentukan (membentuk) hubungan seseorang
dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di dunia ini tercapai secara yang paling
sempurna.
Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, tabiat. Akhlak
dari segi istilah membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi
adat kebiasaan, dan diterima oleh semua. Al Ghazali pula menjelaskan akhlak “bahawa sifat
jiwa yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa sengaja”. Al-Jahiz berkata:”akhlak
adalah keadaan jiwa seseorang yang mewarnai setiap perbuatannya, tanpa perlu kepada
pertimbangan akal yang panjang ataupun kehendak”. Imam Junaid menerangkan bahawa
akhlak Rasulullah s.a.w. dikatakan amat terpuji kerana baginda adalah orang yang paling
mengutamakan ajaran Allah s.w.t.

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Akhlak sebagai satu frasa mengenai segugus prinsip dan kaedah yang disusun bagi
tingkah laku manusia yang digariskan oleh wahyu untuk mengurus kehidupan manusia dan

JAPIM Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

menetapkan hubungan dengan selainnya, demi merealisasikan matlamat dan kewujudannya


di alam ini dengan lebih sempurna.

1.1 Akhlak Dan Moral Dalam Kehidupan


Menurut Kamus Dewan (1986), moral merujuk kepada ajaran atau pegangan
berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lain-lain), sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.
Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah
laku yang diterima.
“Moral ialah ajaran-ajaran kumpulan, peraturan dan ketetapan, sama ada lisan atau
bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia menjadi
manusia yang baik dan sempurna”.
Konsep moral menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan menumpukan kepada pemupukan penghayatan dan
amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di
Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat.
John Wilson dalam Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008:187)
menegaskan seseorang yang bermoral mempunyai kesedaran tentang kepentingan
pertimbangan terhadap diri sendiri dan orang lain. Sebagai tambahan orang yang bermoral
perlulah:
a) Bertindak secara terkawal dan tidak keterlaluan, tidak mementingkan diri sendiri
dan tidak pula menjaga kepentingan orang lain sehingga mengorbankan hak-hak
sendiri.
b) Sifat menghormati dan jujur dapat dilihat dengan ketara. Menghormati hak-hak
sesama manusia, amanah dan ikhlas tidak mengharapkan sebarang bentuk balasan.
c) Bertindak berlandaskan autonomi dan kebebasan. Ini bermakna dia tidak
dipengaruhi oleh satu-satu aspek kuasa dari luar. Dia seharusnya bebas melakukan apa
sahaja asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang keluarga, masyarakat
dan negara.

JAPIM Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Perbezaan antara akhlak dan moral (Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid Hafidz
Ahmad:2008) dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Akhlak Moral
Akhlak berasal dari perkataan Arab bererti Moral berasal daripada perkataan Latin iaitu
tingkah laku, tabiat, perangai, bentuk moralis yang bermaksud tingkah laku yang
kebiasaan kehendak. bersesuaian dengan tatasusila dan kehendak
sesebuah masyarakat.
Akhlak bersifat teori dan diterjemahkan Moral lebih bersifat praktik.
melalui perbuatan, amalan dan tingkah laku
seseorang.
Akhlak mempraktikkan kebaikan dan Moral adalah ukuran yang baik tentang
keburukan budi pekerti seseorang. tingkah laku kelompok sosial tertentu.
Akhlak bersumberkan wahyu dan dipandu Moral bergantung kepada akal.
akal agar tidak menyimpang.
Akhlak ialah gabungan moral dan etika. Moral dibentuk oleh etika.
Akhlak adalah suatu perkara yang perlu Moral terdapat perubahan-perubahan sosial,
dilakukan tidak boleh dipertikaikan kerana prinsip-prinsip moral boleh diubah untuk
ianya mempunyai perkaitan dengan agama. menghadapi masalah-masalah baru.

Kesimpulannya, moral atau akhlak ialah kelakuan atau perbuatan yang selari atau
tidak melanggar batasan peraturan akhlak yang telah digariskan dalam syariat Islam.
Pandangan Islam terhadap moral jauh lebih sempurna berbanding dengan kriteria yang telah
ditetapkan oleh Barat. Kesempurnaan pandangan moral dalam Islam sesuai dengan sifat
semulajadi manusia yang tidak berubah mengikut keadaan, tempat dan masa.

2.0 SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

Sifat-sifat mahmudah lahir daripada gabungan iman dan takwa. Pembentukan sifat-sifat
mahmudah ini pastinya dapat menjadi penghalang kepada gangguan penyakit rohani
sekaligus menjadi penebat kepada sifat-sifat mazmumah.
Antara sifat mahmudah yang bakal dibincangkan dalam bab ini ialah seperti yang
digambarkan dalam rajah di bawah.

JAPIM Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

2.1 Sabar

Sabar ialah keteguhan hati tanpa mengeluh apabila ditimpa sesuatu bencana. Sebagai hamba
Allah sudah pasti kita akan sentiasa diuji dengan segala bentuk ujian, musibah dan bencana
samada ianya menimpa kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat setempat. Maka
sabar amat diperlukan untuk menghadapi segala bentuk ujian dan musibah ini. Pada saat
ditimpa musibah atau bencana ini, maka pergantungan individu itu hanyalah kepada Allah
semata-mata. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman!Mintalah pertolongan kepada Allah


dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
sabar”
(Al-Baqarah: 153)
Sabar merujuk kepada tiga kriteria berikut:
a) Menahan diri menurut hawa nafsu
b) Sabar menahan kesusahan
c) Sabar menahan diri dari kemunduran

Firman Allah s.w.t lagi:

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berlaku sabar dalam menderita kepapaan,


kesempitan dan ketika menghadapi perang”
(Al-Baqarah: 177)

2.2 Syukur
JAPIM Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Syukur adalah ungkapan terima kasih kepada Allah s.w.t atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Setiap hamba seharusnya sentiasa bersyukur atas segala limpahan kenikmatan yang
diperoleh. Bersyukur menunjukkan bahawa seseorang hamba itu peka terhadap kesenangan
yang dirasai. Sebaliknya jika tidak mahu bersyukur maka ianya telah dianggap sebagai kufur
nikmat. Kufur nikmat, ingkar terhadap pemberian Tuhan dan tidak tahu berterima kasih
adalah sikap pelupa budi dan tidak mahu bertimbang rasa. Sudah pasti orang yang kufur
nikmat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Terdapat tiga cara untuk membuktikan
kesyukuran hamba terhadap nikmat Allah s.w.t iaitu:

a) Syukur dalam hati


Mengakui dan menyedari dalam hati bahawa nikmat yang diperoleh adalah datangnya dari
Allah s.w.t. Mengakui kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t dengan memperbanyakkan puji-
pujian terhadap-Nya.

b) Syukur dengan lisan


Mengungkapkan dalam bentuk lisan terhadap Allah s.w.t. iaitu dengan ungkapan
‘alhamdulillah’.

c) Syukur dengan amal perbuatan


Memperoleh nikmat serta menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah. Sebagai contoh,
nikmat harta yang diperoleh maka diinfakkan pada fakir miskin, nikmat ilmu diamalkan dan
diajarkan kepada orang lain.
Kebijaksanaan menunjukkan rasa syukur terhadap nikmat dan pemberian Allah s.w.t
sudah pasti akan mendapat ganjaran dan keberkatan berdasarkan jaminan Allah s.w.t dalam
al-Quran:

Maksudnya : “Jika kamu bersyukur, maka Aku (Allah) akan menambah (nikmat) itu
kepada kamu, dan jika kamu engkar (akan nikmat) maka sesungguhnya seksaan-Ku
amat keras”.
(Ibrahim: 7)
2.3 Tawakkal
Tawakkal adalah penyandaran hati kepada Allah dengan sebenar-benarnya ketika mencari
kemanfaatan atau menghindari kemudharatan dalam urusan dunia dan akhirat. Seorang
mukmin yang bertawakkal akan menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah s.w.t.

JAPIM Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Tawakkal tidak bertentangan dengan dengan usaha dan kerja keras dalam mewujudkan
sesuatu. Bahkan tawakkal tidak sah jika tidak dengan usaha.
Tawakkal terdiri dari lima prosedur yang saling berkaitan:
i) Berusaha dengan segenap kekuatan dalam beribadah
ii) Menggantungkan hati untuk memenuhi hak Allah
iii) Menenangkan hati dengan merasa serba cukup atas pemberian-nya
iv) Bersyukur atas kenikmatan yang diberi
v) Bersabar jika masih belum mendapat sesuatu yang dihajati

Firman Allah s.w.t.

Maksudnya : “...maka apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada


Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya”
(Ali Imran: 159)

Tawakkal seseorang akan menghasilkan pelbagai kebaikan; orang yang sentiasa


bertawakkal akan mempunyai ketenangan, keberanian, kemenangan, pertolongan dan
perlindungan Allah s.w.t. Tawakkal tidak menggambarkan kelemahan dan penyerahan
semata-mata, bahkan sebaliknya ianya akan mencetuskan sikap yang lebih optimis terhadap
usaha dan kerja yang telah dirancang.

2.4 Istiqamah`
Istiqamah ialah terus berpegang pada jalan yang benar, berpegang kepada akidah Islam dan
melaksanakan syariatnya dengan tekun, tidak berubah dan tidak berpaling dalam apa jua
keadaan sekalipun.
Istiqamah amat berkaitan dengan perkataan, perbuatan, keadaan dan niat. Istiqamah
juga berkait rapat dengan pencapaian kejayaan dalam pelbagai bidang. Untuk mencapai tahap
keimanan yang tinggi, sudah pasti seseorang mukmin beristiqamah dalam melaksanakan
segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan apa yang dilarang. Manakala dalam bidang
yang lain juga, sesuatu pencapaian yang baik dan cemerlang hanya akan dapat dicapai
melalui istiqamah dan usaha yang konsisiten.
Allah telah memerintahkan Rasulullah dan umat Islam untuk beristiqamah
sebagaimana firman-Nya:

JAPIM Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Maksudnya : “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh
di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah
orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian;
dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah
Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”
(Hud: 113)
Istiqamah ada tiga peringkat:
a) Istiqamah dengan hati – inilah yang paling baik, berkesan, justeru di sinilah
lahirnya istiqamah dengan lisan dan perbuatan.
b) Istiqamah dengan lisan – memelihara perkataan dengan jujur dan benar. Mengungkapkan
dengan lisan apa yang dalam hati, tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.
c) Istiqamah dengan fizikal – mempunyai kekuatan dan ketahanan luaran yang lahir dari
kekuatan dalaman. Usaha yang sentiasa konsisten dan cemerlang.
Sunnah kehidupan membuktikan bahawa kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha
yang gigih, konsisten dan istiqamah. Begitu juga dengan keimanan dan realisasinya,
istiqamah dalam akidah dan amal soleh akan membuahkan keberuntungan dan kebahagiaan
sebagaimana ynag dijanjikan Allah s.w.t.

2.5 Redha
Redha ialah menerima dengan rasa senang apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa
peraturan (hukum) mahupun qadha’ atau ketentuan nasib. Redha adalah salah satu daripada
buah rasa cinta dan merupakan kedudukan tertinggi bagi hamba yang sentiasa mendekatkan
diri pada Allah s.w.t. Redha itu terbahagi kepada dua bahagian (Mahmud al-Masri: 309):

a) Redha dengan pelaksanaan segala perintah Allah dan hal-hal yang diharuskan oleh
Allah tanpa melampaui batas, serta menjauhi segala larangan-Nya. Redha hukumnya
wajib dan orang yang meninggalkannya berhak mendapat celaan. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya :“ Dan di antara mereka ada yang mencelamu mengenai (pembahagian)


sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya,
mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat

JAPIM Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

itu, (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan kalau mereka berpuas hati
dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka
berkata: cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah
kurnia-Nya, demikian juga Rasul-Nya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada
Allah”
(At-Taubah: 58-59)
b) Redha dengan musibah, seperti kefakiran, penyakit dan kehinaan.

Akhlak redha akan menghantar kita untuk memperoleh kedudukan yang terhormat.
Selain itu, redha akan mengukuhkan keyakinan kita, menguatkan akidah, serta membuat kita
jujur dalam perkataan dan perbuatan. Keredhaan akan memberikan ketenangan jiwa,
menyejukkan dan mententeramkan hati. Ia juga akan membuatkan hati kental dan tegas
tatkala berdepan dengan perkara syubhat serta kecelaruan dalam menghadapi permasalahan
yang banyak. Hati yang redha akan mempercayai apa yang dijanjikan Allah s.w.t. dan Rasul-
Nya.
Redha menyelamatkan hamba daripada menentang Allah dalam hukum-hukum dan
qadha yang telah ditetapkan-Nya.

3.0 SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

Sifat-sifat mazmumah pula adalah sebagaimana rajah di bawah:

3.1 Nifaq

JAPIM Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Nifaq adalah salah satu sifat mazmumah yang sangat berbahaya. Nifaq bermaksud
menzahirkan kebaikan sedangkan hatinya tidak begitu. Munafiq pula bererti orang yang suka
berpura-pura, lain di mulut lain pula di hati. Orang-orang munafiq agak sukar dikenali kerana
kepandaian mereka menyembunyikan isi hatinya, namun Rasulullah s.a.w telah
mengungkapkan tanda-tanda berikut dalam sabda baginda yang bermaksud :

“Tanda-tanda munafiq ada tiga: dusta apabila dia berbicara, menyalahi apabila dia
berjanji dan khianat apabila dia dipercayai”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pencegahan dari sifat nifaq ini perlu dilaksanakan agar ianya tidak meresapi dalam
jiwa setiap orang muslim. Jalan yang terbaik untuk melakukan pencegahan terhadap sifat
mazmumah ini adalah dengan sentiasa mengawasi dan berani menegur diri sendiri.
Muhasabah diri adalah jalan yang terbaik bukan sahaja untuk menyelamatkan diri dari sifat
nifaq, bahkan ianya mampu meningkat keimanan serta ketakwaan kepada Allah s.w.t.

3.2 Hasad
Sifat mazmumah yang kedua dibincangkan dalam modul ini ialah hasad. Hasad, dengki dan
iri hati ialah sikap mental yang melahirkan rasa sakit apabila melihat kejayaan, kesenangan
dan kemewahan yang dimiliki oleh orang lain. Bukan itu sahaja sikap hasad ini akan
memberi kesan sangat negatif kepada pemiliknya kerana berkemungkinan dia akan
berkeinginan untuk menghapuskan dan menghilangkan kesenangan dan kelebihan yang
dimiliki oleh orang lain.
Allah s.w.t. telah menyatakan keburukan sikap hasad ini dalam firmannya:

Maksudnya : “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah
telah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya?”
(An-Nisa’: 54)
Kecenderungan orang yang mempunyai sifat hasad ini mungkin akan menyebabkan
berlakunya kerosakan dan kemusnahan sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
“Awaslah kamu dari dengki kerana dengki itu memakan kebaikan, laksana api
memakan kayu bakar yang kering”
( Riwayat Abu Daud )

Muslim yang baik sudah pasti akan meletakkan dirinya jauh dari sifat hasad ini.
Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengubati penyakit hasad ini

JAPIM Page 11
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

antaranya adalah seperti muraqabah diri, mengakui dalam diri tentang keburukan sifat hasad
ini. Sentiasa memanjatkan kesyukuran terhadap segala kurniaan nikmat, serta melihat
kejayaan orang lain sebagai suatu perkara yang positif dan pendorong untuk kejayaan diri
sendiri pula.
Sekiranya sifat hasad sudah meresap dalam diri seseorang, maka hendaklah dia
bersegera untuk melakukan taubat, beristighfar memohon keampunan dari Allah s.w.t.
Kesimpulannya, orang yang mempunyai sifat hasad akan kehilangan ketenangan dan
kebahagiaan hidup lantaran mereka tidak senang dengan kehidupan orang lain yang dianggap
mencabarnya.

3.3 Khauf
Khauf berlawanan dengan sifat berani. Khauf yang berlebihan akan merendahkan
kemampuan diri sendiri seterusnya akan menghalang pencapaian kemajuan. Sifat khauf perlu
dihindari kerana ianya bukan sahaja berkait dengan penyakit rohani bahkan sifat negatif ini
boleh menyebabkan penyakit fizikal.
Khauf yang positif ialah khau atau takut yang wajar, yang membuat seseorang itu
lebih berwaspada, berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan atau kenyataan. Khauf
yang positif juga memperlihatkan ketakutan kepada Allah s.w.t.; takut kepada kemurkaan-
Nya baik di dunia mahupun di akhirat.
Khauf yang negatif ialah ketakutan atau merasa cemas terhadap perkara-perkara yang
tidak sulit, menjadikan ianya terasa sulit dan menyusahkan. Sikap khauf yang berlebihan ini
seharusnya dihindari dari diri kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu pasif, tidak
mahu bekerja keras dan meninggalkan usaha yang bersungguh-sungguh.
Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya : “Ketahuilah bahawa sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada ketakutan


atas mereka dan tidak pula mereka berdukacita, iaitu mereka yang beriman dan
bertakwa, Bagi mereka kegembiraan dalam penghidupan dunia dan akhirat”.
(Yunus: 62-64)

Kesimpulannya, menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. setelah melaksanakan segala


usaha adalah jalan yang terbaik untuk menghilangkan sifat khauf dan takut ini, kerana tiada

JAPIM Page 12
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

tempat yang lebih baik bagi seorang hamba untuk kembali melainkan terhadap Allah s.w.t.
semata-mata.

3.4 Sombong
Sombong atau takabbur termasuk sikap mental yang buruk dan tercela. Sikap sombong
memandang rendah orang lain, sementara memandang tinggi dan memuliakan diri sendiri.
Antara ciri-ciri yang lahir dari sifat sombong ini ialah riya’, keji mulut, meremehkan orang
lain, memalingkan muka bila bertemu dengan orang lain, berlagak dalam berbicara,
membazir dan berlebih-lebihan dalam berpakaian.
Peringatan Allah s.w.t berkenaan dengan sifat keji sombing ini telah dinyatakan
melalui firman-Nya:

Maksudnya : “Dan janganlah engkau palingkan pipimu terhadap manusia dan


janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan bongkak”
(Luqman: 18)

Sombong sangat merugikan kerana ianya boleh merosakkan hubungan dan pergaulan
sesama manusia, menyebabkan seseorang itu malas berusaha kerana merasakan dirinya sudah
cukup hebat dan berjaya dan bahaya yang paling dahsyat dari sifat sombong ini ialah boleh
menyebabkan seseorang itu terhalang dari masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat
kesombongan sebesar zarah”
(Riwayat Muslim)

3.5 Zalim
Zalim ialah kejam, kecenderungan untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain atau
makhluk lain. Sifat zalim perlu dijauhi kerana ianya akan membuahkan pelbagai tindakan
yang boleh merosakkan seperti (As-Syeikh Ahmad Ridha Hasbullah:2013)
a) Menumpahkan darah tanpa hak
b) Menimbulkan permusuhan dan mengobarkan peperangan
c) Menganiaya dan menindas orang lain melalui pelbagai cara, melakukan
pelbagai tindakan yang bertentangan dengan prinsip perikemanusiaan.
d) Memusnahkan makhluk-makhluk hidup lainnya yang sebenarnya tidak perlu
dibunuh atau dibinasakan.

JAPIM Page 13
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Kekuatan iman adalah salah satu cara untuk mencairkan sifat zalim seseorang. Hanya
orang yang beriman mempunyai hati yang lemah lembut, bertimbang rasa dan adil pada
setiap makhluk Allah s.w.t. Mukmin yang sejati tidak akan pernah merasakan kehebatan
sendiri sehingga sanggup melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap orang lain.
Sabda Rasulullash s.a.w. yang bermaksud:
“Berdebat syurga dan neraka, maka berkata neraka:’padaku orang-orang yag kejam
dan sombong.’ Berkata syurga: ‘padaku orang-orang yang tertindas dan miskin’”
(Riwayat Muslim)

3.6 Prasangka buruk


Prasangaka buruk adalah contoh sifat mazmumah yang juga merupakan penyakit rohani,
yang mempunyai anggapan-anggapan buruk terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Maksudnya : “Dan tiadalah tatkala orang-orang munafik dan orang-orang yang di


hatinya ada penyakit berkata: Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita,
melainkan tipuan.”
(Al-Ahzab: 12)
Prasangka buruk juga boleh jadi berlaku dalam pergaulan sesama manusia, seterusnya
merenggangkan hubungan yang terjalin antara mereka.

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan


(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.

JAPIM Page 14
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

(Al-Hujurat: 12)

Sebuah masyarakat yang terbina dari ahli yang saling mempunyai prasangka buruk
adalah sebuah komuniti yang mundur, tidak harmoni dan hanya mempunyai sikap
mementingkan diri sendiri sahaja.

3.7 Suka menghasut


Orang yang mempunyai jiwa yang tidak sihat tidak pernah senang untuk tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menimbulkan permusuhan sesama manusia seperti perbuatan
suka menghasut. Sifat suka menghasut atau memfitnah adalah salah satu sifat yang sangat
bertentangan dalam agama Islam. Lidah manusia lebih tajam dari hujung pedang, maka
berwaspadalah dalam menuturkan sesuatu perkataan agar ianya tidak mengundang sebarang
unsur fitnah dan hasutan terhadap seseorang.

JAPIM Page 15
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Dalam al-Quran telah menjelaskan perihal sifat suka menghasut ini:

Maksudnya : “Sesungguhnya kalau orang-orang munafik dan orang-orang yang di


hati mereka ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di
Madinah tidak menghentikan (kegiatannya), sudah tentu kami akan perintahkan
engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan
engkau kecuali sementara waktu sahaja”
(Al-Ahzab:60)

4.0 KONSEP UMMAH DAN UKHUWWAH

Ummah (bahasa Arab: ‫أممممة‬, bahasa Melayu: umat) adalah sebuah kata dan frasa
daripada bahasa Arab yang bererti: "masyarakat" atau "bangsa". Perkataan ini berasal dari
kata amma-yaummu, yang boleh bermakna: "menuju", "menumpu", atau "meneladani". Dari
akar kata yang sama, terbentuk juga: um, yang bererti "ibu", dan imam, yang bererti
"pemimpin".

Dalam konteks Sahifah Madinah, ummah merujuk kepada masyarakat Islam dan
bukan Islam yang hidup dalam negara kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w..
Namun setelah golongan Yahudi dihalau keluar dari kota Madinah, maka konsep ummah
hanya dijuruskan kepada golongan masyarakat Islam serta yang taat dengan Sahifah Madinah
sahaja.

Rasulullah s.a.w. telah meletakkan batu asas kepada umat Islam melalui pembentukan
generasi Islam yang pertama ketika baginda s.a.w. masih hidup. Generasi Islam yang pertama
adalah contoh utama yang memiliki ciri-ciri yang lengkap dan menjadi contoh kepada umat
Islam selepasnya. Antara ciri-ciri ummah tersebut ialah ummah yang beribadah dan
menyembah Allah, ummah yang berilmu, ummah Wasatiyyah, ummah ukhuwwah, ummah
bersatu padu, ummah yang mendaulatkan Islam, dan ummah yang berjihad,

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama kesejahteraan di dunia
dan di akhirat dan kita dapati Islam telah memberi panduan yang jelas mengenai cara-cara
mencapai kesejahteraan itu. Antara punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup
berkeluarga dan bermasyarakat.

JAPIM Page 16
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Ukhuwwah bermaksud persaudaraan. Ungkapan ukhuwwah Islamiyyah bererti ikatan


persaudaraan yang berlandaskan keislaman seseorang, kekuatan iman dan spiritual yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t. Iman dan takwa ini akan membuahkan kasih sayang,
persaudaraan, kemuliaan dan rasa saling percaya terhadap saudara seakidah. Dengan
berukhuwwah akan timbul sikap saling menolong, saling mengerti dan menjaga kehormatan
serta maruah diri sendiri dan orang lain, tidak kerana faktor lain bahkan semata-mata kerana
Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maksudnya : “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Damaikanlah


(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah terhadap Allah,
semoga kamu mendapat rahmat”
(Al-Hujurat: 10)

Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang
dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah
masyarakat itu. Oleh itu, Islam sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya
bagi mempastikan wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Maka antara peringatan-
peringatan tersebut ialah mengingatkan manusia seluruhnya menyedari akan asal-usul mereka
dari bapa dan ibu yang satu. Allah berfirman :

Maksudnya : “Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah


menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan

JAPIM Page 17
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan yang membiakkan


dari kedua-duanya zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.”

(An-Nisa’ : 1)

5.0 ADAB-ADAB PERJUANGAN

Maksud berjuang ialah melakukan sesutau perkara dengan bersungguh-sungguh untuk


mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam. Perjuangan memerlukan kesungguhan dan
kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat.
Jenis-jenis perjuangan:
Perjuangan untuk mendaulatkan syarat Islam dalam semua bidang
Agama
kehidupan manusia.
Perjuangan untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh
Ekonomi
dunia.
Perjuangan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan
Pendidikan
berdaya saing.
Siasah Perjuangan untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam
Perjuangan untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar ma’ruf
Sosial
dan nahi munkar
Perjuangan melawan hawa nafsu adalah pra syarat kepada perjuangan
Melawan hawa nafsu
yang lain.

Adab-adab berjuang:
a) Niat kerana Allah
b) Sanggup berkorban
c) Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi
d) Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam perjuangan.
e) Mempunyai ketrampilan dan personaliti diri.
f) Mematuhi arahan
g) Mempunyai semangat berpasukan
h) Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan

Cara melahirkan semangat juang:


a) Mengadakan program motivasi secara terancang supaya semangat juang terus
menebal dalam diri.
b) Menjelaskan ganjaran yang diperolehi bagi mereka yang berjuang sama ada di
dunia dan akhirat.
c) Menceritakan kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan para pejuang Islam.
d) Menggalakkan pelajar atau golongan remaja menyertai aktiviti persatuan
sebagai latihan dalam menghadapi perjuangan sebenar.

6.0 ISU-ISU SEMASA

JAPIM Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Perbincangan tentang isu-isu semasa dalam sub topik ini adalah berkaitan dengan
permasalahan akhlak dalam pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Kesemua empat kriteria
ini dipilih sebagai perbahasan kerana ianya sangat berkait rapat dengan permasalahan yang
melanda masyarakat pada hari ini. Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan akhlak
adalah disebabkan oleh beberapa perkara:
i) Sosioekonomi keluarga
ii) Kurang pendidikan agama
iii) Terpengaruh dengan hasutan

6.1 Isu-isu Semasa dalam Pendidikan

Permasalahan akhlak yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam pendidikan ialah
berkenaan dengan:

a) Disiplin Pelajar

Disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri
dan patuh kepada tatatertib. Kemerosotan disiplin pelajar akan menjejaskan banyak pihak
kerana pelajar adalah aset utama bagi kemajuan sesebuah negara. Pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin kebiasaannya akan menemui kegagalan dalam bidang akademik.
Bukan itu sahaja mereka juga akan terlibat dengan masalah gejala sosial yang lain
seperti membuli rakan sekolah yang lain, ponteng sekolah dan tidak mendengar nasihat guru
atau orang yang lebih dewasa. Impak yang lebih dahsyat lagi memungkin akan berlakunya
jenayah-jenayah berat di kalangan pelajar seperti mencuri, menyertai kumpulan gangster,
merosakkan harta benda awam dan sebagainya.

b) Kurang penghayatan terhadap ilmu

Islam mewajibkan kepada setiap muslim untuk menuntut ilmu sejak dari buaian sampai ke
liang lahad, kerana orang yang berilmu dalam masyarakat menduduki darjat yang tinggi,
sedangkan yang tidak berilmu menduduki darjat yang rendah.
Allah berfirman yang bermaksud:
‫س‬ ‫هه‬
‫ذ‬ ‫ل‬ ‫ج‬
‫ي‬ ‫ه‬ ‫م‬
‫ه‬ ‫ل‬‫حوا ا فذههي ٱ م‬ ‫ح‬ ‫هه‬ ‫س‬
‫ل‬ ‫ه‬ ‫ف‬‫ه‬ ‫ت‬ ‫مم‬ ‫ح‬
‫هه‬ ‫ك‬‫ل له‬
‫ه‬ ‫هه‬‫ي‬ ‫ذ‬ ‫ق‬ ‫ه‬
‫ذا‬ ‫ذ‬ ‫إ‬ ‫من حههويا ا‬
‫ه‬ ‫ءا‬‫ه‬ ‫ن‬
‫ه‬ ‫ذي‬‫ذ‬ ‫ي هيأ هي يههههاَ ٱل ل‬
‫هه‬
‫ذ‬
‫شحزوا ا ي همرفهذع ٱلل ل ح‬
‫ه‬ ‫شحزوا ا فهٱن ح‬ ‫ل ٱن ح‬ ‫ذا ذقي ه‬‫ه ل هك ح ممم وهإ ذ ه‬ ‫ح ٱلل ل ح‬ ‫س ذ‬‫حوا ا ي همف ه‬ ‫س ح‬‫فهٱمف ه‬
‫ٱل لههذين هءامنههوا ا منك حهه مم وٱل لههذي ح‬
َ‫مهها‬
‫ه بذ ه‬‫ت وهٱلل لهه ح‬ ‫جهه ت ت‬
‫م د ههر يه‬‫ن أوت حههوا ا ٱملعذ لل مل ه‬ ‫ه ذ ه‬ ‫ذ‬ ‫ه ح‬ ‫ذ ه‬
١١ ‫خذبيرر‬ ‫ن ه‬ ‫محلو ه‬ ‫ت همع ه‬

JAPIM Page 19
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Maksudnya : “...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di


antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(Al-Mujadalah:11)

Tuntutan mempelajari pelbagai bidang ilmu amat digalakkan dalam Islam, agar
Muslim tidak pernah ketinggalan jauh berbanding dengan orang bukan Islam. Ianya juga
tidak terhad kepada bidang ilmu akhirat semata-mata, bahkan tuntutan itu meliputi semua
bidang ilmu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada semua.
Namun, pada hari ini segelintir pelajar yang tidak mengerti tentang kepentingan ilmu
dan membudayakan ilmu tersebut. Ada juga yang menganggap bahawa kejayaan adalah
semata-mata dengan mendapatkan gulungan sijil tertentu, tanpa menginsafi bahawa ilmu
yang sebenar ialah ilmu yang diiringi dengan amalan. Ramai yang berilmu tapi tidak
mempunyai adab dan akhlak yang terpuji seiring dengan ilmu yang mereka miliki. Tujuan
menuntut ilmu yang sebenar telah diabaikan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Ilmu tanpa amalan seperti pokok yang tidak berbuah”

6.2 Isu-isu Semasa dalam Sosial

a) Ketagihan dadah dan arak

Masalah penagihan dadah dan arak di kalangan masyarakat Melayu semakin menjadi-jadi
khasnya di kalangan masyarakat bandar. Individu yang terjebak dalam gejala penagihan ini
secara serius akan sukar menghilangkan ketagihannya.
Masalah daripada ketagihan dadah dan arak ini akan mengundang kepada gejala
sosial yang lain pula; contohnya seperti mencuri untuk mendapatkan wang saku bagi
mendapatkan bekalan dadah, manakala ketagihan arak pula akan menjejaskan hubungan
kekeluargaan seterusnya menyebabkan berlakunya perpecahan dalam keluarga.
Sikap suka mencuba dan menyahut cabaran rakan-rakan antara sebab berlaku gejala
ini. Berdasarkan kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakan
penagih dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan
71% daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 19-39 tahun.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengharamkan arak dan segala bentuk pengambilan
yang boleh menyebabkan kesakitan kepada diri sendiri dan kerosakan dalam masyarakat.

b) Budaya Berpasangan dan Seks Bebas

Budaya berpasangan semakin ketara di kalangan remaja dan juga pelajar sekolah. Mereka
sudah tidak segan silu berpegangan tangan dan berpelukan dengan pasangan yang bukan
muhrim. Kepesatan kemajuan mendorong nilai-nilai Barat diberikan keutamaan berbanding
JAPIM Page 20
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

dengan nilai-nilai Timur. Masyarakat pula meremehkan pegangan agama dan moral dalam
setiap tindakan.
Justeru perbuatan berpasangan dan seks bebas di kalangan remaja dan pelajar sekolah
di bandar bahkan ianya juga berlaku di luar bandar. Pengaruh luar terutamanya rakan sebaya
dan juga media massa serta video lucah memberi kesan yang sangat negatif.
Impak yang paling menyedihkan ialah dengan lahirnya anak-anak tidak sah taraf
ekoran daripada perbuatan berpasangan dan seks bebas di kalangan remaja ini. Kes-kes
sebegini perlu ditangani segera dan secara agresif kerana ianya merupakan suatu virus yang
boleh menyebabkan runtuhnya keimanan sesuatu umat.

c) Budaya lepak dan Lumba haram

Budaya lepak juga merupakan suatu gejala yang agak membimbangkan di kalangan golongan
remaja. Antara tempat yang menjadi pilihan mereka ialah di pusat-pusat membeli belah,
taman-taman awam dan sebagainya. Budaya lepak adalah suatu budaya pembaziran masa,
remaja menghabiskan ruang waktu mereka tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah.
Lepak mengikut Kamus Dewan (2005) ialah budaya atau amalan negatif di kalangan
masyarakat seperti remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan
aktiviti yang berfaedah. Golongan remaja Melayu dan ada juga mereka yang masih
bersekolah paling ketara terlibat dengan budaya melepak ini.
Aktiviti lumba haram pula adalah salah satu gejala yang juga kebanyakannya
melibatkan remaja Melayu Islam. Golongan remaja ini semakin berani melakukannya
terutama pada waktu tengah malam. Aktiviti ini dilakukan dengan meletakkan wang
pertaruhan pada setiap perlumbaan, di samping gadis-gadis remaja yang menjadi ganjaran
kepada pemenang setiap perlumbaan. Impak negatif dari budaya lumba haram ini ialah
meningkatkan kadar jenayah jalanraya yang boleh menyebabkan kemalangan serta kematian
samada kepada pelumba haram tersebut bahkan kepada pengguna jalanraya yang lain. Kesan
negatif yang lain ialah boleh membawa kepada unsur-unsur perjudian dan pertaruhan wang
serta pelacuran. Inilah kesan daripada ketidakmampuan keluarga dan masyarakat dalam
membendung gejala sosial dari menular di kalangan generasi muda. Pengabaian pendidikan
khususnya didikan agama merupakan suatu faktor utama menyebabkan berleluasanya gejala
sosial di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam di negara kita pada hari ini.

6.3 Isu-isu Semasa dalam Ekonomi

JAPIM Page 21
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Ajaran Islam adalah suatu ajaran yang syumul dan menjadi pelengkap dalam setiap sudut
kehidupan manusia. Allah melarang hambanya berdiam diri tanpa sebarang usaha
sebagaimana firman-Nya:
‫ط‬ ‫سههمطههاَ ك حهه ل‬
‫ل ٱملب ه لل مس ذ‬ ‫ك وههل ت م هب ح‬
‫قهه ه‬
‫ى ع حن ح ذ‬ ‫ممغحلول ههه ة ه‬
‫ة إ ذلهه ي‬ ‫ك ه‬‫وههل ت همجعهمل ي هههد ه ه‬
٢٩ ‫سوةرا‬ ‫ممح ح‬
‫ماَ ل‬ ‫محلو م‬ ‫فهت همقعحد ه ه‬
Maksudnya : “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada
lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (maksudnya: terlalu
kikir dan terlalu pemurah), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal”
(Al-Isra’:29)

Nabi Muhammad s.a.w. telah mewujudkan satu masyarakat yang saling bekerjasama
dan bantu membantu antara satu sama lain. Justeru baginda berjaya mengurangkan jurang
antara golongan kaya dengan golongan miskin. Setiap orang mempunyai hak dan fungsi dari
segi ekonomi. Monopoli dan eksploitasi dalam Islam adalah diharamkan. Baginda turut
memperkenalkan sistem zakat yang bertujuan untuk memperbaik hubungan antara majikan
dan pekerja, membersihkan harta golongan kaya, dan membela golongan miskin yang
memerlukan.
Islam juga telah meletakkan garis panduan dalam urusan ekonomi agar tidak berlaku
sebarang penyelewengan seperti pembaziran, penganiayaan kewangan seperti kes rasuah,
riba, perjudian, kapitalis dan sebagainya. Rasuah contohnya adalah suatu jenayah berat yang
mudah menular dalam sistem hidup masyarakat. Al-Quran menyifatkan rasuah sebagai
perkara yang batil, meliputi perbuatan jenayah merompak, memeras ugut dan menipu. Faktor
berleluasanya gejala rasuah ini adalah kerana masyarakat pada hari ini inginkan kemewahan
hidup secara mudah, kecintaan manusia terhadap harta benda mendorong mereka melakukan
kejahatan tanpa batasan.
Kapitalis pula adalah suatu sistem ekonomi yang dibawa oleh orang-orang Barat
berkenaan dengan pemilikan harta atau ekonomi secara kekerasan dengan menyebabkan
golongan bawahan semakin susah dan golongan atasan atau kaya lebih senang dan bertambah
kekayaan. Inilah yang dinamakan dengan sistem monopoli ekonomi. Kekayaan bukan untuk
dikongsi, bahkan ianya adalah hak milik mutlak seseorang individu sahaja.
Larangan monopoli ini jelas dilarang dalam Islam kerana ianya membawa kepada
penindasan dan kezaliman kepada orang yang lebih miskin. Firman Allah s.w.t.:
‫له ٱمل ح‬ ‫ه‬ ‫ماَّ أ ههفاَّهء ٱلل ل ح ه‬
ِ‫ذي‬ ‫ل وهل ذهه ذ‬ ‫سههو ذ‬ ‫قهههرىي فهل ذل لهههذ وهذلللر ح‬ ‫مههمن أ لل م ذ‬
‫ذ‬ ‫سول ذهذۦ‬
‫ى هر ح‬‫ه ع هل ي‬ ‫ل‬
‫ن ٱملأ همغن ذي هههاَّذء‬ ‫ن ح ة‬
‫دول هههةة ب ه لل مي ه‬ ‫ل ك هههمي هل ي هك حههو ه‬ ‫سههذبي ذ‬
‫ٱل ل‬ ‫ن وهٱمب ذ‬
‫ن‬ ‫كي ذ‬
‫س ذ‬‫م يه‬‫ى وهٱمل ه‬ ‫ى وهٱملي هت يه ه‬
‫م ي‬ ‫ٱمل ح‬
‫قمرب ه ي‬

JAPIM Page 22
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

‫ن‬ ‫ه فهٱنت هحهوتاا وهٱت ل ح‬


‫قههوا ا ٱلل لههمةه إ ذ ل‬ ‫ماَ ن هههى يك ح مم ع همن ح‬ ‫ل فه ح‬
‫خ ح‬
‫ذوه ح وه ه‬ ‫سو ح‬
‫م ٱللر ح‬‫ماَّ هءات هى يك ح ح‬‫منك ح تمم وه ه‬ ‫ذ‬
٧‫ب‬ ‫قاَ ذ‬ ‫ديد ح ٱملعذ ه‬ ‫ش ذ‬ ‫ه ه‬ ‫ٱلل ل ه‬
Maksudnya : “ ..supaya harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya
saja di antara kamu...”
(Al-Hasyr: 7)
KESIMPULAN

Berakhlak baik merupakan suatu perkara yang sukar bagi sebahagian manusia. Oleh itu,
seorang Muslim dituntut melakukan mujahadah nafs iaitu melawan hawa nafsu dan tazkiah
nafs iaitu membersihkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah. Hasil daripada gilapan iman
yang sempurna maka akan terhasillah akhlak yang mulia dan indah. Akhlak Islam bukan
sekadar dipraktikkan dalam lingkunga sesama Islam, bahkan hendaklah dipamerkan
keindahan akhlak Islam kepada bukan Islam agar mereka sama-sama dapat menghayati
keindahan Islam.

JAPIM Page 23
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

UJI MINDA

Soalan Latihan
1. Jelaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan individu dan masyarakat.
2. Akhlak Islam bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Bincangkan.
3. Antara unsur akhlak Islam ialah muraqabah dan ikhlas, berikan pandangan
anda dengan menyatakan maksud kedua-duanya beserta ciri-ciri dan contoh.
4. Sekiranya permasalahan dadah tidak dapat dibendung dengan sewajarnya,
nyatakan kesan-kesan buruk yang mungkin berlaku kepada masyarakat dan
negara.
5. Bina peta pemikiran i Think bagi menggambarkan isu-isu negatif yang
berlaku dalam politik. Bahaskan isu tersebut dengan terperinci.
6. Dengan menggunakan peta alir, lakarkan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh guru disiplin bagi menangani masalah budaya berpasangan
dalam kalangan pelajar di sekolah.
7. Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dan
moral dalam kalangan masyarakat serta jelaskan implikasinya terhadap
pembangunan negara.

JAPIM Page 24

Anda mungkin juga menyukai