Anda di halaman 1dari 49

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU

47 AKTIVITI PEMBELAJARAN
ABAD KE 21 (PAK21)
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
(PDPC)

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


FAN-N-PICK

1.Setiap ahli mempunyai peranan.


2.Setiap peranan dimainkan secara bergilir gilir.
*Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas.
*Pelajar 2 : Pilih kad dan baca soalan
*Pelajar 3 : Jawab soalan.
*Pelajar 4 : Beri respons dan pujian kepada rakan yang diberi.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


GALLERY WALK

1.Murid secara berkumpulan diberikan tugasan dan menyiapkannya


dalam bentuk kertas sebak dan sebagainya
2.Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan
lain.
3.Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil
kerja kumpulan yang lain pada “sticker note” dan menampal pada hasil
tersebut.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


HOT SEAT

1.Aktiviti susulan selepas murid membuat kajian dan bacaan secara


individu atau berkumpulan.
2.Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi
“perkara” atau “watak”.
3.”Pakar” atau “Watak” ini akan menjawab semua soalan yang
dikemukan oleh orang lain.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


ROLE PLAY

1.Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan


atau watak.
2.Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
3.Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau
watak yang telah diberikan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


PETA I-THINK

1.Murid menggunakan peta I-THINK sebagai alat untuk menjana idea.


2.Murid juga menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan
hasil kerja dalam bentuk grafik.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


INSIDE-OUTSIDE CIRCLE

1.Murid mencari pasangan masing-masing.


2.Murid membentuk 2 bulatan iaitu satu di dalam (bulatan 1) dan satu di
luar (bulatan 2).
3.Murid berdiri menghadap pasangan.
4.Guru memberi soalan atau tugasan kepada murid dalam bulatan 1.
5.Murid dalam bulatan 2 hanya menjawab dan rakannya hanya mendengar.
6.Murid memberi pujian tau membetulkan jawapan rakan apabila dia telah
selesai memberikan jawapan.
7.Kemudian, murid bertukar peranan dengan soalan baru.
8.Akhir sekali, tukar pasangan dengan rakan disebelah kanan dalam
bulatan.
KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU
MATCH-MINE

1.Empat orang murid dalam satu pasukan.


2.Setiap dua orang cari pasangan dalam kumpulan tersebut.
3.Setiap pasangan diberikan kad untuk memisahkan mereka.
4.Murid 1 mengarahkan murid 2 melukis atau meneka gamba yang ada pada
murid 1 (murid 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh murid 1).
5.Apa yang ditulis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya
daripada arahan atau mesej yang disampaikan oleh murid 1.
6.Murid 1 melihat hasil yang dibuat oleh murid 2 dan mereka saling kukuh
mengukuhkan hasil tesebut.
7.Kemudian, kedua-duanya bertukar peranan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


SAME-DIFFERENT

1.2 orang murid dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan


dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.
2.Kemudian, mereka bandingkan jawapan mereka.
3.Akhir sekali, tukar pasangan dalam kumpulan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


RALLY ROBIN

1.Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberikan respons


tentang sesuatu perkara secara lisan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


ROUND ROBIN

1.Aktiviti secara Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


RALLY TABLE

1.Secara berpasangan, murid bergilir-gilir memberikan respons atau


menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan
menggunakan pen atau pensil yang sama.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


ROUND TABLE

1.Dilakukan seperti Rally table tetapi dalam pasukan berempat.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


SIMULTANEOUS ROUND TABLE

1.Dalam pasukan, murid menulis respons masalah dalam ertas masing-


masing.
2.Kemudian, mereka mengedarkan catatan mereka mengikut pusingan
jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah atau membetulkan
apa yang ditulis.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


SPIN N-THINK

1.Kadbod yang mempunyai anak panah dan boleh dipusing adalah


digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal,menjawab
membetulkan dan memuji.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TALKING CHIPS

1.Setiap pasukan meletakkan cip di tengah tengah apabila ingin


bercakap dan memberikan pendapat.
2.Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap
orang diberikan peluang untuk bercakap.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


MIX-N-MATCH

1.Murid bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh
dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TRADE-A-PROBLEM

1.Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada


pasukan lain untuk mencari penyelesaiaan atau jawapan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TEAM STAND-N-SHARE

1.Ahli pasukan berdiri.


2.Guru atu rakan memberikan soalan.
3.Pasukan hanya boleh duduk jika berssetuju dan berkongsi jawapan
atau pendapat dengan pasukan lain.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


FIND THE FIB/GUESS THE FIB

1.Setiap ahli pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu


perkata yang sebenarnya hanya 2 yang betul atau benar.Satu lagi
adalah salah.
2.Ahli lain diminta mencari perkara atau pernyataan yang salah.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


LINE UPS

1.Dalam pasukan berempat,murid membuat barisan.


2.Pasukan diminta memberika jawapan kepada masalah yang diberi.
3.Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-
pisah jika tidak bersetuju.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


FORMATIONS

1.Pasukan membentuk sesuatu bentuk sama ada simbol,perkataan


atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


WINDOWS PANE

1.Cara melukis satu gambar tentang sesuatu konsep atau perkara pada
carta putih atau papan putih.
2.Ahli dalam pasukan bergilir gilir menyambung lukisan untuk
menerangkan lagi konsep atau perkara tersebut.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


SHOWDOWN

1.Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan atau penyelasaian kepada


masalah.
2.Pada masa yang ditetapkan,semua murid menunjukkan jawapa
secara serentak.
3.Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


LYRICAL LESSONS

1.Pasukan menulis lirik atau menyanyikan lagu mengikut rentak


tradisional yang disukai kanak kanak.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TIMED PAIR SHARE

1.Secara berpasangan,murid 1 berkongsi pengalaman satu


penyelesaian dengan murid 2 dalam masa yang telah ditetapkan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


STIR-THE-CLASS

1.Pasukan duduk dalam bulatan.


2.Membincangkan jawapan untuk menyelesaikan masalah.
3.Apabila sudah mendapat satu penyelesaian,murid berdiri bahu ke
bahu untuk menujukkan persetujuan.
4.Bila loceng dibunyikan, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke
pasukan baru untuk soalan yang berikut.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TEAM WORD-WEB

1.Murid menulis topik di tengah tengah kertas sebak atau kertas


mahjong.
2.Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna
pen yang berbeza untuk menujukkan sumbangan idea daripada
mereka.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


MENDEKLAMASIKAN SAJAK ATAU MENYANYIKAN LAGU

1.Seorang murid mendeklamasikan baris pertama sajak atau


menyanyikan lagu
2.Kemudian,diikut oleh rakan pasangannya.
3.Akhirnya,semua murid Bersama sama mendeklamasikan sajak atau
menyanyikan lagu secara harmoni.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


PARAPHASE PASSPORT

1.Murid hanya boleh memberika n sumbanagn idea setelah dia boleh


mengulang jawapan daripada kawan sebelumnya.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


MIX-FREEZE-GROUP

1.Murid membentuk pasukan mengiut arahan guru.


2.Bagi yang tidak smepat membentuk pasukan dalam masa yang
ditetapkan diletakkan dalam “Lost and Found”.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


THINK-PAIR-SHARE

1.Guru mengemukan masalah kepada ahli pasukan.


2.Setiap ahli diberikan masa untuk berfikir,kemudian
membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.
3.Semua ahli pasukan pula diminta berkongsi jawapan kepada
penyelesaian masalah.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


ROAM THE ROOM

1.Dengan isyarat daripada guru,murid secara individu bergerak untuk


melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.
2.Apabila guru memberikan isyarat kedua,semua murid balik ke tempat
asal dan membuat perkongsian dalam pasukan berkaitan apa yang
telah dipelajarinya daripada rakan atau pasukan lain.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


GALLERY TOUR

1.Seperti aktivit Roam the Room,mereka bergerak secara berpasukan.


2.Hasil pasukan lain ditampal atau dilukis di atas meja untuk pasukan
lain melihat atau membacanya.
3.Pasukan asal hendaklah meletakkan pensil atau kertas di atas meja
supaya pasukan yang dating melawat boleh memberikan komen atau
pengukuhan berkaitan hasil kerja mereka.
4.Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara
waktu untuk melihat stesen lain pula.
5.Setelah kembali semula kepada pasukan asal,critakan atau laporkan
pembelajaran atau pengalaman yang diperolehi.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


THREE STAY,ONE STAY

1.Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan
lain.
2.Seorang tinggal di stesen kumpulan untuk menyambut kedatangan
rakan lain dan menjelaskan atau membentangkan hasil kerja kumpulan
kepada ahli pasukan lain.
3.Setelah selesai, murid 2 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


THE YARN

1.Setiap kali seorang murid memberikan pendapat,dia diberikan


benang untuk dililit di tangan.
2.Akhirnya,setiap kumpulan dapat mengetahui kumpulan yang
memberikan idea atau pendapat dengan lebih banyak.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


KINESTHETIC SYMBOLS

1.Murid membentuk simbol tangan atau badan untuk menerangkan isi


kandungan pelajaran atau pembelajaran.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TEAM STATEMENTS

1.Murid berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk


pernyataan individu.
2.Kemudian, semua murid berkerjasama untuk membentuk pernyataan
pasukan yang telah dipersetujui oleh semua.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


WHO AM I ?

1.Setiap orang murid diberikan identity pada belakang bajunya


(disemat di belakang baju).
2.Setiap daripada mereka diberikan tiga soalan sahaja untuk bertanaya
kepada kawan lain tentang identity masing masing.
3.Rakannya pula hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.
4.Apabila identity diperolehi hasil daripada pembayang jawapan yang
diberikan oleh rakan,individu tersebut boleh menjadi “pakar rujuk”
kepada rakan lain yang belum “mengenal pasti” identitinya.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


SAGES SHARE

1.Murid membuat sumbangsaran dan setiap daripada mereka yang


boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut.
2.Rakan lain bergilir gilir untuk menemu ramah rakan yang bijak iaitu
rakan yang menulis tandatangan tadi untuk kefahaman ebih lanjut
tentang ideanya.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TRAVELING FILE

1.Setiap pasukan dibekalkan satu fail yang di dalamnya terdapat soalan,


kes atau masalah untuk dibincangkan.
2.Selepas 10 sehingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan
dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.
3.Setiap pasukan yang mendapat fail baharu daripada pasukan lain
dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang terdapat dalam fail
berkenaan sebelum dibincangkan,ditambah,dihurai dan disunting.
4.Setelah setiap pasukan memberikan respons kepada dua atau tiga
Traveling File, soalan soalan dan jawapan jawapan tersebut
dibincangkan di dalam kelas secara keseluruhan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


VALUE LINES

1.Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai nilai yang tertinggi hingga


yang terendah dalam aspek kehidupan seharian.
2.Selepas itu, setiap ahli pasukan pula menyenaraikan nila nilai murni
berdasarkan keutamaannya.
3.Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil
kerja mereka.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


FIND SOMEONE WHO

1.Murid dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri ciri


tertentu yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya
daripada rakan sekelasnya yang tahu.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TEAM INTERVIEW

1.Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan


bertanyakan berkaitan maklumat diri berhubung dengan nama,tempat
asal,hobi dan lain lain sambil berdiri.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TEAM PROJECT

1.Setiap ahli pasukan berkerjasama memberikan sumbangan


menamakan pasukan,membentuk pasukan sorak (team cheers),logo
dan warna pasukan.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


ROTATING VIEW

1.Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik,kemudian


mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkannya di tempat
pasukan masing masing.
2.Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan
untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.
3.Setiap pasukan boleh membuat komen,idea tambahan atau
persoalan pada kertas berkenaan menggunakan pen yang berbeza.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


THREE-STEP INTERVIEW

1.Empat orang murid dalam pasukan.


2.Langkah 1 : secara berpasangan,seorang murid menjadi penemu duga
dan seorang lagi menjadi orang yang ditemu duga.
3.Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas.
4.Langkah 3 : Setiap murid secara bergilir berkongsi pengalaman yang
dilaluinya semasa menjalankan sesi temu duga dengan ahli pasukan
lain .

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU


TWO-BOX INDUCTION

1.Dua kategori diwujudkan iaitu contoh dan bukan contoh.


2.Fasilitator atau guru memberikan rangsangan.
3.Ahli pasukan berbincang secara “Round Table” untuk menghasilkan
hipotesis atau jangkaan awal.
4.Setelah ramalan atau jangkaan awal dibuat secra berulang-ulang dan
konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli,maka satu
keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut.

KOLEKSI BBM MUALLIMAH LILY RAHAYU

Anda mungkin juga menyukai