Anda di halaman 1dari 2

A. Jawab soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah.

ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian
banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar
Melaka.
Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan
rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia
sempat menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air.
Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk
kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap
dan hujan turun semakan lebat.
Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa
agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air.

1. Di manakah kejadian itu berlaku ?

2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ?

3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ?

4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ?

B. Tuliskan ayat -ayat di bawah ini semula dengan memasukkan tanda baca yang betul.

5. bilakah hari raya puasa disambut pada tahun ini

6. ramlah menaiki bas ekspres nasional ke utara

7. emak membeli ikan di pasar besar jerteh

8. marilah kita pergi melawat balai seni dan muzium negara

10. sofea memasak dengan menggunakan rempah adabi

11. ketua darjah 3 mawar tidak hadir hari ini

12. perjalanan ke singapura mesti melalui tambak johor

13. kamil dilantik sebagai pengurus besar bank rakyat


NAMA: HARI : TARIKH :

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun. Pak Hassan pemandu yang
cermat dan amanah.
Pada suatu hari , Pak Hassan membawa dua orang pelancong ke Tugu Negara. Kedua-dua orang
pelancong asyik bertanya pelbagai soalan kepada Pak Hassan. Pak Hassan pun memberitahu mereka
tentang tempat-tempat menarik di negara kita. Dia juga menceri takan bahawa rakyat Malaysia berbilang
kaum dan hidup bersatu padu.
Pak Hassan tidak lupa menerangkan pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan di sini.
Begitu juga beraneka jenis masakan yang mudah didapati.
Akhirnya mereka pun sampai di Tugu Negara . Kedua-dua orang pelncong itu turun
sambil mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.

1. Apakah punca rezeki Pak Hassan selama lapan tahun ?

2. Sebutkan salah satu soalan yang diajukan oleh pelancong itu.

3. Pada pendapat kamu, mengapakah negara kita ada perbagai jenis budaya ?

4. Di manakah kedua-dua orang pelancong itu turun ?

Jawab soalan-soalan yang berikut berpandukan menu di bawah.

RESTORAN PUNAI DILAYANG


MENU
Makanan Harga Minuman Harga
Nasi lemak RM 1.20 Sirap RM 0. 60
Nasi goreng RM 2.00 Air kotak RM 0. 70
Nasi ayam RM 2.50 Air bergas RM 0. 80
Nasi beriani RM 4.50 Tea RM 0. 60
Mi goreng RM 1.60 Kopi RM 0. 60
Mi rebus RM 1.60 Kopi O RM 0. 50

1. Harga makanan di atas hanya sah di mana ?

2. Berapakah harga dua pinggan nasi ayam ?

3. Tulis ayat matematik di bawah ini kepada ayat


biasa. RM 4.50 + RM 0.60 = RM 5.10

4. Pada pendapat anda , mengapakah menu ini penting

Anda mungkin juga menyukai