Anda di halaman 1dari 6

KESAN PERAYAAN

Terdapat beberapa kesan perayaan yang boleh kita dapati. Anataranya ialah kesan perayaan terhadap
kekeluargaan. Kesan perayaan terhadap kekeluargaan ialah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama
keluarga. Hubungann kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan denagn ibu
bapa, ahli keluarga dan adik-beradik. Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan
pulang untuk merayakan perayaan tersebut bersama-sama.
Selain itu, perpaduan antara rakyat. Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat. Hal ini
demikian kerana, semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan
masing-masing. Di Hari perayaan tidak kira kaum atau bangsa amalan kunjung-mengunjungi menjadi rutin
perayaan disambut bersama. Kemeriahan dikongsi bersama malah terdapat juga rumah terbuka. Justeru itu
perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum dapat dijalin dalam suasana aman dan damai.
Tambahan pula, kesan terhadap perlancongan. Institusi pelancongan juga menerima kesan hebat semasa
perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing turut hadir dan turut serta dalam perayaan ini kerana
mereka sendiri datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini maka secara tidak
langsung ini menyumbang sumber pelaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.
Akhir sekali, kesan perayaan terhadap keagamaan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya berbangga kerana
dapat menunaikan amanat dan perintah Allah. Islam meminta kita meraikan Hari Kemenangan iaitu
menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menjalanibulan Ramadhan. Dan akhirnya, kita
menyambut Hari Raya Aidiladha.
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
Di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidilfitri turut disambut dengan meriahnya. Sebelum perayaan tersebut itu
menjelma, pelbagai suasana sudah dapat kita lihat. Sebagai contoh, pusat-pusat membeli-belah telah
mengadakan promosi jualan murah dengan pelbagai barang telah turun harganya. Malah di pusat membeli-
belah turut dihiasi dengan pelbagai perhiasan secara besar-besaran. Malah di media massa, seperti radio
dan televisyen mula memutarkan lagu-lagu raya dan menanyangkan rancangan-rancangan berkaitan
dengan hari raya. Malah di bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari
sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga
bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan
kaum keluarga. Amalan ini turut dipanggil sebagai amalan ‘Balik Kampung’.

Selain itu, sebelum Hari Raya Aidilfitri terdapat juga Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ialah bulan di mana
umat islam dikehendakai berpuasa selama sebulan. Setiap amalan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan
akan mendapat ganjaran dan pahala oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan
diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi
mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi
dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Amalan sampingan yang dilakukan ialah:


1. Mengerjakan solat sunat tarawirkh, witir dan solat sunat yang lain
2. Selalu berdoa, berzikir, selawat, membaca Al-Quran , bertaubat dan lain-lain.
3. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam
kesusahan.
4. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan
keberkatan malam Lailatulqadar seperti berqiamullail.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk
individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa
orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi
memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang
berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana
pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu,
tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, antara amalan yang dilakukan ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah
bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan
sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-
mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-
maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping
meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Pada pagi Hari Raya, kaum lelaki akan memakai Baju Melayu yang merupakan pakaian tradisi. Pakaian ini
dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Manakala bagi kaum wanita, mereka
memakai baju kurung dan baju kebaya pada kebiasaannya. Pelbagai fesyen telah diperkenalkan bagi
memenuhi cita rasa penduduk pada zaman kini.

Kita dapat lihat pelbagai juadah disediakan pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Apabila selesainya amalan
bermaaf-maafan. Seluruh keluarga akan duduk bersama dan makan bersama-sama. Amalan ini merupakan
amalan yang amat bermakna bagi sesuatu keluarga. Hal ini demikian kerana, mereka sudah lama tidak
pulang ke kampung dan makan bersam-sama.

Selain itu, terdapat juga amalan memberi wang atau lebih dikenalio sebagai ‘duit raya’ kepada kanak-kanak
juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak
melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada
amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan
saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-
hadiah.

Malah pada musim Hari Raya Aidilfitri juga, rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri
ataupun sepanjang bulan Syawal. Di rumah terbuka, pelbagai juadah disediakan antaranya ketupat, lemang,
nasi impit dan sebagainya. Di rumah terbuka, kita dapat lihat banyak orang datang tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama. Bagi kaum lain, inilah masanya bagi mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam
maksud sebenar Hari Raya Aidilfitri.Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.

Amalan sunat pada bulan syawal.


• Amalan sunat pada 1 Syawal:
• Membayar zakat fitrah sebelum menuanaikan solat aidilfitri
• Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
• Mandi sunat Aidilfitri pada pagi harinya
• Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
• Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
• Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
• Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada
Hari Raya tersebut.
• Berpuasa 6 hari pada bulan syawal (sunat syawal).

Setelah sebulan umat islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan merayakan dengan penuh hikmah,
umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijjah.
Bulan Zulkaedah
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti
biasa.
Bulan Zulhijjah
• Tanggal 1 Zulhijah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
• Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu
seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
• Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
• Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari
kefakiran dan kemelaratan.
• Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia
dari sifat munafik dan seksaan kubur.
• Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabi-Nya. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oloeh Allah dengan pandangan rahmat.
• Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahanam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
dibuka 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitan.
• Tanggal 8 Zulhijah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Hari itu
dinamakan Hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh
Allah.
• Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah,
bukan dari syaitan. Oleh itu, hari terebut telah dikenali sebagai hari Arafah.
• Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari terebut akan dibangkitkan oleh
Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat 10 zulhijjah
• Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
• Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
• Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
• Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
• Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari
pada tanggal 13 Zulhijjah.
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa
awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.
LATAR BELAKANG
Sejarah Hari Raya Aidilfitri dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda
mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya
kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka
sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk dan nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang
kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atauAidiladha dan Hari Raya
Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika
ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat
puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu
makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri
daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah
menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini
sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.Oleh
kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah
mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya
dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid
sebagai tanda kesyukuran.

Terdapat dua upacara khusus menandakan bermulanya Hari Raya Aidilfitri. Upacara tersebut ialah rukyah
(melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Melalui rukyah (melihat anak bulan), ialah apabila anak
bulan kelihatan ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.

Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu
Maghhrib di beberapa tempat yang strategik. Selain itu, amalan yang khusus dijalankan pada Hari Raya
Aidilfitri ialah solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Setelah itu, terdapat juga Khutbah Hari Raya. Khutbah Hari
Raya ialah ucapan yang dibaca oleh khatib sebanyak dua kali berturut-turut selepas mengerjakan solat
Aidilfitri. Individu yang mengetuai upacara ini ialah khatib. Tempat yang khusus upacara ini dilakukan ialah
di masjid.

HASIL KAJIAN

PERAYAAN TRADISI

Kajian sejarah tempatan merupakan salah satu kajian yang perli dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 bagi
memenuhi sukatan pembelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR). Melalui kajian ini, saya telah memilih
perayaan Hari Raya Aidilfitri sebagai kajian utama saya. Hari Raya Aidilfitri turut dikenali sebagai Hari Raya
Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh
umat islam di seluryh dunia tidak kira bangsa. 

Di Malaysia, perayaan ini disambut oleh Kaum Melayu. Tempoh perayaan ini disambut ialah selama satu
bulan. Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Manakala
tarikhnya berubah apabila mengikut kalendar Masihi. Hal ini demikian kerana, kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan mankala kalendar Masihi mengikut peredaran Bumi mengelilingi matahari. Oleh
itu, Hari Raya Aidilfitri disambut setiap 1 Syawal tahun Hijrah. Terdapat beberapa tujuan Hari Raya Aidilfitri
ini disambut. Tujuan utamanya ialah untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadhan iaitu bulan puasa.
Selain itu, ia turut menandakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang
dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.

Anda mungkin juga menyukai