Anda di halaman 1dari 26

PERAYAAN HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lainlain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum. Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

PERAYAAN PENGANUT AGAMA SIKH-HARI VAISAKHI


Vaisakhi (bahasa Panjabi: , vaiskh, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satupesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory. Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh. Sambutan bermula awal apabila penganut, yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh. Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti.

Pada hari ini masyarakat Sikh di seluruh dunia menyambut perayaan keagamaan Vaisakhi (atau Bhaisakhi) dengan mengadakan upacara sembahyang, nyanyian dan tarian.

PERAYAAN PESTA PONGGAL


Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat

dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Pintu rumahnya diikat dengan tebu dan daun mangga bagi menceriakan suasana. Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolam. Pada masa yang sama beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna kum kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula. Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barangbarang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.

KENALI PERAYAAN KAUM MELAYU-HARI RAYA AIDILFITRI

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009-20 SEPTEMBER 2009


Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ' Ayd al-Fir "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulanRamadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. DiMalaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. SIMBOL PERAYAAN

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat.Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapaatau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama denganrendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong,dodol, dan kuih raya. Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri AMALAN LAZIM YANG DILAKUKAN SEMASA PERAYAAN Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular padaHari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepadakanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dankuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Pada malam Tujuh Likur(malam 27 Ramadan), pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini. Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. PAKAIAN YANG DIPAKAI UNTUK SAMBUTAN PERAYAAN Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket

di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung danBaju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR RAYA Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbirbagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN


Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh.Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang,

menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Pesta Kuih Bulan, juga dikenali sebagai Pesta Pertengahan Musim Luruh, jatuh pada hari ke-15 dalam bulan kelapan kalendar Lunar Cina. Pesta bersejarah ini diraikan sempena memperingati pemberontakan terhadap orang Monggolia semasa abad ke-14 di China.Pada hari ini, pesta ini diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan tanglung.

TANGLUNG YANG BERBAGAI RUPA Perayaan Kuih Bulan China merupakan pesta kebudayaan tradisional utama China. Pesta itu juga dinamakan Pesta Bulan 8, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta anak Perempuan atau Pesta Berkumpul. Dikatakan perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival) merupakan perayaan yang paling popular dikalangan masyarakat cina. Pada awalnya, perayaan Kuih Bulan ini dimulai dengan peringatan kepada Dewi BulanChang Er sesuai dengan lagenda tua dari awal peradaban Han beberapa ribu tahun yang silam. Menurut dongengan, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit, cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi maut. Namun tercatat pula bahawa pada masa dinasti Yuan (tahun 1271 1368) dimana Tiongkok dikuasai oleh bangsa Mongol, kaum penjuang Han menggunakan kuih bulan sebagai bahan pengantar sandi agar rakyat Han secara serentak memulai pemberontakan terhadap pemerintah Mongol pada tanggal 15 bulan 8 Imlek. Setelah dinasti Yuan berakhir dan dimulainya dinasti Ming, perayaan Kuih Bulan juga diasosiasikan dengan perjuangan orang Han melawan Mongol. Seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong Dinasti Xia bernama Hou Yi mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani memanah jatuh 9 buah matahari, rakyat jelata memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut. Permaisuri Hou Yi bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi memperolehi ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Permaisuri Wangmuniangniang. Katanya orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Perkara ini ternampak oleh Peng Meng, pengikut Hou Yi. Semasa Hou Yi keluar, Peng Meng pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, dia terpaksa memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta. Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang sambil menangis telah memberitahu perkara itu kepada Hou Yi. Hou Yi yang sedih menyeru permairusinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang dan dapat nampak bayang permaisurinya yang bergerak di bulan. Hou Yi bersembahyang untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya.

Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai bersembahyang dengan meletakkan pelbagai jenis makanan semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, menyembahyangkan bulan pada 15 hb, bulan 8 imlek Cina telah menjadi adat-resam rakyat China dan menjadi Pesta Kuih Bulan Cina.

KUIH BULAN MENJADI HIDANGAN ISTIMEWA Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut lagenda, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol. Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara penting dalam Pesta Kuih Bulan China. Pada Pesta Kuih Bulan iaitu malam 15 hb, bulan 8 imlek Cina, anggota keluarga orang Cina berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan indah bulan purnama sambil makan kuih bulan yang enak. Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berbeza, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.

KENALI PERAYAAN KAUM INDIA-PERAYAAN DEEPAVALI

Hari Deepavali (bahasa Hindi: , bahasa Tamil: ) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai

perayaan Deepavali. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

KENALI PERAYAAN UMAT ISLAM : HARI RAYA AIDILADHA


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ' Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

MENYEMBELIH HAIWAN ADALAH SATU IBADAT SEMASA HARI RAYA AIDILADHA Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5, IBADAT HAJI DI MEKAH Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. AlQuran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. KISAH PENYEMBELIHAN NABI ISMAIL AS Hari Raya Korban menyaksikan binatang-binatang korban ditumbangkan dengan niat untuk melaksanakan syariat Allah. Peristiwa sejarah Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dijadikan dasar kepada syariat korban. Kisah penyembelihan Ismail ini diceritakan oleh Allah dalam surah As-Shaffat bermula dari ayat 102. Nabi Ibrahim telah bermimpi menyembelih anaknya lantas meminta pandangan anaknya tentang mimpi tersebut. Mimpi para nabi adalah wahyu. Nabi Ismail yang sememangnya seorang anak yang taat kepada perintah Allah terus bersetuju untuk menunaikan perintah Allah itu. Bayangkanlah iman mereka yang teguh itu, hanya keyakinan yang tinggi kepada Allah sahaja yang membolehkan Ibrahim dan Ismail menyempurnakan tugas yang amat berat yang diamanahkan oleh Allah. Namun dengan izin Allah dan kasih sayangNya, akhirnya Nabi Ismail yang hampir disembelih itu digantikan dengan seekor kambing yang seterusnya melapangkan hati Nabi Ibrahim untuk melakukan penyembelihan.

KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN-HARI KRIMAS


Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.

Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19. Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA ISLAM- SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

KENALI MAAL HIJRAH/AWAL MUHARAM ( TAHUN BARU KALENDAR ISLAM)


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyapsenyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat

melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

KENALI BUDAYA MALAYSIA :PESTA KAAMATAN-PERAYAAN ETNIK SABAH (31 MEI 2010)

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

TARIAN SUMAZAU Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

UNDUK NGADAU Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

TAJAU Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

ASAL USUL MAGAVAU


Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon". Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

KENALI BUDAYA MALAYSIA :SELAMAT HARI WESAKPERAYAAN PENGANUT AGAMA BUDHA

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka. POKOK BODHI Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbolsimbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi. Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

1.
2.

Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di

Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M. 3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Disunting oleh HALIZA BINTI JELANI diterbitkan pada 10:01:00 PM

SELAMAT HARI GAWAI-PERAYAAN ETNIK SARAWAK


Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaun Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. Hari Gawia dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan bagi suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan semangat padi sentiasa dan terus dihormati. Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. K

Teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring

Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek tempatan ngabang ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.
ngabang ke rumah bala kaban belayan TARIAN NGAJAT

TARIAN DATUN JULUD Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu unik dengan gerak tari yang lemah gemalai. Upacara Gawai Teresang Tinggi Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada Petara demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai Petara Aki Ini. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat. Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu. Ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga pasangan Adat Merik Anak Mit Mandi' .. Gawai 2007 Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikan bak kata pepatah kesatuan dalam kepelbagaian dengan menyuntik elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan bangsa.

Semua penghuni rumah panjang siap setia dan bersedia menunggu detik jam 12 malam untuk memulakan Sambutan Gawai.Jam 12 malam adalah detik dimana semua penghuni "minum air pengayu".....

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

RANYAI
Ini adalah 'ranyai'. Ranyai ini diperbuat daripada batang pokok pisang. Ranyai ini merupakan tanda simbolik untuk perayaan Hari Gawai. Ranyai ini akan didirikan ditengah-tengah 'ruai' tempat untuk semua penghuni rumah panjang berkumpul. Pada 'ranyai' ini nanti akan disangkut bermacam-macam jenis barang, tidak kisah sama, beer, botol air tuak, rokok, makanan, malah pernah juga orang kampung menyangkut ayam panggang pada 'ranyai'. Asalkan ada sumbangan dari orang kampung. Barang-barang itu semua akan disangkutkan pada 'ranyai' menggunakan tali. Untuk memulakan upacara, seorang akan dilantik bagi memulakan acara malam menyambut Malam Gawai. Orang yang telah dipilih itu akan menarikan tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan menari mengelilingi 'ranyai'. Selepas dia menari mengelilingi ranyai, dia kemudian akan memilih barang yang mana dia mahu dan memotong barang yang disangkutkan menggunakan parang yang digunakan untuk tarian Ngajat. Kemudian orang tersebut akan mencari sesiapa saja yang dia mahu dan menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dipilih. Begitulah proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan pada 'ranyai' itu habis dan orang terakhir akan menebang 'ranyai' sebagai simbolik bermulanya Pesta Menuai atau Hari Gawai.
BISKUT SUJI
Bahan-bahannya: 900gm tepong gandum 2 cawan gula caster 1 cawan tepong suji (samolina) 1 tin minyak sapi QBB (454gm) 1 sudu makan rata bicarbonate of soda Caranya: 1.Gaul tepong gandom, tepong suji, gula caster dan bicarbonate of soda hingga rata. 2. Masukkan minyak sapi QBB, gaul rata. 3. Perap seketika. 4. Bulatkan ia seperti guli dan bakar 180C ditingkat paling atas oven selama 10 minit (untuk mendapatkan cracknya). Setelah itu diturunkan ditingkat dua oven pula dan putarkan 160C lebih kurang 15minit (agak2 lah).

PUDING BATIK Cik Comel


Bahan-Bahannya: 600 gm biskut marie (pecahkan 4) 250 gm mentega 5 sudu besar koko 5 sudu besar milo 1 cawan gula tin susu pekat 1 camca kecil esen vanila 5 biji telur (pukul sampai kembang) 1 cawan air Cara Menyediakannya: 1. Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. 2. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. 3. Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika. Back to Index

KEK COKLAT BASAH/LEMBAB Elle La Belle


Bahan2 1/2 cawan serbuk koko } mesti diayak 2 biji telur 1 cawan minyak masak (nak sedap minyak jagung) 1 cawan air mendidih 1 cawan susu cair 1 cawan gula (boleh kurang/tambahkan) 1 cawan tepung } 1 sudu soda bikarbonat } di ayak bersama 1 sudu baking powder } esen vanila skit secubit garam Cara2 1. masukkan dulu minyak, gula, susu dan telur dlm bekas. kacau biar sebati. 2. masukkan gandum dan koko skit2. 3. pastikan gandum dan koko tak berketul. 4. bakar dalam suhu 180 sampai masak (dlm 2 jam rasanya).

KEUNIKAN KEPELBAGAIAN MAKANAN MALAYSIA


Kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini

saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu. Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam. Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di

lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja. Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain. Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai rice bowl of Malaysia. Nasi dihidangkan dengan pelbagai laukpauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahanbahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang. Untuk pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik.Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaumkaum lain turut meminatinya. Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi

tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain. Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung. Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana

pedagang-pedagang Semenanjung.

India

Muslim

berulang

alik

antara

India

dan

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama kandar ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai