Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Kisah dan sejarah Nabi Adam dan isteri baginda , Hawa tidak asing lagi bagi umat Islam .
Pelbagai tauladan yang dapat dipelajari dari sejarah mereka untuk dijadikan iktibar agar kita
tidak terjerumus dengan tipu daya iblis dan syaitan . Namun demikian , agama Kristian juga
mempunyai versi sejarah mereka sendiri mengenai Nabi Adam dan Hawa . Tampak jelas
perbezaan versi Kristian jika dibandingkan dengan agama Islam namun masih terdapat sedikit
persamaan yang akan dibandingkan di dalam tugasan ini .
Dari kacamata umat Islam , kitab Injil atau Bible adalah kitab yang diturunkan Allah
kepada Nabi Isa A.S dan dahulunya agama yang sah disisi Allah S.W.T . Malahan , umat Islam
sendiri boleh berkahwin dengan ahli kitab yakni penganut yang berpegang dengan kitab Injil
dan Taurat (dengan syarat-syarat tertentu) . Namun begitu , pelbagai penyelewengan telah
dilakukan didalam kandungan Injil sehinggakan dapat memesongkan akidah dan
menyekutukan Allah . Walaubagaimanapun , sedikit sebanyak kandungannya masih
terkandung sedikit sejarah Nabi terdahulu yang mirip-mirip dengan sejarah yang dipegang oleh
umat Islam . Contohnya seperti penciptaan Nabi Adam dari tanah , sejarah bahtera Nabi Nuh ,
Sejarah Habil dan Qabil , dan bermacam-macam lagi . Oleh itu , tidak hairanlah mengapa
penganut Kristian juga mempunyai versi mereka sendiri mengenai sejarah Nabi Adam dan
Hawa . Namun harus ditegaskan bahawa walaupun Kristian mempunyai sejarah yang hampir
sama dengan Islam , namun isi kandungan dan jalan ceritanya amatlah berbeza kerana Bible
itu sendiri sudah diselewengkan .
Kesimpulannya , tugasan ini akan membincangkan peristiwa sejarah Nabi Adam A.S dan
Hawa dari konsep agama Islam dan Kristian . Pelbagai topik yang akan dikupas berdasarkan
perbandingan sejarah ini menurut versi masing-masing . Tugasan ini akan membincangkan
bagaimana sejarah daripada dua agama ini mempunyai konsep yang sama namun isi
kandungannya amatlah berbeza .

KONSEP PENCIPTAAN ADAM


Topik ini akan membincangkan bagaimana Adam dicipta menurut kedua-dua versi .
Perbincangan ini dimulakan dengan penciptaan Adam menurut pandangan Islam . Menurut
Islam , Nabi Adam A.S adalah manusia pertama yang diciptakan Allah S.W.T . Allah telah
mengkhabarkan kepada para malaikat bahawa ingin menjadikan seorang khalifah di muka
bumi . Perkara ini dapat dibuktian dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :
Dan

(ingatlah)

ketika

Tuhanmu

berfirman

kepada

Malaikat

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.


Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) :
Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)
, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu ?
. Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku Mengetahui akan apa yang kamu
tidak mengetahuinya .
(Al-Baqarah : 30)
Malaikat mengajukan soalan dalam nada kehairanan tanpa tindak-tanduk memberontak atau
mempersoalkan kejadian Adam kerana itu bertentangan dengan sifat malaikat yang suci dan
patuh kepada arahan Allah S.W.T . Namun , Allah menerangkan tentang sesuatu yang hanya
Dia mengetahui hikmah di sebalik kejadian manusia dan sekalian alam kerana hanya Dialah
yang Maha Mengetahui sedangkan hamba-hambanya hanyalah ciptaanNya yang lemah dan
tidak berdaya . Kemudian , bermulalah penciptaan Adam .
Diceritakan bahawa permulaannya Adam diciptakan dari tanah . Allah telah menciptakan
Adam dari tanah hitam dalam bentuk manusia . Sehingga ketika menjadi kering pada batas
waktu tertentu , jika diperdengarkan suara , dia dapat mendengar . Allah merubahnya secara
bertahap , kemudian ditiupkan roh dari Allah kepadanya . Maka jadilah manusia yang terdiri
dari daging , darah , otot yang bergerak menurut kemahuannya dan fikirannya . 1 Hal ini boleh
1

Dr. Afif Abdullah (1993) . Nabi-Nabi Dalam Al-Quran . Cetakan kedua . Kuala Lumpur . Victory Agencie . Hlm 38

dibuktikan didalam beberapa Surah didalam Al-Quran . Antaranya ialah :

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar .
(Surah Ar-Rahman : !4)
Dalam versi Kristian pula , konsep penciptaan Adam dari tanah dan manusia pertama sama
sahaja dengan Islam . Namun , terdapat perbezaan besar dalam proses penciptaan Adam .
Dalam kitab Bible , Genesis 1:27 menyatakan bahawa Tuhan (Elohim) 2 mencipta Adam
menggunakan imejNya . Ini menunjukkan bahawa rupa Elohim mempunyai sifat fizikal yang
sama dengan manusia kerana Dia mencipta Adam berpandukan imej diriNya .
So God created man in his own image , in the image of God created he him ;
male and female created he them .
(Genesis 1:27)

Adam juga diciptakan menggunakan tanah sama seperti dalam sejarah Islam . Ini dapat dilihat
dalam kitab Bible , Genesis 2:7 yang menyatakan bahawa Tuhan (Yahweh) 3 mencipta manusia
dari debu yang berasal dari tanah , kemudian dihembuskan nafas kehidupan melalui lubang
hidung manusia dan jadilah manusia tersebut kepada jasad yang bernyawa .
And the Lord God formed man of the dust of the ground , and breathed into
his nostrils the breath of life ; and man became a living soul .
(Genesis 2:7)
Kesimpulannya , konsep manusia dicipta dari tanah didalam versi Kristian sama dengan
sejarah Islam . Nama manusia pertama juga sama yakni Adam digunakan dalam kedua-dua
2

Elohim , kata jamak dari perkataan El (atau mungkin Eloah) adalah nama pertama tuhan dalam kitab Perjanjian Lama . Nama
Elohim adalah unik dalam konteks Ibrani kerana hanya wujud dalam bahasa Ibrani dan tidak ada dalam bahasa Semitik Purba
yang lain .
3
Tetragramatron (bahasa Yunani yang bererti perkataan dengan empat huruf) adalah rujukan biasa oleh Ibrani untuk nama
tuhan , yang diterjemahkan daripada bahasa Ibrani sebagai YHWH (empat konsonan tanpa vokal) . Ia adalah nama peribadi
yang khas kepada tuhan Israel . Bentuk popular yang sering disuarakan ialah Yahweh .

versi sebagai nama kepada manusia pertama yang dihidupkan . Nama Adam yang pertama
muncul didalam Al-Quran adalah Surah Al-Baqarah ayat 31-32 manakala didalam kitab Bible
pula adalah Genesis 2:19 . Walaupun terdapat persamaan , namun proses penciptaannya
amatlah berbeza . Hal ini kerana didalam Islam , walaupun manusia adalah sebaik-baik
kejadian namun kewujudannya tidaklah menyamai kesempurnaan Allah S.W.T kerana Allah
jualah yang Maha Sempurna dan segala yang diciptakanNya tidak ada satu pun yang
menyamai diriNya . Sedangkan makhluk ciptaanNya hanyalah ciptaan yang lemah yang
bergantung ikhsan dan rahmat daripada Allah S.W.T . Berbeza pula didalam Kristian yang
menyatakan bahawa rupa fizikal manusia adalah sama dengan rupa fizikal Tuhan mereka .
Walaupun sama dari segi rupa fizikal , namun manusia tidak mempunyai kekuasaan yang
setanding dengan Tuhan mereka .

SUJUDNYA MALAIKAT DAN PENGINGKARAN IBLIS


Menurut Islam , selepas Adam diciptakan , Allah telah memerintahkan malaikat untuk
sujud kepada Adam . Sujud ini dalam erti memuliakan , bukan sujud dalam erti peribadatan .
Hal ini kerana Allah tidak menyuruh seseorang untuk beribadah kepada selain-Nya . 4 Selain itu
, menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia dan anak cucu Adam .
Penghormatan ini hanya khusus kepada Nabi Adam A.S secara peribadi . 5 Perkara ini tercatat
didalam Al-Quran , Surah Al-Hijr ayat 28-29 yang bermaksud :
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat :
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering ,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya (28)Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya , serta Aku tiupkan padanya roh dari
(ciptaan) Ku , maka hendaklah kamu sujud kepadanya .
(Al-Hijr : 2829)
Dalam ayat ini , Allah telah mengistimewakan Adam dengan tiga kemuliaan iaitu ; (1) Allah
telah menjadikannya dengan tangan Nya . (2) Allah telah meniupkan roh daripada4
5

Dr. Afif Abdullah (1993) . Nabi-Nabi Dalam Al-Quran . Cetakan kedua . Kuala Lumpur . Victory Agencie . Hlm 38
AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua . Selangor . Pustaka Ilmi . Hlm 13

Nya (kekuasaanya). (3) Allah menyuruh malaikat agar bersujud kepadanya .6 Maka ,
sujudlah para malaikat kepada Adam sebagai menurut perintah Allah dan menghormati Adam
kecuali iblis . Iblis merasakan dirinya yang dicipta dari api lebih mulia dari Adam yang
diciptakan dari tanah yang busuk . Sifat bongkak dan takbur yang mendorong iblis
mengingkari perintah Allah menyebabkan beliau telah dilaknat oleh Tuhan . Sejarah ini ada
diceritakan di dalam Surah Shad ayat 73-76 yang bermaksud :
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat , semuanya sekali (73)
Melainkan Iblis ; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari
golongan yang kafir . (74) Allah berfirman : Hai iblis ! Apa yang menghalangmu
daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ?
Adakah engkau berlaku sombong takbur , ataupun engkau dari golongan yang
tertinggi ? (75) Iblis menjawab : Aku lebih baik daripadanya ; Engkau (Wahai
Tuhanku) ciptakan daku dari api , sedang dia Engkau ciptakan dari tanah . (76)
(Surah Shad : 73-76)
Disebabkan sikap iblis yang takbur itu , maka Allah telah melaknat dan mengusirnya dari
syurga dalam keadaan hina sebagaimana yang tercatat didalam Surah Al-Araaf ayat 13-18
yang bermaksud :
Allah berfirman : Turunlah engkau dari Syurga ini , kerana tidak patut engkau
berlaku sombong didalamnya ; oleh sebab itu keluarlah , sesungguhnya engkau
dari golongan yang hina . (13) Iblis berkata : Berilah tempoh kepadaku hingga
hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) . (14) Allah berfirman : Sesungguhnya
engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke sesuatu masa yang tertentu). (15)
Iblis berkata : Oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari
menjalani) jalanMu yang lurus ; (16) Kemudian aku datangi mereka , dari hadapan
mereka serta dari belakang mereka , dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka ;
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur . (17) Allah berfirman :
Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir .
6

Sesungguhnya
di antara
yang. Kuala
menurutmu
, tetaplah
aku39akan
Dr. Afif
Abdullah (1993) .sesiapa
Nabi-Nabi Dalam
Al-Quranmereka
. Cetakan kedua
Lumpur . Victory
Agencie . Hlm
memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya ; (18)
5

(Surah Al-Araaf : 13-18)

Dari surah ini , kita dapat dilihat bagaimana Allah menghukum iblis kerana sikapnya yang
takbur , sombong dan mengingkari perintah Allah . Namun demikian , iblis meminta Allah
memanjangkan usianya sehingga hari kiamat agar dia dapat menghasut sebanyak mungkin
manusia supaya terjerumus hina seperti dia dek kerana sikapnya yang begitu dengki dengan
keturunan Adam . Iblis akan berusaha menyesatkan keturunan Adam dalam pelbagai aspek
kecuali sebilangan keturunan Adam yang taat dan patuh kepada arahan Allah . Ini dapat
dibuktikan didalam Surah Shad ayat 82-83 yang bermaksud :

Iblis berkata : Demi kekuasaanMu (wahai Tuhamku) , aku akan menyesatkan


mereka semuanya ; (82) Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat
Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan .
(83)
(Surah Shad : 82-83)
Dalam versi Kristian pula , tidak ada peristiwa sujudnya malaikat dan pengingkaran iblis
kepada Allah . Namun begitu , masih terdapat cerita didalam kitab Bible yang menunjukkan
iblis telah dibuang dari syurga dan turun ke bumi . Contohnya seperti didalam bab Revelation
13:7-9 yang menggambarkan seekor Naga Merah Besar yang mempunyai tujuh kepala dan
sepuluh tanduk , naga ini melambangkan ketakutan dan kejijikan malah disamaertikan dengan
si ular kuno , yang disebut sebagai syaitan dan iblis yang menyesatkan seluruh dunia .7
(7) And there was a war in heaven : Micheal and his angels fought against the dragon ;
and the dragon fought and his angels , (8) And prevailed not ; neither was their place
7

found any more in heaven . (9) And the great dragon was cast out , that old serpent ,

Harris , Stephen L . (2014) . Exploring the Bible . 2nd . Ed . New York . McGraw-Hill Companies , inc . Hlm 421

called the Devil , and Satan , which deceiveth the whole world : he was cast out into the
earth , and his angels were cast out with him6 .
(Revelation 13:7-9)

Dapatlah disimpulkan bahawa walaupun agama Kristian tidak mempunyai penerangan


yang membabitkan sujudnya malaikat kepada Adam dan pengingkaran iblis seperti di dalam
Islam , namun mereka masih mempercayai kewujudan syaitan dan iblis yang menentang Tuhan
dan berusaha menyesatkan seluruh dunia . Kedua-dua sejarah menunjukkan bahawa iblis
(lucifer) dan syaitan (satan) merupakan makhluk yang jahat dan berusaha menjauhkan diri
manusia daripada jalan yang diredhai Tuhan . Malah , kedua-dua sejarah juga menunjukkan
bagaimana makhluk dilaknat ini berani menentang Tuhan walaupun mereka sedar bahawa
Tuhan itulah yang paling berkuasa didunia dan di akhirat . Dalam sejarah Islam sendiri
menunjukkan bagaimana iblis mengakui bahawa Allah lah yang telah menciptanya , Allah lah
Tuhan yang Berkuasa , namun disebabkan sifat iri hatinya dengan Adam , dia sanggup
mengingkari arahan Tuhannya . Oleh itu , kita sebagai manusia haruslah berusaha dalam
mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh syaitan dan iblis agar tidak menerima kemurkaan
Tuhan .

ILMU PENGETAHUAN ADAM


Didalam Al-Quran , ada menjelaskan bagaimana Allah mengajar Nabi Adam A.S tentang
Dan Ia telah ilmu
mengajarkan
Nabi
Adam
, akan
segaladengan
namapertanian
benda-benda
dan
bermacam-macam
pengetahuan
sama
ada yang
berkenaan
, penternakan
, kemudian
ditunjukkannya
kepada malaikat
lalu Ia
berfirman
: Terangkanlah
dangunanya
sebagainya
. Hal ini
merupakan kelebihan
Nabi Adam
A.S
. Malaikat
yang diciptakan
kepadaKu
nama
ini semuanya
jika kamu golongan
sebelum
Adam
tidakbenda-benda
pernah diberitahu
nama benda-benda
tersebut . yang
Itulahbenar.
diantara(31)
bukti
8
MalaikatAdam
itu menjawab
Suci Engkau (Ya Allah) ! Kami idak mempunyai
kemuliaan
sebagai nabi: .Maha

pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami ; sesungguhnya Engkau
jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (32) Allah Berfirman : Wahai
Adam ! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi
Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka , Allah berfirman :
8

Bukankah
Aku (1999)
telah Sejarah
katakan
kepada
kamu
, bahawasanya
mengetahui
AbdulAl
Salim Makram
Lengkap
Para Nabi
dan Rasul
. Cetakan kedua . Aku
Selangor
. Pustaka Ilmi segala
. Hlm 15
rahsia langit dan bumi , dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang
kamu sembunyikan? (33)

Berlainan pula konsepnya didalam agama Kristian . Menurut Bible , setelah Adam diciptakan ,
Tuhan menyatakan bahawa tidak bagus sekiranya manusia ini keseorangan . Oleh itu , Tuhan
telah menciptakan segala binatang didaratan dan burung-burung diudara dan membawa
binatang tersebut kepada Adam dengan harapan Adam dapat mencari peneman baginya .
Kemudian , Tuhan melihat apakah nama yang akan Adam berikan kepada mereka . Akhirnya ,
apa saja nama yang diberi Adam kepada mereka , itulah nama binatang tersebut yang kekal
sehingga kini . Ini dapat dibuktikan didalam bab Genesis 2 :18-19 .

(18) And the Lord God said , It is not good that the man should be alone ; I will make
him an help meet for him . (19) And out of the ground the Lord God formed every
beast of the field , and every fowl of the air ; and brought them unto Adam to see
what he would call them : and whatsoever Adam called every living creature , that
was the name thereof .
(Genesis 2:18-19)

Disini menunjukkan perbezaan ketara dalam konsep Adam mendapat ilmu diantara keduadua versi . Didalam Islam menunjukkan bahawa Allah lah yang mengajar Nabi Adam A.S
tentang nama-nama binatang dan bermacam-macam lagi . Ini menunjukkan bahawa ilmu yang

dimiliki manusia datang daripada Allah yang Maha Mengetahui . Malah , ilmu yang diberi
amatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas lagi Maha Bijaksana .
Namun , menurut Kristian pula , Adamlah yang memberi nama kepada binatang-binatang
tersebut dan nama tersebut akan digunapakai selamanya . Ini menunjukan bahawa Adamlah
yang menamai binatang-binatang tersebut dan bukannya Tuhan .

KONSEP PENCIPTAAN HAWA


Sejarah Adam tidak akan lengkap dengan kehadiran sejarah Hawa . Hal ini demikian
kerana sekiranya Adam adalah manusia pertama , Hawalah yang menjadi perempuan pertama .
Konsep ini sama dalam kedua-dua agama . Namun , seperti biasa , walaupun konsepnya sama ,
isi kandungannya masih berbeza . Dalam Islam , Hawa telah diciptakan untuk menjadi
peneman kepada Adam . Kehidupan Adam di syurga selalu kesunyian kerana tiada teman
untuk berbual . Keadaan itu telah diketahui oleh Allah S.W.T . Maka , suatu ketika , Allah
membuat Adam tertidur . Dalam tidurnya yang nyenyak itu , Allah mengambil satu tulang
rusuk kirinya , dibalut dengan daging dan seterusnya terciptalah Hawa yang akan menjadi
isterinya dan ibu sekalian manusia .9 Setelah bangun dari tidur , Adam mendapati terdapat
seorang wanita yang cantik duduk disebelah kepalanya . Maka dia bertanya , Siapakah
anda ? Wanita tersebut menjawab , Wanita . Adam bertanya lagi , Untuk apa kau
diciptakan ? . Hawa menjawab Agar tinggal bersamamu. 10 Sejarah penciptaan Hawa ada
didalam Al-Quran namun tidak secara terperinci bagaimana Hawa telah diciptakan . Malah ,
kejadian Hawa daripada tulang rusuk juga tidak tercatat didalam Al-Quran .

Wahai manusia ! Bertaqwa kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri
yang satu (Adam) , dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (dirinya) ;
dan (lalu) dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang
banyak . Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta , dan
9

AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua . Selangor . Pustaka Ilmi . Hlm 21
(peliharalah) hubungan kekeluargaan . Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
Dr. Afif Abdullah (1993) . Nabi-Nabi Dalam Al-Quran . Cetakan kedua . Kuala Lumpur . Victory Agencie . Hlm 44

10

mengawasimu .
9

(Surah an-Nisa : 1 )

Sejarah penciptaan Hawa lebih diperincikan didalam hadis-hadis . Sebahagian ulama


berpendapat bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S berdasarkan hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim .
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga
wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan
sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah dibahagian atas .
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada juga sesetengah ulama berpendapat bahawa perkataan darinya didalam surah An-Nisa
ayat 1 ialah dari unsur yang serupa , iaitu tanah yang diguna untuk membuat Nabi Adam
A.S .11 Menurut Kristian pula , dalam bab Genesis 1:26-27 , Tuhan ingin menciptaka manusia
agar menjadi penguasa kepada ikan di air , burung diudara , semua binatang domestik
mahupun liar , yang besar mahupun kecil . Oleh itu , Tuhan telah cipta manusia berpandukan
imejNya yakni lelaki dan perempuan .12 Ini menunjukkan bahawa perempuan dalam Genesis
1:26-27 telah dicipta seiringan dengan lelaki .

(26) And God said ,Let us make man in our image , after our likeness : and let
them have dominion over the fish of the sea , and over the fowl of the air , and
over the cattle , and over ever creeping thing that creepeth upon the earth . (27)
LajnahSo
Tasheh
Kementerian
Negeri
. (2012), . in
Al-Quran
Tajwid dan
: Beserta
GodAl-Quran
created
man in Dalam
his own
image
the image
of Terjemahan
God created
he Asbabun
him ; Nuzul ,
Hadith Shahih dan Indeks Tematik . Selangor . Humaira Bookstore Enterprise . Hlm 77
12
Unitedmale
Bible and
Societies
. (1976)
Good News
English Version . London . The British & Foreign Bible Society .
female
created
he Bible
them: Today
.
Hlm 5
11

10

(Genesis 1:26-27)

Namun , dalam bab Genesis 2 menerangkan bahawa wanita diciptakan selepas Adam
diciptakan . Hal ini diterangkan didalam bab Genesis 2:20-22 .
(20) And Adam gave names to all cattle , and to the fowl of the air , and to every
beast of the field ; but for Adam there was not found an help meet for him . (21)
And the Lord God caused a deep sleep to fall upon Adam , and he slept : and he
took one of his ribs , and closed up the flesh instead thereof ; (22) And the rib ,
which the Lord God had taken from man , made he a woman , and brought her
unto the man .
(Genesis 2:20-22)

Bab ini menceritakan bagaimana Adam tidak dapat menemukan makhluk yang sesuai untuk
dijadikan peneman kepadanya . Oleh itu , Tuhan telah menidurkan Adam dan mencipta wanita
dari tulang rusuknya . Maka terciptalah Eve (Hawa dalam konsep Kristian) yang menjadi
peneman kepada Adam , dan lumrah kehidupan manusia , apabila lelaki mampu hidup
berdikari tanpa ibu bapanya , dan berkahwin dengan perempuan , maka mereka menjadi satu
darah dan daging (Genesis 2:24) .
Disini dapatlah disimpulkan bahawa Hawa atau Eve adalah isteri bagi Adam dan peneman
sejatinya . Tuhan telah menciptakan wanita untuk lelaki supaya mereka saling melengkapi .
Kedua-dua sejarah menunjukkan bagaimana Tuhan itu Maha Penyayang dan kasihan melihat
lelaki yang keseorangan lalu diciptakan wanita agar menjadi peneman dan pembantu kepada
mereka . Walaupun terdapat pecanggahan konsep penciptaan Hawa didalam kedua-dua
sejarah , namun apa yang lebih penting yang hendak disampaikan ialah lelaki seharusnya
melayani wanita dengan penuh rasa hormat . Selain itu , lelaki juga harus menjaga wanita dari

11

segenap aspek agar mereka terpelihara dari sebarang fitnah .

HASAD DENGKI IBLIS


Didalam sejarah Islam , selepas iblis dilaknat oleh Allah kerana sikap takbur dan
bongkaknya , iblis telah menyimpan dendam terhadap Adam dan akan berusaha untuk
menyesatkan Adam dan keturunannya . Oleh itu , iblis sentiasa mencari masa yang sesuai
untuk menjatuhkan maruah Adam disisi Tuhan Yang Maha Esa . Iblis telah menggunakan buah
khuldi yakni buah larangan sebagai modus operandinya untuk menyesatkan Adam dan
isterinya . Buah khuldi , satu-satunya pohon yang diperintahkan oleh Allah kepada Adam
untuk tidak mendekatinya apatah lagi memakan buah pohon tersebut .

Dan wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu didalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai , dan
janganlah kamu hampiri pokok ini , (jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Araaf : 19)
Namun , hasad dengki iblis yang cemburu dengan kemuliaan Adam berusaha memujuk Adam
dan Hawa supaya mereka menghampiri pohon tersebut .
Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya
(dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama)
tertutup dari (pandangan) mereka , sambil ia berkata : Tidaklah Tuhan kamu
melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini , melainkan (kerana Ia tidak suka)
kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal
(selamanya didalam syurga). (20) Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan
berkata) : Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada
kamu berdua. (21)

12

(Surah Al-Araaf : 20-21)

Berbekalkan kata-kata yang manis dan tipu daya yang licik , iblis berjumpa Adam dan Hawa
untuk merayu mereka : Wahai Adam ! Aku datang ke sini hanya untuk memberi khabar
kepada kamu berdua , bahawa Allah melarang kamu berdua memakan buah larangan itu
supaya kamu tidak menjadi malaikat dan tidak kekal di syurga yang penuh dengan kenikmatan
ini . Aku bersumpah dihadapan kamu sebagai orang yang menjadi penasihat terhadap kamu
berdua.13 Akhirnya , mereka tewas dengan tipu daya iblis walhal Allah sudah menjelaskan
bahawa iblis adalah musuh mereka yang nyata . Ini ada dijelaskan didalam Surah Taha ayat
117 yang bermaksud :
Maka , Kami berfirman : Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu
dan bagi isterimu ; oleh itu , janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari
syurga , kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita .
(Surah Taha : 117)
Mereka pun makanlah buah larangan itu . Demikian setelah Adam dan Hawa melanggar
perintah Allah , terbukalah pakaiannya yang bagus-bagus itu dan terpaksalah auratnya ditutup
dengan daun-daun kayu .14
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan)
dengan tipu dayanya . Setelah mereka memakan (buah) pohon itu , terdedahlah
kepada mereka berdua aurat masing-masing , dan mereka mulailah menutupnya
dengan daun-daun (dari) syurga . Serta Tuhan mereka menyeru mereka :
Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu , dan Aku nyatakan
kepada kamu , bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata ? (22) Mereka
berdua merayu : Wahai Tuhan kami , kami telah menganiaya diri kami sendiri , dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami , nescaya
13

menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (23)

AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua . Selangor . Pustaka Ilmi . Hlm 22
14
Qishashul-Anbiya (Sejarah 25 Rasul) . (1900) . Cetakan keenam . Bandung . Pt Almaarif . Hlm 12

(Surah Al-Araaf : 22-23)


13

Didalam versi Kristian pula , konsepnya masih sama didalam Islam yakni bagaimana Adam
dan Eve dipengaruhi oleh satu entiti sehingga melanggar perintah Tuhan namun masih terdapat
perbezaan . Didalam Kristian , Adam dan Eve telah dipengaruhi oleh seekor ular untuk
memakan buah dari pohon kehidupan (the Tree of Life) .
Now the serpent was more subtil than any beast of the field which the Lord God had
made . And he said unto the woman , Yea , hath God said , Ye shall not eat of every tree
of the garden ?
(Genesis 3:1)
Terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ular tersebut adalah iblis yang
menjelmakan diri dalam bentuk ular berdasarkan perkaitannya didalam bab Revelation 13:9
berdasarkan perkataan the old serpent . Namun begitu , terdapat juga sesetengah pihak yang
berpendapat bahawa ular tersebut bukanlah the old serpent didalam bab Revelation 13:9
kerana ular didalam Revelation mengatakan ular tersebut jahat (evil) manakala ular didalam
Genesis pula hanyalah licik (subtil) .15 Ular tersebut bertanya kepada Eve mengapa mereka
tidak dibenarkan makan buah dari pohon kehidupan ? . Maka Eve menjawab bahawa Tuhan
memberitahu sekiranya mereka makan buah tersebut , mereka akan mati . Namun , ular
tersebut memberitahu bahawa itu tidak benar . Dengan memakan buah tersebut , mereka tidak
akan mati , sebaliknya mereka akan menjadi seperti tuhan iaitu dapat membezakan yang mana
And
the woman
serpent ,buah
we may
eat ofkemudian
the fruit of
the trees
of the
baik(2)
dan
buruk
. Maka said
, Eveunto
telahthememakan
tersebut
memberi
buah
tersebut
garden
: (3) But
the ofturut
the tree
which is in. the midst of the garden , God hath said ,
kepada
suaminya
danofAdam
memakannya
Ye shall not eat of it , neither shall ye touch it , least ye die . (4) And the serpent said
unto the woman , Ye shall not surely die : (5) For God doth know that in the day ye
eat thereof , then your eyes shall be openend , and ye shall be as Gods , knowing
good and evil . (6) And when the woman saw that the tree was good for food , and
that it was pleasent to the eyes , and a tree to be desired to make one wise , she took
15

Harris
, Stephen
. (2014) . ,Exploring
Bible
. 2nd . Ed
. New
Yorkunto
. McGraw-Hill
Companies
, inc
. Hlm
68
of the
fruitLthereof
and didtheeat
, and
gave
also
her husband
with
her
; and

he

did eat .
14

(Genesis 3:2-6)

Akhirnya , mereka berdua memakan buah tersebut lalu apa yang dikatakan ular tersebut adalah
benar belaka dimana mata mereka telah terbuka dan mereka menyedari bahawa mereka
sedang berada dalam keadaan bogel . Mereka malu lalu menjahit daun-daun disyurga untuk
menutupi badan mereka .
(7) And the eyes of them both were opened , and they knew that they were naked ;
and they sewed fig leaves together , and made themselves aprons .
(Genesis 3:7)

Kesimpulannya , kedua-dua sejarah menceritakan bagaimana Adam dan Hawa telah tewas
dengan pujuk rayu iblis lalu mengingkari arahan Tuhan . Walaupun didalam Kristian terdapat
pencanggahan mengenai ular tersebut iblis atau tidak , namun tindakannya yang mendorong
Adam dan Hawa mengingkari arahan Tuhan tetap dipandang sebagai tindakan yang tidak
bermoral . Selain itu , di dalam Kristian menunjukkan bahawa hanya Eve yang telah
dipengaruhi oleh ular tersebut untuk mengingkari arahan Tuhan dan boleh dikatakan bahawa
Eve lah yang menjadi punca Adam mengingkari arahan Tuhan . Namun , didalam Islam ,
Hawa bukanlah punca Adam mengingkari arahan Tuhan kerana iblis telah menghasut keduaduanya sekali .

TURUNNYA ADAM DAN HAWA DARI SYURGA


Didalam Islam , selepas Adam dan Hawa memakan buah tersebut , Allah telah memanggil

15

mereka berdua dan menegur : Bukankah Aku telah melarang daripada memakan buah itu ?
Bukan kah Aku telah menerangkan bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang utama ? 16 Adam
dan Hawa menyesal dengan tindakan mereka yang mengingkari perintah Allah . Oleh itu ,
mereka telah bertaubat dan memohon pengampunan dari Allah S.W.T . Doa Adam dan Hawa
dimakbulkan oleh Allah . Allah telah menerima taubat mereka kerana sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata
pengakuan taubat yang diamalkannya) , lalu Allah menerima taubatnya ;
sesungguhnya Allah , Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat) , lagi Maha
Mengasihani . (37)
(Surah Al-Baqarah : 37)
Akhirnya Adam dan Hawa menerima balasan daripada Allah iaitu dikeluarkan dari
syurga dan seterusnya dihantar ke bumi . Di bumi , keturunannya akan berkembang
menjadi ramai . Keturunan mereka akan menjadi penghuni , memakmurkan bumi dan merasai
kenikmatan yang terbatas sehingga ajal mereka . Di bumi juga Allah menurunkan petunjuk ,
barang siapa yang mengikut petunjukNya tidak akan terjerumus ke dalam kesengsaraan hidup
dan tidak akan mendapat seksaan dariNya .17
Allah berfirman : Turunlah kamu semuanya , dengan keadaan setengah kamu
menjadi musuh bagi setengahnya yang lain , dan bagi kamu disediakan tempat
kediaman di bumi , dan juga diberi kesenangan hinga ke suatu ketika (mati). (24)
Allah berfirman lagi : Dibumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati , dan
daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari
kiamat). (25)
(Surah Al-Araaf : 24-25)
Menurut Kristian pula , selepas Adam dan Eve memakan buah tersebut , mereka menyedari
bahawa Tuhan mereka sedang berjalan-jalan ditaman itu dan mereka bersembunyi disebalik
pokok-pokok . Tuhan telah memanggil mereka dan mereka pun keluarlah . Tuhan berkata
mengapa mereka bersembunyi , lalu Adam menjelaskan bahawa mereka takut akan Dia kerana
16
17

AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua . Selangor . Pustaka Ilmi . Hlm 25
AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua . Selangor . Pustaka Ilmi . Hlm 25

16

mereka didalam keadaan bogel . Kemudian Tuhan berkata lagi siapakah gerangan yang
memberitahu bahawa mereka didalam keadaan bogel ? Tuhan bertanya lagi adakah mereka
telah memakan buah dari pohon kehidupan ? Adam memberitahu bahawa Eve telah
memberinya buah tersebut . Lalu Tuhan bertanya pula kepada Eve mengapakah dia telah
memakan buah tersebut ? Eve menjelaskan bahawa ularlah yang telah menipu dia untuk
memakan buah tersebut .18
And they heard the voice of the of the Lord God walking in the garden in the cool of
the day : and Adam and his wife hid themselves from the presence of the Lord God
amongst the trees of the garden . (9) And the Lord God called unto Adam , and said
unto him , where art thou ? (10) And he said , i heard thy voice in the garden , and
I was afraid , because I was naked ; and I hid myself . (11) And he said , who told
thee that thou wast naked ? Hast thou eaten of the tree , whereof I commanded
thee that thou shouldest not eat ? (12) And the man said , The woman whom thou
gavest to be with me , she gave me of the tree , and I did eat . (13) And the Lord God
said unto the woman , What is this that thou hast done ? And the woman said , The
serpent beguiled me , and I did eat .
(Genesis 3:8-13)

(14) And the Lord God said unto the serpent , Because thou hast done this , thou art
Akhirnya Tuhan telah menghukum ketiga-tiga makhluk ciptaanNya . Ular tersebut telah
cursed above all cattle , and above every beast of the field ; upon thy belly shalt thou
dihukum dengan dilucutkan tangan dan kakinya dan dipaksa berjalan menggunakan perutnya .
go , and dust shalt thou eat all days of thy life : (15) And I will put emnity between
Selain itu , dia juga akan memakan tanah selama dia hidup dan ular betina dan anaknya akan
thee and the woman , and between thy seed and her seed ; it shall bruise thy head ,
selalu menjadi musuh kepada ular jantan . Untuk Eve pula , Tuhan akan menggandakan
and thou shalt bruise his heel . (16) Unto the woman he said , I will greatly multiply
kesakitan ketika dia mengandung dan beranak . Walaupun demikian , kaum perempuan akan
thy sorrow and thy conception ; in sorrow thou shalt bring forth children ; and thy
tetap berkeinginan dengan lelaki dan kaum wanita harus tunduk kepada kaum lelaki . Bagi
desire shall be to thy husband , and he shall rule over thee . (17) And unto Adam he
Adam pula , mereka harus bekerja keras untuk memperolehi makanan dari tanah . Lelaki harus
said , Because thou hast hearkened unto the voice of thy wife , and hast eaten of the
berusaha keras untuk menghasilkan tanaman dari tanah .
tree , of which I commanded thee , saying , Thou shalt not eat of it : cursed is the
ground for thy sake ;in sorrow shalt thou eat of it all the days of thy life ; (18)
18

Thorns also and thistles shall it bring forth to thee ; and thou shalt eat the herb of

United Bible Societies . (1976) Good News Bible : Today English Version . London . The British & Foreign Bible Society .
Hlmthe
6 field ; (19) In the sweat of thy face shalt thou eat bread , till thou return unto the

ground ; for out of it wast thou taken : for dust thou art , and unto dust shalt thou
return .

17

Kemudian , Tuhan telah berkata bahawa Adam dan Eve telah menjadi seperti Dia iaitu dapat
membezakan antara baik dan buruk . Maka , mereka tidak boleh memakan lagi dari pohon
kehidupan dan seterusnya memperolehi kehidupan abadi . Oleh itu , Tuhan telah
mengeluarkan mereka ke bumi untuk hidup disana . Kemudian , disebelah timur taman ,
Tuhan meletakkan Cher-u-bims19 yang bersenjatakan pedang berapi . Malaikat ini ditugaskan
menjaga pohon kehidupan tersebut supaya tidak ada sesiapa berani mendekati pohon
tersebut .20

(22) And the Lord God said , Behold , the man is become as one of us , to know good
and evil : and now , lest he put forth his hand , and take also of the tree of life , and
eat , and live forever : (23) Therefore the Lord God sent him forth from the garden of
19

Eden , to till the ground from whence he was taken . (24) So he drove out the man ;

Malaikat kedua dalam 9 organisasi malaikat utama dalam Kristian . Digambarkan dalam bentuk budak kecil montel
andyang
he placed
atmuke
the suci
east. of the garden of Eden Cher-u-bims , and a flaming sword
bersayap
mempunyai
20
United Bible Societies . (1976) Good News Bible : Today English Version . London . The British & Foreign Bible Society .
turned every way , to keep the way of the tree of life .
Hlm which
7

(Genesis 3:22-24)
18

Kesimpulannya , dalam sejarah Islam menunjukkan bahawa Adam dan Hawa diturunkan
kebumi kerana telah mengingkari perintah Allah . Namun harus diingatkan bahawa sekiranya
Adam tidak memakan buah khuldi tersebut , Adam dan Hawa tetap akan diturunkan ke bumi
kerana seperti yang diterangkan didalam Surah Al-Baqarah ayat 30 , tujuan Allah menciptakan
Adam adalah untuk dijadikan khalifah di muka bumi . Didalam Kristian pula menunjukkan
bahawa Adam dan Eve dikeluarkan dari taman syurga bagi mengelakkan mereka memakan
buah kehidupan itu lagi lalu memperolehi kehidupan abadi . Dua sebab yang berbeza mengapa
Tuhan meletakkan Adam dan Hawa ke bumi didalam kedua-dua sejarah ini . Oleh itu , kita
sebagai umat Islam haruslah mematuhi segala arahan dan perintah Allah S.W.T agar kita
menjadi makhluk yang berjaya didunia dan di akhirat .

KESIMPULAN
Kedua-dua sejarah menunjukkan bagaimana konsepnya yang hampir sama dari segi
penciptaan Adam dan Hawa sehinggalah bagaimana mereka berdua tersingkir dari syurga .

19

Walaupun kedua-dua sejarah mempunyai konsep yang hampir sama , namun isi kandungannya
amatlah berbeza . Perkara ini lah yang menyebabkan mengapa kitab Injil pada zaman sekarang
sudah menyeleweng kerana terdapat isi kandungannya yang tidak bertepatan dengan konsep
ketuhanan dalam Islam .Namun begitu . pelbagai pengajaran yang dapat diambil sebagai
iktibar dari sejarah Adam dan Hawa daripada pandangan Islam mahupun Kristian . Antaranya
ialah kita tidak seharusnya melanggar perintah Tuhan . Kita dapat lihat bagaimana Adam dan
Hawa dari segi Islam mahupun Kristian telah dihasut oleh satu entiti yang menyebabkan
mereka terpengaruh dengan kata-katanya lalu memakan buah khuldi atau buah dari pohon
kehidupan walaupun Tuhan sudah melarang mereka dari memakannya .
Sesungguhnya , Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . Pintu taubat itu
sentiasa terbuka kepada insan yang menginginkan pengampunan dari Allah S.W.T . Sedangkan
para Nabi yang masum juga selalu meminta keampunan dari Allah , apatah kita yakni manusia
biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa . Begitu juga dengan konsep agama
Kristian , bagaimana sayangnya Tuhan itu kepada umat manusia sehingga sanggup
menurunkan anak tunggalnya yakni Jesus sebagai penebus dosa manusia . Kedua-dua agama
mempamerkan bagaimana sayangnya Tuhan kepada ciptaannya . Tuhanlah yang telah memberi
kita peluang untuk hidup didunia dan diberi pelbagai kenikmatan .
Oleh itu , kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha dalam mencari keredhaan Allah
agar kita menjadi umat Islam yang berjaya didunia dan di akhirat dan seterusnya memperolehi
nikmat yang kekal selama-lamanya .

BIBLIOGRAFI
Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri . (2012) . Al-Quran Tajwid dan
Terjemahan : Beserta Asbabun Nuzul , Hadith Shahih dan Indeks Tematik . Selangor .

20

Humaira Bookstore Enterprise .


Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) . Terjemahan AlQuran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur . SAM Synergy Media Sdn Bhd .
AbdulAl Salim Makram (1999) Sejarah Lengkap Para Nabi dan Rasul . Cetakan kedua .
Selangor . Pustaka Ilmi .
Dr. Afif Abdullah (1993) . Nabi-Nabi Dalam Al-Quran . Cetakan kedua . Kuala Lumpur .
Victory Agencie .
Qishashul-Anbiya (Sejarah 25 Rasul) . (1900) . Cetakan keenam . Bandung . Pt Almaarif .
Holy Bible . Placed by The Gideons .
United Bible Societies . (1976) Good News Bible : Today English Version . London . The
British & Foreign Bible Society .
Harris , Stephen L . (2014) . Exploring the Bible . 2 nd . Ed . New York . McGraw-Hill
Companies , inc .

21

Anda mungkin juga menyukai