Anda di halaman 1dari 7

KOD KURSUS: GGGE 5043

PENGAJARAN MAKRO & MIKRO

SET 22
PENSYARAH: DR. AZWAHANUM

Tugasan Individu:

Rubrik penilaian rakan & Refleksi Pengajaran makro

Nama:
IZYANI BINTI MOHAMMED RAIS (P123001)

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
RUBRIK PENILAIAN PENGAJARAN MIKRO RAKAN.

NAMA RAKAN : NUR AMIRA BINTI SARIMAN


NO MATRIK: P122293

Rubrik Penilaian:

Perkara 0 1 2 3 4 Jumlah  Catatan

Kaedah Tidak Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah pengajaran 4


Pengajaran mengaplikasikan pengajaran tidak pengajaran kurang pengajaran sangat berkesan
kaedah pengajaran berkesan dan tidak berkesan dan berkesan dan dan sangat
yang dirancang menggalakkan kurang menggalakkan menggalakkan
pembelajaran menggalakkan pembelajaran pembelajaran
pembelajaran

Komunikasi Tidak jelas, tiada Kurang jelas, Jelas, intonasi Jelas, intonasi Sangat jelas, 4
intonasi dan gestur intonasi dan mendatar dan dan gestur yang intonasi dan gestur
yang tidak sesuai gestur yang kurang gestur sesuai bagi yang  sangat sesuai
bagi menggalakkan kurang sesuai bagi yang sesuai bagi menggalakkan bagi menggalakkan
interaksi pelajar. menggalakkan menggalakkan interaksi pelajar. interaksi pelajar.
interaksi pelajar. interaksi pelajar.

Penggunaan Tiada BBM. BBM tidak sesuai. BBM kurang BBM sesuai. BBM sangat sesuai. 4
BBM sesuai.

Pelaksanaan Tiada aktiviti Aktiviti Aktiviti Aktiviti Aktiviti 4


Aktiviti pembelajaran aktif. pembelajaran aktif pembelajaran aktif pembelajaran pembelajaran aktif
Pembelajaran ada tetapi tidak ada tetapi kurang aktif menarik dan sangat menarik dan
Aktif sesuai. sesuai. sesuai. sangat sesuai.

Teknik Tiada soalan Soalan Soalan Soalan Soalan 4


Penyoalan dikemukakan dikemukakan dikemukakan dikemukakan dikemukakan
kepada pelajar. kepada pelajar kepada pelajar kepada pelajar kepada pelajar
tetapi tidak tetapi kurang dengan dengan
pelbagai jenis dan kepelbagaian jenis kepelbagaian kepelbagaian jenis
aras. dan aras. jenis dan aras. dan aras, serta
merangsang
pemikiran aras
tinggi pelajar.

Pengurusan Tidak terurus. Proses pengajaran Proses pengajaran Proses pengajaran Proses pengajaran 4
Masa dilaksanakan lengkap tetapi lengkap dan sempurna dan
tetapi kurang melebihi masa. menepati masa. menepati masa.
terurus. 

Pengurusan Sangat tidak Tidak terkawal Kurang terkawal Terkawal dan Sangat terkawal 4
Bilik Darjah terkawal dan tidak dan tidak terurus. dan terurus.  terurus.  dan terurus.
(Disiplin terurus. 
pelajar)

Aktiviti Tiada aktiviti Ada aktiviti Ada aktiviti Ada aktiviti Ada aktiviti 3
Pentaksiran pentaksiran.  pentaksiran tetapi pentaksiran tetapi pentaksiran dan pentaksiran dan
tidak sesuai.  sangat terhad. bersesuaian. sangat bersesuaian.
Pelaksanaan Tiada elemen Ada elemen EMK Ada elemen EMK Ada elemen EMK Ada elemen EMK  4
EMK EMK .  tetapi tidak tetapi kurang dan bersesuaian. dan sangat
bersesuaian.  bersesuaian. bersesuaian.

Penguasaan Penguasaan isi Tidak menguasai Kurang menguasai Menguasai isi Sangat menguasai 4
Kandungan kandungan yang isi kandungan dan isi kandungan dan kandungan dan isi kandungan dan
tidak tepat dan tidak tidak mampu kurang mampu mampu mampu
mampu menyampaikan menyampaikan menyampaikan menyampaikan
menyampaikan kandungan kandungan dengan kandungan kandungan dengan
kandungan dengan dengan baik. baik. dengan baik. baik.
baik. 

JUMLAH 39/40
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran yang lengkap yang bermula dari set
induksi hingga penutup. Berdasarkan simulasi pengajaran makro yang kumpulan kami telah
jalankan selama 30 minit terdapat beberapan kekuatan, kelemahan dan cadangan yang perlu
diperbaiki untuk rujukan pada masa akan datang. Kumpulan kami telah memilih tajuk
ketumpatan tahun 3 bagi subjek Sains.

KEKUATAN
Terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti telah menjadi penyumbang kepada
kelancaran pengajaran makro yang telah dijalankan. Perkara-perkara tersebut merangkumi
komponen komunikasi, penggunaan BBM, dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran aktif, Dari
segi komunikasi, guru mampu berkomunikasi dengan baik kepada murid. Guru mampu
memberikan arahan dan panduan kepada murid kepada setiap perkara yang ingin
dilaksanakan ketika pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Sebagai contoh guru
memberikan arahan yang jelas sebelum uji kaji berkaitan ketumpatan dijalankan. Kejelasan
pemberian arahan oleh guru kepada murid boleh dilihat apabila murid mampu melaksanakan
apa yang diharapkan oleh guru. Guru juga dilihat kelihatan petah ketika berkata-kata. Guru
mampu menggunakan perkataan atau ayat yang tepat untuk menjelaskan sesuatu. Suara yang
dilontarkan oleh guru juga dilihat lantang dan mampu didengar oleh semua murid di dalam
kelas. Guru juga dilihat mampu menggunakan Bahan Bantu mengajar yang menarik dan
tepat dengan pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru adalah pelbagai
dan mampu untuk menarik minat murid untuk turut serta dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung. Di samping itu, guru turut menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersifat maujud dan boleh disentuh. Guru menggunakan bahan bantu
mengajar pada set induksi, langkah 1, 2 dan 3. Pada set induksi guru menggunakan aktiviti
Menara 3 warna yang melibatkan 3 cecair yang berbeza warna dan ketumpatan. Pada langkah
1 pula, uji kaji dijalankan dengan menggunakan objek yang bersifat maujud seperti duit
syiling, daun, batu kecil, gabus, bola ping pong dan limau nipis. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang berkesan penting bagi memastikan murid mendapat satu asas yang kuat untuk
sesuatu konsep dan memberikan pengalaman baru serta menjadikan pembelajran lebih
mendalam dan beragam. Keadaan ini boleh dilihat apabila murid dalam melihat sendiri objek
yang tenggelam dan timbul dalam uji kaji yang dijalankan. Guru juga mampu menguruskan
bilik darjah dengan baik. Murid mampu mendengar arahan guru dengan baik. Guru juga
dilihat melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan.

KELEMAHAN
Namun begitu, simulasi pengajaran makro yang dijalankan juga menunjukkan terdapat
beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki oleh guru. Dalam aspek kualiti pengajaran dan
pembelajaran, dilihat isi kandungan yang disampaikan oleh guru kurang berkualiti. Guru
dilihat kurang memperkembangkan isi kandungan. Walaupun guru ada cuba mengaitkan
tentang perkara yang diterangkan oleh guru dengan pengetahuan sedia ada murid namun
perkara tersebut tidak menggalakkan murid untuk berfikiran secara kritis dan kreatif. Ringkas
kata penerangan yang diberikan oleh guru memberikan kesan kepada percabahan ilmu
pengetahuan baru murid.
PENAMBAHBAIKAN KEPADA PENGAJARAN MAKRO
Dari aspek kurang kualiti dalam penyampaian isi kandungan, perkara yang boleh diperbaiki
dengan cara guru perlu menguasai isi kandungan dengan lebih jelas dan mendalam. Guru
juga perlu menggunakan perkataan kata kerja yang selari dengan perkara yang ingin
disampaikan.

RUJUKAN
Mohd Khairezan. 2021. Pengajaran Mikro: Impaknya Terhadap Pengajaran Guru. Universiti
Teknologi MARA (UiTM)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO


KEKUATAN
Pengajaran mikro adalah satu bentuk latihan pengajaran yang bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada guru untuk menilai bentuk pengajaran mereka (Mohd Khairezan
2021).Menurutnya lagi pengajaran mikro dapat menilai kaedah serta gaya pengajaran yang
sesuai, sesi pengajaran mikro ini juga dilihat mampu menjadi pengukur kepada tahap
pengetahuan dan persediaan guru sebelum mengendalikan pengajaran sebenar. Berdasarkan
pengajaran mikro yang telah saya laksanakan selama 30 minit, saya telah memilih tajuk
malaikat yang setia bagi Pendidikan Islam tahun 2. Dilihat terdapat beberapa aspek kekuatan
dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara aspek kekuatan yang menyumbang kepada
kelancaran pengajaran mikro yang dijalankan ialah dari segi komunikasi. Saya mampu
berkomunikasi dengan baik dengan baik. Saya juga mampu melontarkan suara dengan baik
bagi memastikan murid dapat mendengan suara saya dengan baik ketika berlakunya sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengurusan bilik darjah (Disiplin pelajar) pula saya
mampu menguruskan pelajar dengan baik. Pelajar dapat duduk teratur dan tidak mengganggu
murid lain ketika berlangsung sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya mampu
menguasai pengajaran yang dijalankan. Murid mampu menerima isi kandungan pembelajaran
dengan baik.

KELEMAHAN
Pengajaran mikro yang dijalankan oleh saya juga dilihat tidak lari daripada melakukan
kesilapan dan terdapat beberapa kelemahan. Dari segi penggunaan BBM. Saya menggunakan
BBM yang berwarna-warni, namun begitu tulisan pada BBM agak kecil dan tidak mampu
dilihat dengan jelas jika murid berada di kedudukan belakang kelas. Saya juga dilihat kurang
menggunakan aktiviti pembelajaran yang bersifat aktif. Pengajaran saya lebih kepada
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru pada langkah 1. Murid kurang aktif
dalam menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Saya juga
kurang menggunakan teknik penyoalan pada murid. Teknik penyoalan amat penting bagi
memastikan murid dapat dirangsang bagi berfikiran secara kritis dan kreatif.
PENAMBAHBAIKAN KEPADA PENGAJARAN MIKRO
Dari aspek BBM, pada masa akan datang saya perlu memastikan tulisan yang dihasilkan pada
BBM tersebut jelas dan mampu dilihat oleh semua murid di dalam kelas. BBM yang
dihasilkan juga perlu bersifat interaktif dan mampu menarik minat murid pada pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Bagi meningkatkan penyertaan murid pada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung, guru perlu melakukan aktiviti yang
berpusatkan murid dan bahan. Guru juga perlu melaksanakan aktiviti pembelajaran abad ke-
21.

Anda mungkin juga menyukai