Anda di halaman 1dari 53

Kaum Melayu

PERAYAAN- PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM MELAYU

HARI RAYA AIDILFITRI 

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari
RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari
raya inisetelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah)
dapatdilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun
Islam.Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan
beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

                                          

Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk
menunaikansembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan
Hari Raya Aidilfitriini disambut secara meriah pada setiap tahun.Bermula seawal bulan Ramadan
lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untukmenyambut kedatangan hari raya ini.
Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan1 Syawal ini, adalah dengan
menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, danmembuat berbagai-bagai jenis
kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datangberkunjung ke rumah.Selain itu
juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadarnilai
zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang
kekampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing.
Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun
dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu,
dalam tradisikunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam
akan mengambilkesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang
datang berkunjungdan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira
kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan
orang dewasa. Amalanmemberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh
masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan
anak-anak yang masih muda

              

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung
kepusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia
lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak
tertentu.

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari
rayaAidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat
yanghadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang
terdiridaripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa
gembira dalam suasana harmoni.

HARI RAYA AIDIL ADHA

                     

Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan
perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan
berakhirnyatempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji
mengerjakan wukuf diArafah.
Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah,
bulanini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal
daripadabahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena
memperingati kisahNabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih
anaknya, iaitu Nabi IsmailA.S.

Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah
untukmenyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail
dengan seekorkibas.

Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat
Islamyang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu
sebagai korbanpada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada
fakir miskin.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan
tahmidsecara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat
Aidiladha padawaktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan
tentang pengorbanandan perjuangan Nabi Ibrahim.

Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke
rumahsaudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera
dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga
hariberikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama
membuatkerja-kerja penyembelihan tersebut.Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia,
biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantaitimur, berbanding dengan masyarakat Islam
di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengancara yang agak sederhana.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang.
Apabiladisebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan
JunjunganBesar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci
Makkah pada 20April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita
turutmemuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara
kitakerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap
kerajaannegeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.

Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,


orangramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka
mengadakan majlisberselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di
sesetengah tempat pula,mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab
yang ditulis khas tentangriwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.

PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA


Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan


"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan
dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar
mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang
godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang
baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan
di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah
mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang
mengikutnya.

HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di
seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini
disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa
dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk
tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur
sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut
Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam
ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu
anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara
ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu
sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar
yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada
Dewa Subramaniam.

Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang
menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa
dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'.
Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu
yang dimainkan.

Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves
sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu,
penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan
kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang
beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa
lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik
semasa sambutan perayaan ini.

HARI THAIPONGGOL

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan
hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut
berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan
meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.

Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai
yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang
akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua
tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara
kecil-kecilan.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik
sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga
telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu
akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama
dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian"
akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak
melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan
mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip
"Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India,
Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak
juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari
Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri
ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran
dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga
peristiwa penting, iaitu:

·    * Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

·     *Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35
tahun di tahun 588 S.M.

* Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM CINA

TAHUN BARU CINA

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.
HARI CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran,
di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan
yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".
   

PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina
iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan
perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri.
Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji
teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti
Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Perayaan Iban

Hari Gawai

Iban
Bidayuh

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai
pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta
Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan
tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut
secara besar-besaran semenjak 1964.
Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam
bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil
masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan
menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak
berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula
pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti
perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat
Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara
mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah
sekiranya diminum berlebihan.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa
Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang
daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan
persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta
Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.
Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam
dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan
makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria
sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan
Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung
menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

lesung

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik
yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak
dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan
paras rupa mereka.
manik-manik yang dihias pada baju

Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak.

Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban
sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ia ditarikan selepas mereka
kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal
dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan
orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di
tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke
kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai

Makanan Tradisi Kaum Melayu

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa
generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu
sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di
Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai
pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan
orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu
pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam.
Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya


sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika
Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama
rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh
dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak
kaum asli di Malaysia.
TAPAI

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi
dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai
pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan
untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi
dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya
akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai.
Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus
dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus
dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup
dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah
boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh
diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga
mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus,
seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna
merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak
sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai
kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh
disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu
manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya
mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan
dimasukkan sedikit ais.
BELACAN

Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @
geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan
di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum
digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua
peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara
komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini
digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak
mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan
lama.

RENDANG

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya
Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu.
Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara
tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang
digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging
hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau
kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong)
santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging
bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari
air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal,
daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering
dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.

PUTU PIRING

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada
tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti
piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia
akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda
(nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna
kuning.

BOTOK-BOTOK

Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh
disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang
dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah
ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah.
Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun
pokok bunga puding.

CENCALOK

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang
memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan
Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu
makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah
sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih
dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan
dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya
akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat
dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk
menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi
apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang
dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit
lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.

DODOL-DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau
manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat
rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini
terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras,
gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah
dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak
dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika
dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol
hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang
dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4
jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan
bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan
mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau
supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak
dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar.
Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua,
berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya
dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis
kenduri.

OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan


sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-
otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh
dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat
daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia
merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu
dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

 
Makanan Tradisi Kaum Cina
Posted on February 9, 2012 by totallydelicious

Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus
populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini
pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.Tiga kumpulan kecil
kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang
tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

BAK KUT THE

Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik
popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain
seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap
dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh
China.

LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina.
Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan
makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua
rakyat Malaysia.

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey
teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili,
udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau
bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan
lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan
minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa,
secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih
bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di
mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan
高 (gāo) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)
(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang
dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu
sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya
termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari
Guangdong.

JIAOZI

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China
utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan
makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu
“Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan
yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan
makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru
China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru
mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun
baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak
pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang
lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis
inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba
itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat
membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah
menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada
tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil
laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan
hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain.
Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang
sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng,
manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya
dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang
sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi
yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan
tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau
kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang
mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-
masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang
penting dalam budaya makanan China.

KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim
Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina
semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang-
undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun
yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka
membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol
berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat
Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di
buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau
dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan
dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak
dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh
Kuih Bulan yang manis itu.

CHOU ZHI TOU

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim
Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina
semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang-
undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun
yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka
membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol
berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat
Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di
buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau
dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan
dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak
dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh
Kuih Bulan yang manis itu.

PENG BING

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah
memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang
berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung
yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

GUANG BING

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang
dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti
French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang
popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk
menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan
rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba .
GAN PAN MIAN

Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana ianya
sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah
sekitar RM1.50 sahaja.  Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang,
bawang goreng dan bak kut teh.

DING BIAN HU

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau
lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur
kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas
yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Makanan Tradisi Kaum India


Posted on February 9, 2012 by totallydelicious
ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat
masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh
sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak
khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap
dimakan bersama dal, kari dan sambal.

NASI BERIANI

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani
tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh
kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh
orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam
dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan
ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya
mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah:
wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual.
Contohnya nasi mangga.
MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India
Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua
masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup
dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal
dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang
pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus.
Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun
cara pemutaran.

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang
mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,
Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul
tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi
menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi
sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula
kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan
seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau
motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali
sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana
mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan
pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan
sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu
piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan
Singapore. Iddiyappam biasa terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk
juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara
mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.

NEI URUNDAI

NEI URUNDAI ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh
dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal .

ADHIRASAM

ADHIRASAM menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India . Bahagian yang paling
penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) . Jika anda dapat
adunan paagu yang betul , adhirasam dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat .
Makanan Tradisi Kaum Iban
Posted on February 12, 2012 by totallydelicious

HINAVA

Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di
Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.

LATAR BELAKANG

ASAL-USUL

Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei,seorang pelayar dari China telah singgah di
Sarawak.Di sana,pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil
Hinava.Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Pelayar tersebut juga
memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk
membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu,udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga
dipotong menjadi kecil.

PANTANG LARANG

Kebersihan dan kesegaran amatlah dititikberatkan.Ikan,udang atau sotong haruslah yang segar-
segar dan terus dimasak.
UMAI

Umai . Makanan Kebudayaan dari kaum Iban. Sedapnya Umai ni.. Pedas nyer bukan main.

AYAM PANSUH

AYAM PANSUH . Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas
dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo!

CAKAR AYAM

Cakar ayam.Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali
perayaan Gawai .
MIDIN BELACAN

Midin  belacan  makanan  tradisional  orang  iban .

PEKASAM ENSABI

Jeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis
sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin
amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi
sejak zaman nenek moyang terus digemari.
SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada
kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan
sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis.
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. 
Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya
menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di
kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat.  Pakaian
sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika.  Kaum wanita pula hanya
menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan
golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain
daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang
sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian
tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13,
adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang.  Walaupun agama Islam telah
tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat..  Dari segi pakaian,
masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju.
Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan
bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera.

Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan pemakainya
menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.
Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan pendek,
berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan baju alang. Baju
alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan.

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula
dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian
orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka.
Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga
sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti
yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk
baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah
melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu.
Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu
serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang diikat
di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung.
Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa
keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan
istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia
Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke
pakaian tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah,
seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang
serta kain samping. Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam
berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen
Inggeris serta memakai pedang.  Ada juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum wanita
pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk
labuh dan longgar. Baju kurung ini dikenakan dengan kain ikatan ‘ombak mengalun’. Selain baju
kurung, ada juga ‘baju labuh’ yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan
bangsawan, penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan dengan pakaian mereka.
Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi.Fesyen baju
tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian
menjadi ikutan rakyat biasa.  Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan
istana dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza.

Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan pakaian.  Ada
diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah sepersalinan
pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai
raja.  Anugerah sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada
masyarakat menganggap apa sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia.
Sebenarnya anugerah sebegini dapat memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan
memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat
boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja. 

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan tidak boleh
memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih.  Tercermin pengaruh
Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan
bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat berharga dan
disanjung tinggi.  Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah ‘kain dipakai’ untuk
menerangkan nilai yang ada pada seseorang.  Sebagai contoh, ungkapan ‘jika buruk kain dipakai,
buruklah sifat seseorang itu’.  Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang
tidak berkemampuan memakai pakaian cantik.  Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain
dipakai adalah cara seseorang itu mengikat kain.  Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan
berkedut dan tidak rapi.  Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai
seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti.

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU


Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian
dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari citra asalnya. 
Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini.

Baju Kurung Teluk Belanga


            Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut
Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut
beliau, pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum
Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura. 
Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah
suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada
seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga
mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat
tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah
kancing dibuat dengan jahitan ‘insang pari’. 

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang
yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain
samping dagang.  Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor.
Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang
bernilai. Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju
kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Baju Kurung Cekak Musang


            Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini dicipta. Baju
kurung yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju
wan. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari
Makkah). Jubah ini telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai.  Poketnya
dijahit serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini
dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak dijahit
tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan
kain samping dagang luar.  Bagi kaum wanita pula, baju kurung cekak musang juga dipakai
dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Seluar
Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana. Ini kerana
pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya
golongan berada yang mampu memakainya.
Golongan bangsawan  memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa menggunakan
dua jenis potongan seluar iaitu seluar ‘gunting Melayu’ dan seluar ‘gunting Cina’. Seluar
potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling ringkas dan memudahkan
pergerakan lasak.

Kain Sarung
            Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan ‘kain dagang’.Kain ini
dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan untuk melindungi diri
daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini
diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum
wanita jika diserang.
Baju Kurung Moden
            Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional.
Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju
kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada
bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih
berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kameja
longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain
samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia
terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan
cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju
Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga
potongan lehernya dijahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya
samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan
tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah
butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar
baju.

BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan
Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai
jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang
yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan
sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan
kain tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung
kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita Barat. Baju
belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang lebih kemas.
Potongan baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang
sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.
Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya
labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara
ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai
dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai.
 Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan
sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.  
Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun
dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu
dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan
dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada
serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang
dililit mengikut bentuk badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.
Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan dibahagian
hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk memudahkan pergerakan.  Apabila
pemakainya mengatur langkah, betisnya akan kelihatan.
Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari.  Fesyen pakaian itu berubah
kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan dengan kain yang
berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.
 Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan sedikit pada
bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.

Pakaian Tradisional  Masyarakat Cina


Lelaki

1.Samfoo 

membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian
tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional
kepada Orang Manchu.

2.Hanfu

Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina.
Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki. 
Wanita

CHEONGSAM

Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama
adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan
suasana tempatan.
 
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera,
kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah
Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan  Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. 

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.  

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam

dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya. 

Pakaian Tradisional Kaum Cina :


Samfoo & Cheongsam Pakaian traditional Masyarakat Cina. Pakaian cheongsam atau ‘baju
panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam
mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan
lain-lain jenis kain lembut.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh
umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis
yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo. Foto : budayapakaiandimalaysia Samfoo turut
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang
dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini
biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN


Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa
dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti
“pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong
(Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh
sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak
menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai
untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Cheongsam. Foto : auntiefashion
Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial
tertentu sahaja: • Peony Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan
wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol
kekayaan dan kesejahteraan • Teratai Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang
pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci. •
Bunga krisan Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur. • Ikan Ikan
juga merupakan lambang kesejahteraan. • Burung Motif burung adalah lambang kecantikan dan
kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung
phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan
putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif
bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya .

Pakaian Tradisional Kaum India


Standar

Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain
berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan
kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam
dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India,
terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu
mereka ketika memakai salwar kameez.

    
Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai
ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya
akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churid.

Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama
ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.
Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter
yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

Baju Traditional Kaum Iban

Kaum Iban, seperti apa yang kita tahu , kaum iban adalah kaum yang tinggal di negeri Sarawak.
Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup
bermasyarakat dan mendiami rumah – rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang
dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar
besar di sekitar negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan

Setiap negeri ada baju traditional. Tak kurang juga dengan negeri enggang iaitu Sarawak. Ada
sesiapa belum pernah pergi sarawak? Kalau belum , dah boleh plan dah dari sekarang. Heheh..

Pakaian tradisional lelaki Iban dipanggil ‘Baju Burung’ manakala pakaian tradisional wanita
pula dipanggil ‘Ngepan Iban’.

 
 rimbunanrantingsarawak.weebly.c
om

Sirat

ikanlundu.com
Sirat ini senang di sebut sebagai ‘ kain cawat ‘ seperti mana orang semenanjung mudah fahami.
Sesetengah kain sirat ini pada bahagian hujung kainnya dihiasi bulu bulu, manik manik atau juga
kulit siput untuk menampak kan lebih cantik. Disamping itu juga ianya dihiasi sulaman dan
tenunan yang begitu unik.

 Ketapu

twinangelsgeta
way.blogspot.my

Ketapu iPostni adalah sebuah topi yang dipakai di atas kepala , selalunya dipakai oleh kaum iban
lelaki sahaja. Seperti apa yang diketahui ketapu ini diperbuat dari rotan dan di anyam menjadi
bentuk yang diiginankan oleh masing masing. Setelah itu ianya  dicat sebelum memasang bulu
burung kenyalang atasnya. Jika diletakkan lagi banyak bulu burung, maka ketapu akan nampak
lebih gah dan cantik.

 Baju gagong
  thebestever4u.blogspot.my

Baju gagung ataupun juga dikenali sebagai baju burung sejenis baju yang tebal dan keras ianya
diperbuat dari kulit haiwan kulit beruang., tetapi dihujung baju tersebut tidak dijahit, pada kiri
dan kanannya. Baju Burung adalah  pakaian tradisional  lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju
burung dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang kuat  dan berani. Lelaki yang menggunakan
pakaian ini akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang kepada kaum Iban yang membawa
maksud seorang lelaki yang kaut, gagah dan kacak. Baju burung ini ada juga beberapa jenis juga
seperti baju burung begagong dan juga baju burong skrang

Baju traditional kaum wanita iban dipanggil ngepan iban. Uniknya baju wanita hampir seluruh
bajunya di tenun dan ianya penuh dengan corak corak yang sangat menarik bahkan unik.
                                  rimbunanrantingsarawak.we
ebly.com

Tango

  houseofngepandaya
k.blogspot.my
Tango atau marek empang  ini adalah yang diperbuat daripada manik dan dihiasi bebola kain
bagi tujuan menutup dada atau baju kecil dan juga kemban. Gubahan Marik Empang telah
menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Iban di Sarawak.  Corak tango ini dihiasi
corak corak mengikut kemahuan masing masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan
reka bentuknya dapat membezakan etnik Iban dari etnik lain dengan mudah. Ianya juga nampak
seperti rantai yang besar menutupi dada dan dipakai pada leher.

 Sugu Tinggi

pinterest.co.uk

Sugu tinggi ini dipakai di kepala , ianya juga dikenali “talls combs” iaitu perhiasan yang
berwarna perak atau silver yang memberi keunikan sendiri dan kilauan yang menarik. Sugu
tinggi ialah kraftangan yang diperbuat dari corak berbunga bungaan.

Pada zaman dahulu, sugu tinggi ini diperbuat betul dari perak , tapi sekarang sugu tinggi
diperbuat daripada aluminium yang bersalut perak. Dalam pada masa yang sama, Ensuga tisir
ialah perhiasan yang diletakkan bersama dengan sugu tinggi dengan bercorakkan bunga bungaan.
Selain itu Sugu tinggi ini juga disokong oleh Sugu Pupung supaya tidak longgar yang
menyebabkan jatuh dari kepala si pemakai.

 Sementing ringgit

simma
warni.blogspot.my

Sementing ringgit merupakan lingkaran tali pinggang atau juga dikenali sebagai gobeng. Ianya
berjuraian ibarat tali pinggang wang. Duit syiling tersebut dicantumkan penuh dan
dirapatkan.Pada bahagian atas sekali , duit syiling 50 sen akan dicantum rapat dengan duit
syiling yang lain.

Manakala yang bawah pula duit syilingnya merupakan duit syilingg 20 sen atau 10 sen di cantum
dan akan terbentuk tali yang berjuraian dari atas sampai ke bawah. Kebanyakannya sementing ini
akan berwarna perak. Pada waktu majlis keramaian atau tarian mereka akan memakainya dan
lebih memukau tarian tersebut apabila sementing ini akan bergoyang mengikut lenggok tarian
tersebut.

Kalau anda semua nak tahu pelancong pun suka menggayakan baju tadisional iban ini apabila
mereka pergi ke sana sebabnya baju iban ini ad auniknya tersendiri. Kalau anada semua ad
arancang untuk bercuti ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba baju tradisional mereka!

Anda mungkin juga menyukai