Anda di halaman 1dari 10

Pengertian Dan Sejarah Awal Hari Raya

Aidilfitri
Oleh Rabiatul Adaweeyah • 25 Jun 2017 • 3 min baca

Aidilfitri adalah hari raya bagi umat Islam. Hari raya ini juga digelar dengan panggilan hari raya
puasa atau hari lebaran. Pada hari ini, umat Islam telah sinonim dengan menyucikan jiwa,
membersihkan dosa dengan saling bermaafan dan bersilaturahim.

Maksud Aidilfitri
Secara bahasa (harfiyah), ‘Aidilfitri’ bermaksud ‘kembali kepada fitrah; iaitu, kembali kepada
asal kejadian manusia yang suci, bersih dari dosa, seperti keadaan bayi baru lahir.

Kata ‘fitrah’ dari kata futhur beerti ‘kembali makan pagi (sarapan)’. Jadi, pada hari Aidilfitri
bermakna kembali sarapan, tidak seperti bulan Ramadan yang tiada sarapan dan wajib berpuasa.
Maksud ini dikaitakan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda;

“Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka
dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah Hari Raya Aidilfitri


Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat
Arab Jahiliyah Arab telah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan.
kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Persia Kuno.

Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian, seperti tarian perang dan
ketangkasan selain menyanyi dan memakan makanan enak dan minuman memabukkan. Ketika
itu juga setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing.

Setelah itu, turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun 2 Hijrah.
Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, yakni
Aidilfitri dan Aidiladha.”(Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17
Ramadan tahun ke-2 Hijrah (Ensiklopedia Islam). Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih
kemenangan walau 319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy.

Jadi pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan, iaitu
kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menakluk hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.
Dari sinilah lahirnya ungkapan ‘Minal ‘Aidin wal Faizin’ yang lengkapnya ungkapan doa kaum
Muslim saat itu:

‘Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin’ : ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang
yang kembali (dari Perang Badar) dan mendapatkan kemenangan’

Diriwayatkan, Rasulullah SAW dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri yang pertama dalam
keadaan luka-luka yang masih belum pulih dan letih akibat Perang Badar. Dari Jubair bin Nufair,
dia berkata, bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW pada hari raya Aidilfitri (dan Aidiladha)
dan berjumpa satu sama lain, mereka saling mengucapkan:

“Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian).”

Menurut Ibnu Katsir, pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Rasulullah SAW pergi
meninggalkan masjid menuju ke suatu kawasan lapang dan menunaikan solat Aidilfitri di situ.
Sejak itulah, Baginda dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri di lapangan terbuka.

Jadi, Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam,
bukan sahaja sebagai kemenangan dalam bentuk fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menakluk
nafsu dalam bulan Ramadan.

Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan membanyakkan bertahmid dan
bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT bersempena dengan kemuliaan hari
kemenangan itu. Diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah ra, maksudnya;

“Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.”

Ini bermakna, seseorang muslim itu sangatlah digalakkan dan dituntut agar menghidupkan hari
raya dengan segala amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi menjamin hati
agar tidak mati dan menjadi hamba yang penuh taqwa.

Sumber: Ensiklopedia Islam


Sambutan hari raya Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa
yang diwajibkan kepada mereka hendaklah disambut mengikut lunas syarak dan tidak dicampur
aduk dengan perkara yang diharamkan oleh Islam.

Selepas istiqamah selama sebulan meningkatkan ibadah demi mencapai status takwa, pastinya
kita mahu momentum itu diteruskan dengan memastikan hari raya menandakan kemenangan
umat Islam tetapi mempunyai nilai ibadah.

Tidak dinafikan, terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini yang mungkin terlalu ghairah ingin
menyambut Aidilfitri terlupa menjaga batas bergembira yang ditetapkan. Oleh itu, memahami
erti sebenar Syawal penting supaya dapat dirayakan dengan lebih bermakna.

Pensyarah Kanan I'jaz al-Quran Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Sukki Othman,
berkata sambutan berbentuk fizikal perlu seiring dengan konsep sambutan secara rohani bagi
mendapat kegembiraan sebenar menyambut hari raya.

Beliau menyarankan umat Islam untuk menilai kembali aktiviti yang ingin dilakukan ketika hari
raya supaya tidak termasuk perkara boleh mencemarkan kemuliaan serta kesucian Aidilfitri yang
simboliknya mengembalikan umat Islam kepada fitrah.

"Sepanjang Ramadan kita berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus al-Quran serta
melakukan amalan sunat lain seperti bersedekah dan membayar zakat untuk mencari keredaan
Allah SWT. Maka, 1 Syawal, kita kembali kepada fitrah seperti bayi yang baru dilahirkan,"
katanya.

Kembalikan budaya Islam

Katanya, Syawal juga adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menundukkan
nafsu sepanjang Ramadan dan membersihkan daripada dosa yang lalu sekali gus menjadi insan
bertakwa.

Menurut Mohd Sukki, untuk menghidupkan semula tradisi Syawal sebagaimana disyariatkan
oleh Islam, digalakkan amalan ziarah menziarahi antara sesama keluarga, saudara mara, kaum
kerabat, jiran dan sahabat handai.

Tambahnya, kanak-kanak juga perlu dididik mengenai amalan ziarah yang tepat iaitu bukan
sekadar berkunjung untuk mendapatkan duit raya semata-mata tetapi mengikut syariat Islam
yang menekankan pemberian sedekah kepada orang memerlukan seperti fakir miskin.

Selain itu, beliau turut menegaskan sambutan Syawal bukan hanya semata-mata untuk
kegembiraan, bahkan lebih utama mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

"Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, perlu diingat jangan sesekali lupa kepada kewajipan
terhadap Allah SWT seperti mendirikan solat fardu lima waktu. Moga kegembiraan dan
keseronokan pada hari raya akan juga dapat dikecapi pada hari akhirat kelak," katanya.
Raya di Makkah sederhana

Sementara itu, warga Malaysia yang berpengalaman beraya di Makkah tahun lalu, Rokhaizat
Rahmat, 30, berkata banyak perbezaan menyambut Syawal antara masyarakat Arab dan Melayu
kerana tumpuan di Tanah Suci lebih menekankan kepada menyempurnakan ibadah.

"Di Makkah, suasana Aidilfitri berbeza dengan di Malaysia kerana kemeriahan lebih terasa pada
Ramadan. Pada malam raya, kami sekeluarga memilih untuk tidur di Masjidil Haram kerana
jemaah terlalu padat bagi memastikan dapat tempat untuk solat sunat Aidilfitri.

"Pagi raya pula, masyarakat di sana akan membawa anak mereka yang dipakaikan gaun cantik
dan disolek, tetapi kemudian ia ditutup dengan abaya berwarna hitam," katanya.

Beliau berkata, sambutan raya di sana sangat ringkas. Selepas solat sunat hari raya, mereka akan
menziarahi keluarga terdekat.

Golongan tua akan memanggil kanak-kanak untuk memberi duit raya yang dimasukkan ke dalam
sampul seperti budaya kita.

"Mereka akan saling menziarahi tetapi bagi setiap rumah, mereka hanya duduk antara lima
hingga 10 minit sahaja.

"Antara juadah raya pula seperti kuih tradisi, coklat dan qahwah Arabi iaitu kopi Arab yang agak
pahit," katanya.

 Amalan sunat hari raya


 Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
 Menjamah makanan sebelum keluar.
 Memperbanyakkan takbir sama ada di rumah atau masjid.
 Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
 Memakai pakaian terbaik yang ada.
 Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
 Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim.
 Bergembira dengan melakukan perkara yang dibenarkan.
 Melakukan amalan sedekah.
 Melakukan puasa enam.
Hari Raya Aidilfitri: yang perlu dan yang
jangan dilakukan
Dr Zaharuddin Abd Rahman, Astro Awani | Julai 26, 2014 23:42 MYT

Mengapa orang mukmin tulen bersedih dengan pemergian Ramadhan? - File Pic
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta
menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan,
mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira
dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya
adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan
berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya
terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya
pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak
mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala.
Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.
"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita
merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan
yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis
dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

‫اللقهلرآقهن قشاَّفرعَّع همقشفنعَّع فققملن قجقعلقهه إرقماَّقمهه ققاَّقدهه إلى اللقجننرة قوقملن قجقعلقهه قخللفقهه قساَّققهه إلى النناَّرر‬

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai
pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang
meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-
Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi'
bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih
sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan
umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan
dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar
memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah
Rasulullah SAW dengan katanya :

‫دعهماَّ ياَّ أباَّ بكر فإنهاَّ أياَّم عيد‬

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan
kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya
adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
‫من قسنرلتهه قحقسنقتههه قوقساَّقءلتهه قسييئقتههه فذلك اللهملؤرمهن‬

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan
perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi :
Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga
atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah
menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian
Ramadhan?

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di Ramadhan Secara ringkasnya, dengan


berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan
ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang
menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu
mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya
dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua
peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn
Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan
akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian
Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat
Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati
sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya
sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari
menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan
rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran
anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan
menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah
selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka
Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat
memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya :
mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut :
"Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa
biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga
meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang
dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya
Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat
hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang
sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu
minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan)
kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

‫قاَّل واثلة لقيت رسول ا يوم عيد فقلت تقبل ا مناَّ ومنك قاَّل نعم تقبل ا مناَّ ومنك‬
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada
baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa
minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali
pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau
berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti
yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda :

‫ وأن هينسأ له في أثره ؛ فقلليق ر‬، ‫قمن قسرره أن هيبسط له في رزقه‬


‫صل قررحقمه‬

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan
(dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan
kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah
jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik
dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di
dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang
iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat,
sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan
lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu
bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan
alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini
disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah
bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah
memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada
yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali.
Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat',
berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang
baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan.
Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Artikel ini dipetik dengan izin dari: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-


hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html.

Anda mungkin juga menyukai