Anda di halaman 1dari 19

PEMBENTUKAN AKHLAK PADA MASA KINI DAN CABARAN-

CABARANNYA

OBJEKTIF TAJUK

 Mengetahui konsep akhlak secara lebih mendalam dan terperinci dari segi

perspektif islam

 Memahami kepentingan akhlak islam dalam kehidupan seharian

 Mengetahui cabaran-cabaran dalam pembentukan akhlak remaja pada masa kini

 Mengetahui kaitan akhlak dengan iman dan ibadah secara lebih mendalam

PENDAHULUAN

Perbincangan mengenai akhlak, etika dan moral menarik perhatian pelbagai

pihak sejak zaman berzaman. Umumnya ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan

perangai, tabiat, sikap, tingkah laku, budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan

manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberi ukuran atau nilai sama ada baik

atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun, persoalannya ialah apakah

piawaian dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ?. Jahat atau

tidak ?. Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji dan

memahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai dengan pepatah

"lain padang, lain belalang". Lain perlakuan, lain penilaian yang diberikan oleh

komuniti masyarakat. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang

bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang

banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan mores bagi

1
konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yang ditakrifkan sebagai

kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan

piawaian atau norma. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan

etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum,

tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga

dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang

larang masyarakat. Walau apapun, peraturan masyarakat wujud di luar diri

individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti

dalam masyarakat tersebut *(Abdul Rahman Md Aroff, 1999:10).

Bagi *Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia

dipandang dari segi baik atau buruk sejauh yang dapat ditentukan oleh akal.

Nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika itulah disebut moral yang baik,

manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika, ia disebut moral yang

buruk atau tidak bermoral. Ini membawa maksud bahawa etika dan moral

merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu

sama lain. Justeru, terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral

dengan etika. *Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik kata-kata *Peter Baelz,

antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama.

Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya,

sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya".

jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, maka moral dapat diertikan sebagai

satu disiplin yang menjelaskan kepada kita apakah sistem moral yang dihayati

oleh satu-satu kelompok manusia tertentu; manakala etika pula mengkaji,

2
menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. - Etika bersifat reflektif dan

teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik atau

pengkaji, manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika

*(Mohd Nasir Omar, 1986:19-20). Disebabkan etika merupakan teori-teori yang

dihasilkan oleh pemikiran manusia, kita dapati telah muncul pelbagai mazhab

dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman masing-masing.

Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial, etika keperibadian

mulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan, eksistensialisma, naturalisme,

hendoisme, idealisme, teologi dan sebagainya *(Abdul

Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).

Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kerana itu konsepnya tidak sama dengan

konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah

yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan

terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan

serta petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah

dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Bagi *Gazalba (1983: 89), moral

dalam Islam ditentukan oleh akhlak. Moral dalam masyarakat bukan Islam

ditentukan oleh etika. Etika ialah falsafah mengenai teori nilai (axiologi).

3
1. TEORI AKHLAK

1.1 Pengertian Akhlak

Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamak (plural) dari perkataan al-

khuluqun yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat *(Mustafa Hj

Daud, 1996: 4). Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq

yang bererti ciptaan *(Harun Din, 1985: 143). Al-Quran menyatakan hakikat ini,

bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan

dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah". *(al-Sajdah 32: 7)

Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan

tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual - dalaman) diri manusia.

Keindahan ciptaan fizikal dustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka, warna

kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri

manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan

jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang

dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia bermaksud orang tersebut baik

sifat lahiriah dan batiniahnya (Lebih lanjut lihat *Humaidi Tatapangarsa, 1983).

Dari sudut istilah, *Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. H Ismail Yakub,

jId 4, 1988: 143) mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa

seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa

berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. Apabila keadaan jiwa

tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia

dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia

dinamakan akhlak yang buruk. Menurut *Ibn Miskawayh, keadaan jiwa

4
seseorang itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Pertama: Natural (tabie) -

keadaan jiwa yang tabie ini berpusat dari sifat semula jadi seseorang,

umpamanya perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; panas

baran; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus

asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan

kebiasaan. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi kepada dua peringkat;

i.Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti

ii. Peringkat mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam

amalan hidup seseorang. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi

aspek lahiriah dan batiniah seseorang.

Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. Manakala aspek batiniah pula

merupakan keadaan dalaman (spiritual) seseorang. Dengan kata lain, aspek

batiniah ialah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka

melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman tersebut. Ringkasnya, akhlak

haruslah mempunyai tiga cirri berikut:

i. Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak

kepada pembentukan tingkah laku (aspek luaran).

ii. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana

tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya.

5
iii. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga

menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang

inginkan kesejahteraan dalam hidup. Ini sebagaimana disebutkan dalam *Surah

As- Syams ayat 9-10 bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang

yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya".

2. KATEGORI AKHLAK

Umumnya perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua

kategori utama, iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila

mereka melakukan perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah

(terpuji). Perlakuan buruk pula terhasil apabila melakukan sesuatu perkara yang

bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).

2.1 Akhlak Mahmudah (TERPUJI)

Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam, la merupakan

segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil

perkara sehinggalah sebesar-besar perkara seperti keimanan yang mutlak

kepada Allah s.w.t., taqwa, ihsan, benar, jujur, amanah, menyampaikan,

bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan, memelihara lidah, lemah lembut,

sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.

Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan pelaksanaan

tanggungjawab kepada perintah Allah s.w.t. dan akur kepada larangan-Nya

6
dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain, ia

melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di

khalayak atau keseorangan. Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir,

tetapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut.

2.2 Akhlak Mazmumah (KEJI)

Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada

akhlak mahmudah. la merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan

perangai buruk yang dicela oleh syarak. Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik,

derhaka kepada ibubapa, khianat (pecah amanah), sombong, mencela, benci

membenci, fitnah, tomohan, hasad, dengki, rasuah, mengintai-intai kesalahan

dan kesilapan orang lain dan sebagainya. Sifat mazmumah adalah semua

perbuatan yang melaksanakan larangan Allah s.w.t. dan meninggalkan suruhan-

Nya. Terpuji atau tercela sesuatu perlakuan (perkara) bukannya berdasarkan

ukuran akal, tetapi berdasarkan standard yang digariskan oleh al-Quran dan al-

Sunnah.

Al-Quran sebagai sumber mutlak merupakan wahyu Allah s.w.t., sedangkan

manusia adalah makhluk ciptaan-Nya, dengan itu sudah past! Dia menurunkan

panduan yang sesuai dengan ciptaan-Nya itu. Firman-Nya dalam surah al-Rom

ayat 30, bermaksud: "Hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu

wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus)

"agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan

7
bersedia dan semula jadinya lagi) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang

perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi

kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dalam konteks akhlak, al-Quran

menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjelaskan hakikatakhlak yang baik

dan akhlak yang buruk, kepentingan akhlak baik dan celaka serta ancaman

kepada mereka yang berakhlak buruk. Antara pendekatan tersebut ialah:

i. Menjelaskan konsep kebaikan dan keburukan secara terperinci. Al-Quran

menggunakan suatu susunan istilah yang menyeluruh bagi menjelaskan konsep

kebaikan. Istilah-istilah tersebut ialah al-khair (kebaikan), al-haqiqah

(kebenaran), qist (kesaksamaan), adi (kesamaan dan keadilan), haqq (benar dan

betul), maaruf (diketahui dan disahkan baiknya), taqwa (takut dan harap), ihsan

dan sebagainya. Amalan-amalan taat dan warak ini disebut sebagai solihat

(Rafik Issa Beekun, 1998: 3). Mereka yang melakukan amalan kebaikan adalah

orang yang berjaya. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Wahai orang-orang yang

beriman! Ruku’lah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada

Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal

kebajikan (al-khair) supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat". (al-Hajj 22: 77)

Bagi menggambarkan konsep keburukan pula, al-Quran telah menggunakan

istilah-istilah seperti al-sayyiat (keburukan), al-suu’ (kejahatan), al-fahsya

(perkara-perkara yang keji), al-mungkar (kemungkaran), amalan syaitan dan lain-

lain. Mereka yang mengamalkan amalan ini adalah orang-orang yang rugi di

dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Wahai orang-orang yang

8
beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala, mengundi

nasib dengan batang-batang panah (bertenung nasib) adalah perbuatan keji

(rijsu) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya

kamu berjaya". (al-Maidah 5:90)

ii. Pujukan dan ancaman: kebaikan dan keburukan adalah untuk mereka yang

melakukannya. Al-Quran menerangkan bahawa kebaikan dan keburukan yang

manusia lakukan adalah untuk diri mereka sendiri. Kesan kedua-dua perbuatan

tersebut kembali kepada diri mereka sendiri. Hakikat ini dijelaskan dalam surah

al-lsra ayat 7 bermaksud: "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan

yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan,

maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. . . " Kebaikan dan

keburukan merupakan dua perkara yang tidak sama walaupun keburukan itu

menarik hati manusia. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Katakanlah (wahai

Muhammad) "tidak sama yang buruk dengan yang balk, walaupun banyaknya

yang buruk itu menarik hatimu. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-

orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5:100)

iii. Pensejarahan atau penceritaan. Banyak kisah-kisah silam yang menarik untuk

dijadikan iktibar oleh urnat kini. Dalam konteks akhlak, aI-Quran menceritakan

pembalasan yang diterima oleh manusia yang berakhlak busuk, menzalimi diri

sendiri, menolak kebenaran. hidup berasaskan hawa nafsu dan bertentangan

dengan fitrah semulajadi dengan melakukan homoseksual dan sebagainya.

9
Dalam surah Yunus ayat 13 disebutkan, bemaksud: "Dan sesungguhnya kami

telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, dan ketika mereka berbuat

zalim padahal para rasul mereka telah datang membawa keterangan-

keterangan (yang nyata), tetapi mereka sama sekali tidak mahu beriman.

Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat dosa.

Bagi kaum Thamud, Allah s.w.t. menjelaskan, bermaksud: Maka ketika

keputusan kami telah datang, Kami selamatkan Nabi Saleh berserta umatnya

yang beriman, dengan rahmat Kami, dan (Kami selamatkan) kehinaan pada hari

itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Dan

orang-orang yang zalim itu (kaum Thamud), dibinasakan oleh satu suara yang

mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu sehingga mereka mati

bergelimpangan ditempat tinggal masing-masing. (Mereka punah ranah) seolah-

olah mereka tidak pemah tinggal di situ. Ketahuilah sesungguhnya kaum

Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah

akhimya bagi kaum Tbamud. (Hud 11:66-68) AI-Quran juga telah

menggambarkan kehancuran penduduk negeri Sadum kerana mengikut hawa

nafsu. Kisah ini dirakamkan dalam surah Al-A’raf ayat 80- 84 bermaksud: Dan

Nabi Lut (juga Kami utuskan), (ingatlah) apabila ia berkata kepada kaumnya:

"Mengapakah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pemah

dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam sebelum kamu?. "Sesungguhnya

kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu bukan kepada

perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” Dan tidak

ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan

10
pengikut-pengikutnya yang taat) dari negeri kamu ini. “Sesungguhnya mereka

adalah orang-orang yang (mendakwa) diri mereka suci.” Maka Kami selamatkan

dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya,

adalah ia dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani

mereka dengan hujan (batu). Oleh itu, perhatikanlah bagaimana kesudahan

orang-orang yang melakukan dosa.

Selain danpada ciri-ciri di atas, terdapat banyak lagi cerita yang diceritakan oleh

Al-Quran bagi menggambarkan akhlak baik dan akhlak buruk seperti nasihat

menasihati sebagaimana yang dilakukan oleh Lukman kepada anaknya,

perbandingan atau perumpamaan antara mereka yang melakukan kebaikan

dengan keburukan, gambaran batasan dan lain-lain. Manakala Al-Sunnah,

sebagaimana Al-Quran, juga menjelaskan secara terperinci akhlak yang baik dan

akhlak yang buruk. Al-Sunnah adalah segala yang dibuktikan daripada

Rasullullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, taqrir

(pengakuan terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat), sifat kelakuan dan

perjalanan hidupnya (AI-Qattan, Manna, 1992: 13-15). Rasutlullah s.a.w adalah

ikutan terbaik dalam semua aspek hidup. Kehidupan Baginda berasaskan nilai

dan etika murni (akhlak) yang dipandu oleh Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan status

Baginda s.a.w sebagai pesuruh Allah s.w.t. yang membawa konsep

"penyempurnaan akhlak yang mulia (Lihat al-Baihaqi, 1980:192). Terdapat

pelbagai hadis (Nabi Muhammad s.a.w) yang menyuruh supaya berakhlak baik

dan meninggalkan akhlak buruk. Begitu juga dengan hadis-hadis yang menjelas,

11
menganjur, menyaran dan memberi gambaran kebaikan kepada pelaku akhlak

baik. di samping hadis-hadis yang menggesa supaya menjauhi dan

meninggalkan akhlak buruk serta balasan mereka yang melakukan perbuatan

tidak baik; keji dan mungkar. Imam Nawawi (1988) telah mengemukakan hadis-

hadis tersebut antaranya bermaksud:

i. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada, tingalkanlah

kejahatan dan mengerjakan kebaikan, nescaya ia dapat menghapuskan dosa.

Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" (Riwayat Tarmizi)

ii. Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana

dia mencintai dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iii. Janganlah kamu dengki-mendengki, tipu menipu, benci-membenci, belakang

membelakangi (musuh memusuhi), dan janganlah setengah kamu menjual di

atas penjualan setengah kamu. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Orang-orang Islam bersaudara, tidak boleh ia menganiayai dan membiarkan

saudaranya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustainya dan

menghinakannya. "Takwa itu di sini". Kata Nabi - sambil menunjuk ke dadanya

tiga kali. Kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang

Islam. Orang Islam ke atas orang Islam lain haram darahnya, hartanya dan

kehormatannya. (Riwayat Muslim)

12
iv. Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) kamu

beriman sehingga kamu berkasih-kasih. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu

satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-

kasih ? laitu siarkanlah salam di antara kamu. (Riwayat Muslim) Dengan itu

jelaslah bahawa wahyu dan sunnah Rasullullah S.A.W. merupakan dua

rangkaian panduan yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya menyatakan

secara jelas apa yang disebutkan sebagai kebaikan (terpuji) dan keburukan

(tercela). Kebaikan dan keburukan itu bukan sekadar sifat atau perbuatan yang

dilakukan oteh seseorang tetapi ia adalah sesuatu" yang datang dan dalam diri

manusia; keadaan kejiwaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu

tindakan.

3. PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

Membina dan memantapkan akhlak bukan pefkara yang mudah. Seluruh potensi

dan kekuatan perlu diterap secara bersama dan berterusan ke arah acuan yang

sudah ditentukan. Acuan dan landasan yang berdasarkan sumber autentik Islam;

AI-Quran dan AI-Sunnah, seterusnya berasaskan realiti kehidupan; ibubapa,

keluarga, persekitaran, adat resam, pendidikan dan sebagainya. Walaupun

terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam pembinaan akhlak dan

pemantapannya, namun di sini disarankan beberapa langkah sahaja, antaranya:

3.1 Penghayatan Al-Quran

13
Al-Quran perlu dijadikan panduan harian dengan membiasakan diri dengan

membaca dan memahami ayat-ayatnya yang tersurat dan makna yang tersirat

sama ada pada waktu pagi atau petang. para pendidik dinasihatkan supaya

memberikan didikan al-Quran kepada anak didik mereka, kerana: "apabila lidah

kita terbiasa dengan ayat-ayat al-Quran, maka roh akan berkembang, hati akan

khusyuk, air mata akan mengalir, iman dan Islam akan kukuh di dalam jiwa.

Pembaca al-Quran akan diberi naungan Arasy Allah pada hari yang tiada

naungan melainkan naungan-Nya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ath-

Thabarani daripada Syaidina Ali (Karramallahu-Wajhah), bahawa Nabi s.a.w

bersabda, bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada

Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran.

Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah

pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama- sama para Nabi-Nya

dan orang-orang soleh. Penghayatan al-Quran mendidik hati-hati supaya

sentiasa akur dan patuh kepada Allah s.w.t. Takut pada ancaman-Nya dan

gembira dengan janji Allah yang sentiasa benar.

3.2 Uswah Hasanah

Baginda S.A.W. telah mempraktis dan menjalani kehidupan berasaskan didikan

al- Quran. Antara contoh akhlak baginda ialah:

 Akhlak Baginda Sesama Manusia

14
i. Anas meceritakan "Aku melayani Nabi selama sepuluh tahun lamanya. Demi

Allah belum pemah aku mendengar ia berkata “ah” kepadaku dan tidak pula

pernah ia menegur: mengapa kamu berbuat begini dan alangkah baiknya kalau

kamu buat begitu".

ii. Anas bin Malik menceritakan, Rasullullah s.a.w. gemar mengunjungi orang

sakit, menghadiri upacara jenazah, mengenderai keldai biasa dan

memperkenankan undangan hamba sahaya yang memanggilnya.

 Akhlak Baginda Dengan Alam

i. Akhlak mulia yang baginda tunjukkan bukan sahaja melibatkan manusia, malah

juga kepada makhluk lain sama ada nampak atau tidak. Makhluk-makhluk

tersebut seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, muka bumi, jin dan sebagainya.

Sebagai contoh, baginda telah menjelaskan terdapat perempuan tua yang akan

dibakar dalam api neraka kerana memelihara kucing, mengurungnya dan tidak

memberi makan sehingga kucing tersebut mati. Dan terdapat perempuan yang

dalam hidupnya melakukan berbagai kemaksiatan tetapi mendapat balasan

syurga kerana kebaikan hatinya iaitu memberi minum anjing yang kehausan.

15
4. CABARAN- CABARAN DALAM PEMBINAAN AKHLAK

4.1 Nafsu Manusia

Nafsu adalah merupakan satu elemen rohani manusia. Elemen inilah yang

sentiasa mendorong manusia memenuhi kehendak mereka yang tidak pernah

puas untuk melakukan apa yang dikenhendaki oleh nafsunya. Justeru itu, Allah

melarang kita dari mengikut hawa nafsu, Firman-Nya yang bermaksud

“(Janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari

keadilan).” (An-Nisa’, 4:135)

4.2 Godaan Syaitan dan Iblis

Syaitan adalah makhluk rohani yang secara nyata sebagai musuh kepada

manusia. Syaitan sentiasa memperalatakan nafsu manusia ke arah kejahatan.

Perkara ini dapat dibuktikan, Firman-Nya yang bermaksud “(Iblis berkata: wahai

Tuhanku! kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya

akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia

ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambamu

yang dibersihkan dari sebarang syirik).” (Al-Hijr, 15:39-40)

16
5. KESIMPULAN

Kita mestilah mempunyai jati diri yang kuat, jangan mengira apa yang dikatakan

orang. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakr As-Siddiq (Jadilah seperti

pokok yang lebat buahnya walaupun dilemparkan dengan batu ia tetap akan

dibalas dengan buah). Selain itu sebagai seorang pelajar kita hendaklah

mentaati ibu bapa kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu

bapa. Pembentukan peribadi akhlak yang mulia mampu melahirkan insan yang

sempurna dari segi aspek rohani, fizikal,dan perlakuan.daripada sudut ini kita

dapat disimpulkan bahawa kemajuan sesuatu negara bergantung kepada akhlak

penduduknya. Pepatah arab ada mengatakan jika kita hendak melihat keadaan

nagara pada masa hadapan, hendaklah kita melihat akhlak remaja pada masa

kini, jika akhlak remaja menepati islam maka majulah negara pada masa

hadapan namun jika sebaliknya maka bersiap sedialah untuk melihat

kehancuran negara tersebuyt pada masa yang akan datang.

17
RUJUKAN

 Abdul Rahman Md. Aroff. 1999. Pendidikan moral: teori etika dan amalan soslal.

Serdang:

 Al-Ghazali. 1988. Ihya Ulumuddin. Terj. Prof. Tk. H. Ismail Yakub Sh.

Kuala Lumpur Victory

 Al-Nawawi. 1988. Hadis empat puluh. Terj. Mustafa Abd Rahman. Kuala Lumpur

Dewan

 Al-Quran

 Buku manual pembelajaran CTU 101

 Gazalba, Drs. Sidi. 1983. Islam dan perubahan sosio-budaya. Kuala Lumpur

Pustaka Arrtara

 Haron Din, Sulaiman Yasin, Hassan salleh dan Sidi Gazalba. 1985. Manusia dan

Islam. PoHs

 http://www.scribd.com/doc/14457977/Revolusi-Masyarakat-Islam-

DahuluSekarang

 Rafik Issa Beekun. 1998. Etika Pemiagaan Islam. Terj. Zainab Ab Kadir Kuala

Lumpur:

18
19

Anda mungkin juga menyukai