Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pengenalan

Akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu Muslim. Tanpa
akhlak akan musnah sebuah kehidupan dan sekaligus melenyapkan sebuah tamadun.
Di zaman moden ini akhlak sangat penting dalam membentuk serta menjadi penangkis
segala ancaman jiwa setiap individu Muslim secara luaran juga dalaman. Perlakuan
akhlak terpuji (mahmudah) akan melahirkan individu yang baik dan teguh pegangan
agamanya, manakala perlakuan akhlak tercela (mazmumah) sebaliknya merosakkan
diri individu itu kearah keburukan kelak. Jesteru itu, setiap individu Muslim dianjurkan
berakhlak mulia agar kelak berjaya menangkis segala bentuk ancaman secara zahir
mahupun batin sekaligus berjaya dunia dan akhirat. Seorang penyair Arab iaitu Syauqi
Bey berkata :

“ Suatu bangsa dikenali kerana akhlaknya (budi pekertinya). Jika akhlaknya telah
runtuh, maka runtuh pulalah bangsanya itu” 1

Jelaslah melalui kata-kata dari penyair Arab tersebut bahawa akhlak memainkan
peranan penting dalam bangun dan runtuhnya sesebuah tamadun. Perkaitan rapat
antara akhlak dan perkembangan tamadun sangat jelas kerana dari penerapan akhlak
yang baik akan melahirkan perlakuan akhlak yang mulia dalam masyarakat.

Ibadah merupakan suatu saranan atau jalan yang sangat efektif dalam
membentuk rohaniah setiap individu Muslim agar berjaya menyerap segala perihal
agama. Ibadah fardhu seperti solat, zakat, puasa dan haji sebenarnya adalah perlakuan
yang mendidik roh sekaligus untuk membina akhlak terpuji (mahmudah).

Umum diketahui ibadah haji adalah rukun kelima dalam rukun Islam. Rukun haji
ini diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan segi kewangan, dan sihat pada mental
mahupun fizikal. Ibadah haji yang dilaksanakan ini jika diteliti secara tersurat ianya
adalah hanya perbuatan berhijrah ke Kota Suci Mekkah, namun jika diteliti secara
tersirat ibadah haji ini sebenarnya adalah menunjukkan tanda kesyukuran dan tunduk

1 M. Ali Hasan (1978), Tuntutan Akhlak, Johor Bharu: Think`s Library. h. 8

1
merendah diri kepada Maha Pencipta dengan nikmat rezeki yang diberikan oleh Nya
juga sebagai tanda melaksanakan suruhan-Nya.

Hakikatnya, perlaksanaan ibadah haji ini juga sebenarnya adalah suatu jalan
terbaik dalam pembinaan akhlak yang terpuji kepada setiap individu Muslim. Hal ini
kerana ibadah haji itu sendiri bersifat komprehensif dalam melaksanakannya. Setiap
individu yang ingin melaksanakan ibadah haji perlu menguasai keseluruhan ilmu ibadah
haji bahkan perlukan kesabaran dalam melaksanakannya juga kekuatan fizikal dan
mental, kewangan yang mencukupi serta keazaman dalam diri mendapatkan haji
Mabrur dan mendapat keredhaan-Nya.

Sepanjang menunaikan ibadah haji, pada dasarnya sudah memperlihatkan


betapa jiwa individu itu dilatih dalam perlakuan akhlak yang terpuji. Sebagai contoh,
dapat kita perhatikan semasa menunaikan ibadah haji berlakunya ikatan persaudaraan
(ukhuwah) sesama Muslim, bekerja keras dalam mendapatkan haji mabrur, berusaha
bersungguh-sungguh dalam mencapai tahap terbaik ibadah haji sekaligus
mengagungkan Maha Pencipta dan mengakui Keesahan-Nya.

Lazimnya, dalam budaya masyarakat Melayu sendiri memperlihatkan betapa


tingginya martabat golongan yang sudah menunaikan ibadah haji ini dihormati dan
disegani oleh masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa mereka yang sudah
menunaikan ibadah haji ini akan memperlihatkan perlakuan akhlak haji yang terpuji
kerana disepanjang menunaikan ibadah haji mereka melatih diri untuk mencapai tahap
akhlak yang terpuji.

2
2,0 Konsep Akhlak

Pengertian akhlak dapat dihuraikan kepada dua bahagia iaitu dari sudut bahasa dan
istilah. Dari sudut bahasa perkataan “akhlak” sebenarnya berasal dari perkataan arab
iaitu ‫ خلللق‬yang bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat
kebiasaan.2 Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu, akhlak didefinisikan sebagai budi
pekerti, kelakuan, tabiat dan watak. 3 Dari sudut istilah akhlak ditafsirkan sebagai suatu
sifat yang ada pada diri manusia yang boleh keluar tanpa perlu berfikir.

Menurut Ahmad Amin, akhlak didefinisikan sebagai perlakuan atau tabiat yang
biasa dilakukan oleh seseorang. Beliau menyifatkan bahawa akhlak ini adalah suatu
kehendak yang biasa dilakukan dalam kehidupan manusia seharian.

Ibnu Maskawaih mendefinisikan akhlak sebagai suatu sikap atau gerakan jiwa
yang mendorong melakukan sesuatu perbuatan tanpa berfikir dan membuat
pertimbangan.4 Beliau menyifatkan gerakan akhlak ini terjadi kepada dua bahagia,
watak kebiasaan atau fitrah yang lahir sejak kecil dan kebiasaan pada latihan harian.
Demikian akhlak akan menggerak jiwa dari sering kali melakukan perbuatan keji
merubah kepada perbuatan terpuji. 5

Syeikh Muhammad bin Aliy asy Syarif al Jurjani mendefinisikan akhlak sebagai
peranan atau penggerak sikap jiwa yang akan melahirkan tingkah laku atau watak
dengan mudah tanpa melalui proses berfikir.6

2 Zahrudfin AR dan Hashimuddin Sinaga, Pengantar Pembelajaran Akhlak, (Jakarta: Raja Grafindo
Perada, 2004) h. 11.
3
Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (ed), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992) h. 19.
4
Ahmad Daudy, Kuliah Filsafat Islam, (Jakarta: Bulan Bintang, 1986), h. 61
5
A. Mustofa, Filsafat Islam, h. 177.

36Ali Abul Halim Mahmud,(1992) Tarbiyyah Khuluqiyyah, (Solo: Insani Press, 2003), cet. 1, h. 37
4
5
6

3
Menurut Al-Jahizh (255 H) mendefinisikan akhlak dengan maksud keadaan jiwa
manusia dalam melakukan perbuatan-perbuatan tanpa proses merenung dan memilih.
Manakala, Abdurrahman al-Maidani pula mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang
menetap di dalam jiwa, baik itu fitrah juga usaha sendiri, yang memiliki pengaruh dalam
perilaku sama ada baik atau buruk.7

Mohd Nasir Ripin dan Zulkiflee Haron pula mendefinisikan akhlak sebagai tabiat
atau maruah dalam erti kata lainnya moral atau etika dalam kehidupan manusia.
Mereka juga menyifatkan akhlak ini adalah suatu gambaran dalaman (batin) atau
keimanan seseorang dalam memperlihatkan luaran (zahir) secara tanpa berfikir. 8

Akhlak juga disifatkan sebagai satu sifat yang sudah tertanam dalam jiwa setiap
individu yang akan melahirkan segala perbuatan baik mahupun buruk tanpa
memerlukan berfikir dan pertimbangan sebalik perbuatannya. 9

Daripada beberapa penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa akhlak adalah


tingkah laku, tabiat atau perlakuan yang sudah ada secara semula jadi atau fitrah dalam
diri individu secara langsung mahupun tidak langsung seterusnya mendiring jiwa
melakukan perbuatan dengan mudah atau spontan tanpa perlu berfikir juga
pertimbangan.

Adapun beberapa istilah lain yang boleh disepadankan dengan istilah akhlak
seperti moral, etika dan budi pekerti.

a) Moral

Perkataan “moral” berasal dari bahasa Latin “Mores” membawa maksud adat atau
kebiasaan.10 Moral merupakan istilah yang digunapakai dalam menggambarkan aktiviti
manusia dalam penilaian untuk menentukan label baik atau buruk, benar atau salah.
Seperti kita sedia maklum, dalam kehidupan harian kita tanpa sedar kita telah

7 Abdurrahman Hasan Habnakah al Maidani, al Akhlaq al Islamiyyah wa Ususuha, (Darul Qalam,


Damaskus, 1979), Juz 1, h. 7.
8 Mohd Nasir Ripin dan Zulkifle Haron,“Konsep Tamadun Islam” dalam Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. (Skudai, Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia), h.
49.
9 Zaharah, The Enclopedia of Islam. (2005)
10 Asmaran As, Pengantar Pelajaran Akhlak, (Jakarta: Rajawali Press, 1992), edisi 1,h. 8

4
menggunakan istilah moral dalam melabel seseorang. Jika dia melakukan perbuatan
yang baik dianggap bermoral, menakala melakukan perbuatan tidak baik dianggap tidak
bermoral.

b) Etika

Perkataan “etika” berasal dari bahasa Yunani “ethos” membawa erti adat kebiasaan. 11
Etika ini adalah satu ilmu yang membicarakan baik dan buruk perbuatan manusia. 12
Dengan kata lainnya, etika ini adalah ilmu akhlak kerana ilmu akhlak merupakan suatu
batasan perilaku baik dan buruk, terpuji dan tercela, perkataan dan perbuatan manusia
baik secara zahir dan batin. 13 Penggunaan istilah ini lebih jelas dapat dilihat dalam
budaya Melayu, etika memasuki rumah dengan tidak membawa selipar ke dalam rumah
berbeza dengan etika budaya Barat menggunakan selipar dalam rumah. Kedua-dua
etika tersebut memperlihatkan suatu pandangan yang jauh namun itu adalah adat
kebiasaan dalam budaya masing-masing.

Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga istilah akhlak, moral dan etika semuanya
memiliki persamaan dalam menentukan nilai baik dan nilai buruk sikap serta perbuatan
manusia. Selain itu, juga membicarakan berkaitan perbuatan baik dan terpuji harus
dilakukan manakala perbuatan buruk dan tercela seharusnya ditinggalkan. Hal ini
jelaslah ketiga-tiga istilah memiliki persamaan iaitu menyeru kearah melakukan
perbuatan baik dan menegah melakukan perbuatan buruk.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga isitilah ini juga terdapat perbezaan yang ketara
terletak pada sumbernya. Istilah akhlak bersumberkan yang sangat kukuh dan konkrit
iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bagi istilah etika pula bersumberkan pertimbangan akal
fikiran, pengetahuan mahupun pengalaman yang terdapat dalam nilai-nilai Islam
seterusnya membentuk diri kepada kebaikan kearah mencapai kebahagian dunia dan
akhirat.

2.1 Akhlak Terpuji (Mahmudah)

11 Zaharuddin AR dan Hasanuddin Sinaga, Op.cit, h. 43


12 Amin Syukur, Pelajaran Islam, (Semerang: PT Bina Sejati, 2003), Vol.1, h. 118
13 Barmawie Umary, Material Akhlak, ( Solo: Ramadhani, 1995), cet, h. 1

5
Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mahmudah ini ialah sifat yang ada pada Rasulullah S.A.W dan amalan utama
orang Muslim sejati.

Akhlak mahmudah adalah segala tingkah laku yang terpuji, dapat juga disebut
dengan fadhilah (‫)فضضضيلة‬, iaitu akhlak yang utama.14 Perbuatan yang baik merupakan
akhlak Karimah (mahmudah) yang wajib dikerjakan setiap Muslim. Akhlak karimah
membawa maksud tingkah laku yang terpuji dan menjadi tanda kesempurnaan iman
seseorang itu kepada Allah S.W.T.

Imam Al-Ghazali telah menetapkan empat prinsip utama akhlak yang menunjangi
akhlak manusia bagi melahirkan akhlak yang terpuji antaranya seperti berikut: 15

1) al-Hikmah (Kebijaksanaan)

Satu keadaan yang ada pada diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya
secara semula jadi membezakan di antara baik (terpuji) atau buruk (buruk)
dalam semua perbuatan ikhtiariyah (perbuatan yang lahir dengan pilihan
manusia sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik,
bersangka baik, dan pertimbangan baik.

2) Asy-Syaja`ah (Keberanian )
Keberanian adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah
atau mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani,
bermujahadah dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan tetap
pendirian.
3) al-Iffah (Penjagaan diri)
Penjagaan diri adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu
syahwat agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Perasaan pemurah,
malu, sabar, pemaaf, tolong-menolong, peramah dan kurang mengharap orang
lain akan lahir dengan sendirinya.
4) al-Adl (Keadilan)
Keadilan yang dimaksudkan adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan
perasaan marah dan nafsunya mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan

14 MKD IAIN, Sunan Ampel Surabaya, Akhlak Tasawuf,( Surabaya: IAIN SA Press, 2012), h. 153
15 Ibnu Maskawaih, Tahdzibul Akhlaq wa Tathhirul A`raq, Terj. Dr. Muhammad Usman Najati, h. 85

6
pertimbangan baik pada waktu sesuai. Selain itu, berfikir secara rasional dalam
menghadapi sesuatu permasalahan dan mencari solusi terbaik dengan adil.

Jelaslah bahawa apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia,
secara tidak langsung akan lahir sifat-sifat mahmudah yang lainnya. Jika sifat ini
terhakis atau berlebihan dalam diri manusia sebaliknya akan melahirkan sifat yang keji
(riak). Perkara ini menunjukkan bahawa kita sebagai Muslim sejati seharusnya memiliki
dan menguasai keempat-empat sifat yang disebutkan agar dapat membina dan
memelihara diri dari melakukan perbuatan keji (mazmumah)

2.2 Akhlak Keji (Mazmumah)

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal dan syariat Islam.
Akhlak mazmumah ini bukannya sifat yang ada pada Rasulullah S.A.W dan bukan
amalan utama muslim Islam sejati. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Tidak
akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang
sebesar zarah”. (Riwayat Muslim)

Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat
mazmumah iaitu merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan
as-Sunnah. Sifat dan akhlak ini tergolong dalam kategori akhlak buruk yang amat
dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara contohnya, menyekutukan Allah
S.W.T, bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya.

Antara berikut beberapa contoh sikap akhlak tercela (mazmumah) ialah takabbur
atau sombong, berputus asa, berlebih-lebihan, berdusta, dan iri hati atau hasad dengki.
Sifat-sifat ini adalah antara contoh sifat yang ada pada akhlak tercela (mazmumah).

3.0 Konsep Ibadah Haji

7
Secara etimologi kata Haji adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‫حضضج – يحضضج – حجضضا‬
bermaksud menziarahi dan mengunjungi. 16 Para ulama` telah bersepakat bahawa haji
dalam pengertian adalah untuk mengunjungi ka`bah untuk menyelesaikan manasik
haji.17 Haji menurut istilah syarak di kalangan ulama terdapat beberapa pendapat
antaranya ialah, menurut Sayyid Sabiq mengatakan haji adalah mengunjungi Mekkah
untuk menunaikan ibadah thawaf, sa`I, wukuf di Arafah dan seluruh rangkaian ibadah
haji dalam rangka memenuhi perintah Allah S.W.T dan mengharapkan redha-Nya. 18

Menurut Wahbah al-Zuhaily, ibadah haji ialah mengunjungi ka`bah untuk


mengerjakan perbuatan tertentu atau mengunjungi tempat pada waktu tertentu. 19
Manakala Majeed, ibadah haji adalah mengunjungi tempat tertentu selama waktu
tertentu untuk melaksanakan ritual atau ibadah khusus sebagai pengakuan akan
kepasrahannya.20

Firman Allah SWT:

‫حجج ايلببيي ت‬
‫ت‬ ‫ل بعبلىَ الننا ت‬
‫س ت‬ ‫ت بمبقاهَم إتيببراتهيبم َ بوبمين بدبخبلهَه بكابن آتمننا بو ت ن ت‬
‫ت ببيَيبنا ت‬
‫تفيته آبيا ت‬
‫ا بغتنيي بعتن ايلبعابلتميبن‬ ‫بمتن ايسبتبطابع إتبلييته بستبينل اً بوبمين بكبفبر بفإتنن ن ب‬
Maksudnya: Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan
kemuliannya, di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahin dan sesiapa yang masuk ke
dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat
Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadaNya dan
sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha
Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah Ali Imran: 97)21

Firman Allah SWT:

16 Djamaluddin Dimjati, Panduan Ibadah Haji dan Umrah dan Hikmahnya, (Solo: Era Internia, 2006), cet,
1, h. 3.
17 M. Hasbi Ash-Shidiq, Pedoman Haji, (Semarang: Pustaka Rizki Putra,1999), cet. 3, h. 2
18 Sayyid Sabiq, Fiqih as-Sunnah Juz 5, (Kuwait: Darul Bayan, 1968), h. 20
19 Wahbah al-Zuhaily, Al-Fiqh al-Islam wa Adilatuhu, juz 3,(Damaskus: Dar al-Fikr,1989) h. 8
20 FSA Majeed, The Hajj: The Law ang The Rationale, (Jakarta: Grafindo Persada, 2003) h. 213
21 al-Quran al-Karim dan Tafsir, Surah al-Imran: 97

8
‫جبدابل تفي ايلبحيَج‬ ‫ث بوبل فهَهَسوبق بوبل ت‬ ‫ض تفيتهنن ايلبحنج بفبل بربف ب‬ ‫ت اً بفبمين بفبر ب‬‫ايلبحجج أبيشهَهتر بميعهَلوبما ت‬
‫اهَ بوبتبزنوهَدوا بفإتنن بخييبر النزاتد النتيقبوىى اً بوانتهَقوتن بيا هَأوتلي‬
‫بوبما بتيفبعهَلوا تمين بخييرر بييعلبيمهَه ن‬
‫ايلبيلببا ت‬
‫ب‬
Maksudnya: (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang
menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh berbuat
fasik dan berbantah-bantah di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu
kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan
sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-
orang berakal. (Surah al-Baqarah: 197)22

Dari Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Islam didirikan atas
lima (dasar), bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan
Allah, keduanya mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, mengunjungi Baitullah
(mengerjakan haji), berpuasa di bulan Ramadhan.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Para ulama` telah sepakat bahawa ibadah haji diwajibkan kepada kaum
Muslimin hanya satu kali seumur hidup, adapun selebihnya adalah sunat. 23 Jelaslah
bahawa ibadah haji ini juga salah satu perintah dan tuntutan agama keatas seluruh
kaum Muslimin.

3.1 Syarat-syarat Haji

Sungguhpun begitu, ibadah haji juga memiliki beberapa syarat wajib. Antaranya ialah
Islam, baligh, berakal, merdeka, dan berkemampuan.

1. Islam

Tidak wajib keatas orang kafir dan tidak sah hukumnya jika melaksanakannya.
Hal ini kerana ibadah haji ini adalah kegiatan ibadah orang Islam. Oleh itu, jika
ada orang kafir melaksanakan ibadah haji dan kemudiannya ia masuk Islam
maka ibadah hajinya perlu diulangi semula.24

22 al-Quran dan tafsir,Surah al-Baqarah: 197


23 Farid Ishaq, Op. cit, h. 49
24 Wahbah al-Zuhaily,Op. cit, h. 20

9
2. Baligh
Ibadah haji ini tidak wajib bagi anak-anak. 25 Seandainya ada anak yang belum
baligh mengerjakan ibadah haji dengan memenuhi syarat, rukun dan wajib haji,
maka dianggap sah namun hajinya tidak menggugurkan kewajiban hajinya
sesudah dewasa kelak jika berkemampuan.

3. Berakal dan sihat

Berakal yang dimaksudkan ialah tidak gila dan sedar akan perbuatan yang
sedang dilakukannya. Selain itu, seharusnya sihat segala aspek fizikal dan
mental untuk syarat wajib dalam mengerjakan ibadah haji. Bagi orang gila adalah
tidak wajib mengerjakan ibadah haji.

4. Merdeka
Bukan sahaja budak dan hamba yang terikat dengan kewajipan kepada tuannya,
sebaliknya dalam mengerjakan ibadah haji memerlukan suatu waktu yang lama
dan memerlukan wang yang sangat banyak. Jika hamba tersebut mengerjakan
haji tanpa kebenaran majikan atau tuannya, maka ibadahnya itu tidak sah dan
seharusnya mengulangi ibadah hajinya jika berkemampuan setelah merdeka. 26

5. Berkemampuan
Para Ulama` fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan batasan dan bentuk
kemampuan dalam mengerjakan ibadah haji. Secara umumnya, kemampuan
yang dimaksudnya meliputi dua aspek iaitu bekalan dan keamanan dalam
perjalanan pergi dan balik.

Jika ianya tidak sanggup melakukan ibadah haji disebabkan tua, cacat, penyakit
yang tidak akan sembuh, maka hajinya hendaklah diwakilkan kepada orang lain jika
mempunyai harta serta mampu untuk menanggung wakil tersebut. 27

3.2 Hikmah mengerjakan Ibadah Haji

25 Djamaluddin Dimjati, Panduan Ibadah Haji dan Umrah serta Hikmah, (Solo: Era intermedia, 2006), cet
1, h. 20
26 Abdul Aziz Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam, (Jakarta: PT Intermasa, 1997),cet. 1, h. 974
27 Mahmudin Syaf, Fiqh Sunnah 5, Terj. Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq, (Bandung: PT Al-Ma`arif, 1992),
h. 43-44

10
Setiap ibadah yang dikerjakan itu memiliki hikmahnya tersendiri. Hikmah dalam ibadah
haji dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hikmah kepada individu dan hikmah
kepada masyarakat.

Hikmah kepada individu antaranya ialah mendapat keampunan dosanya dari


Allah SWT secara langsung. Selain itu, individu itu dapat mensucikan jiwa dan
rohaninya agar mengembalikan jiwa kepada kejernihan dengan keikhlasan jiwa.

Seterusnya, individu dapat membina semangat hidup yang baru serta


memperbaiki diri kearah lebih baik dan jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Melupakan
segala perkara dan sikap lama yang tidak baik dan memperbaiki diri dari segala aspek
rohaniah.

Selain itu, individu itu juga dapat menyerapi nilai-nilai kemanusian dalam dirinya
ketika mengerjakan ibadah haji. Semasa mengerjakan ibadah haji berjuta kaum
Muslimin berkumpul di Kota Mekkah dari seluruh pelusuk dunia. Berbagai bangsa atau
puak, warna kulit, warna rambut, juga berbagai bahasa pertuturan bersama-sama
mengerjakan ibadah haji. Dengan pengumpulan umat Islam seperti ini nilai-nilai
kemanusian dalam diri dapat disemai antara satu sama lain.

Tambahan pula, individu dapat mensyukuri nikmat yang Allah berikan


kepadanya. Hal ini kerana dalam mengerjakan ibadah haji memerlukan banyak
kewangan juga kesihatan tubuh badan untuk menampung perjalanan pergi dan balik.
Segala kewangan dan kesihatan itu adalah nikmat dan pemberian dari Allah SWT. 28

Seterusnya adalah hikmah terhadap masyarakat adalah dapat mewujudkan


perkenalan (ta`aruf) antara seluruh umat Islam yang berbeza rupa, warna kulit, bahasa
pertuturan, kebudayaan, juga tanah air. Secara tidak langsung ibadah haji ini
mewujudkan pertalian saudara sesama Islam ketika mengerjakan ibadah Haji. Selain
itu, hikmah seterusnya terhadap masyarakat adalah dapat mengeratkan pertalian
persaudaraan Muslimin di seluruh pelusuk dunia yang mengerjakan ibadah haji.

4.0 Perbincangan: Sifat Akhlak pada Ibadah Haji


28 Wahbah al-Zuhayli, Fiqh Shaum, I`tikaf dan Haji (Menurut Kajian Berbagai Mazhab), terj.(Bandung:
Pustaka Media Utama, 2006), cet. 1, h. 170

11
Dalam ibadah haji itu sendiri memiliki sifat akhlak yang dapat kita perhatikan secara
etimologinya adalah mendidik jiwa manusia. Nilai-nilai akhlak ini adalah suatu jalan
terbaik dalam mendidik jiwa Muslim ketika mengerjakan ibadah haji sementara
mengejar keredhaan-Nya serta mampu melatih diri untuk menjadi Muslim yang sejati
sekaligus menyerapi dalam jiwa nilai-nilai akhlak yang terpuji selepas berjaya
menunaikan ibadah haji.

Permasalahan yang timbul adalah sejauh manakah pengamalan nilai-nilai akhlak


terpuji ini berjaya dikekalkan pada jiwa mereka yang mengerjakan ibadah haji samada
pengamalan itu hanya ketika mengerjakan atau kekal selamanya diaplikasikan dalam
kehidupan. Hal ini kerana, sesetengah masyarakat Muslim masa kini hanya
memandang dan berpendapat bahawa ibadah haji hanya sebagai suatu tuntutan
agama yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang berkemampuan, namun intipati
dalaman atau tujuan sebenar mengerjakan haji tidak berjaya dipraktikkan juga
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Konsep ibadah sangat berkait rapat dengan intipati dalaman akhlak. Konsep
ibadah berpusat pada prinsip bahawa manusia diciptakan untuk menjadi khalifah Allah
SWT di muka bumi. Maka dengan itu, tuntutan menjadi khalifah seharusnya dipenuhi
dengan merealisasikan pada diri tingkah laku, akhlak, ilmu dan perbuatan manusia
yang sesuai pada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Secara keseluruhannya, nilai akhlak dalam ibadah haji lebih besar jika
dibandingkan dengan ibadah-ibadah lain. Mengerjakan haji ditujukan agar menjauhi
perbuatan keji, pelanggaran secara sengaja (fasik) dan bermusuh-musuhan. 29 Nilai-nilai
pendidikan akhlak pada ibadah haji dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
akhlak kepada Allah SWT, akhlak kepada Rasul, akhlak kepada individu, dan akhlak
kepada masyarakat.

4.1 Akhlak kepada Allah SWT

29 Said Agil Al-Munawar, Aktualisasi Nilai-nilai Quran dalam Sistem Pendidikan Islam, (Jakarta: PT Intermasa, 2003),
h. 31

12
Akhlak kepada Allah SWT dapat dinyatakan antaranya ialah sifat syukur, sifat taqwa,
dan sifat ikhlas dalam mengerjakan ibadah haji. Kesemua sifat ini dianjurkan oleh Islam
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita agar mencapai keredhaan-Nya.

1. Sifat syukur

Dalam ibadah haji juga memperlihatkan aspek Rububiyyah iaitu mengakui


bahawa hanya Allah SWT memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk.
Segala nikmat kekayaan, nikmat kesihatan adalah hak milik kekal Allah SWT. Kita
sebagai manusia hanya dipinjamkan segala nikmat ini dan hanyalah bersifat
sementara. Segalanya yang ada pada manusia hanyalah bersifat sementara dan Allah
Maha Kaya pemberiannya kepada sekalian makhluk.

Oleh itu, kaum muslimin yang telah dianugerahkan segala kenikmatan harta dan
kesihatan tubuh badan seharusnya segera menyempurnakan perhambaannya kepada
Allah agar mencapai keredhaa-Nya dengan segala nikmat yang telah dilimpahi
kepadanya. Jesteru itu, seharusnya mengerjakan ibadah haji dengan penuh rasa
syukur juga rasa kesungguhan dan keikhlasan agar segala yang dikerjakan mendapat
keredhaan-Nya dan bukannya suatu perbuatan sia-sia.

‫َ لل‬،‫ك‬ ‫ك إنن اَ للحلملد لواَلننلعلمةل ل ل‬


‫ك لواَ لممل ل‬ ‫ك لبَننلي ل‬ ‫ك لل لشإريِ ل‬
‫كل ل‬ ‫ك اَللنمهنم لبَننلي ل‬
‫َ لبَننلي ل‬،‫ك‬ ‫لبَننلي ل‬

‫ك‬ ‫لشإريِ ل‬
‫كلل‬
“Aku penuhi panggilanMu Ya Allah, aku penuhi panggilanMu, aku penuhi
panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu akan aku penuhi panggilanMu,
sesungguhnya segala puji dan kenikmatan milikMu dan kerajaan, tidak ada
sekutu bagiMu”.

Jelaslah tergambar dalam potongan ayat tersebut bahawa segala pujian dan
kebesaran hanyalah hak milik Allah Taa`la semata-mata. Segala nikmat harta dan
nikmat kesihatan adalah hak mutlak Allah SWT dan kita manusia adalah miskin segala-
galanya. Seharusnya pada mereka yang diberi anugerah kenikmatan seperti ini
wajib mengerjakan ibadah haji bagi memperhambakan diri kepada Allah SWT kerana

13
tidak semua manusia mendapat kesempatan nikmat kaya dan nikmat kesihatan untuk
melaksanakan ibadah haji.

2. Sifat Taqwa

Segala perbuatan ibadah dalam Islam adalah sejajar dengan bentuk ibadah yang
melambangkan kebesaran dan keesaan Allah SWT. Misalnya, dalam ibadah haji
melaksanakan thawaf di sekeliling ka`abah untuk memperhambakan diri kepada Allah
dengan hati yang bersih tanpa sebarang kekotoran dalam jiwa walau setitik pun terlihat.

Apabila jiwa bersih dari segala kotoran, maka hati mudah melaksanakan ibadah
dan ketakwaan sebenar-benar takwa akan muncul dalam jiwa menyeru diri untuk
mengerjakan ibadah haji dengan bersungguh-sungguh disamping keikhlasan diri dalam
melakukan perbuatan ibadah tersebut.

Kesungguhan jiwa, ketakwaan dan keikhlasan merupakan suatu prinsip dalam


mencapai dan mendapatkan ibadah haji diterima oleh Allah SWT sepenuhnya. Tanpa
kesungguhan jiwa beerti kurangnya ketakwaan dalam diri, maka keikhlasan juga akan
turut luntut pada jiwa. Jelaslah bahawa ketiga-tiga prinsip ini saling berkait dan
seharusnya Jemaah haji memenuhi segala prinsip.

Kepatuhan dan ketaatan kepada perintah Allah mencerminkan diri mukmin


dalam menilai betapa kuat keimanannya kepada Allah SWT. Tanpa didasari iman yang
kuat amat mustahil untuk seseorang itu mahu melaksanakan ibadah haji. Dengan
keimanan yang tinggi akan menggerakkan jiwa kita untuk melaksanakan ibadah haji
kerana kita sedar siapa kita dan siapa pencipta kita. Jika hakikat ini diketahui dan
didalami intipatinya maka begitu mudah membentuk jiwa untuk membina keimanan
yang tinggi.

Firman Allah Taa`la:

‫بوُبتبزتوُأدوُا بفإبتن بخليبر التزابد التتلقبوُىى ٰ بوُاتتأقوُبن بياَ أأوُبليِ اللبللبباَ ب‬


‫ب‬
Maksudnya:

14
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah
kepada-Ku wahai orang-orang berakal. (Surah al-Baqarah: 197)30

Potongan ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa betapa besarnya


pengertian takwa dalam ibadah khususnya dalam ibadah haji. Sesungguhnya taqwa
adalah menjadi penilaian utama dalam sesuatu ibadah sebelum penilaian seterusnya
dinilai dalam mendapat keredhaan Allah SWT. Oleh itu, penegasan Allah kepada para
Jemaah haji betapa pentingnya bekalan taqwa dalam mengerjakan ibadah haji.

3. Sifat Ikhlas

Ibadah haji adalah suatu ibadah yang sangat sinonim dengan memiliki intipati
spiritual keagamaan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan ibadah lain. Jesteru
itu, intipati ini seharusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membentuk
kepribadian diri, moral pada jiwa, dan seterusnya melatih diri berakhlak mulia. Hal ini
kerana ibadah ini sebenarnya adalah suatu perjalanan melatih diri untuk menjiwai diri
dalam berakhlak mulia dalam kehidupan mukmin. Masyarakat akan melihat dan para
Jemaah haji ini akan menjadi tontonan umum sebagai contoh masyarakat sekitarnya.

Dalam ibadah haji, aspek ubudiyah (memperhambakan diri kepada Allah)


kelihatan sangat jelas, Jemaah haji memperlihatkan kehinaan dan kerendahan
martabat dirinya di hadapan Allah SWT. Hal ini kerana kesemua Jemaah haji memakai
pakaian ihram yang sederhana malah tidak pula berhias, tidak berpangkat juga
berjawatan dan semua Jemaah adalah sama tujuannya iaitu datang kepada Allah untuk
memperhambakan diri berharap mendapat keampunan dosanya, juga mencari
keredhaan disamping memperoleh berkat segalanya. Oleh yang demikian, ibadah haji
haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah dengan niat yang suci. Firman
Allah Taa`la dalam Surah Ali Imran ayat 97:

‫سببيلل ٰ بوُبملن بكبفبر بفإبتن ت ب‬


‫ا‬ ‫ت بمبن السبتبطاَبع إببلليبه ب‬
‫س بحجج اللببلي ب‬ ‫بوُ ب ت ب‬
‫ل بعبلىَ التناَ ب‬
‫بغبنييِ بعبن اللبعاَلببميبن‬

30 Al-Quran dan terjemahan, Op.cit, h. 9

15
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa
yang kufur (ingkar kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 31

Melalui potongan ayat ini jelaslah bahawa setiap manusia itu diwajinkan
melaksanakan ibadah haji sekali dalam seumur hidupnya jika berkemampuan. Ayat ini
juga adalah penegasan kepada mereka yang ingkar kepada Allah akan menerima
balasan kelak diakhirat. Oleh itu, melaksanakan ibadah haji seharusnya dengan niat
yang suci dan niat kerana Allah Taa`la dan bukannya mengerjakan ibadah haji hanya
untuk menjadi riya` disebabkan berkemampuan, sombong dan takabbur dengan nikmat
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui segala perbuatan
makhluknya.

Dengan adanya sifat riya`, sombong dan takabbur dalam jiwa ini akan
merosakkan segala yang dikerjakan dalam ibadah haji mahupun ibadah-ibadah lain.
Segala perbuatan ketika mengerjakan ibadah haji hanyalah sia-sia malah lebih penting
tidak mendapat keredhaan-Nya disamping segalanya adalah sia-sia. Melaksanakan
ibadah haji biarlah dengan hati yang ikhlas, niat yang suci kerana Allah Ta`ala dan
sentiasa berharap keampunan dari-Nya juga mendapat barakat darinya.

4.2 Akhlak kepada Rasul

Dalam ibadah haji bukan sahaja lahirnya akhlak kepada Allah SWT, juga lahirnya akhlak
kepada Para Rasul Allah. Sebagai contoh lahirnya sifat patuh mengikuti ajaran para
Rasul Allah dan sifat sentiasa berselawat kepada Nabi junjungan Nabi Muhammad
S.A.W.

1. Sifat patuh

Ibadah haji merupakan syariat dalam Islam yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda S.A.W telah mengajar upacara-upacara ibadah yang
sangat jelas hubungannya dengan syariat Islam yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim
31 Al-Quran dan terjemahan, Surah Ali Imran: 97

16
a.s. Jesteru itu, kita sebagai mukmin yang mengikuti sunnah Nabi seharusnya
mengikuti segala apa yang telah diajar oleh Baginda S.A.W.

Dalam ibadah haji, ketika tawaf Jemaah disunahkan untuk mencium atau
mengusap Hajar Aswad kerana perbuatan ini mengikuti perbuatan amalan yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad S.A.W. Perbuatan dan amalan
ini menjadi rutin para Jemaah yang mengerjakan haji dan ianya dianggap Sunnah
ketika mengerjakan haji.

“Umar r.a berkata: Sungguh aku mengetahui engkau hanyalah batu, sekiranya aku tidak
melihat kekasihku Rasulullah S.A.W telah mencium dan mengusapmu, nescaya aku
tidak akan mencium dan mengusapmu”. (Hadis Riwayat Muslim) 32

Firman Allah Taa`la:

‫سوُل ب بوُأأوُبليِ اللبلمبر بملنأكلم‬ ‫ۖ بياَ أبجيبهاَ التبذيبن آبمأنوُا أببطيأعوُا ت ب‬


‫ا بوُأببطيأعوُا التر أ‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri” (Surah An-Nisa: 59)33
Jelaslah bahawa potongan ayat ini menegaskan bahawa manusia seharusnya
taat kepada Allah, Rasul dan Ulil-Amri. Dalam konteks ibadah haji mencium dan
mengusap Hajar Aswad adalah Sunnah, melalui penegasan ayat diatas seharusnya
dilakukan segala Sunnah Rasulullah S.A.W dalam mentaati perintah Allah SWT.

2. Berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Umum diketahui, berselawat merupakan salah satu ungkapan dalam mencintai
Rasulullah. Dengan harapan semoga segala ungkapan tersebut kita mendapat
syafaatnya kelak.

32 Hadis Riwayat Muslim


33 Al-Quran dan Terjemahan, Surah An-Nisa:59

17
Dalam ibadah haji, ketika Jemaah sedang berada di Raudhah. Mereka disyorkan
untuk memperbanyakkan membaca selawat, solat sunat, zikir, dan sebagainya. Hal ini
kerana, di tempat suci dan mulia ini Rasulullah S.A.W selalu bertaqarub dan bermunajat
kepada Allah Taa`la sehingga Baginda wafat. Dengan memperbanyak selawat ini
adalah bukti kecintaan manusia kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

4.2 Akhlak kepada individu


Secara keseluruhannya, mengerjakan ibadah haji ini adalah suatu jalan terbaik dalam
mendidik jiwa meresapi nilai-nilai akhlak yang terpuji dalam diri individu. Dapat
diperhatikan secara etimologinya, ibadah haji ini adalah suatu bentuk atau landasan
melatih jiwa manusia.
1. Tidak melakukan rafats, fusuq dan jidal
Dalam setiap individu menunaikan ibadah haji adalah suatu kewajipan bagi
dirinya, Islam menegah umatnya merugikan pihak-pihak lain. Islam melarang umatnya
mengeluarkan kata-kata kesat kerana dari kata-kata itu akan melahirkan perbuatan
yang diperkatakan.
Dalam ibadah haji, ketika sedang ihram terdapat banyak larangan-larangan
antaranya ialah tidak rafats (berhubungan seks). Hal ini kerana ibadah haji ini adalah
suatu perkara dan perbuatan yang sangat mulia dan terpuji. Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan haji sedang ia tidak melanggar kesopanan dan tidak
pula melanggar ketentuan, maka ia akan bebas dari dosa-dosa seperti pada hari seperti
ia dilahirkan oleh ibunya”.34
Hadis ini cukup jelas menyatakan bahawa dalam ibadah haji segala larangan
seharusnya diikuti dan dipatuhi oleh jemaah haji. Jika hanya berlaku sedikit
perlanggaran terhadap larangan maka akan rosaklah ibadah yang dilaksanakan dan ia
dianggap sia-sia belaka.

2. Mengawal hawa nafsu


Dalam tempoh melaksanakan ibadah haji, mengawal hawa nafsu adalah sesuatu
perkara yang amat berat untuk dilaksanakan. Sinonim dengan sifat Syaitan yang

34 Imam Abi Zakaria Bin Syarif an-Nawawi ad-Damsyiq, h. 457

18
sentiasa menganggu dan menggoda manusia dalam melaksanakan sesuatu perkara
dan membawa manusia ke jalan yang sesat. Para Jemaah juga tidak ketinggalan
dengan hasutan syaitan yang sentiasa menggoda mereka untuk mengajak ke jalan
yang sesat. Firman Allah Taa`la dalam Surah Shaad ayat 26:

‫سببيبل ت ب‬
‫ا‬ ‫ ٰبوُبل بتتتبببع اللبهبوُىى بفأي ب‬
‫ضلتبك بعلن ب‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan
kamu dari jalan Allah” 35
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa penegasan terhadap mengawal hawa nafsu.
Umumnya manusia ini adalah lemah dari segala-galanya, oleh itu, jiwa seharusnya
sentiasa dilatih untuk mengawal segala hawa nafsu agar terhindar dari perkara dosa.
Ketika dalam ihram, begitu banyak larangan-larangan yang harus ditinggalkan
jemaah. Saat inilah akan memperlihatkan sejauh mana jiwa kita cukup terlatih atau
sebaliknya dalam mengawal hawa nafsu. Intipati larangan-larangan ini adalah menilai
sejauh mana jemaah haji ini berjaya mengawal hawa nafsu dan untuk mendapat
keredhaan Allah SWT.
Dalam ibadah haji, terdapatnya satu perbuatan melontar jamrah, melontar
jamrah ini adalah hanya simbolik kewujudan permusuhan dan kebencian manusia
terhadap syaitan yang selalu menyesatkan manusia dari jalan yang diredhai Allah.
Selain itu, ada juga sesetengah jemaah melakukan dua perkara semasa ibadah
haji iaitu mengerjakan ibadah haji dan melancong di bumi Mekkah. Tidak salah jika
jemaah ingin membeli belah, namun membeli belah haruslah selesai kesemua ibadah
haji dan bukannya membeli belah secara berlebih-lebihan.
Jelaslah membuktikan betapa pentingnya penegasan Allah kepada para hamba-
Nya terhadap mengawal dan mengendali hawa nafsu agar tidak terjebak dengan pujuk
rayuan syaitan yang membawa manusia ke jalan yang sesat. Hal ini kerana
sememangnya tugas syaitan itu adalah untuk menyesatkan manusia sehingga hari
kiamat.

3. Sifat tolong-menolong

35 Al-Quran dan terjemahan, Surah Shaad :26

19
Sifat tolong-menolong merupakan satu sikap atau amalan yang sangat dituntut
dalam Islam. Dalam ibadah haji dapat dilihat amalan atau sikap tolong-menolong antara
jemaah walhal mereka bukanlah dari satu tempat yang sama namun berlainan tanah
air. Sebagai contoh, ketika melontar jamrah, kadang kala ada segelintir jemaah yang
tidak mampu untuk melontar jamrah, maka pihak lain wajib membantunya melontar
jamrah. Selain itu, dapat juga dilihat apabila adakalanya jemaah yang tersesat, dan
jemaah lain membantu menunjukkan jalan yang benar.
Prinsip tolong-menolong ini sesuai dengan firman Allah Taa`la dalam Surah Al-
Maidah ayat 2:

‫ ٰبوُبتبعاَبوُأنوُا بعبلىَ اللببرر بوُالتتلقبوُىى ۖ بوُبل بتبعاَبوُأنوُا بعبلىَ اللبلثبم بوُاللأعلدبوُابن‬


Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa
dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa (maksiat) dan bertakwalah
kamu kepada Allah.
Selain itu, amalan tolong-menolong ini juga dapat menghakis segala sifat egois
yang ada pada diri setiap jemaah. Umumnya jemaah haji adalah pengumpulan umat
islam seluruh dunia, berbagai rupa, warna kulit, bahasa pertuturan, bangsa berkumpul
di Kota Mekkah menjalinkan sifat toleransi walau pun berlainan bangsa dan tanah air.
Ketika itu, kesemua jemaah memakai ihram yang sama dan tidak ada kelebihan walau
sedikit pun pada jemaah. Maka secara langsung sifat egois akan terhakis apabila
melihat keadaan jemaah lain yang semuanya adalah sama hamba Allah.
Secara keseluruhannya, sifat tolong-menolong ini akan memperlihatkan betapa
Islam itu adalah agama yang suci. Islam tidak membezakan setiap umatnya pada rupa,
pangkat, warna kulit, dan bangsa, namun ukurannya adalah ketakwaan kepada Allah.
Dengan adanya sifat tolong-menolong ini, dunia melihat syiar Islam itu kuat, umat Islam
itu sentiasa bersatu padu maka akan melemahkan musuh-musuh Islam dari segi
psikologinya.

4. Terjalinya ukhuwah (persaudaraan)


Allah SWT telah mensyariatkan ibadah haji bertujuan untuk memperlihatkan
kepada seluruh umat manusia betapa manusia ini adalah berbagai-bagai rupa dan

20
semuanya adalah sama iaitu hamba-Nya. Ketika musim haji, berkumpulnya seluruh
umat Islam seluruh dunia di suatu tempat dengan berbagai jenis bangsa, suku, tanah
air untuk tunjuk kepada Allah Taa`la. 36 Maka pengumpulan sebeginilah akan terciptanya
perkenalan dan persahabatan antara jemaah tersebut.

Firman Allah Taa`la:

‫س إلنناَ رخلرمقرناَفكمم لممن رذركرر روأفمنثرىى رورجرعملرناَفكمم ف‬


‫شفعوُبباَ روقررباَئلرل للتررعاَررففوُا‬ ‫رياَ أرييرهاَ النناَ ف‬
‫ال أرمترقاَفكمم إلنن ن‬
‫ار رعلليِرم رخلبيِرر‬ ‫إلنن أرمكرررمفكمم لعمنرد ن‬

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di
antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat:13)37

Dengan pertemuan dan kebersamaan itu, para jemaah menjalinkan ukhuwah


Islamiyyah seagama dengan tanpa ada perbezaan antara suku, mahupun negara.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

‫المسلم اخوُا المسلم ل يظلمه وُل يسلمه‬


“Orang Muslim itu bersaudara bagi orang Muslim lain. dia tidak menzaliminya dan tidak
pula membiarkannya zalim” (Hadis Riwayat Tarmizi) 38

Selain itu, pertemuan atau terjalinnya ukhuwah sebegini juga dapat


menghakis segala perbezaan antara jemaah pengikut mazhab yang berlainan. Dengan
pertemuan ini perkongsian perdapat menjadi bualan dan perdebatan menjadi tolakan.

36 Ishak Farid, Ibadah Haji dalam Filsafat Hukum Islam, (jakarta: PT Rineka Cipta, 1999) h. 77
37 Al-Quran dan terjemahan, Surah al-Hujurat: 13
38 Turmudzi, Shahih Sunan Turmudzi, Juz IV, (Beirut: Daar Ilmiah, tt) h. 26

21
Allah melarang manusia saling berdebat kerana ianya akan mendorong kepada
permusuhan dan pertumpuhan darah akan berlaku sekaligus menjadi sebab kejatuhan
Islam kembali.

5.0 Penutup

Imtihannya, ibadah haji adalah suatu pekerjaan yang sangat mulia jika dibandingkan
dengan ibadah-ibadah lain. Ibadah ini juga menjadi satu jalan terbaik dan berkesan
dalam mendidik jiwa individu untuk menjadi Muslim sejati yang diredhai oleh Allah SWT.
Intipati ibadah haji banyak memberikan inspirasi dan kesedaran dalam diri individu
untuk sentiasa mentaati perintah Allah dan melaksanakan segala suruhan-Nya baik
ketika mengerjakan haji atau selesai mengerjakan haji.

Segala intipati dan akhlak terpuji (mahmudah) ketika mengerjakan ibadah haji
juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, menjiwai erti
kesyukuran atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita
manusia. Sesungguhnya erti syukur seharusnya ada dalam diri setiap individu Muslim
baik secara zahir juga secara batinnya. Kesyukuran itu adalah satu tanda manusia
tunduk dan yakin kepada kekayaan dan kekuasaan yang kekal adalah milik Allah SWT.
Umumnya, segala kekayaan, wang, pangkat, kesihatan tubuh badan adalah milik Allah
dan kita hanya diberi pinjaman sementara. Semuanya adalah bersifat sementara dan
bersifat kekal pada Allah SWT.

22
Secara totalnya, kepada individu yang berkemampuan dari segi kewangan dan
kesihatan tubuh badan seharusnya melaksanakan ibadah haji dengan segera. Segala
nikmat itu adalah pinjaman sementara dari Allah kepada kita manusia. Seperkara lagi
adalah menjadikan niat mengerjakan haji kerana Allah Taa`la adalah objektif utama
bukan pula menjadikan niat melancong sambil membeli belah sebagai tujuan utama.
Jika perkara sedemikian berlaku maka sia-sia sahaja segala perbuatan yang telah
dilakukan kerana tidak mendapat menjiwai intipati ibadah haji.

6.0 Rujukan

Ahmad Munawar Ismail, Z. S. (2012). Islam dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu. Jurnal Hadhari,
143-154. Didapatkan dari http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20143-
154.pdf

Al-Hafiz, M. (2013, Oktober 26). Mengenai Nilai Akhlak dalam Ibadah Haji. Didapatkan dari
http://www.mushlihin.com/2013/10/artikel-islam/mengenal-nilai-akhlak-dalam-ibadah-haji.php

Hakim, R. (2013, Februari 4). Studi Islam Tentang Akhlak Konselor. Fakultas Tarbiyah dan Keguruan IAIN
Imam Bonjol Padang, hlm. 300-3003. Didapatkan dari
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=157699&val=5952&title=STUDI%20ISLAM
%20TENTANG%20AKHLAK%20KONSELOR

Hasany, M. d. (2010). Tingkatkan Pengetahuan Calon Haji Sebelum dan Sesudah Mengikuti Pelatihan
Manasik Haji. Jurusan Gizi-FIKKES-Universiti Muhammadiyah Semarang, hlm. 233-237.

Maula, A. (2004). NILAI-NILAI PENDIDIKAN AKHLAK DALAM SYAIR NASIHAT KH. R. ASNAWI. Pendidikan
Agama Islam, 1(2). Didapatkan dari http://download.portalgaruda.org/article.php?
article=157699&val=5952&title=STUDI%20ISLAM%20TENTANG%20AKHLAK%20KONSELOR

Yusof, M. (2008). Haji Dalam Al-Quran, Hadis dan Pengalaman Muslim. Pascasarjana UIN Sunan Kalijaga,
(hlm. 27-48). Yogyakarta.

Yuyun Arifah. (2008). Nilai-nilai Pendidikan Akhlak Pada Ibadah Haji. Fakulti Tarbiyah Institut Agama
Islam Negeri Walisongo, hlm. 12-54.

23
.

24

Anda mungkin juga menyukai