Anda di halaman 1dari 19

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &

Yang Jangan DiLakukan


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati
‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah
pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira
dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya
adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan
berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa
khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya.
Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak
mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala.
Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk
Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).
Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam
kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

‫ْالقُرْ َآ ُن َشافِ ٌع ُم َشفَّ ٌع فَ َم ْن َج َعلَهُ ِإ َما َمهُ قَا َدهُ إلى ْال َجنَّ ِة َو َم ْن‬
ِ َّ‫َج َعلَهُ َخ ْلفَهُ َساقَهُ إلى الن‬
‫ار‬
Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai
pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang
meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-
Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi'
bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan
umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan
dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi
Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW
dengan katanya :

‫دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد‬


Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan
kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya
adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

‫من َس َّر ْتهُ َح َسنَتُهُ َو َسا َء ْتهُ َسيَِّئتُهُ فذلك ْال ُمْؤ ِم ُن‬
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan
perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi :
Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga
atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut
bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?


Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian
Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang


dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya
akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya,


berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu
neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa
bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan


menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah.
Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat
ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka


berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran
ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat.
Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian
Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat
Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati
sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak
sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya.
Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya.
Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir
berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah
selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-
Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat
memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya :
mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi
SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga
meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang
dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul
Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari
raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.
Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa
minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan
kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

‫قال واثلة لقيت رسول هللا يوم عيد فقلت تقبل هللا منا ومنك‬
‫قال نعم تقبل هللا منا ومنك‬
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada
baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa
minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian
seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau
berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap
di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah
jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik
dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di
dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya
berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat,
sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu
keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu
bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan
untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di
dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya
juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah


memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang
menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal
dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru
hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan.
Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Sekian dahulu,

 
Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Ramadhan 1428 H

9 Oktober 2007
 
Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)
 
8696

Last update: 25-09-2008 17:02


Published in : Soal Jawab, Ibadah

Users' Comments (52) Add your comment


Posted by ABU BIN ADAM, on 17-10-2008 21:51, IP 194.80.178.1, Guest
1. ...
PENDAPAT YANG MEMBENARKAN 
 
FATWA:ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA 
 
Soalan: “Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas
menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?” 
 
Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi
ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat. 
 
Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari
Abu Hurairah R.A dia berkata:“Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan
orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda: 
 
Maksudnya:“Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku),
maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi
kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh
mengingatkan kepada kematian”. 
 
Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W Maksudnya: 
 
“Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah
kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat”. 
 
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa
pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana
kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang
kuat.Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang
hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah
mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat
dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh
orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan
pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini. 
 
[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh
jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika
perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari
fatwa tersebut oleh penterjemah]  
Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan
untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan
tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah. 
 
Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang,
samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari
raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih
padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-
647] 
 
(http://www.darulbayan.com) 
 
APA KOMEN USTAZ?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ungku Atlia, on 10-10-2008 21:04, IP 194.80.178.1, Guest


2. ...
Assalamualaikum,  
Ustaz, apakah hukumnya wanita atau perempuan kerap menziarahi kubur. Contoh kubur
ayahnya atau suaminya. Saya terbaca di dalam sebuah buku yang menyatakan "Allah
melaknat perempuan yang selalu menziarahi kubur". Harap ustaz dapat menjelaskannya.
Terima Kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by rich_LEADER, on 04-10-2008 04:42, IP 84.67.207.205, Guest


3. ...
AS'KUM USTAZ selamt hari raya aidilfitri, TAQABBALLAH MINNA WAMINKA
 
» Reply to this comment...

Posted by iftah qalbi, on 02-10-2008 00:28, IP 84.71.80.120, Guest


4. ...
taqabbalallahu minna wa minkum.. insyaallah... 
ya ramadhan,permergianmu ku tangisi..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 30-09-2008 03:12, IP 84.71.80.120, Guest


5. ...
salam.. 
ustaz,adakah pelajar yg ada duit biasiswa yg duduk kat oversea wajib membyr zakat fitrah..? 
jazakillah ustaz 
 
UZAR : Jika dah kerja dan kahwin, wajiblah membayar zakat fitrah, jika masih bujang dan
bawah tanggungan ibu bapa, ibu bapa byang wajib keluarkan di Malaysia
 
» Reply to this comment...

Posted by hana, on 29-09-2008 16:38, IP 84.71.80.120, Guest


6. ...
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan
alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini
disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah
bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)  
 
soalan sye,adakah kte kne b'diri sepanjang m'bc yasin di kubur?adakah kte tdk dibenarkan
lgsg tuk duduk di laluan atr kubur2 tersebut? 
 
UZAR : Sebab kubur bukan tempat baca Yasin..boleh baca yasin di rumah, di kubur ziarah
sekejap dan berdoa ringkas..sudah cukup
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 28-09-2008 17:09, IP 84.71.80.120, Guest


7. ...
SALAM. Salam Eid al-mubarak buat ustaz dan keluarga di perantauan. Mohon izin copy
artikel untuk kegunaan sendiri. 
sg petani, kedah DA.
 
» Reply to this comment...

Posted by padimalinja, on 26-09-2008 19:48, IP 84.71.80.120, Guest


8. ...
Salam UZAR, TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. 
Nak bertanya pada UZAR, tentang cara melaungkan kalimah takbir samada dengan nada
sedih @ bersemangat.Yang mana satu lebih baik?
 
» Reply to this comment...

Posted by muslimah, on 26-09-2008 19:47, IP 84.71.80.120, Guest


9. ...
salam uzar. saya hampir setiap hari membac artikel uzar. dari pemahaman saya, banyak
perkara yang perlu saya ubah dalam kehidupan saya. bila berbincang dengan suami tapi tak
dapat sokongan. saya ingin melakukannya tanpa pengetahuan suami. bimbang juga kalau dia
tahu lagi panjang kutbahnya. apa pandangan ustaz. Di bulan ramadhan kita boleh bertahajud
setiap malam. tapi dibulan lain banyak betul dugaannya. kenapa ya ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 26-09-2008 19:45, IP 84.71.80.120, Guest


10. ...
Assalamualaikum Uzar serta semua hamba Allah! 
 
terima kasih uzar kerana sekali lagi memberi peringatan dan panduan di hari lebaran nanti,
kadangkala kita terlupa tentang beberapa perkara yang dilakukan. 
 
tetapi sukar juga kita hendak menepis godaan hiburan yang secara sengaja dihidang kepada
kita sempena idulfitri melalui tv. 
 
uzar!minta izin copy artikel.... 
 
ya Allah rahmatilah umat Islam walau dimana mereka berada... ameen... 
 
wasslam 
ya Allah rahmati
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin007, on 26-09-2008 19:44, IP 84.71.80.120, Guest


11. ...
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; 
 
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang
sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah
"Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan
ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". 
 
 
adapun dengan ini saya nak ucapkan salam idulfitri, maaf zahir dan batin 
 
atau dengan ayat lain selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin 
 
boleh ker UZAR ucapan macam tu  
 
UZAR : MASIH BOLEH..
 
» Reply to this comment...
Posted by Jihad, on 26-09-2008 19:43, IP 84.71.80.120, Guest
12. ...
Assalamualaikum 
 
ustaz minta penjelasan berkenaan hadis yg mengatakan lebih kurang begini maksudnya: 
 
brg siapa yg menghidupkan(dgn bertasbih dan bertahmid serta bertahajjud) 2 mlm hari raya
(eid fitri dan eid adha) maka hatinya tidak akan dimatikan ketika mana hati2 lain dimatikan 
 
apakah betul ada hadis seperti ini? 
 
dan juga minta penjelasan berkenaan sembahyang sunat tasbih.adakah digalakkan pada mlm2
raya? 
 
harap ustaz jawab.kalau ada ana nak beramal.TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by makminah, on 26-09-2008 19:42, IP 84.71.80.120, Guest


13. ...
bulan syawal ni bulan hiburan bg rakyat malaysia. dah berkurun mcm tu. bilalah nak berubah
ni. fed up betoi.
 
» Reply to this comment...

Posted by kembo, on 26-09-2008 19:42, IP 84.71.80.120, Guest


14. ...
salan ya ustaz... minta izin diambil beberapa bahagian didalam ini utk tazkirah dlm majlis di
tempat saya.... selamat menyambut hari raya diperantauan.. minna 'aidil wal faizin.
 
» Reply to this comment...

Posted by nesloais, on 26-09-2008 19:41, IP 84.71.80.120, Guest


15. ...
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ustaz sekeluarga di
perantauan.. moga2 di sana ada berjumpa lemang, rendang dan ketupat.. hehe..  
 
www.nesloais.com
 
» Reply to this comment...

Posted by nemoAD, on 26-09-2008 06:45, IP 84.71.80.120, Guest


16. ...
Assalamualaikum,UZAR 
Terima kasih atas 'ulang siar' perkara2 yg patut dan tidak patut semasa sambutan
'Idilfitri.Suatu peringatan yang sangat perlu di ulang2.. 
Maaf, nak bertanya yg menyimpang dr tajuk sikit...'apa hukumnya membeli barangan
rampasan kastam yg pastinya berharga jauh lagi murah dari harga asal? Yg pastinya, saya tak
tahu kemana duit itu diguna/labur/kumpul(masuk kantung kjaan atau indv?) saya dah cuba
cari info dlm web UZAR, tapi tidak ketemu..boleh perjelas atau berikan rujukan utk saya
menelitinya.. jazakallah :
 
» Reply to this comment...

Posted by yusofembong, on 26-09-2008 06:45, IP 84.71.80.120, Guest


17. ...
Salam. Dah lama tak jenguk blog UZAR. Ana mohon izin untuk mengambil sebahagian ini
untuk dipanjangkan dlm blog ana. www.yusofembong.blogspot.com ANA BARU
BELAJAR BUAT BLOG.
 
» Reply to this comment...

Posted by farah, on 26-09-2008 06:44, IP 84.71.80.120, Guest


18. ...
ustaz sy sedih dgn pemergian ramadhan..insya-Allah sy akan berubah menjadi umat islam yg
solehah..semoga bertemu di ramadhan akan datang..insya-Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Safuan, on 26-09-2008 06:43, IP 84.71.80.120, Guest


19. ...
Terima kasih ustaz atas penerangan yang sgt bagus. 
Ustaz, saya ingin bertanya, saya cukup malu untuk menegur saudara-mara aptah lagi mereka
yang lebih tua daripada saya. Jadi, saya meminta dan berharap ustaz dapat menulis 1 artikel
untuk menghindari sikap malu untuk menegur, dan cara2 menegur sesiapa sahaja secara
berhikmah dan mengikut tertib. 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by laxmana, on 19-09-2008 23:44, IP 81.79.146.30, Guest


20. ...
Salam Ramadhan Ustaz, saya minta izin utk sebarkan article in pada kenalan saya. 
 
Terima kasih yang tak terhingga atas ilmu yang ustaz berikan. 
 
» Reply to this comment...

Posted by icnisato88, on 17-12-2007 18:17, IP 60.52.103.229, Guest


21. ...
selamat ari raye aidiladha...kepade ustaz...teruskan perjuangan murni ustaz...lillahi ta'ala....
 
» Reply to this comment...

Posted by MK, on 22-11-2007 10:52, IP 60.52.103.148, Guest


22. ...
Adakah yang dilarang duduk di atas kubur itu di antara dua nisan sahaja ataupun mana²
kawasan kubur secara umum?
 
» Reply to this comment...

Posted by ira, on 07-11-2007 18:11, IP 60.52.98.235, Guest


23. ...
Tahun bulan syawal semua stesen tv byk paparkan nyayian drpd laungan takbir... aper nak
jadi.. bangsa melayu beragama islam bkejar2 nak jadi artis... artis pula dijadikan sbg model
dlm ape saje isu .... byk rancangan ttg kehidupan pangil artis sbg panel.. maner pergi ustz ,
dan ulama yg ade 
ape benar artis lg berilmu atau pun artis yg lebih diagung kan drpd org alim ulama..
 
» Reply to this comment...

Posted by karim, on 06-11-2007 18:15, IP 60.52.97.83, Guest


24. ...
Assalammualaikum ustaz.  
 
maafkan sy jika saya brtanya. saya mempunyai seorang rakan yang menyatakan bahawa kita
meraikan hari raya pada bulan syawal dan berhari raya pada 1 haribulan syawal. bolehkah
uztaz memberikan pejelasan yang lebih jelas mengenai kenyataan itu supaya tidak berlaku
salah faham diantara kami.
 
» Reply to this comment...

Posted by masidah, on 29-10-2007 15:27, IP 211.25.51.1, Guest


25. ...
Suara takbir memuji keagungan Illahi di pagi raya tenggelam dengan suara nyanyian artis-
artis yang begitu melalaikan jiwa.Mengapa hal ini berlaku.. 
 
Media massa lebih banyak memutarkan lagu-lagu raya daripada takbir raya terutama pada
hari raya pertama.
 
» Reply to this comment...

Posted by syamsul, on 23-10-2007 20:12, IP 60.52.96.122, Guest


26. ...
ust... ana junior ust masa UM dulu. 
ana amik artikel ni ya, nak wat penerbitan dalam kolej ana la... 
tq :D
 
» Reply to this comment...

Posted by ummuali, on 22-10-2007 13:59, IP 211.25.51.1, Guest


27. ...
saya hampir mahu samakan ustaz dengan sami yusuf kerana ustaz adalah pejuang islam era
kontemporari.moga ustaz sentiasa di jalan yang benar.aminn...  
 
KOMEN UZAR  
 
AMEEN..MOGA ADA KEBAIKANNYA.
 
» Reply to this comment...

Posted by kenny, on 17-10-2007 22:41, IP 60.52.103.41, Guest


28. ...
ust nak tnya... 
 
1) Amalan ke kubur di pagi raya adakah suatu yg bid ah atau perkara sunat. 
 
2) Jika perkra sunat apa amalan yg perlu dibuat..? 
 
3) Seeloknya selepas solat atau sebelum solat di pagi raya.. 
 
Ini kerana saya menerima satu kejutan dimana saya beraya disatu kg dimana budaya nyer
berbeza dgn cara kg saya. mereka bergegas bangun mandi pagi selepas tu kelam kabut sebuk
pergi menziarahi kubur, tanpa menjamah satu makanan pun.. bila ditnya kenpa mcm tu.. kat
sini kena ziarah kubur dulu, pastu baru gi solat raya, balik solat baru mkn..  
 
Tak mampu nak buat apa, terpaksa guna pepatah "bila masuk kandang kambing
mengembek", bila masuk kandang lembu menguak..
 
» Reply to this comment...

Posted by Parlindungan Bin Amran, on 15-10-2007 15:11, IP 60.52.96.124, Guest


29. ...
ASS WW 
 
Selamat hari raya idil fitri Mohon maaf zahir &batin 
 
kep, UZAR Dan muslimin &muslimat ,terutama yahoo group 
terimakasih UZAR Dengan ilmu2 yang diberikan malalui web UZAR , 
 
 
 
 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by AL JOHOLI 74, on 12-10-2007 13:56, IP 60.52.97.190, Guest


30. ...
kULLU AM WA ANTUM BI KHAIR
 
» Reply to this comment...

Posted by AL MALIKI AL JOHOLI 74, on 12-10-2007 13:55, IP 60.52.97.190, Guest


31. ...
SEMOGA GEMBIRANYA KITA DI BULAN SYAWAL KERANA BERSYUKUR
KEPADA ILAHI KRN BERJAYA MENGHARUNGI UJIAN DAN DAPAT BERIBADAH
DI BULAN RAMADHAN DENGAN JAYANYA .
 
» Reply to this comment...

Posted by Ainiamin, on 12-10-2007 12:21, IP 60.52.99.98, Guest


32. ...
Salam Aid Fiitri...Tagaballahu minna wa minkum..
 
» Reply to this comment...

Posted by Izzah, on 12-10-2007 12:15, IP 60.52.99.98, Guest


33. ...
Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal
 
» Reply to this comment...

Posted by yusof embong, on 12-10-2007 06:13, IP 60.52.96.56, Guest


34. ...
assalamu'alaikum. 
 
Selamat hari raya, moga amal kita semua diterima oleh ALLAH.  
 
Terima kasih pada UZAR atas artikel yang baik. tk
 
» Reply to this comment...

Posted by mie_ipoh, on 11-10-2007 10:14, IP 60.52.96.168, Guest


35. ...
MERDEKAKAN JIWA DAN HATI ANDA DI 1 SYAWAL...., 
 
Apabila ketibaan 1 syawal..., semua org bergembira di hari tu..., namun, erti sebuah
kegembiraan yang lahir ialah kegembiraan seorang hamba terhadap penciptanya benar
memberi erti sebuah kehidupan yang teramat bernilai bagi seseorang yang telah jelas dan
nampak akan keEsaan bagi Allah SWT. 
 
Didalam perjalanan hidup ini, tiada erti sebuah kemerdekaan yang palsu apabila
kemerdekaan diri dan jiwa hamba tidak diletakkan sebenar2nya kepada pencipta manusia itu
iaitulah Allah SWT. 
 
Maka, di atas kesempatan ini..., saya ingin mengajak diri saya dan anda pembaca yang
budiman agar sentiasa menjadikan 1 syawal ini memberi erti dan makna didalam
menyambutnya dengan sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah SWT kerana didalam
keadaan aman dan selesa kita sedang mengecap nikmat yang terbesar sebagai mukmin dan
muslim yang telah kembali kepada fitrah kita sebenarnya. 
 
Kerana sebulan kita menyucikan fitrah kita dan Allah SWT ingin melihat kegembiraan terus
berada dengan menyambut perayaan berjuang hambaNya utk membersihkan jiwa mereka
kepada jiwa yang merdeka disisi Allah SWT. 
 
Tingkatkan amal dan ketaqwaan yang masih berbaki didalam ramadhan ini dengan
mudah2an amal2 kita diredhoi oleh Allah SWT. 
 
Wallahu'alam...,
 
» Reply to this comment...

Posted by alif, on 11-10-2007 10:09, IP 60.52.96.168, Guest


36. ...
Assalamualaikum ustaz, dikesmpatan ni sy ucapkn slmt hari raye aidilfitri dan maaf zahir
batin...  
 
Banyak ilmu yg sy dpt dari laman web ni, trma kaseh bnyk2 ustaz minta halalkn ilmu yg sy
perolehi disini. 
wassalam....
 
» Reply to this comment...

Posted by BJD 2354, on 10-10-2007 17:31, IP 60.52.97.110, Guest


37. ...
MUDAHAN-MUDAHAN AMALAN KITA DI BULAN RAMADAN YANG MULIA
DITERIMA ALLAH. INSYAALLAH. BANYAK-BANYAK LA... BERDOA SEMOGA
KITA BERJUMPA LAGI DENGAN RAMADAN TAHUN HADAPAN... INSYAALLAH...
 
» Reply to this comment...

Posted by hanafi, on 10-10-2007 17:25, IP 60.52.97.110, Guest


38. ...
Selamat Hari raya. 
www.hanafionline.com
 
» Reply to this comment...

Posted by sweetsunnah, on 10-10-2007 13:49, IP 211.25.51.1, Guest


39. ...
Taqabballahu minna wa minka 
 
Semoga kita mendapat manfaat dr.nasihat ini. Kita ni banyak dugaan di luar sana. terlalu
ramai yang jahil.  
 
Persekitaran kita terlalu mempengaruhi.... terlihat aje TV semasa menziarah pasti
menyaksikan hiburan melampau tanpa batasan aurat.  
 
Media kita sudah ke tahap melampau agung kan artis.Tiada lagi insan terpilih yg di jadikan
contoh di media melainkan artis sahaja sehinggakan masyarakat kita mengiakan dan jahil
hendak menilai yg mana maaruf atau munkar.. 
 
Semoga suasana raya kita semua di kalangan insan-insan soleh yg menghidupkan nilai islam
sebenar..... Insya allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin, on 10-10-2007 09:59, IP 60.52.101.117, Guest


40. ...
Ada adat di sesetengah tempat di Malaysia ini, apabila tiba raya ke-6, maka ramai penduduk
kampung akan pergi ziarah kubur. 
 
Dari pemahaman saya ziarah kubur adalah elok sekiranya ia mengingatkan kita kepada
mati/maut. Apakah ulasan terhadap adat ziarah kubur pada raya ke-6 ini? 
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd noh, on 10-10-2007 06:45, IP 60.52.99.237, Guest


41. ...
Assalammualaikum ustaz. 
 
Maafkan saya bertanya. 
 
Berkenaan ziarah ke perkuburan. 
 
Apakah doa yang lebih afdhol dibaca?(Surah Yasiin atau tahlil ringkas atau lain2?) 
 
Benarkah tidak dibenarkan membaca Al-Quran di perkuburan? 
 
Berkenaan sumber2 kitab rujukan yang ustaz sertakan dalam artikel2 ustaz, adakah mana2
laman web atau blog tentang kitab2 rujukan tersebut untuk saya membuat rujukan?  
 
Segala usaha ustaz menyampaikan ilmu sangat saya hargai. Smoga Allah menambahkan ilmu
yang bermanfaat kepada ustaz dan kita semua. 
 
Terima Kasih. 
 

 
» Reply to this comment...

Posted by Syeikh, on 10-10-2007 06:45, IP 60.52.99.237, Guest


42. ...
Peringatan suatu perintah Allah s.w.t. untuk orang beriman.  
 
Orang yang benar-benar beriman sahaja yang akan dapat manfaatnya. Oleh itu bangunlah
kita bersama-sama untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t.
 
» Reply to this comment...

Posted by raIHaN, on 09-10-2007 21:42, IP 60.52.100.129, Guest


43. ...
"Bukan la iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman,kerana byk pula org yg
mengetahui hakikat iman,padahal mereka tidak beriman".. ( Fuqahak ) 
 
Allahuakbar..sedihnya..
 
» Reply to this comment...

Posted by ishak, on 09-10-2007 16:10, IP 60.52.100.25, Guest


44. ...
taqabballuhu minna waminka 
 
UZAR ; AMEEN , TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM
 
» Reply to this comment...

Posted by Celan, on 09-10-2007 16:09, IP 60.52.100.25, Guest


45. ...
Alhamdulillah, saya cuba laksanakan.  
 
"Ya Allah alangkah seronoknya apabila umat Islam memahami konsep raya itu. Amin!"
 
» Reply to this comment...

Posted by al faqir ila Allah, on 09-10-2007 16:01, IP 60.52.100.25, Guest


46. ...
Man tawadha' rafaahullah...rasmi padi lagi berisi lagi tunduk ke bumi.Insyaallah ana yakin
ustaz begitu.. 
 
Justeru ana berpendat dengan pandangan yg terdedah kepada seribu kesalahan agar menjaga
uslub dan gaya penyampaian yang tabsyiir bukan tanfiir seperti atok yang dimaksudkan
dalam stesyen radio tu..contoh kurangkan perkataan "kesilapan" "segala buku yg diteliti dan
ensikopedia cd kitab2 hadis yg diteliti tidak ada" dan yang seumpamanya takut2 boleh
diertikan sebagai mencari salah orang dan hanya aku yang betul. 
 
Benda yang sama tetapi metod penyampaiaan yg berbeza dapat mendekatkan diri dengan
masyarakat dan bertindak sebagai daie atau pendakwah yang berjaya  
 
KOMEN UZAR : TERIMA KASIH ATAS TEGURAN.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by BJD 612, on 09-10-2007 15:58, IP 60.52.100.25, Guest


47. ...
jeles dgn uzar sbb tentu uzar dpt byk pahala melalui org2 yg amal apa yg disampaikan
uzar.....jelesnyer.!!.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by elya khadeeja, on 09-10-2007 11:51, IP 211.25.51.1, Guest


48. ...
Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal... 
 
Ya Allah semoga amal yg kami lakukan kekal berpanjangan walaupun Ramadhan
berlalu...ameen!! 
 
» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 09-10-2007 11:51, IP 211.25.51.1, Guest


49. ...
reality masyarakt.. sukar utk diubah.. tapi tdk mustahil..
 
» Reply to this comment...

Posted by nina susana, on 09-10-2007 11:43, IP 211.25.51.1, Guest


50. ...
asm wbt, 
 
ustaz, selain dari sedih dgn pemergiaan ramadan, tetapi saya juga sedih kerana ada lagi
kelemahan2 diri yang ada gagal untuk diperbaiki sepanjg melalui tarbiyyah ramadan
tersebut. sedihnye...entah b'temu tidak ramadan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai